Thursday, July 31, 2008

Anwar Bertanding Dari Dalam Penjara....

Teman amat yakin Anwar akan menang tak kira samada dia bertanding dari dalam penjara atau berdepan terus dengan pengundi di Permatang Pauh, Insya'Allah....




Yang pasti kalah ialah BN samada Anwar dituduh di mahkamah atau Anwar dilepaskan. Anwar telah menyediakan mindset untuk rakyat Malaysia membuat perubahan besar...



The Malaysian Insider hari ini melaporkan yang Anwar akan bertanding dan dalam masa yang sama menjangkakan beliau akan dihadapkan ke mahkamah pada hari Isnin ini.

http://themalaysianinsider.com/index.php/headlines/42-lead-stories/2422-anwar-sticks-to-safe-seat-as-arrest-looms

Yang pasti mahkamah akan menjadi medan kempen yang paling effektif bagi Anwar Ibrahim dan kerajaan BN akan ditelanjangkan. Ia merupakan strategi paling berkesan dan teman ingin mengucapkan tahniah kepada seluruh team Anwar....Selamat berjuang.

Teman dan rakan-rakan di SUA akan berkampong di Permatang Pauh.

Ride on....

Pembunuhan Karektor....!!

Tiada siapa yang sangsi dengan hasil pemeriksaan Dr. Mohamed Osman Bin Abdul Hamid, kecuali orang yang buat-buat sangsi atas tujuan tertentu. Baca ni dari Malaysiakini...Kenapa doktor periksa lubang bontot dia? Saja suka-suka?Atau boss beliau sendiri nak jaga bisnes. Layman atau commoner macam teman seperti yang dinyatakan oleh http://www.eryrahim.com/ tak ada apa-apa masalah. Kita punya conscience.. clear.

Doktor ini bukan budak baru keluar medical college...tapi dah 20 tahun practice. Kalau dilihat latar belakang beliau...jauh dah perjalanan doktor ni. Dah macam-macam jenis manusia yang dia jumpa...baca rekod kerja beliau di bawah ni...

http://mmc.gov.my/v1/searchmmc/main_search.php?action=detail&id=8528

Yang peliknya...adakah Pusrawi nak bagi tahu dunia bahawa doktor dia tak bermutu...tak ada kelas...tak boleh diharap..leceh..lekeh...? Jadi kalau ada sakit tak boleh berak..susah nak berak..sakit perut...kena liwat...atau apa-apa sakit bontot, jangan datang Pusrawi. Pusrawi tak de doktor untuk selesaikan sakit-sakit jenis tu.

MCA PJ Utara telah dapatkan pandangan 3 doktor lain terlebih dahulu untuk verify Dr. Mohamed Osman punya finding sebelum keluarkan memorandum.. Anwar tentulah consult macam-macam doktor untuk memastikan dia tahu apa yang dia cakap.

Masalahnya pada teman, bila manusia bergantung hidup pada manusia yang lain...itu yang susah tu. Dia tak bergantung hidup kepada pencipta dia. Bila manusia bergantung hidup dengan makhluk yang lain, dia boleh gadaikan prinsip hidup dia walau pandai macamana pun.

Bila ada menteri kata atau ada orang besar kementerian kata tindakan boleh diambil ke atas Pusrawi kerana laporan pemeriksaan Dr. Mohamed Osman bocor, maka GM dan Director Pusrawipun kelam kabut cari scapegoat. Dia tak nafikan laporan dr. tersebut benar tetapi mulalah cari benda-benda bodoh dan remeh temeh untuk selamatkan hospital dari diambil tindakan. Betul tak betul laporan dr. bukan menjadi perkara utama lagi. Itulah masalahnya.

Sebagai Director Pusrawi patut orang-orang ni pertahankan dr. dia. Soal bocor tu soal lain. Tak semestinya dr. tu yang bocorkan. Mungkin kakitangan lain yang buat kerja tu.

Jadi inilah masalah Malaysia. Susah nak jadi orang jujur. Orang yang pegang jawatan penting dalam kerajaan sanggup gadai prinsip untuk jaga kedudukan atau untuk kejar jawatan. Selagi ini tak dapat diselesaikan...kita tak kan ke mana...Wallahu'alam.

Baca ni...seperti mana yang disiarkan oleh Malaysiakini.
Now you tell me, the General Manager & Medical Director of ... iskandar

Dan ini dalam Malaysia Today...Rodwan met Saiful three days earlier

What a joke?


Ayat di bawah ini macam pernah dengar aje...

GM Wan Mahmood, " (It) looks the same, contents are the same.”

dan ini...VK Lingam, “It looks like me, it sounds like me.”

Adakah kita perlu satu lagi Royal Commission?

Ini semua gara-gara laporan pemeriksaan terhadap Saiful di Pusrawi yang bocor tu...nampak sangat bila dah tersepit, VK Lingam sering menjadi penyelamat. Tak heran Che Det juga guna peguam yang sama...he he.

Wednesday, July 30, 2008

Kegawatan Yang Tak Kunjung Padam...

Hari ni kisah Anwar kian gawat. Menurut Anwar dia mungkin ditahan bila-bila masa atas tuduhan sodomi. Ini disahkan pula oleh media milik Brendan Pereira, The Malaysian Insider (TMI). Kalau nak tahu terror tak terror TMI ni...sebelum pelan peralihan kuasa Pak Lah kepada Najib diisytiharkan, TMI telah isytiharkan dalam portal mereka terlebih dahulu. Ada yang kata TMI ni sebenarnya milik 4th. floor boy. Kaya semacam aje. Portal tak de iklan tapi boleh employ ex-NSTP dan The Star senior staff... terrorlah tu.

Cerita penuh boleh baca di bawah ni...


Part di bawah ni yang dipetik dari artikel di atas yang teman nak cerita sikit ni. Siapa 'sources' yang memberitahu TMI ni?

Kalau ikut teori peralihan kuasa yang bocor sebelum Pak Lah umumkan, nampak macam ada 4th. floor boy yang bagi. Kenapa tidak? Kalau orang tu tak rapat dengan Pak Lah macam mana orang ni tau?

Sama juga dengan kes Anwar ni. Orang ni macam orang yang sama yang mendesak Anwar supaya menyerahkan sample DNA kepada polis. Orang nilah yang kena tibai oleh Dr. Wan Azizah dalam Parlimen tu. Ingat tak budak ni?

Sources told The Malaysian Insider that investigators are "crossing the t's and dotting the i's" and will be relying on Anwar's DNA (deoxyribonucleic acid) samples from 1998 when he faced similar charges which cost him the chance to be prime minister.

"Nobody wants a repeat of 1998 when the prosecution had to amend the charges. Anwar has alleged that he had an alibi for the 24 hours on the day the offence took place. So the authorities have to check everything out," said an official who is familiar with the investigations.

"We understand that there is an attempt to quash credibility of the case even before the matter goes to court. The police cannot say too much because then they will be accused of trial by media and ministers cannot say much because they will be accused to interference.

"This case is built on strong scientific evidence," the official added.

Sementara itu, (setelah terkedu buat sementara), Pusrawi mula membuat kenyataan. Timbalan IGPpun sama dan yang menariknya KSU Kementerian Kesihatanpun nak tumpang sekaki. Macam syncronize aje dia orang ni...

Teman petik beberapa artikel di laman web dan blog untuk kita tatapi bersama dan dibuat analisa...


Hospital: It wasn't a sodomy examination

Jul 30, 08 4:05pm

Hospital Pusrawi today clarified that its medical officer Dr Muhammad Osman Abdul Hamid did not conduct a sodomy-related examination on Mohd Saiful Bukhari Azlan.

The hospital revealed that Muhammad, a Burmese national, is not a specialist but only a general practitioner stationed at the Emergency Unit.

In a statement distributed to reporters, the hospital's general manager Wan Mahmud Wan Yaakob also said that it has not released any official reports pertaining to the case.

After examining Saiful, he said, the doctor advised the former to undergo an examination by a specialist at a government hospital.

"There were no further examinations carried out (on Saiful at Pusrawi) in relation to the sodomy complaint," he added.

Saiful had gone to the hospital complaining of pain in the stomach and anus.

Hospital Pusrawi was thrust into the limelight following media reports on the findings of the doctor who examined Saiful on June 28, hours before he filed a police report accusing opposition stalwart Anwar Ibrahim of sodomising him.

In his report, the doctor stated that he found no evidence of sodomy.

Quizzed on the authenticity of the report leaked to the media, Wan Mahmud replied: "Looks the same, contents are the same."
Kenyataan Wan Mamud di atas yang teman highlight amat menarik sekali.



Soalnya, bersediakah Malaysia menghadapi satu lagi drama hebat di mahkamah dan negara bertuah ini bakal dianggap sekali lagi sebagai pariah di peringkat antarabangsa? Teman menganggap kerja memfitnah Anwar ini sebagai kerja paling bodoh dan hina dan mana-mana pihak yang sanggup jadi pemain kepada drama hebat ini sebagai pelacur murahan. Sorrylah sebab kasar sedikit tetapi teman dah fed up dengan kebobrokan akal budi mereka ini semua. Macam dah tak de kerja lainlah mike semua ni.

Setiap makhluk pasti musnah....

Seorang bekas pembesar di Ampang telah kembali ke Rahmatullah petang semalam. Namanya popular di sini tetapi tak semestinya harum. Di Kopitiam dia dikenali sebagai bekas boss Fakhrol.

Masa hidupnya beliau seorang yang kaya. Macam Kamal Attartuk yang kaya dan berkuasa itu, matinya dalam keadaan secular. Bagi pencinta Islam dan jemaah di SUA, kematian golongan secular tidaklah mengundang kesedihan. Cuma tanggungjawab seorang Islam untuk ambil iktibar dari apa jua yang berlaku di dunia ini.

Sepanjang riwayat hidupnya beliau memerangi PAS sebagaimana perlakuan pemimpin parti beliau yang lain. Maknanya beliau tak nak kepada Islam sepertimana yang dituntut oleh Allah. Macam-macam beliau dan sekutu beliau lakukan untuk menyanggah hukum Allah dari tertegak di bumi Allah. Akhirnya beliau kembali mengadap Allah sebagaimana geng-geng beliau yang sebelum ini terpaksa harungi.

Mungkin di akhir hayatnya beliaupun mahu muzakarah dengan PAS sebagaimana majoriti rakan-rakan beliau cenderung ke arah itu. Tapi niat kawan-kawan beliau ialah survival politik…tak pasti teman apa niat beliau?

Segala kekayaan beliau tinggalkan begitu sahaja. Tak tahu teman samada Fakhrolpun dapat sebahagian hibah dari pembesar ini. Kalau sehari dua ni Fakhrol pakai kereta sport, sahlah tu. Tetapi itulah. Segala harta ditinggalkan termasuklah rumah besar, kereta besar dan isteri besar….Sama sahaja dengan seorang pembesar di Kelang selepas PRU12 yang lalu. Istana gah di tengah kemiskinan masyarakat menjadi hak orang lain.

Di Bukit Indah ini tak tahulah di mana beliau nak dikebumikan. Kubur Kosas tu dah penuh. Katanya tanah perkuburan baru kat Tamn Teratai, Cheras sana tu. Kalau ikut Mee Panjang, tanam kat dapur rumah dia. Tapi di Kg. Tengah ni ada sebuah kampong yang dinamakan atas nama pembesar ini. Yang tinggal kat situ majoriti pengikut setia beliau. Lot-lot tapak rumah yang diperolehipun atas dasar persekongkolan golongan ini dengan pembesar tersebut. Baik benarlah kalau pembesar ini ditanam sahaja di kampong tersebut. Sekurang-kurangnya untuk kenang-kenangan.

Teman masih ingat di satu persidangan agong parti karat beliau, pembesar ini terpilih sebagai seorang jurucakap yang membahaskan ucapan presiden. Bukan main lagi dia kutuk PAS dan memuji-muji pemimpin parti karat itu. Pada masa tu pemimpin itu masih belum mengisytiharkan keluar parti. Cakapnya keras dan kasar tetapi nada bodek terhadap pemimpin beliau amat tinggi. Sayang...apakah doa pemimpin beliau boleh membantunya di depan Allah?

Teman sebenarnya tak berapa selesa nak kutuk orang yang telah pergi. Tetapi orang seperti Abdullah Bin Ubai bukan sahaja dikutuk sampai sekarang, malah Allah sendiri melaknat golongan seperti ini. Apatah lagi orang yang ada saham dalam merampas masjid, memisahkan politik dengan islam, menyuburkan budaya sumbang dalam masyarakat, membantah perintah Allah, zalim dan tidak berlaku adil ketika memerintah dan macam-macam lagi kegiatan songsang yang menyalahi hukum agama.

Ampang lebih selesa sekarang dengan pemerintahan orang yang faham islam dan ikhlas berjuang kerana Allah. Sejuk hati teman bila minggu lepas, sembahyang maghrib teman diimami oleh YB ADUN Lembah Jaya. Tidak pernah berlaku dalam sejarah Ampang ADUN Lembah Jaya jadi imam sembahyang.

Alhamdulillah...kita telah mula kembali ke arah tuntutan Allah. Mungkin pada 16 September akan datang ni kita akan dapat merealisasikan sebahagian tuntutan agama di peringkat pusat. Pemimpin-pemimpin kita perlulah dari sekarang menyediakan diri untuk memerintah. Jangan buang masa. Persiapkan parti secara jelas dan serius bagaimana perkongsian kuasa dengan PR dapat dimanfaatkan sepenuhnya dari segenap sudut. Politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Jangan bila masanya tiba kita masih terkapai-kapai sedangkan orang lain sudah ke depan. Kita nak memerintah bukan membangkang.

Masanya telah terlalu hampir. Semalam beberapa peristiwa menarik telah berlaku. Laporan pemeriksaan budak Saiful tu begitu memberi kesan kepada BN. Apa taknya, MCApun dah mula naik muak dengan permainan politik kotor UMNO yang tidak berkesudahan. MCA PJ Utara mula menghantar memorandum. Ini seperti percikan api yang mula marak.

MIC dah tak relevant lagi dan M. Kaveas pula menyokong saranan Nik Aziz agar UMNO dan PAS dibubarkan dan disatukan dalam wadah yang lain. UMNO Pahangpun nak offer jawatan Exco kepada PAS. Malah Adnan pelawa DAP join BN.

Nampak desperate golongan ini semua dan hubungan antara mereka begitu gawat sekali. Ditambah dengan kegawatan pemilihan peringkat cawangan UMNO dan MCA yang menampakkan seperti retak menanti belah.

Teman melihat ini semua sebagai fitrah dan sifat makhluk. Semua makhluk akan musnah. UMNO sudah 62 tahun umurnya. Umur umat Muhammad SAW average antara 60-70 tahun (hijrah). Nampak dah tak lama lagilah tu...

Tuesday, July 29, 2008

Kena Cari Kerja Lain....

Hmm Nasib le kawan kite tu....keluar mulut buaya masuk perut naga...he he...

Cari kerja lain le. Bukit Indah nak pakai timbalan penghulu ni. Boleh tolong Pak Tam.

Ini berita yang teman petik dari blog rocky's bru.


Tuesday, July 29, 2008

In Kota Tinggi, Syed Hamid trails
Good-bye, Syed Hamid? So far, in Kota Tinggi where Syed Hamid is the incumbent division head, three Umno branches have nominated to retain him.Ten have nominated Daeng Malik, his opponent.The Kota Tinggi division has 46 branches.Yesterday, Daeng Malik applied for an injunction against Syed Hamid to bar him from further defaming him. It seems that Syed Hamid has been going around to tell members his opponent is a bankrupt. Daeng's contention is that a bankrupt cannot stand for party elections, anyway.Syed Hamid's popularity is at its lowest. When he was Foreign Minister, we lost Pulau Batu Putih, the crooked bridge, and the Majidee camp. He also sued a journalist who had just completed a tour of duty in war-torn Iraq in 2003.PM Badawi promoted Syed Hamid as Home Minister after the General Election in March.

KES PUNGKOQ SAIFUL: Press Statement by Seven MCA PJ Utara Branches

Teman sebut kes ini sebagai Kes Pungkoq Saiful sekarang kerana ia tak de terlibat dengan orang lain. It is from Pungkoq Saiful To Pungkoq Saiful For Pungkoq Saiful....

Dan kini 7 Cawangan PJ Utara dari parti MCA telah membuat kenyataan akhbar bersama mengenai kes ini....menarik dan semakin panas. Tanda rakyat sudah semakin bosan....

Adakah ini tanda kepada permulaan kepada satu kejatuhan kerajaan yang korup dan zalim?

MCA PJ UTARA 7 BRANCHES
PRESS CONFERENCE
THE SAIFUL BUKHARI MEDICAL REPORT
TUESDAY 29 JULY 2008, 11AM
Ladies and Gentlemen of the Press.

1. We meet here today because we, being members of 7 branches of MCA PJ Utara representing more than 1000 members of MCA, wish to do our civic duty to the Rakyat.

2. We note that MCA cannot remain silent anymore, lest we be accused (if not already accused) of being accomplices to diabolical conspiracies.

3. In particular, we refer to the medical report widely publicized on the internet by Malaysia Today, malaysiakini and countless other blogs. We had also taken the liberty to check on the comments contained in the medical report dated 28 June 2008 conducted on Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan by Dr Mohamed Osman Abdul Hamid, the Medical Officer at Hospital Pusrawi Sdn Bhd. Three doctors we have checked with have stated that the comments meant that the results for the alleged sodomy is ‘negative’. They also confirmed that a Doctor can never change a medical report.

4. Assuming that the said medical report is true – and we call on Hospital Pusrawi to confirm or deny this – then:

a. We call on the Police, the Attorney-General, the MCA top leadership and the UMNO top leadership to immediately reveal in full all the evidence against Datuk Seri Anwar Ibrahim and stop withholding vital evidence and decide to charge, or not to charge, Datuk Seri Anwar Ibrahim. The Deputy IGP Tan Sri Ismail Omar should also refrain from making statements that the internet reports on the said medical report were aimed at confusing the people when, in the same breath, he declines to comment on the medical report. Such statements by the Deputy IGP only serve to further the perception that the police is pulling out all stops to withhold evidence crucial to the innocence of Datuk Seri Anwar Ibrahim, a fellow citizen of our country, while at the same time fabricates, or attempts to fabricate, evidence against a fellow citizen of our country.

b. This “bogus charge” fiasco is also causing untold damage and hurt to our economy, our integrity as a nation. Daily, we are being compared to countries like Zimbabwe and other countries where despotic rulers reign. We cannot in all conscience be a party to the machinations by executive arms of the government to withhold/fabricate evidence against a citizen of our country.
5. Therefore, we urge the Police, the Attorney-General and the government to treat all our citizens fairly, with transparency, without withholding of crucial evidence and with the proper application of the rule of law.
MCA PJ Utara Branches:
MCA SS2 Town Centre
MCA SS2
MCA SS4
MCA Taman People’s Park
MCA Gardenia Centre
MCA Taman Mayang
MCA Damansara Baru
Contact Persons:
Mr LEE CHONG BENG [Chairman, MCA SS2 Town Centre] at 012-3987851
Mr PETER CHEN [Legal Advisor] at 012-6824902

Sila lihat di sini

Ini pulak laporan versi UMNO...Lahabau betul dia orang ni..!!

Teman maksudkan versi lain disebabkan ianya berbeza daripada versi yang dihebah-hebahkan sekarang. Teman baca dekat komen pembaca Husin Lempoyang. Terjemahan diberikan oleh pembaca bernama Ayor Lemujur:-

Kependekan F/T bermaksud full time. Full time? Ok, meaningless.

Tenesmus x1/52 bermaksud susah nak berak seminggu. Atau berak tak puas.

Pain (di cross kan) not noticed any PR bleed - PR is for pathogenesis related - pathogenesis ialah permulaan jangkitan.

Pain in the anus when passing motion (for a week).

o (obvserved) blood in stool. "o" bukan no, sebab kalau no dah tentu ditulis "no" seperti line "not noticed blood.

Pt (patient) was alleged assaulted by intruding tt (too tight) plane (?) into the anus7) willing to do report.

Yg didakwa 0 (zero) active bleeding, 0 ulcer or puss seen dan 0 tear seen. tu bukan zero tapi "o" maksudnya observation. Kependekan untuk tiada ialah null, no, neg(ative) atau -/ve.

Diagnosis: TRO Assault (sodomise)Rawatan: advise to go to the government hospital (plan to do police report)Ini bermaksud doktor mengesahkan Saiful telah diliwat dan menggesa Saiful memohon Temporary Restraining Order (TRO), dengan mendapat pemeriksaan di hospital kerajaan seterusnya membuat laporan polis.

"Plane(?)" sebenarnya plastic. Kemungkinan (dari perkataan Saiful sendiri) bontotnya dicucuk alat seks (dildo) kerana orang mencocoknya mempunyai adik yang sudah tidak kuat keupayaannya.

Tapi tang diagnosis tu yang teman nak gelak. TRO stand for Temporary Restraining Order. Itu terms lawyer ke terms doktor? Nampak sangatlah ko ni menipu...

APA PULAK LEPAS NI...?

Anwar is liwat-free. Itu confirm dah. Pungkoq Saiful masih teruna...itu menurut Dr. Osmanlah walaupun menurut Saiful ada makhluk cucuk pungkoq dia dengan barangan plastik. Tang tu teman malas nak komen.
Kalaulah benda-benda di atas ni betul, apa ke jadahnya polis siasat Anwar? Apa jadahnya polis sampai sekarang tak conclude kes ni? Kenapalah nak susah-susah kepala...haru biru negara kita ni...dah lah tu.. jadi bahan lawak antarabangsa pulak tu.


Teman percaya Anwar ada banyak lagi senjata yang akan dikeluarkan sekiranya kes ini berpanjangan. Dulu Bala PI sekarang Dr. Osman Burma pulak. Lepas ni kita tak tahu apa lagi yang Anwar ada. Yang pasti cerita RPK "an evening with an 'accomplice'" masih tergantung....?? http://w2.malaysia-today.net/content/view/10296/84/

Saifudin Nasution juga tentu ada cerita menarik. Kalau tidak tak kan dia buat statement, "Kami kini menunggu apa reaksi dari kerajaan berkaitan dengan laporan Pusrawi ini," sila baca ini http://siasahdaily.blogspot.com/2008/07/tiada-bukti-saiful-diliwat-pkr-tunggu.html

Ini tak termasuk lagi cerita YB Zulkifli Noordin yang selalunya sensasi tu..he he..
Teman tak fikir Anwar begitu confident untuk bertanding dalam pilihanraya kecil kalau dia terlibat dalam skandal ini. Tentulah dia banyak peluru lagi yang akan dilepaskan sepanjang kempen tersebut. Jaga-jagalah kau Najib dan Pak Lah.

Singapura..ya Singapura telah turunkan harga minyak dan disel...


Tak payah tukar gomen, Singapura telah turunkan harga bermula pukul 10 pagi semalam buat kali ke lima dalam masa 20 hari.
Dalam penurunan yang paling besar setakat ini, petrol dan disel diturunkan S$0.10 iaitu kira-kira RM0.24 seliter.


Yang ironicnya Singapura tu net importer. Negara kita pulak net exporter. Dua tiga malam lepas teman dok dengar Shahrir Samad kata harga minyak akan dikaji semula (mungkin turun) berikutan penurunan harga minyak dunia pada hujung tahun ini. Itulah kita, kalau nak turun punyalah susah. Berdolak dalik...tapi kalau nak naik..berdesup..!!

It is interesting period la ni bila tengok harga minyak turun. Kalau ianya turun sebagaimana yang dijangka iaitu sekitar USD70-80 per barrel...macam mana agaknya reaksi kerajaan Malaysia? Adakah kemerosotan pendapatan Petronas (berikutan penurunan ini) akan menjadi alasan bahawa reserve negara telah berkurangan dan dengan itu harga minyak tidak boleh diturunkan? Subsidi kereta tak boleh bagi, subsidi teksi tak boleh bagi, subsidi makanan tak boleh bagi dan harga makanan tak akan turun...
Berita selanjutnya sila baca di bawah ini..

In the largest cut to date, pump prices of petrol and diesel have been adjusted down by 10 cents.

As of 10am Monday, stations run by SPC, Shell and Caltex had their pump prices down to S$2.110 for premium unleaded and S$2.036 and S$2.003 for 95 unleaded and 92 unleaded petrol respectively.

With on—site discounts, this brings the mid—range 95 unleaded petrol below the two dollar mark for the first time in months.

As for diesel, it is now priced at S$1.863 per litre.

Crude oil futures are holding steady and hovering at a seven—week low of about US$123 a barrel, despite talk over the weekend that the price of oil could drop to between US$70 and US$80 a barrel in global trade.

OPEC chief Chakib Khelil said on Saturday that the price of oil could drop if the dollar strengthens and concerns over Iran are reduced.

At Friday’s close of trade, oil was around US$125 a barrel in London and New York.

Analysts say oil prices are down as demand is sagging amid slowing economies and fresh signs of rising supply.

After spiralling up from the last weeks of June, crude oil prices have dropped by nearly US$25 on both sides of the Atlantic in less than two weeks.

Antara Durian Dan Pungkoq Saiful...

Rakan teman Pak Wan, Mee Panjang dan Major Razali menganjurkan majlis makan durian (dari Bukit Gantang) bersama pulut...cicah santan mentah, style Kelantan di SUA dua malam lepas. Teman tak biasa makan macam tu jadi dalam senyap-senyap dok pakat dengan Azmi, si tukang masak supaya buat gula durian untuk teman. Rancangan teman berjaya dan dapatlah teman melepas gian makan cara arwah mak teman masak.

Jam 6.30pm durian dah sampai. Teman sempat menjamah seulas dua. Lain-lain dah reserve untuk majlis jamuan dan yang lainnya rakan-rakan beli bawa balik rumah.

Ramai pulak tamu malam tu. Masing-masing nak dengar ceramah YB Zulkifli Nordin pasal isu-isu hangat kebelakangan ni. Maklumlah...YB Zul kita ni mulut laser sikit. Jadi penyampaian dia biasanya penuh suspen dan memberi pengharapan kepada pendengar. Malangnya dia tak dapat datang kerana Anwar berceramah di Kulim. Jadi dia kena ada di kawasan.

Dengar cerita lebih 20,000 orang datang. Malam tu Anwar buat pengumuman dia akan bertanding di Kulim. Maknanya, menang atau kalah YB Zul akan umumkan pengosongan kerusi Kulim. Dan lawannya Ezam Mat Kotak tu. Dia awal-awal lagi dah tawarkan diri nak lawan Anwar. Kesian mamat ni...macam orang gila talak pulak.

Di SUA YB Zul diganti oleh Ustaz Fauzi Hussin dari Dewan Ulamak Kedah. Ceramah berkisar peristiwa Israk dan Mikraj. Penyampaian menarik dengan di selang seli dengan apa yang berlaku pada hari ini. Peristiwa Anwar dan pertembungan PAS – Umno menjadi intipati ceramah. Segar dan mudah difahami.

Hari ini Pak Wan, Mee Panjang dan Major Razali merancang lagi. Kali ni nak buat jamuan kambing pula. Tumpang majlis Hj. Ghani hari Khamis ni. Bagus juga sempena kedatangan YB Lo’ Lo’ ke SUA.

Teman belum apa-apa dah pening kepala. Pening makan durian tak habis dan nak ditambah dengan pening kambing. Hj. Amaruddin dah bagi quotation. Tapi bila ditanya nak masak macam mana, macam-macam permintaan ada. Yang menarik Z nak resepi masak lemak cili padi. Ada ke kambing masak lemak cili padi? Ko makan soranglah Z.

Rupanya bukan teman sorang yang pening. 70% pening kepala sebab makan durian semalam. Sahlah semua tu ada darah tinggi. Last month bila teman check BP teman 150/100. Tapi masa pergi jumpa doktor tu teman saja tak makan ubat.

Dalam pening-pening Kopitiam hari ni bergegar dengan cerita doktor Pusrawi yang memeriksa pungkok si Saiful tu. Sah tak de kesan-kesan diliwat. Kesan semut masukpun tak de. Menurut Doktor Osman, seperti yang disiarkan oleh Malaysiakini lubang juboq dia clear. Saja je mamat ni. Teman malas nak pergi detail pasal kisah budak Saiful ini.

Cumanya Anas bercerita tentang Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Latif yang mempertikaikan tentang etika doktor tersebut yang mendedahkan laporan pemeriksaan budak Saiful tu. Dia juga menganggap laporan doktor itu sebagai satu laporan yang tidak lengkap.

Beretika atau tidak doktor ni manalah teman tahu. Manalah teman tahu siapakah yang sebebenonya yang mendedahkan laporan tersebut? Mungkin kakitangan Pusrawi yang fed up dengan komplot menjatuhkan Anwar, siapa tahu? Dalam keadaan sekarang yang mana hanya 6% sahaja rakyat Malaysia yang percaya kisah liwat Anwar ni, teman tak hairan kalau ada insan yang mendedahkan laporan tersebut.

Pusrawi pulak tidak menafikan kewujudan laporan tersebut sebaliknya telah melancarkan siasatan dalaman untuk mengenalpasti punca bagaimana laporan ini bocor kepada pengetahuan umum.

Sementara polis pula tidak menafikan bahawa doktor tersebut telah disoal siasat tetapi tidak ditahan sebagaimana laporan media blog. Laporan tersebut pula dikatakan mengkompiuskan rakyat. Seolah-olah sekarang ni Anwar dah buat salah dan dengan adanya laporan itu rakyat jadi kompius. Hah..Yang "menakutkan" polis akan menyiasat blogger you...

Dari kesemua kenyataan badan-badan yang terlibat bolehlah dibuat kesimpulan bahawa Anwar is liwat-free dan tuduhan terhadap beliau memang telah dirancang. Siapa rancang, siapa yang jadi balaci, siapa yang execute, siapa yang menjadi mangsa dan apa tujuan nampaknya semakin hari semakin jelas.

Cumanya para konspirator ni tak de ke terdetik dalam hati dia rasa takut kepada Allah. Sedap aje buat kerja bukan-bukan ni. Ingatlah bahawa mati itu benar dan soal jawab di alam kubur itu benar. Dan yang pasti neraka itu akan menanti mereka sekiranya mereka tidak bertaubat.

Teman nak siarkan satu komen pembaca tranung kite mengenai artikel teman tentang Tunku Aziz...

Salam....Hati yang telah dibersihkan itu akan menjadi fitrah dan celik kepada kebenaran... tetapi hati yang kotor dan telah ditawan oleh duniawi akan tetap kabur dan gelap dari kebenaran.... Hanya pencinta kebenaran akan berjuang untuk kebaikan.. dan pencinta duniawi akan mengejar habuan dunia untuk nafsu sendiri... hakim yang adil akan berhukum dengan mata hati... manakala hakim yang alim akan mengikut telunjuk nafsu... setiap insan itu adalah hakim untuk dirinya sendiri... maka berlaku adillah dengan dirimu... insya-allah kamu akan adil terhadap insan lain... kerana kalau kamu sanggup menzalimi diri sendiri... maka sudah pastilah kamu akan berlaku zalim kepada orang lain... sedangkan org yang zalim kepada diri sendiri adalah orang yang menurut hawa nafsu... wallahu..a'lam...Wassalam...

Yang pasti hari-hari mendatang di SUA penuh dengan aktiviti makan.

Monday, July 28, 2008

Tunku Aziz: Apa Dah Jadi?

Ruangan Tunku Abdul Aziz, Bekas Penasihat Khas kepada Setiausaha Agong PBB dalam New Sunday Times merupakan ruangan favorite teman setiap Ahad. Ini kerana kebanyakan tulisan beliau masuk dek akal. Tapi hari ini teman terkejut beruk bila membaca tulisan beliau bertajuk “Cut the theatrics Anwar and let Malaysians get on with their life.”

Tulisan beliau hari ini penuh dengan tanggapan buruk terhadap Anwar. Dari menganggap Anwar mengalami “paranoid delusions” hinggalah menyifatkan Anwar sebagai penagih simpati, “the boy who cried wolf – once too often” dan tidak ketinggalan he is short of labeling Anwar tu (dengan meminjam kata Syed Hamid) sebagai agen negara asing kerana melibatkan “international community” dalam kesnya yang dianggap oleh Tunku Aziz sebagai “a simple case.”

It is not so simple Tunku. Apa-apa yang melibatkan Anwar sekarang tidak semudah dan sesimple yang disangka. Tak percaya tanya Pak Lah. Tanya Najib. Tanya Mahathir. Anwar ialah orang yang menongkah arus. Orang yang menentang kebobrokan sistem yang telah menjadi darah dan daging pemerintah. Dia bukan dari golongan kakak tua seperti Tunku, duduk di kerusi empok dan menjadi armchair critics yang hebat di dalam naugan hawa dingin yang menyegarkan.

Anwar sudah jadi Perdana Menteri kalau dia pilih jalan mudah dengan mengikut sahaja apa yang Mahathir cakap. Baca temuramah antara akhbar Sinar Harian dan Mukhriz Mahathir pada hari Jumaat yang lalu. Ketika ditanya, “mereka berdua (Mahathir-Anwar) seolah-olah satu kombinasi yang sempurna ketika itu, mungkin sebagai orang yang rapat dengan Tun, Datuk boleh berkongsi sedikit tentang apa yang berlaku?’ Antara jawapan Mukhriz, “saya sendiri pernah bertanya kepada ayah saya mengapa sampai begini jadinya kerana saya sendiri tidak tahu menahu. Beliau (Tun) ketika itu begitu sedih, katanya “Ayah lebih setia kepada Anwar daripada Anwar setia kepada Ayah.”

Jadi kesetiaan Anwar terhadap Mahathir yang dipersoalkan bukan keperibadian Anwar yang kununnya seorang peliwat yang menjadi punca. Lagipun kalau persoalan moral menjadi isu mengapa Mat Taib, Rahim Tambi Chik, Rafidah, Tengku Adnan Mansur dan tentunya Najib masing mengungguli UMNO sehingga sekarang?

Tunku Aziz menganggap keengganan Anwar memberikan specimen DNA sebagai merumitkan proses yang simple. Sudah lupakah beliau tentang peristiwa Anwar dibelasah oleh Rahim Noor di dalam lock up? Lupakah beliau jawapan Azizan yang menyatakan Musa Hassanlah yang menetapkan tarikh beliau diliwat oleh Anwar ketika disoal balas oleh Allahyarham Fernando? Lupakah kegagalan Jabatan Kimia membuktikan DNA Anwar tidak defect? Lupakah beliau Trivoli Villa masih belum siap ketika kununnya Anwar meliwat Azizan? Lupakah beliau bantahan peguam Manjeet Singh terhadap Ghani Patail yang mahu Nalla Karupan mengakui membekalkan pelacur kepada Anwar? Banyak lagi nampaknya yang Tunku Aziz lupa yang tak payah teman sebutkan di sini.

In my own case, on my visit to Israel two years ago, I was asked very politely to remove all my clothes by airport security….Like Anwar, I did not like the strip act one little bit, but unlike him, I did not kick up a fuss and neither did I call a press conference to denounce this ‘barbaric’ practice against a senior United Nations official which was what I was at the time.” Tunku, we don’t give a damned apa Israel nak buat kat you sebab you are nothing to us. Lagipun you are enjoying your trip to Israel berbanding dengan Anwar yang sedang menghadapi satu komplot untuk membunuh karier politiknya once for all. Dia harapan rakyat sedangkan Tunku tiada apa-apa pada kami. Ukurlah baju di badan sendiri..

Melihat sejarah diri beliau, I wonder what sort of ethics yang dapat disampaikan oleh bekas special adviser kepada Setiausaha Agong PBB ini kepada Israel kerana teman melihat Israel terus ganas dan zalim terhadap umat Islam di Palestin, Lubnan dan sekitarnya. Pembunuhan kejam diteruskan tanpa sebarang belas kasihan. Nampak sangat Tunku ni jenis peghabih bogheh aje.

Beliau juga mempersoalkan masej yang hendak disampaikan oleh Anwar kepada rakyat negara ini, terutama kepada generasi muda dengan perkataan beliau sendiri ’dislodging the government by all means.” Beliau menambah, “the place (to dislodge the government) is the ballot box, and the time is the 13th general election.” Kritikan beliau juga tidak terhad kepada Anwar tetapi juga kepada penyokong-penyokong Anwar kerana sekarang kununnya kita senyap dan tidak menyalahkan SPR lagi selepas memenangi 5 negeri.

Betapa naivenya pendapat sebegini. Kalau SPR tak menipu, kita sudah menerajui negara ini di peringkat pusat dan Tunku Aziz mungkin menjadi pengampu nombor satu terhadap Anwar sekarang. Namun hakikatnya kita kalah kerana kedurjanaan SPR dan media perdana dan yang paling malang Tunku Aziz telah lost steam dalam usahanya untuk meningkatkan darjah transperancy Malaysia.

Beliau meletakkan tahap dirinya sama seperti Chandra Muzzafar kerana menjadi pihak yang menyokong ketidak adilan, ketidak bersihan dan kebobrokan kerajaan Barisan Nasional. Apa jadi dengan 17 kes berprofail tinggi (+ 1 kes Eric Chia yang hanyut bersama lenyapnya Eric Chia dari mukabumi ini)? Apakah tahap ACA sudah meningkat? Pemandu-pemandu exco lama Terengganu bakal sangkut tapi bagaimana agaknya 17 kes yang teman sebutkan di atas? Bagaimana dengan Monsoon Cup? Masjid Crystal?

Au revoir Tunku!!

Friday, July 25, 2008

Mukhriz tidak selesa politik naugan...

Amboi. Tak sedaq diri hang ni. Kalu hang bukan anak Mahathir, agak-agak hang tengah buat apa la ni...Cakap macam baguih..!!

Dulu masa PRU12 bukan main lagi bapak hang yang putaq alam tu dok kempen untuk hang. Tulunglah undi anak saya. Anak saya pandai..anak saya rajin...anak saya botak semua keluaq...Kalau bapak hang tak tulung kempen no...chek ingat dah bungkuih dah...

Hang nak hentam Pak Lah nak hentam Khairy hang katalah hang tak suka Politics of Patronage. Piiiiiirah..berapa lama hang dok bergayut kat pak hang pasai kebas projek satu Malaysia. Hang dengan Khairy sama aje...dasar Kassim Baba.

Hang masa belajaqpun bukan pandai sangat. Batch hang kat MRSM dok kutuk hang macam nak ghak hang tak tau. Depa kata hang nasib baik jadi anak PM...kalau anak TPM pun hang tak layak masuk MRSM.

Chek cuma nak khabaq....ko dengan Khairy dan 2 3 kerat anak ahli-ahli feudal ni jangan nak berlagaklah. Jadi macam kita orang ni. Naik dari bawah (terutama orang PAS) yang diketepikan oleh orang yang sama macam bapak-bapak ko rang...barulah kau tahu langit ni tinggi rendah.

Hang dulu paling susah agaknya apa ye? Paling terukpun bapak hang tak bagi hang beli kereta sport....hang nak kolam renang bapak hang tak bagi (ni untuk Najib)...itu aje. Piiiiirah. teman nak muntah orang hipokrit macam hang.

Thursday, July 24, 2008

Peluang Keemasan

Sahabat teman (Saudara Akal Budi) yang sehaluan dan sering bertukar-tukar pandangan telah menghantar satu email kepada teman. Pada teman ianya amat cantik untuk disiarkan dalam blog teman...teman mengalu-alukan pendapat sebegini untuk dikongsi bersama...

Seingat teman, belum ada dalam sejarah perjuangan PAS parti mulia ini mempunyai peluang yang begini besar. Peluang untuk berkhidmat dan melaksanakan misi khilafah dan peluang untuk mengemukakan kecantikan dan keshumulan Islam. Belum pernah terjadi dalam sejarah perjuangan PAS orang bukan Islam beduyun2 membantu memenangkan calon pas dan sanggup bercekang mata dan mengeluarkan dana untuk tujuan itu.

Lantaran itu, amat tidak wajar bagi kita untuk tidak menghayati perkembangan positif ini dan merangka pelan tindakan susulan. Seharunsya kita di setiap peringkat terutama di peringkat pimpinan sedang sibuk memerah otak untuk merancang strategi bagaimana kepercayaan yang tinggi ini dapat dikekalkan dan dipertingkatkan. Sudah tiba masanya pemimpin kita mula meluaskan ruanglingkup pemikiran dan “kecaknaan” kita bukan sekadar kepada ahli dan orang melayu malah bagaimana untuk berperanan sebagai pembela nasib seluruh rakyat Malaysia di atas nama keadilan dan keperihatinan Islam.

Sekiranya pihak pimpinan merasakan adalah wajar untuk mula bermuzakarah atau bermuqabalah atau bermuswarah dengan UMNO atas dasar kekuatan melayu dan Islam, teman rasa buat masa ini yang lebih aula bagi PAS ialah untuk bermuzakarah atau bermuqabalah atau bermusyarah dengan pihak2 yang sama2 berjuang di dalam Pakatan Rakyat.
Berbincanglah dengan PKR dan DAP bagaimana corak dan halatuju Malaysia. Apa yang parti kita nak tawarkan pada pembentukan Malaysia yang lebih baik yang akan sama2 dikemudi nanti. Jangan sampai bila dah dapat memerintah baru mula nak bincang dan baru mula nak fakir.

Bagi teman, muzakarah atau bermuqabalah atau bermuswarah dengan UMNO bukanlah sepatutnya menjadi keutaman kita pada masa ini. Kenapa secara tiba2 kita mula mengambil kisah pasal perjuangan Melayu UMNO sehingga sanggup berjumpa ketua mereka dengan senyap2 sehingga membuka ruang parti kita untuk dicurigai oleh parti2 yang sekapal dengan kita. Bukankah disebabkan kepercayaan mereka YB Nizar dapat menjadi MB di Perak???

Mungkin ini peluang pertama dan terakhir bagi PAS!!!

Ya ALLAH selamatkanlah kami!!!

Pahang Milik Singapura...

12 batu wilayah laut dan 200 batu Zon Eksklusif Ekonomi, itulah yang Singapura tuntut.

Tiada hak kah Singapura menuntut wilayah itu? Tentulah dia ada hak. Ingat ye...Pulau Batu Puteh tu milik Singapura sekarang.

Apa hak Malaysia? Hak Malaysia ialah Middle Rock dan South Ledge seperti yang diputuskan oleh ICJ.

Tak de hak ke Malaysia ke atas territorial sea dan zon eksklusif tu? Macam Singapura, memanglah kita ada hak.

Kalau masing-masing ada hak...apa nak buat?

1. Rundinglah.

Masalahnya bila berunding dengan Singapura tak pernahnya kita menang. Runding pasal tanah KTMB kita kalah. Runding pasal air kita kalah. Runding pasal tambak Johor kita kalah. Runding pasal jambatan bengkokpun kita kalah. Runding pasal ruang angkasa lagilah kita kalah. Runding pasal wang CPF kita kalah.

Dulu masa kita diperintah oleh orang yang paling auta dan paling putar alam dalam duniapun kita kalah inikan pula oleh si lembik ni...

Jangan haraplah. Siapa yang akan mengetui pasukan perunding Malaysia.? Rais Yatim? Si pembaca puisi sang isteri? Mat Sastera mat budaya ni? Pak Lah...baik dia tido..? Shabery Chik kot? Bawak tuala banyak-banyak ye...he he. Teman dah tahu keputusannya..

Tuanku masih beradu ke?

2. Ke ICJ sekali lagi.

Ini lagi masalah. Gerenti kalah. Mesti ada dokumen hilang punya. Tak percaya ko orang tengok lah. Adalah mangkok yang buat duit jual dokumen tu karang....

Nanti kat tengah-tengah zon eksklusif ekonomi tu ada penemuan minyak. Tempat ada minyak tu Singapura punya... yang keliling ada ikan jerung atau dugong tu Malaysia punya. Nanti adalah mat-mat bunga Johor pacak bendera atas dugong tu...Ko rang tengoklah kalau tak percaya.

Timbul juga masalah siapa nak mewakili Malaysia di ICJ. Ghani Patai lagi..? Gha...What? Teman dah tahu keputusannya...14-2 in Singapore's favour.

3. Buat tak tahu aje...

Itulah yang paling baik teman ingat. Kalau perlu letak scorphene kat situ ... letaklah. Kalau sukhoi boleh terbang lagi...letakkan dekat sikit dengan Johor tu. Itupun kalau tak rosak.

Teman dengar Singapura nak beli 100 F-35 stealth jet fighters! Mind you, F-35 is no ordinary fighter jet! It is a top-of-the-line single-seat, single-engine, stealth-capable military strike fighter, a multi-role supersonic jet fighter that can perform close air support, tactical bombing, and air superiority fighter missions!

Theoretically, F-35 fighter jets can easily outclass and rip apart our puny Russian Sukhoi fighter jets!Hmmm…

Teman tertanya-tanya mengapa Singapura mempunyai pelan yang sebegitu hebat untuk Angkatan Tentera Udara mereka?

Boleh ke C4 kita meletupkan F-35 tu?


Bak kata seorang rakan, "Perhaps they want to safeguard their investments in Abdullah Ahmad Badawi’s pet megaproject, that Iskandar Development Region or now better known as Iskandar Malaysia."

Selepas Singapura menang tuntutan ke atas zon eksklusif ini, teman tidak terperanjat kalau mereka selepas itu menuntut Johor, Pahang, Melak dan Sarawak. Padan Muka....itupun tak sedor lagi..!!

Wednesday, July 23, 2008

Sah Fauzi Abdul Rahman Masuk PKR. Ramai Lagi Akan Ikut...

Sebagaimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini sebentar tadi, sah lah sekarang Fauzi Abdul Rahman dah masuk PKR...


Kemasukan Fauzi yang panas dengan kisah TYT Negeri Melaka, Tan Sri Khalil Yaakob dengan kes balaknya dijangka akan menaikkan suhu politik tanahair. Beliau terkenal dengan dissenting voice nya.

Ride on bro...

Satu Petang Yang Buat Teman Gelisah...

RPK benar-benar buat teman teruja. Excited kata orang kampung teman. Teruja bukan apa...teruja sebab cerita dia yang tergantung ni....
Macam sinetron pulak.....

Ini kisah budak Saiful dengan Najib tu...baca sendiri.

Impian Khir Toyo, Igauan Kami....

Impian saya ialah suatu hari nanti kita semua dapat melihat YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datin Seri Wan Azizah dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang duduk semeja.

Sengaja Khir Toyo mengenepikan Anwar dalam mimpinya sedangkan Anwarlah orangnya yang mampu memimpin Malaysia pada ketika ini. Mana mungkin impian ini tercapai jika the main playernya tiada peranan? Macam Manchester United tanpa Ronaldo, macam Argentina tanpa Maradona, macam Brazil tanpa Pele, macam Perancis tanpa Zidane....!!

Impian saya juga untuk melihat Melayu kembali menjadi tunjang politik negara yang akan menstabilkan politik tanah air, menjadi kenyataan. Saya berdoa semoga semuanya ini akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t.

Melayu cuma akan kembali menunjangi politik negara ini jika kita semua balik kepada Islam dan menerima Islam secara total. Selagi islam menjadi masalah kepada UMNO, kita bukan sahaja tidak menjadi tunjang malah jauh dari rahmat Allah s.w.t. Macama mana Allah akan makbulkan doa kita.?

Biduk berlalu, kiambang bertaut. Bagai aur dan tebing kita bersama. Yang ringan sama kita jinjing, yang berat sama dipikul, hati nyamuk sama dicecah, hati gajah sama dilapah.

Bior betul ko Khir Toyo? Yang teman tengok bukan hati gajah aje ko lapah, hati rimau, hati singa, hati buaya habis ko kebas. Hati nyamuk pun kita orang tak dapat. Ko poyo lah Khir....

Bangsa ini, bangsa berdaulat kembalikan kedaulatan tersebut.

Daulat apakebendenye? Mana bahasa bangsa ini? Mana ekonomi bangsa ini? Mana politik bangsa ini? Mana sosial bangsa ini? Mana agama bangsa ini? Oi Khir ni....ko ni...ni yang aku tak tahan ni...!!!
Masa ko ada kuasa ko buat tak tau semua tu. Bila ko dah hilang kesemuanya...baru ko nak terhegeh-hegeh. Harulah ko ni Khir...

Ke Arah Mana Kita?

"Saya tidak pasti tentang populariti beliau jika dibandingkan dengan 1998. Dengan perkembangan terkini - isu Saiful dan perakuan berkanun Balasubramaniam - kewibawaan Anwar telah terjejas. Tetapi keupayaan beliau untuk memimpin tidak boleh dipertikai. Boleh didebatkan bahawa masyarakat Melayu kini mula mempercayai tuduhan terhadap Anwar. Sikapnya yang tertangguh-tangguh untuk bersumpah angkat Al-Quran juga kini menjadi isu."




Tuan-tuan tahu sapa yang cakap macam ni? Itulah kata-kata YB Ustaz Nasharudin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS yang tersiar dalam rencana Karim Raslan dalam akhbar Sinar Harian pada Selasa, 22 Julai 2008. Terjemahan dalam bahasa inggeris boleh dibaca dalam akhbar The Star hari yang sama.



Teman agak terperanjat dan kecewa bila membaca artikel ini. Sampai la ni teman masih berharap kenyataan in disalah tulis atau disalah tafsir oleh Karim Raslan. Tidak kisah teman kalau kata-kata ini keluar dari YDP kawasan atau ketua cawangan PAS. Tetapi ini keluar dari mulut Timbalan Presiden yang kata-katanya menjadi polisi parti. Apa yang lebih malang, rata-rata di peringkat bawahan iaitu kawasan dan cawangan, kita tidak meragui Anwar dan faham bahawa Anwar sekali lagi menjadi mangsa fitnah yang hebat.



Di peringkat bawahan juga kita faham bahawa (sebagaimana yang teman nyatakan semalam) isu Anwar difitnah dan karisma Anwarlah yang menjadi faktor utama mengapa rakyat Malaysia beralih angin memberikan kemenangan kepada calun-calun PR termasuk PAS. Gelombang rakyat bangkit bersama isu Anwar bukan isu Hj. Hadi, Ustaz Nasha malah Tuan Guru Nik Aziz sendiri.



Teman setuju benar dengan apa yang dinukilkan oleh Malaysia Waves hari ini...http://www.malaysiawaves.com/2008/07/pas-diajar-sunnah-al-amanah-oleh.html



Dan teman juga setuju dengan kata-kata sindiran oleh saudara Fudzail dalam blognya hari ini...



Pada pemimpin PAS yang beriya-iya mahu bermuzakarah dengan UMNO, silakan. Apa salahnya bertemu, berdiskusi dan tawar-menawar untuk bersama-sama menegakkan 'ketuanan Melayu' dan 'ketuanan Islam'.Ada baik dan buruknya kalau muzakarah ini membawa PAS kembali ke dalam BN dan menjadi 'pelengkap' segala ketuanan.



Biarlah selepas ini pengundi bukan Melayu/Islam malah yang Melayu/Islam yang bencikan kezaliman UMNO tidak akan percaya lagi kepada PAS, asalkan ketuanan UMNO terus bertahan dulu, kini dan selamanya. Lebih dari itu, pemimpin UMNO yang korup, penjenayah dan anti-Islam akan terus suci dan bersih tanpa dihadapkan ke pengadilan.



Bak kata Haji Osman di SUA semalam, "baiklah kita berbincang dengan kafir (yang telah memberikan undi kepada kita dalam PRU12 yang lalu) dari kita bermuzakarah dengan si munafik yang 50 tahun mengkhianati Islam. "



Di tengah-tengah isu hangat muzakarah ini timbul pula kenyataan Ustaz Nasharudin. Bayangkan...ada survey yang dijalankan yang menyatakan lebih 80% orang UMNO sendiri tidak percaya kes liwat ini....macamana orang agama, orang bijak dan orang canggih dan savvy macam Ustaz Nasharudin boleh goyang? Lebih-lebih lagi dari segi sumpah menyumpah ini.



Teman kagum dengan pendirian dan pendapat Ustaz Nik Abduh dalam program Hiwar Perdana di SUA 2 minggu lepas. Begitu jelas dan terang dengan nas sekali. Dalam islam jika kita membuat tuduhan zina dan liwat kita perlu mendatangkan 4 orang saksi yang bebas dari sifat fasik. Beliau membawakan contoh Amirul Mukminin, Saidina Omar AlKhatab yang bertanyakan pendapat kepada Saidina Ali Bin Abi Talib berkenaan dengan persaksian ini? Dan kisah ini tentunya Ustaz Nasharudin lebih arif. Tanpa 4 saksi yang memenuhi ciri tersebut, Anwar adalah lelaki suci di pandangan kita.



Jika ada apa-apa yang tidak berkenan di hati, berdiskusi, bermuzakarah, berwacana dan berdailog dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah jauh lebih baik dan bijak dari menyerahkan tengkok kepada UMNO. Wallahu'alam.



Masih belum terlambat untuk kita duduk semeja (dengan kawan) melihat semuanya dalam kanta yang lebih jelas.

Update: Baca comment Tuan Guru Nik Aziz dalam Harakahdaily hari ni. Terharu dengan keprihatinan Tuan Guru terhadap survival Pakatan Rakyat walaupun beliau boleh perintah Kelantan tanpa Pakatan Rakyat....http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=15948&Itemid=1

Tuesday, July 22, 2008

Oiii Panasssss....

Teman dikritik hebat dik kawan-kawan kerana pandangan yang tak berapa sehaluan dalam tulisan teman semalam....teman bukan apa...tak mahu terlalu gopoh dan kritikal terhadap kepimpinan dalam isu yang teman tak berapa jelas.

Dalam hati teman...jangan le marah kat teman. Itu cuma satu pandangan. Lagipun teman ni subscribe dengan prinsip agree to disagree...jadi tidak ada masalah sangatlah pada teman untuk menerima kritikan itu semua...

Cumanya terdetik juga di hati teman, kalau hendak baca pandangan hardliner, bolehlah layari beberapa blog seperti Mat Saman Kati, Penarik Beca, Malaysia Waves, Aminiskandar dan Kickdefella...semua tu teman link kan dengan blog teman. Teman nak melatih diri teman supaya boleh menerima pandangan yang berbeza...

Namun dalam kritikan-kritikan tersebut teman teruja dengan beberapa ulasan rakan-rakan. Antaranya kenapa Hj. Hadi begitu bodoh sekali kelihatannya dengan mudah masuk perangkap UMNO? Apa sikap Hj. Hadi dan Nasharuddin Mat Isa dalam kes liwat Anwar Ibrahim yang baru? Dari segi apa PAS terpinggir dalam pemerintahan kerajaan negeri Selangor? Apakah Hj. Hadi bercita-cita nak jadi PM sedangkan pegang Terengganu semusimpun PAS terduduk? Ehmm banyak lagi lah....

Walau apapun..teman tertarik dengan komen Tuan Guru Nik Aziz semalam (teman petik dari blog Penarik Beca) dan teman subscribe dengan pandangan itu....

Wartawan : Boleh Tok Guru jelaskan apa yang berlaku setakat ini?

Mursyidul Am : Isu muzakarah yang dibesar-besarkan oleh pihak tertentu, bagi saya tidak ada benda baru yang saya nak tambah. Apa yang saya nak sebut ialah mengulang kenyataan saya yang lepas kerana bila berlaku keadaan begini orang PAS tetap marah pada orang PAS dan orang Pakatan Rakyat pun marah pada PAS. Akhir sekali PAS akan jadi kera sumbang, kiri kanan jadi akan marah.Ini bukan cara kita berpolitik, kita politik macam ini ertinya politik tuduh lawan; bukan kata pakat-pakat jaga kestabilan politik. Ini perangkap namanya. Yang timbul begini pun satu kejayaan kepada lawan.

