Saturday, August 23, 2008

We are not decisive enough...Hantar mereka ke penjara....


Teman dok berborak dengan rakan-rakan di Kopitiam malam tadi..perbualan sekitar pilihanraya di Permatang Pauh dan tidak ketinggalan aksi pantas ACA dalam kes 2 exco PKR Perak. Kita semua dah tahu apa sebenarnya kisah "rasuah" ni seperti yang dinyatakan oleh Mat Saman Kati.

Kesimpulannya (ada pendapat yang mengatakan) selagi kita tak ambil alih kerajaan pusat..tak banyak yang boleh kita lakukan. Kisah ini bukan yang pertama dan yang terakhir. We have to brace ourselves towards unknown territory....tetapi teman ada pandangan yang sedikit berbeza...

Kita sebebenonya kena lebih decisive bila berdepan dengan puak-puak ni...kita kena dedahkan penyelewengan puak-puak BN ni (semasa pemerintahan mereka) seluas-luasnya. Teman pasti ada macam-macam cerita kotor (rasuah) puak-puak ni terutama si Mat Taib, Khir Toyo dan bekas exco dan MB Perak...tapi teman tengok kita relax aje. Memanglah tak baik dedahkan aib orang tapi...soal-soal yang bersangkutan dengan penyelewengan, salahguna kuasa dan rasuah yang melibatkan harta benda dan hak rakyat..mana boleh diamkan.

Terengganu di bawah PAS telah menubuhkan Jawatankuasa Hisbah di bawah Tun Salleh Abas...tetapi teman tengok tak berperanan apa-apa. Tak de tindakan yang diambil terhadap penyelewengan kerajaan terdahulu sebagaimana yang dihebohkan...itu yang teman dok tercengang tu...Mungkinkan BN masa Wan Mokhtar bersih? Ataupun kita mengambil sikap yang lepas tu lepaslah....?

Sekarang kita ada 5 negeri yang kita perintah. Kita privy kepada banyak dokumen dan penyelewengan yang dilakukan oleh pihak ini. OKlah... kalau BPR tak nak berkerjasama dengan kita...apa kita patut buat? Kita perlu wujudkan channel lain untuk mendedahkan penyelewengan mereka ini secara komprehensif. Jangan dok duduk diam dan doing nothing... cumanya kita mestilah bersikap professional dan jangan mengada-adakan tuduhan palsu. We must be very sure dari semua segi sebelum pendedahan dibuat...untuk itu Jawatankuasa Hisbah adalah perlu dan wajib bertindak.

Sekiranya Anwar berjaya membentuk kerajaan selepas pilihanraya Permatang Pauh, teman benar-benar berharap beliau akan dapat membersihkan Malaysia sebersih-bersihnya dari rasuah dan penyelewengan kuasa. Without fear or favour should be his new motto....please be decisive and hantar mereka yang korup ke penjara....!!



0 comments: