Friday, October 31, 2008

Syabas...!!

Tak taulah kenapa? Dalam kes ini, belum bicara teman dah merasakan Razak Baginda akan bebas.

Bila perbicaraan dijalankan...keyakinan Razak Baginda akan dibebaskan makin hari makin meningkat.

Inilah satu2nya kes yang mana semua orang bertukar. Hakim bertukar. Pendakwa bertukar. Peguam bela bertukar....cuma OKT aje kekal.

Apabila perbicaraan dijalankan...teman sudah hilang minat akan kes ini. Lantaklah apa depa nak buat...Adalah drama2 orang kampong....kisah Razak Baginda mengamuk dalam mahkamah dsbnya. Tapi tu tak menaikkan minat teman untuk mengikuti kes ini...

Walau bagaimanapun...mungkin memang Razak Baginda tak bersalah. Tak taulah teman angkara siapa ini semua???? Nak tanya si Bala tu pun dia dah hilang tah ke mana? He he...



Thursday, October 30, 2008

Keputusan Beli Heli RM1.6B Berdasarkan Dokumen Saja - Malaysiakini

Abu Seman Yusop, Timbalan Menteri Pertahanan teruk kena bantai dalam Parlimen hari ini kerana sanggup jadi kambing hitam boss nya yang tak datang menjawab kes pembelian Eurocopter.

Kesian mangkok ni. Mengaku ajelah dia akan segala2 kesalahan yang dihalakan kepada kerajaan BN ke bahu beliau seorang. Sampai salah kira2pun dia mengaku juga. Adalah habuannya tu.

Agak2nya macam mana lah dialog Pak Lah dan Najib dengan Abu seman ni ye...

"Bu..ko mengaku ajelah. Nak jawabpun dah tak boleh. Kalu dia orang tanya cakap aku sibuk...!! Ko nak apa nanti kita orang bagi..."

Begitulah nasib si Labu....

Tan Sri Dr Wan Abd Aziz Wan Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan juga tak datang bila dipanggil oleh PAC untuk menjawab inquiry pasal kes yang sama. Dihantarnya budak junior untuk jawab kes sebeso ini. Diapun dah ikut perangai menteri dia...baguihlah tu...



Jangan tidor lagi yob!!

Teman termangu2 juga bila baca kritikan rakan2 blogger terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim pasal PKNS ni. Kisah dilantik pemangku Pengurus Besar berketurunan Cina bukan melayu atau jawa atau banjar atau rawa....Nama pun pemangku. Apa ke hei lah kecuh sangat?

PAS Selangor pun turut kecuh sama...Khabonye Dato' Dr. Hassan Alipun melahirkan kebimbangannya...begitu juga Iskandar. Sama bimbang dengan Khir Toyo...sama goncang dengan budak Syukur Idrus tu...kenapa teruk sangat yob?

"It is better if we give the job to someone who will rake in millions for the benefit of the Malays than to appoint a Malay who is more interested in giving out contracts to non-Malays."- Khalid Ibrahim..

Haa mudah aje Khalid jawab. Dia tambah lagi....

"If there is a Malay manager who cannot benefit the Malays, then this is something we should view seriously," he said.

"People are angry because we changed the people, but are they not angry about the billions lost? Which is better? Think about this," he urged those who challenged the decision.

Haa kan nampak bodoh pengkritik2 semua.

Itulah kita ni kadang2 nak mengamuk tak tentu pasal. Kata nak berubah? Berubah ape ke hei nye kalu mentaliti lebih kurang orang Umno aje? Kalu macam ni tak ke mana lah yob...

Pada teman memang kena betullah Tan Sri Khalid menerajui Selangor ni. Kita bukan saja kena gosok minda karat yang dipupuk dek Umno lebih 50 tahun ni...kalu boleh kena pakai SD-40 Anti rust lubricant tu...bukan setakat lubricating kita juga kena dehumidifying, decontaminating and eliminating karat2 biru tu.

Dato' Dr. Hassan Ali tak kanlah tak tau benda ni semua. Bukan ke YB kerap bebeno dok cerita pasal kecemerlangan, anjakan paradigma dan sebagainya....kalu dok cakap tapi tak buat nanti orang kata kita kaki kelentong aje YB. Sama macam cerita nak ambil Masjid Bukit Indahlah....

Pandang jauhlah sikit yob. Kita juga dok pukul canang PAS FOR ALL. Bila Khalid buat benda macam ni...kitapun kecoh....nak terkencing..terberak...terkentut semua ada. Apa raahhhhh??

Teman tau apa dalam kepala otak kau Che Det!!

Che Det ni walaupun teman tak gemor...tapi tulisan dia teman masih baca. Inilah beza teman dengan Mee Panjang. Mee Panjang sebut nama Che detpun dia nak termuntah...

Blog Che det dah mencecah 9 juta sejak dilancarkan...hebat. Memang orang suka nonton cerita mafia walaupun dia jahat...filem The Godfather, The Sopranos semuanya hit. Box Office yob...

Tapi credit to Che Det lah. Mana yang betul tu betul lah....very informative...Mantan PM yang nak jadi de facto PM...mestilah tahu dan kena tahu banyak benda. Yang akhir2 ni kisah TINGKAT EMPAT NAJIB? ...menarik yob....cerita ni teman dah dengo lama. RPK yang bagi tau. Bukan in person...tapi dalam Malaysia Today dengan kisah Malaysia Today: MT-Reports: THE KHAIRY CHRONICLES...

"Kita lihat peranan yang dimainkan oleh ECM-Libra. Apakah Ethos, yang juga terlibat dengan Tingkat Empat, akan menjadi seperti ECM-Libra? Ethos Capital, sebuah syarikat pelaburan jenis Equity Capital tidak banyak berbeza daripada hedge fund. Mereka amat berminat untuk dapat sebahagian dari tabung Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang sekarang berjumlah RM300 bilion untuk mereka mengurus pelaburannya, kononnya dengan pulangan 40 peratus. Najib mungkin ingat bagaimana Orange County di California menjadi bankrap kerana pelaburan dalam hedge fund." - Che Det...

Nampak macam pelaburan RM5billion yang digunakan oleh Valuecap tu macam "cuba try test tengok" punya kes lah. Ini bahaya ni yob. Teman tak percaya langsung. Kalu ni terjadi...habis duit rakyat bro.

Bagi Che Det yang mendedahkan ini semua..macam kisah serampang dua mata lah....kisah wang EPF tu mungkin dia buat2 risau aje. Teman ada sebab untuk rasa was2 dengan orang tua ni. Apa taknye..masa dia jadi PM dulupun dia dok melantak duit EPF ni lah...Kalu Ethos tu anak dia ada share..teman tak rasa dia bimbang apa bendapun. Suka lagi adalah...

TAPI yang dia seronok sangat dok cungkil pasal skandal ni ialah sebab Ethos ni ada kena mengena dengan Khairy. Haaa...tak kan tak faham lagi. Kan Khairy tu nak lawan anak bapak...!! Kempen lagiiiii!!

Nampak innocent aje kan...

Tukarlah bro...!!

Malam tadi saluran Awani menjemput Dato' Saifuddin Abdullah, Tim. Menteri MECD dalam program Transfomasi Umno. Beberapa hari yang lalu Dato' ini juga dijemput bersama Tian Chua dalam program sembang oleh saluran yang sama....

Jarang teman melihat pemimpin Umno yang talk sense. Dato' ni boleh tahanlah. Ada sedikit keterbukaan dan articulate dalam berhujah. Nampak dia ada visi dan buat homework berbanding dengan yang lain2.

Teman tak tau latar belakang beliau ni tapi bila baca website dia pagi ni....bila tang Anwar Ibrahim dia hentam habis. Ini mungkin satu basic rule yang tak boleh mana2 pemimpin atau ahli Umno langgar. Anda boleh kritik Umno, anda boleh buat apa saja tapi AT THE SAME TIME mesti hentam anwar habis2an....then you should be OK...!!

Intipati program ini malam tadi ialah bagaimana Umno hendak berhadapan dengan civil society yang berlatar belakangkan berbagai lapisan masyarakat yang advance dan well informed dalam bidang masing2. Approach Umno selama ini ialah membelakangkan golongan ini dan bersifat satu arah iaitu dari atas ke bawah.

Dato' Saifuddin mencadangkan pendekatan bermesyuarah. Governance bukan to rule. Ini yang menarik dan apakah Umno berupaya mengubah gaya hidup yang telah sebati dan melekat lebih 50 tahun ini?
Terlalu banyak obstacle dan kuda kayu dalam Umno. Lihat apa jadi dengan Zaid Ibrahim? KJ mengakui sukar untuk membuat reform dalam Umno...dan tentangan hebat datang dari anggota kabinet Umno sendiri. Banyak taik. 10 barrel minyak atarpun tak dapat cover bau busuk Umno ni.

Teman mencadangkan orang baik2 dan bijak macam Dato' Saifuddin supaya beralih arah dan berpindah parti. Sayang...orang yang beridealisma macam beliau duduk dalam parti yang penuh najis ini. Beliau boleh memainkan peranan yang lebih besar jika bersama Pakatan Rakyat. Tambah seorang lagi saifuddin dalam PR akan menjadikan percaturan politik Malaysia lebih menarik.
Reformasi yang cuba dilakukan oleh beliau lebih mudah untuk dilakukan di luar Umno. Dalam Umno ada 3 juta ahli sedangkan di luar jumlahnya lebih 10 juta. Kenapa nak buang masa? Untuk melakukan ini beliau perlu ada kekuatan paradigma...

Wednesday, October 29, 2008

Macam Mafia....


Anticipating kemasukan semula Chua Soi Lek ke dalam kabinet Pak Lah...Karpal Singh membuat keyataan berikut... Karpal: No porn actors in the cabinet, please

Menarik sekali. Tambahan pulak hari ni Husin Lempoyang menyiarkan satu kisah menantu Modal Insan Islam Hadhari di Kalabul Malami ...macam2. Makin hangat KL ni...

Memandangkan Mat Taib juga berangan2 nak jadi TPM...teman paparkan kisah Mat Taib oleh Husin Lempoyang juga...Peristiwa Tan Sri Di Australia.

Serba lengkaplah BN dan Umno ni. Semua ada. Ditambah dengan rasuah terang2an dalam bentuk politik wang sekarang ni...hebat..hebat.

Tony Tan lah badoh...!!

Peralihan kuasa dari Pak Lah kepada Najib, kalu tak ada aral melintang akan berlaku pada bulan March akan datang. Mungkin lebih cepat. Namun ini...tidak berupaya melegakan hati2 rakyat Malaysia. Adakah pentadbiran Najib akan jadi lebih baik dari Pak Lah?

Skandal Valuecap/KWSP sudah cukup memeningkan kepala kita semua. Belum apa2 dah bodoh dah...ditambah dengan skandal Eurocopter....

Teringat teman guraun rakyat Singapura terhadap pemimpin2 kita. Rasa macam betul2 nak jadi pulak ye...

Pak Lah was so disappointed with his cabinet for being inefficient and corrupt that he decided to call on Lee Hsien Loong and ask him how he managed to have such an efficient and incorruptible cabinet.

On hearing Pak Lah’s woes, PM Lee said, ‘Simple, Pak Lah, I choose able men for my cabinet.’ Pak Lah asked, ‘Yes, but how do you know that they are able?’

PM Lee replied, ‘Just ask them simple questions to test their intelligence, don’t need to be too difficult. Let me illustrate to you.’

Just then, Tony Tan was walking by, PM Lee called out to him, ‘Hey Tony, come over here.’ Tony obediently walked briskly over. PM Lee asked, ‘Tell me, Tony, who is your father’s son ?’ Tony Tan immediately replied, ‘Me! Of course.’

PM Lee turned to Pak Lah and said, ‘See, all my ministers can answer this question. Why don’t you go back and try.’ Pak Lah thank PM Lee and left.

Once he was back, he immediately summoned Najib, his deputy, and shot the question at him, ‘Tell me, Najib, who is your father’s son?’

Najib was shocked beyond words and did not know the answer. After a while, he recovered and said, ‘Boss, let me find out and I’ll tell you tomorrow.’ Pak Lah, a bit disappointed, agreed, hoping that Najib will give a good answer tomorrow.

Meanwhile, Najib was panicking that his boss was testing him. He tried desperately to find out the answer from his staff, but none of them knew the answer. The next morning, he decided to call George Bush for help. Surely the most powerful person in the world must know the answer.

When Bush picked up the phone, Najib said, ‘Hello, Bush, can I ask you a question?’ Bush, very busy, replied, ‘Alright, but it better be good !’ Najib quickly asked, ‘Tell me, Bush, who is your father’s son?’ Bush was fuming, ‘Of course it’s me, you stupid !’ and he slammed the phone down.

Satisfied that he’s got the answer, he confidently walked into Pak Lah’s office and said, ‘Boss, I’ve got the answer to your question.’ Pak Lah, happy that his deputy wasn’t that dumb, said, ‘So tell me quick, who is your father’s son, Najib ?’

Najib confidently replied, ‘It’s George Bush !’

Pak Lah slapped his own forehead in disgust and said, ‘No you stupid, it’s TONY TAN !’

Usia nyanyuk tapi belum matang....

Semalam akhbar Sinar Harian menyiarkan beberapa tajuk yang menarik untuk dibaca. Kisah debat untuk calun yang hendak bertanding.... Antara tajuk2nya ialah UMNO belum matang untuk berdebat: Mustapa dan Orang Melayu belum bersedia: Tun. Kedua2nya negatif sekali.

Umno ditubuhkan pada tahun 1946 dan sehingga kini usianya sudah menjangkau 62 tahun. Kalu umat Nabi Muhammad SAW....umur 62 tahun tu dah nak sampai masanya lah tu... Kalau yang bernasib baik macam Tun pun...dah mula sakit sana sakit sini...pelupa dan sebagainya. UMNO? 62 tahun masih belum matang menurut Mustapha....Bila nak bersedia? 100 tahun...200 tahun?

Sementara Tun pulak mengatakan Orang Melayu belum bersedia. Teman percaya bukan orang melayu yang belum bersedia tetapi anak dia yang tak bersedia....Cuba anak dia tu pandai...mesti on punya. Jangan nak temberanglah Che Det...Nampak sangatlah orang tua ni mengutamakan anaknya dari survival melayu sendiri...Umno tu jadi alat dia aje...jangan tak tau..

Kalu sesiapa yang berpeluang mengikuti rancangan Hujah di TV9 2 hari lalu...kita dapat lihat bagaimana tidak matangnya Khir Toyo berbanding dengan YB Saifuddin Nasution. Antara langit dengan bumi. Sementara Saifuddin telah jauh ke depan dengan new value untuk Malaysia.... Khir masih terkial2 untuk menegakkan benang yang basah. Akhirnya beliau tenggelam dengan dunianya sendiri dan tidak hairan rakyat Malaysia akan move on dan meninggalkan UMNO sebagaimana yang diperkatakan oleh Rais Yatim hari ini...






Tuesday, October 28, 2008

Kisah meniaga...

Kesian mem teman. Merangkak2 nak jual Alpha Lipid. Punyalah susah.

"Macam mana si Haji... kawan abang tu boleh jual 30 tin? Senang aje...!" Keluh orang rumah teman.

"Dia pakai sendiri...!" Jawab teman selamba.

"Ai tak kan 30 tin?" Heran dia..

"Haji tu anak dia 8 orang...isteri sorang + dia sendiri pakai dah berapa? Katakan sorang satu tin...sebulan dah 10 tin...!!" Teman buat calculation sendiri...

"Yang lebih 20 tin tu?" Masih tak puas hati mem ni...

"Yang lebih tu dia bagi kambing dia minum... Ada 40 ekor semua kambing dia.!" Selamba aje teman jawab...

"Awak tu le...kalu saya tanya...awak buat lawak aje..!" Bengang mem teman tu...

Malam tadi lepas open house rakan teman, Anas...terus aje teman menemankan orang rumah buat marketing. Panjanglah cerita sampai miss debat antara Saifudin dengan Khir Toyo....tapi tu lah. Satu tinpun tak jalan...

"Tak pe lah...pelan2. Jangan putus asa...! Kalu tak abis kita minum ajelah anak beranak kita. Teman pun rasa sihat aje sejak kebelakangan ni...!!" Saja nak tenangkan hati orang rumah....

Kebetulan pagi ni teman terserempak dengan si Haji ni dekat opis. Nampak ceria semacam aje.

"Hai happy aje ji....banyak dapat bonus ka?" Teman menyapa...

"Bonus company mana ada...ini bonus sendiri bikin punya!!" Gumbira si Haji ni...

"Ai..! Bonus Alpha Lipid ka?" Teman saja mengusik...

"Mana hang tau?....ini mesti si Siti cerita ni..?" Makin galak Haji kita ni...

"Ai...orang rumah temanpun buat biz ni jugak....tapi tak jalanpun.!" Saja teman jolok dia.

"Biz kena ada strategi yob. Mana buleh belasah aje....teman dah export ke Bangla la ni..!" Tambah beliau lagi...

"Wow...hang ni...habis siapa buat kerja kat site? Padanlah project delay..! Hang market ka hang paksa depa beli?" Saja teman sergah...

"Ehh..tak dak lah....mana buleh paksa2. Marketing dengan dakwah sama aje...kena ada hikmah..!" Alamak terkena teman...

"Manusia tak akan menerima kebenaran yang dipaksakan, tetapi akan tunduk dengan kebenaran yang dapat menyelinap masuk ke hatinya, bukan jasadnya! Begitu juga marketing...kalau kita keras2 memaksa... orang menyampah...walaupun barang yang kita nak jual tu product yang bagus...kalu tak kena gaya orang tak nak beli.!" Letih teman kena dakwah pagi2....

"Berapa dapat bonus ji?" Lemah aje teman bertanya...

"Adalah dekat 20k!" Tersengih aje Haji...

"Rupiah ke?" Usik teman...

"RM yob RM....!! Ni ha nak tengok cek ni ..." Makin lebar sengih Haji sambil menghulur copy cek yang telah dilaminate...

"Amboi! Beraya sakan lah hang tahun ni...!" Teman pulak yang tersengih2....

"Tu yang sampai sekarang aku dok raya lagi ni....Jom minum!" Haji pun pelawa teman

Sepanjang pagi ni dok cerita Alpha Lipid aje si Haji tu...nak mencelah cerita lainpun dah tak buleh dah. Dok cerita bapak dia yang lelah tu pun dah pulih dan rabunpun dah buleh nampak..

Teman sendiri baru seminggu makan...macam2 rasa. Pinggang sakit...mata mengantuk. Tapi menurut Haji...teruskan. "Itu sakit dah nak keluar tu...!" Tegas Haji...

"Hang ni macam bomoh batin aje...!"...Teman dok terus mengusik...

Monday, October 27, 2008

Mukhriz macam bapak dia...penakut



Hari ni teman terbaca dalam Utusan Meloya...tajuknya berbunyi begini Mohamad Khir Toyo bersedia dan begini Mukhriz tidak setuju...

Kisah 2 calun Ketua Pemuda parti rasuah...seorang sedia menyambut cabaran KJ untuk berdebat dan seorang lagi menolak. Yang mencabar dan menerima teman tak nak ulas...tapi yang dok menolak ni yang seronok teman nak balun.

Dalam zaman serba canggih ni...Ali Rustam pun sedia untuk berdebat. Ini...anak Che Det jadi penakut. Inilah satu2nya sifat yang diwarisi oleh Mukhriz dari bapaknya. Penakut...suka berselindung di sebalik kuasa dan undang2. Nampak aje berani tetapi sebenonye penakut...

Ingat lagi bagaimana Che Det mengelak untuk ke mahkamah dalam kes perbicaraan Anwar Ibrahim dulu? Tuduh orang tu macam2 tapi bila kena sapina...macam2 alasan bagi untuk tidak ke mahkamah. Semua instruments dia guna untuk mengelak...Ghani Patail..Mokhtar Abdullah... Agustine Paul....cheh.! Baca ini Param: Mahathir takut ke mahkamah - Tun Dr Mahathir Mohamad ... dan ini http://www.geocities.com/webmarhaen/mar_freemason_mt01.html

Apa pembaharuan yang Mukhriz nak bawa? Bukan kita suka Umno ni tapi kita nak tengok juga macam mana pemimpin2 muda parti rasuah ni mencorakkan hala tuju Malaysia, kununnya. Kita kena hidupkan budaya intelektual ini. Teman dah lama cadangkan debat2 ni semua...lama sebelum Musa Hitam membuat cadangan..Debat antara Najib vs Hj. Hadi...

Teman dah lama syak si Mukhriz ni tak berapa bijak jika dibandingkan dengan 2 orang lawan dia tu. 2 orang tu pun bukan boleh pakai tapi tak de lah teruk macam si anak bapak ni. Mamat ni 150% bergantung pada bapak dia. La ni bapak dia tengah dok kempen gila babi punya. Tak percaya baca ni... Snippets ...kempen yob kempen..!!

Tu yang dok desak sangat Pak Lah serahkan kuasa December ni tu...bukan apa? Kalu dok buat lambat na...habih lah Che Det. Budak2 parti rasuah ni bukan buleh percaya no...Si Khairy tu banyak duit. 764 (191 x 4) perwakilan semua...Dia perlu 383 undi saja...kalu sorang dia bagi 10k..
baru RM3.83 juta. Alah celah gigi aje tu...RM30 juta dia boleh bagi. Tak dak hei punya...

Bulan 3 lama lagi na...macam2 boleh jadi. Najib boleh masuk penjara...Muhyiddin boleh kena pecat dari kabinet..Ali Rustam boleh jadi senator...Che Det masuk ISA....sapa tau kalu Pak Lah buat gila...?

Macam mana nak menang Pestabola Merdeka?

2 malam lepas teman menyaksikan perlawanan akhir kejohanan bolasepak Pestabola Merdeka antara Malaysia dengan Vietnam. Keputusannya sudah sama2 kita ketahui. Kantoi lagi. Kali ni dengan budak bawah 23 tahun...

Permainan hambar. Sorang pemain pun teman tak kenal. Yang teman kenal kat FAM la ni sorang aje....Sultan Hj. Ahmad Shah, Presiden FAM. Maklumlah...dah lama sangat pegang jawatan tu kot...

Kalu dulu...sebut saja mana2 pemain...semua teman boleh tahu asal usul pemain tersebut.. Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun, Wong Choon Wah, R. Arumugam, Santokh Singh, Wan Zawawi, Jamal Nasir, Isa Bakar, Ali Bakar, Shaharudin Abdullah, Namat Abdullah, Hassan Sani, James Wong...you name it. Sekarang...??

Teman malas lah nak ajar orang pandai2 macam mana nak naikkan mutu bolasepak negara... sebab Malaysia ni dah tak ada orang lain yang lebih pandai. Cuma kalu next year kita nak menang Pestabola Merdeka..teman ada satu cadangan. Teman boleh gerenti 99% berjaya. Mudah aje...Kita jemput pasukan2 terbaik dunia seperti Brazil, England, German, Perancis, Portugal, Spanyol, Argentina, Uruguay dan lain2...TAPI DENGAN SYARAT...semua negara tu kena hantar skuad bawah 12 tahun.

Serampang 2 mata yob...nama2 besar datang turut serta dan kita jadi juara. Amacam...baguih tak?


Sunday, October 26, 2008

Umno P. Pinang..Ezam...Apa Cerita DEB?

Masa mula2 Lim Guan Eng jadi KM P. Pinang dulu...antara kenyataan awal beliau ialah nak menghapuskan beberapa practice DEB dalam pentadbiran negeri itu. Masih ingat lagi ke yob macam mana orang Umno berdemo... http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0315&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

La ni Najib nak hapuskan DEB...kat manalah mangkok ni semua ye? Tak berdemo ke? Kenapa diam pulak?

Ezam macam mana...? Dulu bukan main lagi. Masuk Umno kerana nak pertahankan DEB lah. Anwar pengkhianatlah kerana nak hapuskan DEB...macam2..!! Menurut Mee Panjang...Ezam dah jadi macam tenggiling, masuk dalam tempayan dan tak boleh keluar lagi dah...
Nasib ko lah labu...




Saturday, October 25, 2008

"Atas Sebab-sebab Inilah Umno Mesti Di Sokong Dan Dipertahankan!!" - CHE DET

Di bawah ini teman paparkan tulisan Che Det mengenai Umno la ni. Namun yang peliknya, menurut Che Det, Umno mesti terus dipertahankan. Maknanya..kalu ikut Che Det parti lain tak boleh memerintah melainkan Umno dan Umno sahaja. Tak pa lah kenyataan dan pendirian beliau dia contradict macam manapun...

2. Teman nak tanya BPR buat apa? Saudara Anis Yusal kata tak semua orang BPR tu "rockers" belaka. "Ada yang baik2!" Katanya. Ye lah..yang baik tu dok kat bawah, yang kat atas tu hantu. Rasuah Dalam Umno: Report kepada Bumiputera Rocker...

Kalu dah ada kenyataan dari Che Det macam ni pun tak boleh bertindak...tak tahulah teman? Pengerusi Dispilin Umnopun kata, dia malu. MCA dan MIC pun tak macam ni punya rasuah.

Kalu Nik Aziz cakap pasal benda yang dah dekat 20 tahun berlaku... cepat2 BPR ni siasat...Ni yang la ni depan bijik mata pun tak buat apa2. Tak kan nak kena buat report kot? Apa punya turrr?

Selamat membaca....

POLITIK WANG DALAM UMNO
Posted by Dr. Mahathir Mohamad at October 24, 2008 5:54 PM
Comments (207) TrackBacks (0) Previous Blog

1. Saya mendapat banyak laporan berkenaan dengan politik wang dalam UMNO. Demikianlah keadaan sehingga Dato Seri Dr Rais Yatim mencadang secara sinis supaya jawatan-jawatan Majlis Tertinggi ditender. Dato Seri Shahidan Kassim amat marah dan akan tender sebanyak RM1 untuk Rais. Bila makan cili rasa pedas.

2. Saya diberi tahu wang banyak digunakan. Dahulu cuma ketua pemuda bahagian sahaja dapat. Ini menyebabkan pemegang jawatan lain dalam pergerakan enggan bekerjasama. Sekarang semua mendapat sogokan dan hasilnya amat memuaskan bagi penyogok.

3. Ketua-ketua Bahagian dan ahli jawatankuasa juga dijemput ke Kuala Lumpur untuk berjumpa orang tertentu. Mereka di arah supaya mencalonkan orang-orang tertentu untuk Timbalan Presiden, Naib Presiden dan ahli Majlis Tertinggi. Juga pencalonan Ketua Pemuda. Berkesan atau tidak akan kita lihat daripada pencalonan yang dibuat.

4. Tetapi cawangan dan ahli biasa pun sudah pandai. Mereka menawarkan sokongan mereka jika sekian-sekian banyak dihulur.

5. Mereka yang menang boleh jadi Yang Berhormat, ahli Exco, Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, pengerusi syarikat-syarikat Kerajaan dan juga dapat kontrak berjuta Ringgit.

6. Ahli biasa yang memberi sokongan dengan undi mereka dapat apa? Dengan kesedaran akan soal ini maka penyokong dan pengundi pula berpendapat mereka juga harus dapat nikmat daripada pemberian undi mereka. Maka mereka akan menunggu sogokan sebelum memberi undi mereka.

7. Amalan rasuah dalam UMNO di semua peringkat sudah menjadi buah mulut orang ramai. Mereka jelek dan muak dengan UMNO, orang UMNO dan pemimpin UMNO. Perasaan benci kepada UMNO sebagai parti yang tidak bermoral merebak ke merata-rata tempat.

8. Orang ramai melihat UMNO sebagai parti pimpinan orang-orang yang berkepentingan diri semata-mata. Dari cawangan sehinggalah kepada pucuk pimpinan yang diutamakan ialah jawatan dan peluang memain kuasa dan buat duit apabila memegang jawatan.

9. Dalam pilihanraya umum 2004, rakyat memberi sokongan padu kepada BN. Ini adalah kerana rakyat percaya benar yang kepimpinan baru UMNO dan Barisan Nasional akan menjadi lebih baik daripada yang terdahulu.

10. Antara 2004 dengan 2008 mereka dapat lihat pemerintahan Abdullah dengan rasuah yang berleluasa dan keruntuhan ekonomi. Mereka juga lihat peranan yang dimainkan oleh keluarganya dan kroni mereka dan juga sikap ahli-ahli kabinet. Apa yang mereka lihat meyakinkan mereka bahawa pemerintahan ini tidak baik. Hasilnya ialah keputusan pilihanraya ke-12.

11. Mereka kecewa bahawa Abdullah bukan sahaja tidak membetulkan keadaan tetapi sebaliknya menafikan kekalahan dan penolakan oleh pengundi, termasuk yang terdiri daripada ahli-ahli dan penyokong UMNO dan lain-lain parti komponen.

12. Saya percaya orang ramai amat kecewa melihat mainan wang dalam UMNO sekarang. Wang akan mengalir dengan banyak dan laju semasa dan selepas pencalonan. Rumah terbuka oleh kementerian sedang diadakan dengan menggunakan duit Kementerian. Semasa rumah terbuka kempen untuk pencalonan diadakan.

13. Menjelang pemilihan bulan Mac 2009 lebih banyak lagi acara dan sogokan boleh diadakan. Kemuncak akan tiba apabila wakil ke Mesyuarat Agong tiba di Kuala Lumpur untuk bersidang.

14. Kata orang melihat kepada jawatan-jawatan yang dipertandingkan tiap seorang wakil boleh dapat hingga RM20,000.

15. Ada yang berpendapat tidak apa menerima sogokan tetapi tidak semestinya mengundi penyogok. Jangan percaya iman penerima begitu kuat sehingga tidak merasa terhutang budi. Lagipun duit yang diterima adalah duit haram. Yang menerima akan menanggung dosa.

16. Terimalah. Pedulikan jika semua orang tahu. Apa salahnya. Dosa, dosalah. Tetapi seperti disebut di atas apabila pengundi pilihanraya umum sudah benci dan bosan dengan UMNO mereka akan undi parti lawan untuk kalahkan UMNO. Selepas kalah tidak ada lagi jawatan Perdana Menteri, Menteri dan lain-lain. Tidak akan ada lagi kontrak, AP dan lesen.Tidak akan ada lagi nikmat! Semua pihak akan merana, akan dihina oleh orang. Dan UMNO akan habis riwayatnya. Mereka yang betul-betul sayang kepada UMNO akan kutuk pemimpin dan ahli UMNO.

17. Inilah akhirnya musibah yang akan diterima kerana tamak, kerana rasuah di kalangan pemimpin dan ahli UMNO.

Friday, October 24, 2008

Tak sior teman...

Semalam YB Zulkifli Noordin mengamuk lagi. Kali ni di dalam parlimen pulak. Semua orang khabonye di belasahnye. Gaye si Ibrahim Ali lagaknye. Baguihlah tu...ceria sikit Parlimen Malaysia. Jangan jadi macam parlimen Taiwan udah le yob...


Kalau ikut YB Zul semalam, dalam Malaysia ni nampaknye dia sorang yang berjuang untuk Islam. Yang lain tak boleh harap. Tak dak tulur belake...!! Kalau adapun tak sebeso tulur YB Zul lah gamaknye...Kalau ada yang beso sikit pun...si Fuad Zarkasi punyalah tu..

Persetankan lah Anwar Ibrahim yang tak membela islam tu. Boleh jalanlah YB2 PAS tu semua. Kat kampong beriya2 cakap nak kan Islam...dalam parlimen senyap ajo. Semua diserahkan kepada YB Zul sorang...

Boleh buanglah semua kitab Yusuf Al-Qardawi tu. Kitab Fiqh-Alawiyat tu semua tak payah bacalah. Kitab2 pasal siasah syar'iyyah tu semua mana buleh pakai? Buat penat telinga dengo aje. Just listen to YB Zul....

Surau Ulul-Azmi tak payah panggil ustaz lain. Panggil YB Zul aje. Tiap2 hari YB Zul. Ustaz2 lain tu semua tak sampai taraf YB Zul...kalau adapun yang berkuliah hanya jadi halwa telinga aje. Tak berani macam YB Zul.

Dah lah tak berani...hentam YB Zul depan belakang, atas bawah, kiri kanan lagi....Ini semua munafik. Penakut...pengecut...apa punya turr? (sorry Tukar tiub...).

Dalam pilihanraya akan datang YB Zul pun dah tak perlu undi Cina dan India...undi yang beragama Islam yang pengecutpun YB Zul tak perlukan. Buat apa undi yang macam tu? Tak berkatlah gaji dan elaun MP. Itu semua undi syubhat....Macam YB Pasir Mas tu juga. PRU13 dia tak perlukan undi orang PAS lagi dah...!!

Tak payahlah nak ambil alih Malaysia ni kalu takut berjuang. YB Khalid Samad tak payahlah cerita pasal politik 'engagement'...mengarut aje. Politik yang perlu diambil ialah politik perang. Kalu menurut YB Zul, mana ada engagement2 ni semua. Mengarut...tak sior teman...

“It hurts our credibility. He seems to think he is the only defender of Islam,” said the Shah Alam MP, adding that if Muslims insist that everything is taboo, it would be difficult for non-Muslims to respect and be attracted to the faith.


Pegi jahanamlah dengan kredibiliti semua ni...YB Zul peduli apa. Yang penting kita semua ni kena perang untuk selamatkan islam. Yang lain tak penting. Macamana nak tegakkan Islam YB Zul tak peduli....Tak payahlah cakap pasal hikmah ni semua. YB Zul tak nak dengo semua ni...

MSO jangan dok pandai2 buat cerita ye...kang kena penampor siam YB Zul baru tau... http://msomelayu.blogspot.com/2008/10/ulasan-semasa.html ada ke patut dia kata dah 2x YB Zul jumpa Najib sebab nak masuk Umno? Buruk sangka sungguh...

Hang Shukripun sama....tak baik tau kata YB Zul macam tu? Ranggilah....dah jadi muda baliklah... lain macamlah. Teman nak khabo...kalu tak de YB Zul siapa nak perjuangkan Islam dalam Malaysia ni....?? Nak harapkan Ezam...Ezam dah bisu sekarang ni...!! Jawab jangan tak jawab...!!


Apa tunggu lagi?

Datuk Anifah Aman, adik Musa Aman yang juga MP Kimanis hari ini mengajak parti pembangkang sama2 membantu kerajaan menangani krisis ekonomi yang melanda negara. Katanya, kalau Obama dan McCain boleh berkerjasama, kenapa kita tidak?

Pembangkang, katanya bukan sahaja patut memberhentikan kritikan malah perlu memberikan input dan cadangan yang konkrit untuk mengatasi masalah tersebut.

Ada 3 persoalan yang suka teman timbulkan:

1. Teman ingatkan ekonomi Malaysia ni ok aje. Bukankah Najib dan Nor Mohamad yang cakap begitu? Macam mana pulak Anifah Aman kata ekonomi kita dilanda krisis? Lu sapa?

2. Seruan Anifah Aman ni macam syncronize aje dengan kenyataan Anwar yang mengatakan pengambilalihan kuasa boleh tunggu sekejap kerana dia nak tolong kerajaan atasi krisis ekonomi. Ai...macam pakat aje?

3. Cadangan yang konkrit. Ai...kan Anwar dah keluarkan alternative budget semalam termasuk dengan berbagai2 cadangan untuk menambahkan revenue dan mengurangkan belanja? Inipun macam kenyataan yang disediakan bersama aje?

Ini yang teman suka Anifah Aman ni....

Sayang semuanya sudah terlambat....

Semalam The Sun menyiarkan temu ramah dengan Khairy Jamaluddin, calun Ketua Pemuda Umno dan menantu Perdana Menteri yang tidak disukai ramai itu...


Seronok baca apa yang diperkatakan oleh Khairy. Antara yang menarik perhatian teman ialah:

1. Idealisma nya tentang perjuangan yang hendak dilaksanakan. Macam ketika belum masuk Umno dulu...

2. Tak mengaku dia akan berbagai2 tuduhan yang mengatakan dia control GLC, rebut kontrak yang besar2 dan sebagainya. Dia kata dia sedia berdebat dengan sesiapa sahaja mengenai perkara itu.

3. Mengaku dia yang pemimpin2 Umno tidak menjalankan tugas seperti yang diharapkan oleh rakyat, termasuk dia sendiri...

4. Dia hendak kepada reform, kebebasan media dan sebagainya. Pendek kata itulah yang bapak mertua dia hendak lakukan tetapi dia dan bapa mertuanya jadi tidak popular kerana orang2 dalam Umno sendiri tak nak kepada reform terutama yang di dalam kabinet bapa mertuanya.

5. Dia jadi Timbalan Ketua Pemuda kerana Hishamuddin Tun Hussien yang beriya-iya nak dia pegang jawatan itu. Bukan dia hendak sangat.

Hari ini Malaysian Insider mengulas tentang Khairy atas tajuk "A change too late Khairy" dan ia boleh dibaca di sini...http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/11086-a-change-too-late-for-khairy

Sebebenonye Khairy ini pandai malah lebih pandai dari Bapa Mertuanya sendiri. Pandai dia mungkin lebih pandai dari Che Det ketika Che Det masih di awal usia 30an. Tapi tulah...kalau pandai tapi tak nak kepada Islam satu senpun tak guna. Kalau pandai tetapi tak nak kepada Islam, dia akhirnya akan jadi jahat dan memusnahkan negara....
Wallahu a'lam....


Thursday, October 23, 2008

Kesian species ni...

Gelihati baca cerita Rais Yatim dalam akhbar2 tempatan semalam...kalu dah macam tu..buat apalah duduk dalam parti yang bobrok ni?

Rais dengan Ku Li nipun sama ajelah...Tipah Tertipu Lagi....

Hari ni Musa Hitam pulak cerita pasal Umno sebagai ‘Penyakit tua’ perlu dirawat...tapi tu lah. Dok kat situ juga lah. What a joke?

Banyak species macam ni dalam Umno la ni. Bukan dia tak tau Umno dah jadi macam tu tapi atas sebab2 nostalgia, sebab nak salvage apa2 yang perlu disapu.....

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Hrkh)- Jika rasuah politik terus berleluasa di dalam Umno, lebih baik diadakan sistem tender untuk menjadi ketua, kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau bagaimanapun berharap pemilihan Umno pada Mac depan tidak dijadikan seperti tender terbuka dengan pembida tertinggi mendapat jawatan dalam parti melalui amalan politik wang.

"Politik wang atau korupsi politik tidak selesai sebab ia sudah menjadi budaya di dalam Umno sekian lama. Cuma tak ramai yang mahu mengaku perkara ini berjalan. Lebih baik kita mengaku dan rakyat menghukum kita bersama-sama supaya orang ramai dapat melihat parti politik ini bersih dari amalan rasuah ataupun tumbuk rusuk dan penggunaan wang secara berleluasa.

"Saya kira mereka yang menyumbang (politik wang), kalau begini lebih baik Umno itu adakan sistem tender, siapa yang lebih tinggi dia jadi ketua. Kalau begitu umno ambil duitnya, siapa yang banyak duit buat bidaan, kan jadi bahan ketawa, tetapi hal macam ni kena dibincang," Bernama memetik beliau berkata.

Rais yang juga Menteri Luar berkata sehingga kini amalan politik wang masih belum dapat dibanteras kerana ia telah berakar umbi, sekaligus menjadi budaya dalam parti.

Umno, katanya, tidak mempunyai kebolehan yang cukup untuk memantau dengan rapi amalan politik wang, justeru adalah lebih wajar sekiranya ia diserapkan di bawah bidang kuasa undang-undang negara.

"Yang terbaik mungkin kita boleh lihat sahabat-sahabat kita dari MCA dan Gerakan. Mereka tidak ada syarat yang ketat tetapi secara dasarnya, mereka bebas dari semua amalan ini.

"Saya mungkin silap tetapi saya percaya ketelusan ialah guru yang baik dan kita perlu mengajar diri kita menerusi pengalaman yang lepas, apatah lagi pengalaman yang lepas itu tidak berada dalam keadaan yang baik," katanya.

Menurut beliau, antara kekangan utama dalam membanteras rasuah politik di dalam Umno ialah ketiadaan bukti kerana pihak yang terlibat cukup licik dan licin memainkan peranan mereka.

"Masalahnya ialah bukti. Bukti orang memberi cukup sukar sebab pihak-pihak ini memainkan peranan licik dan licin. Dalam masa tempoh orang tidur, masa tempoh orang tak sedar tidak dapat diambil gambar, tidak dapat diambil tindakan sebab buktinya tidak ada tapi dalam undang-undang baru Akta Pencegahan Rasuah, saya dapati hal ini dapat diatasi sekiranya laporan daripada pihak-pihak berkenaan ada," katanya.

Rais juga berkata, cadangan supaya sistem kuota dikaji semula atau dihapuskan masing-masing mempunyai kebaikan dan keburukan tertentu.

"Kalau tak hapuskan pun, mungkin bilangan yang terhad dikenakan tapi pada pandangan lain pula, kalau langsung tak ada syarat, ia mungkin disertai oleh beribu calon," katanya.

Sebelum ini, Rais mendedahkan beliau diminta memberikan wang untuk mendapatkan undi bagi pencalonan jawatan naib presiden yang menjadi sasarannya dalam pemilihan Umno, Mac tahun depan.

Beliau, yang juga menteri luar, berkata "majoriti" ahli parti itu lebih berminat mengejar wang ketika kempen berlangsung sekarang daripada memilihan pemimpin yang benar-benar layak, Malaysiakini memetik laporan agensi berita AFP.

"Kami didekati dengan berselindung sebalik bantuan dan sumbangan.(Tetapi) saya tidak bersedia (berbuat demikian), jadi anda lihat undi (pencalonan) saya tidak begitu banyak.

"Jika ada ingin turut serta (dalam perebutan jawatan), anda mesti mengiyakannya," beliau dipetik sebagai berkata kepada wartawan.

Dr Rais hanya memperolehi lima pencalonan daripada bahagian-bahagian yang bermesyuarat setakat ini, sejak 9 Oktober. Beliau memerlukan 15 lagi sokongan untuk layak pertandingan._

Flip flop party manage the country...