Kedua, orang PAS kena tanya diri mereka sendiri sama ada nak jaga PAS (parti) ke atau nak jaga Islam? Kalau sekadar nak jaga PAS, ini bukan hala tuju PAS kerana kita nak jaga Islam. Nak berkawan dengan Umno apa yang kita dapat? Umno parti yang memusnahkan Islam. Mereka melonggarkn iman orang Melayu, longgarnya iman orang Melayu kerana Umno .Jadi kalau nak jaga PAS, ini bukan perjuangan PAS. Tapi kalau PAS dibuat untuk jaga Islam itu bukan cara PAS kerana Umno parti sekular iaitu parti hanya semata-mata setakat hidup atas dunia. Tak ada dalam kepala mereka hidup ketika di Padang Mahsyar (akhirat) macam mana sedangkan Islam ni hidupnya hanya ialah merentasi kubur menuju Padang Mahsyar.

Wartawan : Pada pandangan Tok Guru, kenapa kenyataan isu ini diperbesarkan ?

Mursyidul Am : Bila ada di muka depan akhbar, ini bukan kerja individu itu tetapi orang surat khabar yang letak muka depan untuk lariskan akhbar mereka. Itu sajalah lagipun mereka ini tak fikir dari sudut berita itu adalah serangan terhadap PAS. Kita pun tak boleh lawan tapi apa yang kita ada hanya ceramah atau blog. Surat khabar yang ada semuanya pro Umno .

Wartawan : Adakah Tok Guru tak happy dengan perkembangan atau kenyataan ini?

Mursyidul Am : Tak happy, tak seronok. Saya kata berkali-kali tak boleh. Tak boleh kita nak berunding dengan Umno , kita terperangkap. Dahlah kita dah terperangkap sekali dalam tahun 70an dulu, takkan nak terperangkap semula?Umno lemas lemas sekarang jadi dia nak minta tolong PAS sedangkan PAS bekerja keras untuk melemaskan Umno . Bila Umno sudah lemas sekarang kita nak angkat balik bukan kerja kita. Biar lemaslah dia, sudah 50 tahun kita lawan Umno. Nak lemas lagi, kita lanyaklah lagi.

Wartawan : Kenapa Presiden tidak beritahu buat perjumpaan itu?

Mursyidul Am : Wallahu a'lam saya tak boleh kata apa sebab itu orang lain yang buat.

Wartawan : Maksud tak happy tadi merujuk kepada kenyataan Presiden PAS atau Perdana Menteri?

Mursyidul Am : Kedua-dua lah (ketawa)

Wartawan : Jadi, apa tindakan seterusnya?

Mursyidul Am : Terserah pada parti lah.

Wartawan : Sekarang ini macam tidak ada persefahaman antara Presiden PAS dengan Tok Guru selaku Mursyidul Am PAS?

Mursyidul Am : Sehingga hari ini saya tak jadi masalah, hidup kita ni tak boleh duduk senyap saja, banyak mana kita boleh luah kita luah. Kemudian kita dengar balik reaksi balas. Sekarang orang tu luah masalah dia sekarang saya kita nak lawan balik. Tanda kita hidup demokrasi.

Wartawan : Adakah Tok Guru berjumpa dengan Presiden dan beritahu dia apa patut lakukan?

Mursyidul Am : Tak beritahu, saya cuma dengar berita dan saya jawab. Saya tak boleh lah nak pandai-pandai sampai peringkat tu.

Wartawan : Adakah persefahaman antara Tok Guru dengan Presiden masih ada?

Mursyidul Am : Tetap ada, tak berpecah, kalau PAS berpecah ertinya menanglah Umno , seronoklah Umno kerana dia berjaya pecahbelahkan PAS. Oleh itu kita mesti bersatu.

Wartawan : Adakah Tok Guru rasa PAS dalam ambang atau akan hadapi perpecahan?

Mursyidul Am : Tak ada perpecahan. Kalau kita berpecah menanglah Umno , berjaya lah Umno dalam usahanya memecahbelahkan PAS.

Wartawan : Adakah Tok Guru rasa kecewa sebab tak diberitahu tentang perjumpaan itu (Presiden PAS dengan Perdana Menteri)?

Mursyidul Am : Tak juga…cara kita hidup atas dunia begitulah, macam suami isterilah tak semestinya kita buat kita tak sedar tetapi saya tetap menolak muzakarah tu.

Wartawan : Kalau mereka berkeras nak buat juga?

Mursyidul Am : Kalau nak buat juga kena tunggu lepas pilihanraya umum ke 13 (PRU 13) lah. Itupun kalau perlu (ketawa).

Wartawan : Apa pendapat Tok Guru untuk hentikan isu ini?

Mursyidul Am : Sebab itu saya kata tadi tak ada nak tambah benda baru, tak ada. Dengan tujuan nak berhentikan isu ini. Kecuali orang PAS terus perhidupkan benda ni. Akan terus hiduplah. Lepas pada ni takkan adalah perkataan yang keluar dari saya.

Wartawan : Apa harapan Tok Guru pada penyokong kita?

Mursyidul Am : Harapan saya supaya mereka bertenang dan jangan terpengaruh dengan taktik yang dibuat oleh musuh. Saya setuju supaya umno lenyap di muka dunia. Nak lenyap atas muka dunia payah juga sebab mereka manusia walau bagaimanapun biarlah dia duduk setaraf sebagai pembangkang selamanya.

Wartawan : Adakah ini kenyataan terakhir isu muzakarah?

Mursyidul Am : Saya ingat begitulah.

Wartawan : Kalau Presiden PAS dan parti masih nak terus rancangan untuk buat muzakarah?

Mursyidul Am : Mudah-mudahan berhenti sahajalah. Banyak lagi kerja lain, lagipun kita sudah dekat dengan Muktamar PAS. Tak payah buat debu tengah jalan sampai orang kelabu mata.

Wartawan : Adakah isu ini boleh dibincang pada Muktamar PAS nanti?

Mursyidul Am : Boleh jadi bincang. Terserah pada perwakilan.

Wartawan : Adakah Tok Guru nak adakan pertemuan dengan Presiden?

Mursyidul Am : Saya serah pada orang berkenaan. Saya tak suka masuk campur perkara macam ni.

Wartawan : Macam mana pula dengan perjumpaan lima Menteri Besar Pakatan Rakyat?

Mursyidul Am : Kita ni macam keluarga, takkan tak boleh nak berjumpa.

Wartawan : Apa tujuan perjumpaan ini?

Mursyidul Am : Dalam kepala saya dah ada rangka (pertemuan) walau bagaimanapun tujuannya untuk kukuhkan Pakatan Rakyat.

Bukankah teman dah kata semalam, PAS ini demokratis sifatnya. Ada perbalahan sikit-sikit itu biasa. Ingat pesan Tuan Guru Nik Aziz, "harapan saya semoga mereka bertenang dan jangan terpengaruh dengan tektik yang dibuat oleh musuh."

Desakan supaya Hj. Hadi dan Nasharuddin Mat Isa digantikan makin hebat kedengaran. Apakah desakan ini juga menunjukkan kita telah masuk perangkap UMNO? Walau apappun bagi teman tokoh seperti Husam Musa mesti ditonjolkan bagi menggantikan salah seorang dari mereka. Husam kelihatan lebih faham erti perjuangan setelah ditarbiyah oleh tuan Guru Nik Aziz berbanding dengan Ustaz Nasha....Suka tak suka itulah hakikatnya. You may agree to disagree anyway...

Bagi Hj. Hadi suka teman peringatkan tentang ucapan beliau di Banggol Peradong, Kuala Trengganu pada 7 April, 1981 :

Saudara-saudara sekalian, Percayalah! kita menentang Umno bukan kerana nama dia Umno, kita menentang Barisan Nasional, bukan kerana nama Barisan Nasional. Kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah.

Oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka. Percayalah saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam.

Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian, kita tidak payah masuk Hindu, kita tidak payah masuk Buddha, tetapi kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku.

Dan satu isu yang tak lepas dari pandangan teman ialah kesepian PAS dalam membela Anwar Ibrahim dari fitnah liwat yang terkini ini. Nampak macam gang Hj. Hadi (Terengganu) dan Ustaz Nasha macam non committal dalam membela Anwar. Berbeza dengan Saudara Husam dan Tuan Guru Nik Aziz sendiri....

Lupakah kita bahawa isu Anwarlah yang banyak memenangkan kita di PRU12? Lupakah kita isu Anwarlah yang memenangkan kita di Trengganu dalam tahun 1999? Teman berharap benar kita tidak mudah lupa....

Bagi Dato' Dr. Hassan Ali...sebagai Exco yang senior dalam kerajaan negeri Selangor beliau harus lebih professional dan berterus-terang dengan YAB Tan Sri Khalid dari mebuat kenyataan-kenyataan di dada-dada akhbar. Kenyataan beliau beberapa hari yang lalu di akbar Sinar mengenai PAS dikebelakangkan dalam beberapa isu pemerintahan negeri agak damaging. Teman tak gemar kenyataan-kenyataan seperti itu yang boleh dimanipulasi oleh pihak UMNO....

Tuanku Sultan Johor Perlu Bertindak Segera....

Patik hari ini terbaca di blog Malaysian Insider bahawa Singapura bakal meneruskan tuntutan ke atas Zon Eksklusif Ekonomi di sekitar Pulau Batu Puteh yang mereka menangi..

Dr. Balaji Sadasivan, Menteri Kanan Hal ehwal Luar Negeri republik itu menyatakan demikian di Parlimen Singapura hari ini....

Dan biasanya, kalau Singapura membuat kenyataan mereka akan melakukannya dengan penuh yakin. Kita akan melopong lagilah nampaknya.

Siapa lagi yang rakyat boleh harapkan kalau tidak Tuanku? Rais Yatim hanya boleh baca puisi yang dikarang isterinya...patik tidak ada keyakinan langsung terhadap beliau. Pak Lah tengah sibuk bermuzakarah....

SINGAPORE, July 22 — Two months after being awarded its claim over Pedra Branca, Singapore is going ahead to claim an Exclusive Economic Zone around the island.

Dr Balaji Sadasivan, Senior Minister of State for Foreign Affairs, told Parliament the "precise coordinates" would be announced at an appropriate time. According to the United Nations Convention on the Law Of the Sea (Unclos), a state can claim an Exclusive Economic Zone up to 200 nautical miles from its lands and islands, and up to 12 nautical miles of territorial sea.

If disputes arise with neighbouring countries, Singapore "will negotiate ... with the view to arriving at agreed delimitations in accordance with international laws", he added.... baca seterusnya di sini..http://themalaysianinsider.com/index.php/headlines/42-lead-stories/2076-singapore-claiming-eez-around-pedra-branca

Antara Mercedes E200 Kompressor Dengan Paykan Buruk...

Pagi-pagi teman telah menerima mesej, "Mr. Blogger, anta komen nanti psl pembelian Merc d Tganu, rakyat makan ikan keing aje!" Dari rakan seSUA.

Teman sebebenonye merancang nak komen pasal ni semalam tapi sibuk sangat...tak de masa. Lagipun ramai dah rakan blogger yang dah komen. Isinya lebih kurang sama aje macam yang teman nak tulis.

