“Perkenal Islam secara fitrah” -Dr.Wahbah

CENDEKIAWAN Islam tempatan digesa memperkenalkan prinsip-prinsip Islam kepada masyarakat bukan Islam sebagaimana yang dilakukan Rasulullah s.a.w dalam pembentukan Piagam Madinah.

Gesaan yang dimaksudkan adalah memperkenal prinsip keadilan hak, kebebasan berfikir dan beragama, kesamarataan sosial serta keselamatan jiwa.

Demikian gesaan Dr. Wahbah az-Zuhaily pagi tadi ketika menyampaikan syarahan ‘Fiqh Masyarakat Bukan Islam dalam Negara Islam’ di sini.

Menurut beliau, keempat-empat prinsip tersebut merupakan prinsip-prinsip sejagat yang pasti diterima rakyat secara fitrah, walaupun masyarakat bukan Islam tersebut mungkin pada peringkat awalnya tidak menganut Islam. (More …)