Mula2 Jun 2010. Lepas tu March 2009. La ni nak cepatkan lagi...December tahun ni. Hina betul ko Pak Lah. Nasib kau lah labu...!! Dugaaaaan!!

Clash looms as party chiefs table issue for discussion at next week's meeting

By Reme Ahmad, The Straits Times


In a sign that there has been no let-up in backroom efforts to push out Prime Minister Abdullah Badawi earlier than March, his deputy, Datuk Seri Najib Razak, has said Umno chiefs will meet next Thursday to discuss bringing back the party's internal elections to December.

'We will answer all these questions on the 30th. For now, there is no change to the date (of the Umno elections),' he said on Tuesday.

He was asked by reporters whether the internal polls, which two weeks ago were delayed from December to March, would be brought back to the earlier date.

The decision-making Umno Supreme Council will meet next Thursday for its regular monthly meeting, and Mr Najib was the first to say the issue of the December polls would be discussed.

His comments clashed with Datuk Seri Abdullah's wish to be in power until March.

When told last Saturday that Umno vice-president Muhyiddin Yassin wanted the polls to be held in December, a visibly upset Mr Abdullah said: 'What is the meaning of all this? I am not happy with this. Is he trying to stop me from making reforms?'

Party chiefs, including Mr Najib, had concurred with the Premier that he should be allowed to retire at the end of March.

But the deal caused unhappiness among the grassroots because it meant the period to campaign for top posts would drag on for three more months, instead of ending by Dec18, the original date of the triennial polls.

Added to this is anxiety in the Najib camp following a string of accusations against the PM-in-waiting.

Political analyst Yahaya Ismail said: 'Abdullah was given 'injury time' to March to quit, but there are worries whether Umno will be stable with these accusations against Najib.'

Two weeks ago, a website accused Mr Najib of sending many text messages to the lawyer of Razak Baginda, his former adviser who is accused of abetting the murder of a Mongolian interpreter.

Mr Najib was then accused of pushing a RM2.3 billion (S$972 million) deal to buy new helicopters for the Defence Ministry just before he passed the position to Mr Abdullah.

This was followed by a website's accusations of alleged past scandals. Also being circulated online were doctored pictures of him practising Hindu rites.

This week, a fake manifesto tried to portray him as an intolerant leader who would defend Malay rights to the 'last drop' of his blood.

Mr Najib, who has strenously denied the allegations against him in the manifesto, which was published by Malaysiakini, said yesterday he had accepted the apology given by the news website.

The group of leaders agitating to push Mr Abdullah out earlier know they must carry the Umno ground along. So they are couching the power grab by saying that delaying the polls would drain money and energy.

A proposal has been put forward that Mr Abdullah may remain as Premier until March, even though party polls are held in December.

'They say he could hang on. But once you have a new Umno president in December, Abdullah will not have the moral authority to stay around,' said a Supreme Council member.

Tan Sri Muhyiddin is among those publicly in favour of a December poll date, leading Mr Abdullah to accuse him of being 'impatient to become the deputy prime minister'.

Mr Muhyiddin is the front runner to be Umno's new deputy president, and thus deputy PM. Supporting the Trade and Industry Minister is de facto Islamic Affairs Minister Ahmad Zahid Hamidi, a front runner in the vice-president contest.

Backing them is former premier Mahathir Mohamad, a bitter critic of Mr Abdullah.
Tun Dr Mahathir said soon after the March deal was announced that it was better for Mr Abdullah to step down immediately as he must give Mr Najib full authority to rehabilitate Umno.
But there is no guarantee that come next Thursday, the 40 Supreme Council chiefs will agree to bring the date for party polls forward because supporters say Mr Abdullah will not budge.
Still, the flip-flops are a strain for some observers.

'I hope they can put aside politics and put people first. Many people are struggling with high costs, and now there is the global economic crisis,' said political science lecturer Mohammad Agus Yusoff of the National University of Malaysia.

Masjid Baru Taman Kosas Mula Beraktiviti...

Masjid yang baru siap beberapa bulan yang lalu ini telahpun mempunyai AJK yang baru. Mereka telah dilantik kira2 seminggu yang lalu. Masjid ini cantik dan dibina oleh kontraktor yang sama yang membina Masjik Taman Bukit Indah....

Malam tadi berlangsung kuliah sulong (anjuran AJK baru) oleh Al-Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Kira2 200 orang jemaah hadir bersolat dan mendengar kuliah. Malam nanti dan malam2 seterusnya akan diadakan pelbagai aktiviti bagi memakmurkan masjid ini.

Menurut Al-Ustaz, sesiapa yang memakmurkan masjid...mereka ini Insya'Allah akan menjadi tetamu Allah di akhirat nanti. Teringat beberapa bulan yang lalu (kalau tak silap sebelum Ramadhan tahun ni)...teman gi ke masjid ni untuk menunaikan solat Zuhur. Masa tu hari minggu. Kosong belaka. Satu saf pun tak penuh. Sedangkan masjid ini dibina di tengah2 taman yang rata2 penduduknya melayu yang mengaku islam...

Ustaz juga mengulas tentang satu doktrin yang memisahkan agama dan politik. Ia berasal dari barat yang melalui tempoh transformasi dari abad ke 8 hingga ke 13. Panjang ceritanya...yang mana akhirnya berlaku pemisahan peranan gereja (padri) dan kumpulan2 lain. Dan doktrin ini cuba diguna pakai hari ini di negara kita oleh puak2 sekular yang memisahkan agama dari pemerintahan dan politik...

Alasannya politik itu kotor dan tidak boleh dibincangkan di dalam masjid sedangkan menurut Al-Ustaz, islam itu bersifat rabbani, syumul, real dan saling lengkap melengkapi. Politik akan terus kotor kalau tiada unsur agama di dalamnya. Ia akan terus hanyut kalau Islam yang syumul itu dipisahkan dari realiti politik itu sendiri.

Menarik dengan penyampaian yang santai, well thought dan realistik sekali. Sesekali disulami dengan jenaka yang amat dalam maksudnya.

Kalau ada masa lapang marilah kita sama-sama memakmurkan masjid ini...






Wednesday, October 22, 2008

Blog Surau At-Tarbiyyah....

Surau At_Tarbiyyah dah ada blog la yob. Teman dah link kan dengan blog teman ni.

Sudah dimulakan agak lama sekitar Julai tahun ni. Baru la ni teman tau...Banyak betul aktiviti makan ye...

Baru2 ni teman dijemput untuk Sambutan Hari Raya Idilfitri Surau At-Tarbiyyah. Meriah dan teratur...

Isnin dan Selasa lepas teman MC. Demam, batuk, selsema dan darah naik yob. Mana idaknye...last week kawan2 ofis ajak ke Al-Rausya. Kemudian At-Tarbiah jamu kambing... Hari minggu menu YB Khasimpun kambing jugak... teman fenin lah sheikh...

Namun teman nak ucapkan tahniah kepada Saudara Hamzah dan Hj. Wan kerana kejayaan surau ini yang nampaknya agak semakin canggih. Bolehlah kita berkeghojesame ye yob!!

Lagipun sedara kite ni dah lentok kat surau mike..he he. Seronok dengo dapat jubah ye..?? Cuma satu je teman nak tanya...lentok ni khusuk Khatam Al-Quran ke kenyang moreh?

Wassalam








Permata yang tenggelam...

Teman suka memaparkan satu tulisan oleh Malik Imtiaz Sarwar yang disiarkan oleh Malay Mail semalam. Bukan kisah Malik Imtiaz yang teman nak highlight tetapi kisah YAA Dato' Mohd. Hishamudin bin Haji Mohd. Yunus, Hakim Utama Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bhg. Dagang) itu yang mencuit hati teman.

Bagimana tuan hakim ini pada tahun 2001, telah membuat satu penghakiman (landmark) dengan membebaskan Abdul Ghani Haroon dan N Gobalakrishnan dari ditahan di bawah ISA telah menjadi sejarah yang sentiasa dikenang. Beliau dianggap, bukan sahaja oleh Malik Imtiaz tetapi juga oleh semua pejuang kebebasan hak asasi manusia sebagai hero. Seorang hakim yang berani, bijak dan efficient.

Beberapa penghakiman beliau sebelum dan selepas itu juga dilihat sebagai penghakiman yang adil dan tepat, withour fear or favour. Beliau sebenarnya telah menaikkan imej sistem kehakiman di Malaysia.

Kim Quek menzahirkan pendapatnya bertajuk Turning point in the judiciary tidak lama selepas penghakiman tersebut, "Within this oppressive environment, Justice Hishamudin's courage and integrity deserves our admiration and congratulations. Through his act, he has opened a small window to let in fresh air to our suffocated judiciary. It is hoped that this small stream of fresh air will eventually grow to a gush of strong wind to restore our judiciary to what it should be, a true defender of the constitution, as indicated by our new chief justice."

Namun 7 tahun selepas tarikh itu, beliau masih lagi dengan jawatan Hakim Mahkamah Tinggi dan kali ini di Bahagian Dagang pula. Bagaimana beliau masih di situ atau diletakkan di situ, Allah sahaja yang Maha Mengetahui? Sedangkan hakim lain terus naik walaupun ramai yang mempersoalkan kewibawaan mereka. Wallallahu 'alam....

The Ends Of Justice

In 2001, ten reformasi activists were detained by the police under the ISA, amongst them Ezam Mohd Noor, Tien Chua, Raja Petra, Abdul Ghani Haroon and N Gobalakrishnan. Habeas corpus applications were filed, challenging their detentions for being groundless and in bad faith as the detainees were in no way threats to national security.

In the order of things, the applications of Ghani Haroon and Gobalakrishnan came up before Justice Hishamuddin Yunus who was then a judge at the Shah Alam High Court. A team of lawyers led by R Sivarasa presented their case and as the issues involved were complex, the Judge reserved his decision to a later date to give himself more time to fully consider the submissions and the law.

It was decided by the team that I would appear before Justice Hishamuddin on the day he was due to deliver his decision. If the decision was favourable, I was to obtain a statement from both Ghani Haroon and Gobalakrishnan as to what had happened during their detention by the police. The detainees had not been permitted to see their lawyers from the time they were detained. Five of the other eight detainees had had their habeas corpus applications disallowed by Justice Augustine Paul, then of the Kuala Lumpur High Court, and his decision was under appeal to the Federal Court. Any information I could get was relevant to whether the police had acted in bad faith and would be of great significance to the appeal.

The team was however concerned that should the court free Ghani Haroon and Gobalakrishnan, they would be rearrested as soon as they stepped out of the courthouse. This was not an unknown occurrence, Karpal Singh having been famously rearrested upon his being granted habeas corpus in 1987.