Namun di bawah ini teman kaitkan tulisan Ibrahim baba untuk kita sama-sama renungi ... pendek kata, sebagaimana telahan saudara Ibrahim Baba, "Pusing ikut mana pun hujah Mat Said tidak dapat berdiri." http://ibrahimbaba.wordpress.com/2008/07/21/mercedes-lebih-menjimatkan-dari-proton-perdana/

Lebih menyedihkan...telah menjadi kebiasaan (dan polisi kerajaan) bahawa kereta-kereta lama itu akan dilelong kepada Exco yang menggunakannya. Kereta-kereta berusia 3-4 tahun itu akan menjadi kepunyaan exco dalam harga RM5,000- Rm10,000 aje. Sekarang ni kereta Proton V6 Executive tu jadi milik mereka, 3-4 tahun akan datang Merc itu pula akan jadi milik mereka dengan harga...RM20k.

Teman juga hendak menyelitkan kisah Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad yang sehingga kini masih pakai kereta Paykan buruk buatan Iran sebagai kereta rasmi beliau. Baca wikipedia menganai beliau ini..http://ms.wikipedia.org/wiki/Mahmoud_Ahmadinejad

Kerajaan PR di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor membuat keputusan untuk pakai terus kereta yang digunakan oleh kerajaan lama. Sementara Lim Guan Eng membatalkan pembelian kereta baru untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan negeri.

Mat Said benar-benar melambangkan UMNO keseluruhannya. Masa duit tak berapa banyak dia dah buat keputusan nak beli Merc. Mungkin itu sebabnya dia mati-mati nak dapatkan balik wang royalti...Agenda rakyat ke mana?

Monday, July 21, 2008

Muzakarah PAS-UMNO: Bunuh 4 ekor burung dengan sebutir batu...!!

Sehari dua ni teman dibebani pertanyaan rakan-rakan mengenai cadangan Muzakarah UMNO-PAS... Teman tak berapa minat dengan pendapat pihak UMNO. Seperti kata Tuan Guru Nik Aziz, 'UMNO bila dia susah dia cari PAS..bila dia gemuk sikit dia gigit betis PAS...!' Jadi cakap UMNO memang tak boleh pakai...(sila lihat video klip Nasihat Tuan Guru dalam blog teman)...Ini termasuk cara cakap PM yang saya nampak ada unsur-unsur untuk memecah-belahkan PAS.


Hj. Hadi pula nampaknya tidak teragak-agak mengakui ada pertemuan dengan UMNO. Seolah-olah kenyataan beliau itu sengaja dibuat bagi menunjukkan bahawa PAS adalah parti demokratik yang sedia untuk berunding dengan sesiapa demi perpaduan melayu dan Islam. Ini macam satu tindakan mengingatkan rakan-rakan sekutu supaya jangan pijak-pijak PAS, jangan anggap enteng kehadiran PAS dalam pakatan yang longgar ini....pendek kata ada mesej yang hendak disampaikan.

Walaupun begitu teman ingin persoalkan, apakah bijak langkah Hj. Hadi ini?

Minggu lalu rakan teman ada talipon dari Johor. Dia ni boss salah sebuah media perdana negara kita? "Hello bro, apalah parti hang ni? Belum apa-apa nak tikam kawan dari belakang? No 1 dengan No 2 tak ngam ke?" Resah dia dengan conflicting statement antara Nik Aziz dengan Hj. Hadi...

Teman buat-buat tak tahu aje. Namun dapat teman rasakan kegelisahan rakan kongsi kita dalam Pakatan rakyat ini. Tambahan lagi rakan teman ini penyokong tegar Anwar Ibrahim. "PAS tak ada sejarah tikam kawan dari belakang. Yang menikam PAS semua dulunya kawan. Baik UMNO, Semangat 46 mahupun dalam smaller scale, DAP." Jawab teman. PAS adalah rakan yang setia dan berprinsip.

"Ketika kita menang di beberapa buah negeri, PAS awal-awal lagi telah ditawarkan untuk bersatu oleh UMNO. Terutama di Selangor dan Perak dengan jawatan tertinggi tetapi Hj. Hadi awal-awal lagi telah menolak mengenangkan persahabatan dan persetujuan bersama sebelum pilihanraya. Tetapi PAS rasa terpinggir bila dalam kerajaan PR di negeri Selangor terutamanya, PKR dan DAP lebih menguasai dan membelakangkan PAS dalam beberapa perkara." Saja teman jolok.

"Lagipun dalam PAS kita benar-benar mengamalkan pendekatan demokratik dalam erti kata yang sebenar. Kita agree to disagree. Namun semuanya akan selesai dalam satu majlis syura yang mana Al-Quran, Hadis dan Ijma' Ulamak menjadi rujukan. Once we agreed...semuanya akan settle. Sebab itu kita survive more than 50 years. Teman menambah lagi.

Sebagai Presiden parti, Hj. Hadi dalam apa keadaanpun tentulah akan mengutamakan survival PAS dan kedudukan PAS dalam politik tanahair. Sebagai season politician yang telah melalui bermacam-macam ujian (walaupun tidak sehebat ujian yang dialami oleh Anwar Ibrahim), beliau telah terlalu masak dengan asam garam politik tanahair. Kita di peringkat bawahan ini perlulah memberikan ruang secukupnya kepada beliau untuk menunjukkan karisma kepimpinannya. Kalau tidak, tiada gunalah kita mengangkat dia sebagai pemimpin kita.

Tentang perbezaan pendapat beliau dengan Nik Aziz, teman tidak melihatnya sebagai suatu yang serius kerana dua tokoh ini saling lengkap melengkapi antara satu dengan yang lain. Bagi orang luar atau UMNO khususnya, perbezaan pendapat dan pendekatan seperti ini akan dianggap sebagai satu krisis kepimpinan. Tetapi tidak bagi PAS sebab PAS adalah parti yang benar-benar demokratis sifatnya.

Seorang melambangkan kebesaran jiwa seorang pemimpin sebagaimana yang dituntut oleh Islam dan seorang lagi juga melambangkan kecintaan kepada islam dengan mengelak islam dari dipermainkan.


Ia juga tidak sampai ke peringkat, “orang mukmin tidak akan dipatuk ular yang sama dalam lobang yang sama dua kali,” (one does not get bitten by the same snake from the same hole twice) kerana kita hanya bermuzakarah atau berbincang tetapi bukan masuk BN. Lainlah kalau kita masuk BN dan kena tendang sekali lagi seperti tahun 70an.

Bagi mereka yang kecut dengan pendirian PAS ini, mereka adalah golongan yang under estimate PAS. Nik Azizpun tak kata tak setuju nak berbincang, cumanya masa tidak sesuai dan beliau meletakkan beberapa syarat untuk berbincang.

Hj. Hadi betul bila dia kata tak kan orang lain boleh cakap dengan UMNO, PAS tak boleh? Hj. Hadi juga betul bila dia mengatakan Anwar adalah seorang dari pemimpin dalan Pakatan Rakyat. Cuma teman nak tambah, tanpa Anwar dalam Pakatan Rakyat, payah Pakatan Rakyat nak memerintah. Anwar seperti magnet yang menarik parti yang berlainan idologi kepada PR. Tanpa Anwar (walaupun ada PKR) teman tak nampak (buat masa ini) macam mana DAP boleh berkerjasama dengan PAS? Ini satu kenyataan yang tak dapat kita nafikan. Masa depan...wallahua'lam...

Anwar pulak teman lihat...dia relax aje dengan pendirian PAS. Sebagai seorang yang sering menyuburkan dialog, wacana dan discourse....saya tidak fikir beliau terlalu cetek dalam menilai apa yang cuba dilakukan oleh PAS. Dia pemimpin yang berjiwa besar dan memilih satu wadah yang lebih sukar untuk dipimpin iaitu PKR jika dibandingkan dengan PAS. Dia pemimpin dalam level yang berlainan.

Pak Lah cuba membunuh 4 ekor burung (PR, PAS, PKR dan DAP) dengan sebutir batu (killing 4 birds with one stone)...dengan melaga-lagakan PAS dan sekutunya namun kita akan lihat siapa yang akan terbunuh....


Update 4.30pm @ 21hb. Julai, 2008.

Baca kisah YB Khalid Samad dari blog Abufaiz untuk renungan: http://nurkahfi-info.blogspot.com/2008/07/malaysiakini-rombongan-pas-untuk-dengar.html


















Friday, July 18, 2008

Che Det Liwat Rakyat Malaysia 22 Tahun...!!

Cakap pasal Che Det ni...teman rasa dia bukan sahaja telah mengamalkan teori liwat dalam sepanjang pemerintahannya selama 22 tahun itu. Ada kalanya dia mengamalkan teori sex orgy bersama Daim, Megat Junid, Aziz Shamsuddin dengan kerjasama AG dan KPN. Ada kalanya juga dia menggunakan teori-teori perlakuan sex lain bergantung kepada situasi yang dihadapinya...Pendek kata...Che Det ni memang bersifat sadistic orangnya....Dalam pemerintahannya banyak tindakan-tindakan beliau luar biasa...Luar biasa dari sudut extremenya sesuatu langkah yang diambil. Sebab itu teman juga tidak terperanjat jika Che Det menggunakan teori sex with animal dalam pemerintahannya.

Membaca ulasan beliau dalam Malaysiakini...beliau tak dapat lari dari memperli Anwar tentang kununnya beliau tahu dan mempunyai bukti perlakuan Anwar tersebut. Tapi peliknya....semasa proses penghakiman dijalankan pada tahun 98/99...apabila pihak pembela mahukan beliau ke mahkamah untuk dijadikan saksi...beliau mengelak.

Few would care to make public such a very shameful thing as being sodomised. In fact, the last time at least two people came to see me claiming they were sodomised by Anwar.

"But they were unwilling to make a report or be witnesses in court. One of them, however, did see the imam of Masjid Negara (Taib Azimuddin, now a PAS MP) to seek advice on the religious angle," he added.

Kini perlakuan teori sex beliau cuba diteruskan oleh anak beliau, Mukhriz. Ini pendekatan populist dan teman berharap Mukriz is jantan enough untuk mengulangi tuduhan beliau di luar parlimen. Kita tengok macamana beliau menghadapinya jika disaman oleh Anwar?

Kesan teori liwat yang dikenakan terhadap rakyat Malaysia, majoriti rakyat masih terkangkang- kangkang sehingga kini dan merasakan phobia...sama seperti budak Saiful yang sehingga kini tak boleh nak buat keputusan macamana nak buat report polis...dan rakyat Malaysia sampai sekarang tak boleh nak keluar dari kepompong walaupun kerajaan dah tekan hidup mereka setengah mati...

Mukhriz lagi teruk terkesan dengan polisi liwat Mahathir. Jadi dia tidak dapat lari dari polisi
meliwat yang diperkenalkan oleh bapa beliau sendiri. Dia tiada teori lain. Siti Hasmah teman tak nak komen....

Jika kerajaan yang ada masih dikekalkan...10 tahun dari sekarangpun kita masih bicara kisah Anwar dituduh meliwat sedangkan kita amat membutuhkan... oppps memerlukan Anwar menjadi Perdana Menteri kita.

"Fiz...kau belajar rajin-rajin tapi jangan masuk UUM!!"

Sekarang teman tahu kenapa tak de satu pun universiti di Malaysia ni yang masuk dalam senarai 200 universiti terbaik di dunia....

Debat Anwar Vs Shabery benar-benar membuka pekong kerajaan Barisan Nasional.

Dari kegagalan kerajaan menjustifikasikan kenapa minyak tak boleh turun sehinggalah terserlahnya kedangkalan Nordin Kordi, sebagai Vice Chancellor UUM tentang isu yang diperdebatkan.

Beliau bukan sahaja tidak faham tentang basic economy khususnya dalam oil and gas industry malah beliau juga turut lari dari tajuk sebagaimana Shabery lari dari tajuk debat.

Sila lihat pertanyaan beliau kepada Shabery yang buat semua orang tepuk dahi...

TAN SRI DATUK DR NORDIN KORDI:

Tadi saya telah menanyakan komitmen Dato’ Seri Anwar tentang adakah premis kepada penurunan harga minyak 50 sen itu kerana Malaysia adalah pengeluaran minyak. Selepas kita bacakan data bahawa sumbangan minyak dalam negara hanya 26%. Saya melihat bahawa isu yang dicadangkan oleh Dato’ Seri Anwar bukan isu minyak lagi tetapi memilih minyak sebagai sasaran untuk dikurangkan kepada 50 sen.

Tetapi mengapa tidak misalnya oleh kerana ia bukan semata-mata isu minyak bercakap mengenai pengurangan cukai seperti mana Kerajaan telah tidak mengenakan cukai kepada mereka berpendapatan di bawah RM2,000, mengapa tidak misalnya memberi bantuan sewa rumah kepada mereka yang miskin tinggal di bandar, tetapi mengapa memilih minyak, mengapa agaknya Dato’ Seri Anwar tidak berjanji untuk mengurangkan inflasi seperti katanya 80% kepada 30%. Jadi soalan saya kepada Dato’ Shabery ialah mengapa agaknya Dato’ Seri memilih minyak sebagai sasaran janji kepada rakyat apabila memerintah esok. Terima kasih

Beliau cuba menjustifikasikan kedudukan beliau sebagai Vice Chancellor UUM dan pada malam bersejarah itu lalu beliau menjadi kaki bodek nombor wahid kepada kerajaan...kita membayangkan seorang Vice Chancellor itu seperti Professor DiRaja Engku Aziz kualitinya. Tidak sukar untuk kita fahami mengapa RPK mencampakkan sahaja notis keputusan mahkamah saman Nordin Kordi ke dalam tong sampah....kerana memang sampahlah kualiti si Nordin Kordi ini...

Anak teman...Hafiz terpinga-pinga mendengar hujah si Nordin ni. "Apa dia cakap yah? Lain orang cakap lain dia cakap?" Anak teman tu baru tingkatan 4. "Fiz....kau belajar rajin-rajin tapi jangan masuk UUM...!!" Itu saja jawapan teman. Anak teman tersengih faham.

Nampaknya kebobrokan sudah sinonim dengan semua institusi kerajaan. Dari PM dan TPM yang tak tahu memacu negara, menteri yang tiada kualiti sehinggalah Vice Chancellor yang sepatutnya melahirkan insan excellent dipimpin oleh beruk mat yeh yang tak tahu apa-apa...

Semalam dalam perjalanan pulang dari Low Yat teman mendengar diskusi dalam Radio 24 mengenai cadangan menaikkan subsidi kepada pengguna motorsikal dari RM150.00 kepada RM1,000.00. Dijemput pemanggil untuk memberikan pendapat.

99% menolak kerana menurut mereka ia suatu polisi bodoh. Ada yang menganggap ia sebagai gula-gula kerajaan untuk pacify rakyat dan bersifat sementara.

Ada yang bijak mengatakan bahawa kalau terdapat 2 juta pengguna motorsikal di negara kita, kerajaan terpaksa mengeluarkan subsidi (ini sahaja) sebanyak RM2 billion. RM 2 billion lebih baik digunakan untuk menurunkan harga minyak untuk faedahnya dinikmati oleh kesemua rakyat Malaysia (inipun Shabery tak boleh fikir).

Rakan teman, Naza nak talipon tapi tak tahu nombor. Teman setuju dengan pendapat beliau. Beliau cuma nak mengingatkan rakyat Malaysia...sebelum pilihanraya lagi kita dah bagi tahu bahawa BN itu maksudnya barang naik. Jadi apa yang kita gawat sangat dengan keadaan ekonomi dan inflasi sekarang ini.? Kata beliau lagi....majoriti rakyat Malaysia telah memilih Barang Naik...jadi dia orang tu cuma nak implement sahaja apa yang mereka janjikan...

Teman pulak kalau dapat peluang keluar dalam mana-mana rancangan TV ke radio ke...teman akan mencadangkan satu formula bagaimana Malaysia boleh dipulihkan selama-lamanya...iainya mudah iaitu PR gantikan BN. Itu sahaja.

Yang pasti UUM akan dapat Vice Chancellor yang baru...

Thursday, July 17, 2008

Apa Kata Syed Hamid? Anwar Adalah Dauble Agent...Kali Ni Jepun Pulak...??

Teman tengah dok menunggu reaksi Syed Hamid mengenai kenyataan Kementerian Luar Jepun ni. Ini memandangkan rekod sebelum ini menunjukkan sebarang reaksi negara luar akan mengundang kenyataan bodoh Syed Hamid...

Kenyataan Kementerian Luar Jepun adalah seperti di bawah...

Jepun akan akan meminta maklumat lanjut tentang penangkapan Anwar semasa Sidang Asean minggu depan.

Menteri Luar Jepun, Masahiko Komura dijangka akan berlepas ke Singapura minggu depan untuk menghadiri mesyuarat dengan rakan sejawat beliau dari negara Association of Southeast Asian.

Mereka, menurut Nobutaka Machimura akan menggunakan majlis tersebut untuk menilai isu penangkapan Anwar.

Sementara Amerika Syarikat memandang serius tindakan kerajaan menangkap Anwar semalam.

Kenyataan penuh dalam Malaysiakini...http://www.malaysiakini.com/news/86268

Munajat Tok Guru Munajat Kita...

Semoga Allah memberikan pertolongan kepada kita. Insya'Allah...

WAHAI Tuhan Kami, berilah kami perasaan takut kepadamu yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan dan berilah kami ketaatan kepadamua yang menyampaikan kami ke syurgamu, dan berilah dan berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia."

"Wahai tuhan kami berilah kami kenikmatan pendengaran, penglihatan dan kekuatan tubuh badan selama hidup kami dan jadikanlah dia mewarisi kami dan berilah pembalasan kepada orang yang menzalimi kami.

"Dan janganlah Engkau biarkan orang yang tidak menaruh kasihan balas terhadap kami, dapat menguasai ke atas kami."

"Dan tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami.Dan janganlah engkau jadikan bencana bagi kami dalam ugama kami dan janganlah jadikan keduniaan sebesar-besar cita-citanya dami dan tidak sampai batasan ilmu kami. "Dan janganlah Engkau biarkan orang yang tidak menaruh kasihan balas terhadap kami, dapat menguasai ke atas kami."

"Wahai Tuhan kami, kami pohon perlindungna dengan nur kesucian engkau dan berkat kebersihan dan keagungan sifat jalal engkau, dari setiap yang datang waktu malam kecuali yang datang dengan baik

"Wahai tuhan kami, engkaulah penolong kami, maka kepada engkau kami mohon pertolongan. Wahai tuhan kami, engkaulah tempat kami menyelamatkan diri, maka kepada engkaulah kami pohon selamat. Wahai tuhan bagilah kelemahan dan kehinaan yang mana segala tengkuk pembesar dunia."

"Dan tunduk kepadanya segala urusan dan kebesaran raja-raja Firaun, selamatkan kami dari penghinaan dan hukuman siksamu, ketika malam atau siang, ketika kami tidur atau berada di suatu tempat."

"Dan kamu hancur leburkan pakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan pendirian mereka dan Ya Allah turunkan bendera mereka rapat ke bumi,"

"Tiada tuhan bagi kami melainkan engkau demi kebesaran wajah engkau dan kemuliaan kesucian engkau, hindarkanlah kami dari segala kejahatan hamba-hamba engkau, berilah kemudahan kepada kami dengan limpah kurnia dari engkau wahai tuhan yang maha pemurah."

"Wahai Tuhan sama ada engkau lembutkan hati-hati mereka untuk kami sebagaimana kamu lembutkan besi untuk Nabi Daud, dan kamu menundukkan mereka seperti seperti kamu tundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Sulaiman atau pun kamu lipat balik rancangan jahat mereka supaya berpatah balik ke atas mereka sendiri."

"dan kamu hancur leburkan pakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan pendirian mereka dan Ya Allah turunkan bendera mereka rapat ke bumi."

"Wahai Tuhan yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhluknya, Wahai Tuhan yang mempunyai keagungna dan kemuliaan, sesungguhnya Engkau berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu."

"Ya Allah Tuhan kami, limpahkanlah rahmat ke atas junjungna kami Nabi Muhammad S.A.W yang dengannya dapat mengubati hati dan menjadikan penawar, menyihatkan badan yang menyembuhkannya, menjadi cahaya bagi pandangan mata dan menyinarkannnya dan limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kepada keluarga dan para sahabat baginda sekalian."

Khairy, Mat Aziz Dan Shahidan Kassim Sama Standard...

Seorang kelulusan Oxford, seorang sampai darjah 6 aje dan seorang lagi tak ada rekod pencapaian pelajaran dia. Seorang jadi jutawan segera, seorang lagi kaya sebab jadi Ketua Bahagian UMNO dan seorang lagi...sedekahpun RM44 juta yop..!!




Tapi semua perangai sama. Bila masuk parlimen jadi samseng... Belajar kat Oxford ke, UM ke, Darjah 6 kat Air Hitam ke, apa ke....masuk parlimen aje jadi haprak. Di antara yang seangkatan dengan mereka ini ialah The 6 million dollar man, Jerlun, Raja Ahmad Bola, Bekas MP Jerai dan 2 3 kerat yang merelakan diri mereka jadi kaki pukul.... Ini semua kaki kacau daun aje.



Merekalah yang menjatuhkan martabat parlimen di Malaysia. Setengah-setengah tu pergi parlimen teman ingat cuma nak dapatkan elaun saja kot. Perbahasan tak ada quality, tak buat homework, hentam kromo dan tak ada keperibadian sebagai seorang pemimpin langsung.



Lain ceritanya wakil rakyat kita kecuali Ibrahim Ali...(teman sampai sekarang tak ngaku dia ni MP PAS)...Teman bangga dengan pemimpin-pemimpin muda kita. Azmin Ali, Khalid Samad, Nasharudin Mat Isa, Saifuddin Nasution, Kamaruddin Jaafar, Mahfuz Omar, Dr. Hatta Ramli, Dr. Dzulkifli Ahmad, Dr. Lo' Lo', Nurul Izzah, Yusmadi Yusuf dan lain-lain tu...



Jika prestasi cemerlang ini dapat dikekal dan ditingkatkan..Insya'Allah tak lama lagi kita memerintah. Cerah masa depan Malaysia.



Baca ni...http://nuraflah.blogspot.com/2008/07/bila-khairy-berlagak-pandai.html

dan ini...http://votecharles.wordpress.com/2008/07/16/are-you-challenging-islam/