My brief was as such to come up with a way to keep our two clients within the courtroom and get a statement from them before they were rearrested, if this was to occur. This was not going to be easy and I remember thinking that law school had not prepared me for this. There I had learnt of an ideal world where decisions of courts were respected not just in letter but also in spirit.

The decision was handed down as scheduled late in the morning. Nerves had denied me any sleep the night before and were making me nauseous. Justice Hishamuddin began to read out what we were to soon discover was a comprehensive and admirable treatise on the liberty of the individual and the care with which that right was to be safeguarded against executive arbitrariness. Armed with the Constitution, his hand guided by justice and humanity, the Judge struck down the detentions with all the condemnation that oppressiveness deserved.

I did not know that at the outset of course. As Datuk N H Chan, formerly of the Court of Appeal, muses in his book ‘Judging The Judges’, keeping audiences in suspense was one of the small pleasures of being on the bench. Justice Hishamuddin exploited that privilege and saved his conclusions to the end. There were hints though and as I began to believe that we might just win, a shiver ran down my spine. It, and the immense satisfaction that I felt at seeing the law serve the ends of justice as the judge granted habeas corpus, have stayed with me till this day. That memory, and the undying hope that it gave life to, have taken me back into court time and time again since.

It was a Friday and the Judge directed that our clients be produced in court that afternoon to allow him to direct their release. I was grateful for the extra time this gave me to come up with a firmer plan of action. Though I knew what I was supposed to do, the details were more than slightly hazy.

Thankfully, adrenaline works wonders. As we made our way to the courthouse, it was clear that something was afoot. There was a tremendous police presence in the precinct and in the court complex. Roadblocks had been set up and visitors were being screened. It was apparent that the police expected trouble and it was not difficult to see why. Though by winning supporters would be jubilant, not angry, an outburst could occur if provoked in the way a re-arrest would.

I felt outraged. We had fought hard and fair, and we had won the day. Surely, that could not just be wiped away.

If it was naiveté that fueled my emotion, I was glad. By the time I got to my feet, all nervousness was gone. Luck was also on my side, it would seem. Datuk Hishamuddin had had to walk through the throng of police officers as well. As I pointed their presence to the Judge and expressed my concerns about the possibility of a re-arrest, he turned to counsel for the government and asked whether this was going to happen. Counsel was equivocal and the Judge was not impressed. Turning to me, he said that I could take it that there was going to be a re-arrest and asked what I wanted.

This was the moment of truth. Noting how he had concluded that the detention was unconstitutional and inhumane, I explained how the wives of the detainees had been informed and were on the way from Penang even as I spoke. I urged him to consider how unjust a re-arrest of the detainees would be and reminded him how, as a High Court Judge, he was empowered to give any direction to give effect to my clients’ constitutional rights. I asked that he restrain the police from re-arresting the detainees for a period of twenty-four hours and then I prayed.

Justice Hishamuddin granted the order. Our clients saw their wives and families. They were never re-arrested under the ISA.

(Malik Imtiaz Sarwar is counsel to Raja Petra Kamaruddin whose habeas corpus application is scheduled before the Shah Alam High Court on 22nd October 2008. He is also the President of the National Human Rights Society and blogs at http://www.malikimtiaz.blogspot.com/)

(Malay Mail; 21st October 2008)

Tuesday, October 21, 2008

Payah...

Bila teman menulis pasal SMK Taman Bukit Indah Hishamuddin Tun Hussein...turun padanglah bro.. semalam, ianya hangat diperkatakan di SUA. Ir. Anuar membuat beberapa revelations lagi yang agak menyedihkan tentang sekolah ini.

Tentang guru yang masih berjogging sekitar pukul 7.30 pagi sedangkan waktu mengajar bermula pada masa tu.

Tentang segerobolan murid ponteng sekolah di sekitar longkang besar yang melintas Taman Bukit Indah dan Taman Ampang Indah hingga ke Kosas...

Tentang guru2 yang takut mengambil tindakan terhadap anak2 murid yang nakal kerana takut kereta kena calar dan sebagainya.

Tentang pencapaian akademik yang tidak cemerlang.

Tentang PIBG yang mati.

Tentang kekurangan kemudahan infra struktur dan kemudahan pelajaran.

Lalu beliau mencadangkan agar anak teman dipindahkan ke SMK Taman Kosas untuk mengejar kecemerlangan akademik. Namun ada risiko2 yang perlu teman harungi...

Di Kosas, katanya pencapaian akademik lebih baik. Ramai students melayu yang jadi doktor, jurutera dan macam2...pendek kata professional belaka.

Namun risikonya...di sekolah ini disiplinnya lebih teruk. Antaranya...ada yang berzina di dalam kelas, ada yang termengandung, hisap rokok biasa, ponteng sekolah, pukul cekgu dan lain2.

Antara sebabnya ialah sekolah ini terlalu ramai murid2nya. Satu tingkatan sampai 13-15 kelas.

Antara sebabnya, sekolah ini terpaksa cover anak2 PATI dari Lembah Jaya.

Dengan kelas yang terlalu banyak, sekolah ini hanya menumpukan perhatian sepenuhnya kepada beberapa kelas sahaja. Contohnya, dari 15 kelas di tingkatan 2...cuma 5 kelas pertama sahaja yang diberi perhatian. Apa nak buek? Cekgu tak cukup dan kemudahan juga tidak memadai...

Persoalannya...

1. Apa dah jadi dengan sistem pelajaran negara kita?

2. Apakah dengan penumpuan terhadap kecemerlangan akademik sahaja (5A, 10A, 18A, 21A...) yang tak sampai 10% dari keseluruhan pelajar yang menduduki peperiksaan, kita telah mencapai sasaran mendidik anak bangsa? Apa nak jadi dengan 90% lagi? Mereka tu bukan manusia ke?

3. Dengan striving for academic excellence ni... adakah kita rela mengorbankan nilai2 moral, akhlak dan sahsiah diri? Teman masih ingat cita2 murni Anwar menukar nama kementerian dari Kementerian Pelajaran kepada Kementerian Pendidikan. Tujuannya ialah agar guru tugasnya mendidik bukan mengajar. Tetapi kini Anwar telah dibuang jauh dan guru kembali mengajar bukan mendidik...

4. Menteri Pelajaran berpendidikan barat. Tidakkah dia nampak ketika dia belajar dari Alice Smith School hingga ke english public school, Cheltenham College, Cheltenham, University of Wales, Aberystwyth dan London School of Economics tentang sistem pendidikan yang baik yang boleh dipraktikkan di negara kita?
Kenapa orang2 sebegini bila balik ke Malaysia dan diberi tanggungjawab jadi dungu?

Menurut Ir. Anuar, british ni tidak terlalu menekankan atau menjadikan anak2 mereka seperti robot. They teach their students to survive in the real world. Anak saudara teman yang baru balik dari Dublin menceritakan bagaimana anak2 di peringkat sekolah rendah di sana enjoy bila pergi sekolah. Bukan enjoy in the sense of ponteng sekolah atau buat yang bukan2 tetapi tidak terlalu dibebankan dengan akademik yang membebankan.

Di sini...anak teman yang gi Smart Reader tu pun berlambak homeworks. Apa ke hei?

Satu lagi persoalan? Berupayakah kerajaan sekarang ini memperbetulkan keadaan? Ataukah kita akan terus hanyut ditelan masa? Dan universiti kita akan terus merudum ratingnya....

Dan ini yang paling penting. Jika kita mengambilalih kuasa...apakah pelan tindakan kita?







Masuk wilayah musuh...

Geli hatipun ada...puzzle pun ada..bila dok baca ruangan komen tentang artikel teman yang terdahulu The return of Mahathirism: Teman sokong Khairy... dalam Tranung Kite...bukan apa? Tak kanlah sesetengah mamat2 yang komen tu tak faham yang teman dok perli Umno? Mana mungkin teman sokong Khairy sebab teman suka Khairy. Teman sokong untuk menjahanamkan Umno...congak2lah sikit bila membaca....

Sebebenonye kita tak tercapai sekelumitpun perancangan Allah...cuba lihat Soviet Union. Mana kuasa besar itu sekarang? Allah cuma hantar Mikhail Gorbachev - Wikipedia, the free encyclopedia untuk memusnahkan negara itu. Baca Collapse of the Soviet Union... dan Allah menghantar Che Det, Pak Lah dan Khairy untuk menghancurkan Umno....

wama karu wama karullah... wallah hu khairun makirin..

Sekarang ni Umno di ambang kemusnahan...tetapi ini tidak sewajarnya menjadikan kita leka. Jamaah Islam diperingatkan akan kata-kata Saidina Ali Karamallahu Wajhah, bahawa gerakan Islam yang rapuh pengurusannya mudah dikalahkan oleh gerakan musuh yang kemas tanzimnya.

Begitu jugalah sebaliknya...kalu mereka rapuh dan kita kemas tanzimnya...peluang terbuka luas....bukan setakat itu...kita perlu kepada ahli yang boleh berfikir dan menyumbang kepada kekuatan jemaah. Kalu ikut penuh emosi sahajapun payah juga yob....






Monday, October 20, 2008

The return of Mahathirism: Teman sokong Khairy...

Nampaknya pertandingan Ketua Pemuda Umno akan menjadi saingan 3 penjuru. Mukhriz lawan Khairy lawan Khair Toyo...

Di antara banyak2 pertandingan tu..teman rasa kerusi Ketua Pemuda yang paling menarik. Nak harapkan kerusi Presiden...Ku Li dah kekal jadi gurkha aje. Muhyiddin pulak dah hampir pasti jadi Timbalan Presiden....Wanita..Shahrizat tak kan berani lawan punya...

Bagi teman..harap2lah si Khairy tu menang. Bukan sebab teman suka sangat si Khairy tu... yang sebebenonye teman menyampah kat Che Det...

Memang perancangan Che Det...dia nak Najib jadi PM sebab dia dah tak tahan kat Pak Lah. Muhyiddin pulak dia seronok sebab mamat ni yang jadi gurkha dia selama ni untuk tendang Pak Lah. Matlamat utama dia nak anak dia si Mukhriz tu jadi jurucakap dia...budak tu bukannya pandai sangat....semua orang tau tu. At the same time dia tak mau suku sakat Pak Lah dalam Umno...Leceh lah...ingat pasal Pak Lah's toadies...PEMILIHAN UMNO

Jadi tinggal Khairylah harapan teman. Khir Toyo, teman percaya menjadi pilihan kedua Che Det selepas Mukhriz. Kalu Khairy menang...adalah check and balance antara team Pak Lah dengan Che Det. Umno akan terus berperang yob hingga ke letupan C4 yang terakhir.... menarik ni...

Khairy ada harapan menang. Kenapa tidak? Pemilihan lama lagi. March bro....lama tu. Dia duit banyak...dia boleh kempen..dia boleh rasuah perwakilan. Dan yang penting dia adalah Timbalan Ketua Pemuda yang sedang memegang kuasa...dan ingat juga...Pak Lah masih PM dan Presiden Umno yob!!

Cakap2 politik pemuda MCA untuk mengISAkan Khairy akan hanya menaikkan saham Khairy di kalangan pemuda Umno yang totok dan racist itu....secara tak langsung budak MCA itu berkempen untuk Khairy...

Sebab itulah Muhyiddin bising pasal tempoh kempen yang terlalu panjang walaupun semua orang dah setuju...sebebenonye bukan dia sengaja nak bising...Che Det yang suruh dia buat bising. Ingat...dia tu gurkha Che Det aje...Che Det tau mood di kalangan grass root nak kan Muhyiddin. Muhyiddin tengah popular sebagai gurkha Che Det. Suara Muhyiddin adalah suara Che Det...

Itu yang Pak Lah melenting sangat tu. Pak Lah tau dia dah tak ada apa2 harapan kecuali Khairy...kalu Khairy bungkus...payahlah dia. Bukan sahaja nama dia akan lenyap...nama atok dia yang ulamak tupun Umno akan padam. Kamaluddin apatah lagi? Tak percaya tengok. Koridor dia tinggal jadi balkoni aje...

Tambahan lagi Mahathirism akan menghantui kembali rakyat Malaysia kalu gandingan Najib, Muhyiddin dan Mukhriz menjadi kenyataan. Bersediakah kita untuk kembali ke zaman jahiliyah itu?




Hishamuddin Tun Hussein...turun padanglah bro..



Semalam teman ke kedai buku, Pustaka Rakyat...kat Bandar Baru Ampang tu.. Tauke dia cina tapi buku agama pun banyak dijual di sini. Dulu...Quranpun dia jual...cheh...!!

Saja ke kedai tu untuk belikan buku2 catitan dan latihan untuk anak2 teman. Cuma satu benda ni teman nak share dengan penduduk Bukit Indah. Anak teman yang sulong tu dah tingkatan 4. Dia aliran sains. Jadi...antara buku yang dibeli ialah subjek biologi.

Bukan main seronok anak teman ni bila teman beli kan buku2 ni....hairan juga. Sebab anak teman ni bukan jenis baca buku sangat. Dia ikut perangai teman...belajar last minute....

Bertanyalah teman.."Kenapa abang suka sangat?"

"Terima kasih banyak lah ayah belikan buku bio ni....sekolah abang lab tak cukup kelengkapan. Kadang2 nak buat experiment tak cukup bahan!!" Keluh anak teman...

"Ai tak kan teruk sangat sekolah abang ni? Abang tak pernah cakap kat ayahpun?" Terbeliak biji mata teman.

"Abang tak de lah teruk sangat. Tution Mawar ada ajar benda tu semua...cuma kat sekolah tak boleh buat.!" Jawab anak teman yang memang tak banyak kerenah ni...

Ini yang buat teman naik angin ni. Bukan apa....dah 51 tahun merdeka...tak jauh dari kota raya ni masih ada sekolah peghak macam ni? Apa Hishamuddin Tun Hussien buat?

Rumah Hishamuddin kat Taman TAR, Ampang Jaya tu kira 2-3 kilometer aje dari SMK Taman Bukit Indah ni. Teman ingat...sekalipun dia tak pernah jejakkan kaki dia kat sekolah tu...entah dia tahu ada sekolah kat sini ke tidak...temanpun tak tau...??

"Apa lagi yang tak de kat sekolah abang ni? Kimia macam mana? Fizik macam mana?" Tanya teman lagi...

"Lebih kurang aje.....!! Blok D tu api letrik pun tak ada. Kabel kena curi?" Anak teman buka cerita...

"Guard buat apa?" Teman makin bengang...

"Mana abang tau...tidor kot? Pak Lahpun tidor...!!" Cheh...anak temanpun tau Pak Lah tidor.....

Letih betullah sekolah ni. Bila mesyuaratPIBG...macam2 cadangan dikemukakan. Semuanya macam nak diambil tindakan. Tapi sekolah ni macam tu jugalah...dahlah mutu pembinaan hancur...kalu tak percaya pergilah tengok. Dari jauh kita dapat lihat cermin tingkappun tak ada...Apa ke hei? Pejabat Pelajaran Negeri/Daerah buat apa?

Dengan disiplin pelajar yang makin merosot...kadar ponteng yang tinggi dan sebagainya...macam manalah sekolah macam ni boleh dianggap antara sekolah yang terbaik di daerah Gombak? Ataupun sekolah lain lagi teruk?

Itulah negara kita. Pemimpin asyik berpolitik...tanggungjawab tak terlaksana. Hishamuddin tu kalu jual Hummer dia sebiji dah settle soal lab sekolah ni....Kalu dia jimat RM3 juta yang digunakan untuk pemilihan Umno peringkat bahagian dia...2-3 blok sekolah lagi boleh ditambah..

Bukan tu aje. Si Norza (wakil pemuda Umno dalam MKT) tu biasa tinggal kat Bukit Indah ni...anak2 dia pun pernah sekolah di sini. Apa mangkok ni buat??

Hishamuddin sesekali pergilah melawat SMK Kosas tu. Pagi2 lepas Subuh cuba drive Hummer tu kat Jalan Kosas 1/3...lorong celah2 Klinik Pergigian Tan dan Kedai Serbaguna tu...tengok anak2 melayu dengan pakaian seragam sekolah menyedut asap rokok. Adalah 20-30 orang kat situ. Lelaki perempuan. Buat malu kaum aje...!!

Cuba buat macam mana Saidina Omar Al-Khattab dan Khalifah Omar Abdul Aziz buat.... Tengok2 lah apa yang berlaku di bawah ni...Ataupun Hishamuddin tak tau siapa 2 tokoh penting ini? Mereka bukan JKK Umno ye...!!

Ini sekolah kat pinggiran ibu kota....kat Sabah dan Sarawak macam mana?

Dalam pemimpin dok sibut perabeh duit rakyat...anak2 dinafikan pendidikan yang sewajarnya mereka perolehi.






Sekitar Majlis Rumah Terbuka ADUN Lembah Jaya...

Semalam YB Khasim buat sambutan Hari Raya di Food Court kat Ampang Waterfront...acara bermula jam 12.30 tengahari dan dijangka tamat sekitar jam 4.00 petang.

Teman dengan Major...pukul 11.30 pagi dah tercacak di situ. Bukan bertugas tapi nak makan aje! Terserempak dengan Anwar (bukan Ibrahim), bendahari pemuda kawasan di situ. "Tak boleh harap mike ni...datang nak makan aje?" Anwar mengusik....

"Teman bukan apa...hari ni banyak betul program..selain dari antor anak balik asrama... tah...ramai pulak yang menjemput. Semua tu teman kenal. Tak pergi nanti kecik ati. Maklumlah dia orang buat open house pun 10 tahun sekali...Khasim kenduri banyak kali. Lain kali teman turun padang!!" Jawab teman.

"Tak pa lah...teman saja ngusik..!" Tersengih aje Anwar ni..

Ramai lagi rakan2 dari Bukit Indah dah sedia tercongok awal2 lagi. Mike datang makan aje jugak..

Dengo cerita Khasim sembelih 40 ekor kambing dan 300 ekor ayam...!" Masa teman ada kat situ...pukul 11.45 pagi..beratus orang dah beratur. Amboi mak ramai nye. Pelbagai bangsa dan lapisan masyarakat...

Terserempak Pak Usop...tauke laksa kat Kopitiam....menggigil2 tangan Pak Usop serves makanan kat tetamu. Hmm...malu betul teman datang cuma nak makan...

Lepas makan dan bersalam2an dengan YB Khasim dan AJK sambutan...teman dan Major angkat kaki. On the way balik...orang dah makin ramai.

Pagi ni Anwar call....dia kata pukul 2.30 ptg makanan dah habis. Terlalu ramai orang yang datang...Alamak. Macam ni letihlah Khasim...budget RM25k tak cukup yob. Tahun depan nampak gaya tiap2 cawangan PAS kena sumbang seekor lembulah kot...baru cukup.

Kira2 20,000 tetamu hadir. Lebih ramai dari jumlah pengundi . Celebrities pun ada khabonye...

Kalu tengok gaya sambutan makan ni.... nampaknya PAS (atau PR) masih popular... namun kita kena terus kerja kuat. PAS For All kena terus diperjuangkan. Ada area macam di Ampang Jaya dan Kg. Melayu Ampang yang Khasim atau orang2nya kena kerap turun padang...sebab menurut Mee Panjang... "ada yang dah mula bersungut..!"










Sunday, October 19, 2008

Padan muka...

Marah bebeno Pak Lah hari ni dengan camputangan terus2an Che Det dalam urusan rumah tangga Umno. Bila Pak Lah kata...Umno tak perlu campur tangan orang di luar Umno... temanpun terasa juga. Tapi apa nak buat...teman memang kaki menyibuk...


Muhyiddinpun dia sapu sekali. Tu lah ko Pak Lah...aku suruh ko buang si jawa tu ko buat donno...ko memang lembab. Ko sack aje dia Pak Lah.... Kalu ko ikut cakap aku dah lama ko selamat...tapi apa nak buat ko memang bodo...


Sekarang semuanya sudah terlambat...tak guna...engkau tangiskan laaagi...eh macam lirik lagu daulu2 pulak ye. he he...

Saturday, October 18, 2008

Rasuah Dalam Umno: Report kepada Bumiputera Rockers (BPR)...


Selepas semua tetamu pulang berhari raya...malam tadi teman menonton TV lagi. Kali ni Saluran Awani 501. Tak ingat pukul berapa tapi sudah lewat malam.

Moderatornya dua orang. Suhaimi Sulaiman dan cik mek molek...teman tak ingat namanya sapa.

Tetamunya Anis Yusal Yusoff, Direktor Sektor Politik di Malaysian Institute of Integrity. Anis setakat ini telah menerbitkan 4 buah buku, “Book of Green Books”, From Roots to Fruits: producing seeds of integrity”, “Integriti Politi di Malaysia: kearah kefahaman yang lebih sempurna” dan "Politik: isu-isu integriti 2000-2008”. Kini dalam proses menulis sebuah lagi buku...“Malaysia for all”...hmm macam PAS For All aje.....

Seorang lagi tetamu ialah pegawai undang2 Umno...seorang datuk. Tak ingat teman nama dia. typical orang Umno. Twist and turn...nak justify Umno OK. Kununnya tuduhan banyak yang palsu..and on and on....
Anis Yusal agak berterus terang dan yang menariknya...di akhir perbincangan atau discourse itu...dalam masa 5 saat yang diberikan...beliau menyeru Umno untuk (kembali) report kepada BPR jika ada unsur2 rasuah dalam Umno.

Itu yang teman ketawa terkentut2 tu...Apa ke hei...? BPR? Ustaz Nazri Din kata BPR ni Bumiputera Rockers...menyanyi ikut lirik Umno aje....Monsson Cup yang Mat Said (yang tak berapa betul) kata tak betul tu pun...BPR kata clear..!! Hampeh yob...hampeh..!!

Anis Yusal banyak menekankan bahawa Umno kalu menurut tulisan Zubaidah Abu Bakar, http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Sunday/National/2372880/Article/index_html, setakat artikel itu ditulis pada 12.10.08 yang lalu telah membelanjakan RM250 juta untuk kempen peringkat bahagian.

Menurut Zubaidah lagi, seorang calun timbalan ketua bahagian mengatakan...seorang pemimpin bahagian Umno perlu membelanjakan antara RM2 hingga 3 juta untuk memenangi jawatan tersebut. Bayangkan ada 191 bahagian di seluruh negara...kira sendirilah yob. Itu baru satu jawatan yob....

Kenapa mereka sanggup membelanjakan wang yang sebegitu banyak? Menurut Anis Yusal, sudah tentulah jika sesuatu kedudukan berjaya dimenangi, imbuhan daripada kuasa yang diperolehi mungkin berlipat kali ganda..

Seterusnya Anis Yusal menggariskan banyak benda boleh dilakukan dengan wang rakyat yang sebegitu banyak...bolehlah baca blog brother ni...http://anisyusoff.wordpress.com/..dan teman nak menambah...dengan wang sebanyak itu...isteri teman boleh jual 1,399,889 tin susu Alpha Lipid. Kayo teman..he he...

Rasuah yang begitu rampant kalu kita report kat Bumiputera Rockers ini...teman percaya ia akan hanya dibakul sampahkan aje...Mungkin Ketua Pengarahnya akan membuat kenyataan begini...

“Saya ingin menjelaskan bahawa tidak ada unsur rasuah dalam pemilihan peringkat bahagian Umno ini,” kata Vocalist Bumiputera Rockers..

“Ini pemilihan bertaraf dunia, (jika berlaku rasuah) ia bukan sahaja menjejaskan Umno, tetapi juga Malaysia,” tambahnya.

Nasib kaulah labu......



Friday, October 17, 2008

Oiiiii...tak malu ke?


"Parliament and the nation are entitled to know why for the same amount of US$600 million, the Indian government was offered 197 Eurocopters as compared to 12 Eurocopters to Malaysia."
Itupun kerajaan India reject sebab helikopter ni dah berumur lebih 40 tahun...cuma dah upgrade lah...

Dah lah Sukhoi banyak yang rosak...

"In the name of accountability, transparency, integrity and good governance, I call for the immediate suspension of the RMAF helicopter award to subject it to a proper and above-board procurement process - Lim Kit Siang."

The RM2.3 billion Eurocopter fiasco - suspend Letter of Intent

The first thing Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi did as Defence Minister was to announce on 26th September that the Defence Ministry has agreed to acquire new helicopters from European helicopter manufacturer, the Eurocopter, to replace the Nuri.

This RM2 billion deal lacks accountability and integrity.

Four helicopters had been “short-listed” by the Ministry of Defence to replace the fleet of Sikorsky S61-A4 Sea Kings better known as the Nuri.

The four are the Eurocopter Cougar EC725, Sikorsky S92, Agusta Westland EH-101 Merlin and the Russian-made Mil Mi-17 Hip.

However, Abdullah shocked everyone with his announcement as the “short-listing” had not been completed and the pricing of the EC725 is not competitive compared with the other helicopters.
The pricing offered by the “short-listed” helicopters are:

Eurocopter Cougar EC 725 – Euro 463.44 juta (RM2.317 billion);Sikorsky - US$427.20 juta (RM1.45 billion)Canadian Kelowna Flightcraft Ltd. Model Kazan MI-172 buatan Russia- US$312 juta (RM1.061 billion)

This means that there is a difference of RM1.256 billion between Eurocopter Cougar EC 725 with the lowest bidder, the Kazan MI-172 KF – in other words, with US$600 million the Royal Malaysian Air Force can buy 26 units of Kazan helicopters and not just 12 Cougar helicopters.

In his speech yesterday, the Opposition Leader, Datuk Seri Anwar Ibrahim referred to the complaint by the Chairman of Mentari Services Sdn. Bhd. Kapt (B) Dato’ Zahar Hashim about the irregularity of the Eurocopter decision, and this is not just confined to the Kelowna Flightcraft Limited, Canada which submitted the bid for the Russian helicopter but also the other “short-listed” bidders as well, viz:

• Proses penilaian belum selesai tetapi dengan secara tiba-tiba arahan diberi oleh pihak tertentu supaya Letter of Intent (LOI) dikeluarkan kepada Eurocopter. LOI tersebut ditandatangan oleh seorang pegawai paras menengah di Kementerian Pertahanan dan bertarikh 15th Septmber 2008 iaitu dua hari sebelum Datuk Seri Najib Razak berpindah dari Kementerian Pertahanan ke Kementerian Kewangan.

• Kerja yang sudah selesai adalah penelitian dokumen-dokumen tender yang dikemukakan oleh penender-penender. Penilaian fizikal iaitu memeriksa permis dan kilang penender-penender dan melakukan penerbangan ujian (test flights) belum dilakukan oleh kerana kebenaran dari pihak atasan di Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kewangan untuk berbuat demikian belum diperolehi. Sewajarnya, penilaian fizikal adalah lebih mustahak dari penilaian dokumen-dokumen (documentary evaluation) dan anggota-anggota yang terlibat berasa hairan apabila mengetahui bahawa LOI telah dikeluarkan sebelum penilaian fizikal dilakukan.

• Proses pengeluaran LOI kepada Eurocopter agak luar biasa dan bertentangan dengan prosedur yang telah diamalkan selama ini. Biasanya LOI dikeluarkan setelah proses penilaian secara menyeluruh selesai dan sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh wakil-wakil dari Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertahanan capai kata sepakat tentang produk yang terbaik bersesuaian dengan belanjawan yang telah diperuntukkan. Mereka turut berpendapat bahawa adalah menakjubkan bahawa LOI bagi kontrak yang bernilai melebihi Dua Bilion Ringgit ditandatangan oleh seorang pegawai Kerajaan bertaraf Setiausaha Bahagian dan bukan seorang yang bertaraf sekurang-kurangnya Timbalan Ketua Setiausaha.

The following are therefore the issues and questions:-

• Technical evaluation process did not follow standard international practice and was not transparent.

• Short-listing of the aircraft not as normally practiced in such tender process.

• What is the criteria for evaluating these aircraft. Is it following standard evaluation process in technical terms. Has it carried out any flight evaluation of all the aircraft.

There have been cases where manufacturers have not been able to prove what they have written in paper when flight test was carried out. There has also been instances where the manufacturers had used a different and higher performance aircraft than was specified in the written technical paper during flight test. This is why it is VERY important that a flight test valuation is carried out to ensure they comply with the specs given in the written documents.

I understand that the EC725 selected is a 40-year old aircraft, certified in the 60s and 70s. It has been modified and upgraded all these while and given a new name and term. Can this EC 725 be guaranteed to last another 40 more years with all the modifications and upgrading anticipated?

If RMAF is buying this 40-yr old aircraft, then it might as well keep the Nuris, modify and upgrade them now. It will cost only a fraction of a new aircraft, especially taking into account the Sikorsky offer had reported by Berita Minggu of 1st June 2008, viz:

Syarikat pengeluar helikopter terkemuka dunia, Sikorsky Aircroft Corporation (Sikorsky) membuat tawaran kepada Kementerian Pertahanan untuk membeli kembali 29 helikopter Nuri atau Sikorsky S-61-A4 Sea Kings, jika Malaysia membuat keputusan membeli helicopter barunya, Superhawks S-92 untuk kegunaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Eksekutif Jualan Serantau Sikorsky bagi Asia, Scott Pierce, berkata tawaran itu dibuat melalui bida dikemukakan syarikatnya kepada kementerian berkenaan, selepas Malaysia mengumumkan tawaran tender terbuka antarabangsa berhubung pembelian helicopter baru bagi pasukan itu.

Katanya, jika Malaysia memutuskan terus menggunakan Nuri bersama helicopter terbarunya, Sikorsky yang juga anak syarikat United Technologies Corporation (UTC), menyatakan komitmen membaik pulih atau meningkatkan khidmat Nuri di Negara ini.

“Sikorsky sedia membeli semua baki Nuri daripada TUDM untuk dijual kepada mana-mana pihak yang berminat, tetapi juga TUDM masih mahu menggunakan Nuri bersama helicopter S-92, kita sanggup membaik pulih dan meningkatkan helicopter berusia lebih 40 tahun itu, termasuk menukar daripada kokpit konvensional kepada kokpit kaca (digital).

“Tugas balik pulih Nuri akan membabitkan pemindahan teknologi terkini dan kepakaran kepada orang tempatan”, katanya kepada Berita Minggu pada temu bual di sini, baru-baru ini.

I am not a spokesman for Sikorsky, but this offer warrants an explanation from the Ministry of Defence as to the critera for the final selection of Eurocopter among the four “short-listed” bids.

The government had allocated US$600 million (RM1.93 billion) to buy an initial fleet of 12 helicopters, which will be in service until 2050.

Last year, the government cancelled a defence deal with the European aerospace giant EADS (European Aeronautic Defence and Space Company) for 197 helicopters to the country’s army following adverse observations by Indian watchdog authorities over alleged irregularities in the defence bidding process.

According to published reports, Eurocopter allegedly used a local firm, Global Vectra Helicorp, to help broker the deal despite a ban in India on the use of middlemen in defence deal.
Eurocopter was also accused of presenting a civilian helicopter instead of a military version for statutory field trials by the Indian army.

But what should attract the attention and concern of Parliament is that the EADS deal to sell 197 Eucopters to the Indian government was a US$600 million which the Indian government subsequently cancelled.

Parliament and the nation are entitled to know why for the same amount of US$600 million, the Indian government was offered 197 Eurocopters as compared to 12 Eurocopters to Malaysia.In the name of accountability, transparency, integrity and good governance, I call for the immediate suspension of the RMAF helicopter award to subject it to a proper and above-board procurement process.

(Speech 3 on the 2009 Budget in Dewan Rakyat on Tuesday, 14.10.08