Tuesday, November 30, 2010

Ketuanan Melayu...Angkara PAS dan PKR!!?

PKR dan PAS ni memang tak boleh harap. 53 tahun memerintah Malaysia, entah apalah yang dibuat agaknya?

Temasik sudah jadi Singapura. Diberi begitu saja kepada Lee Kuan Yew.

Pulau Batu Putih, PAS dan PKR main2 di Mahkamah Dunia (Hague) sehinggakan Singapura sekali lagi memalukan kita semua.

Persekutuan Tanah Melayupun PAS dan PKR gadaikan dan kini namanya dah bertukar kepada Malaysia.

Punyalah celaka PAS dan PKR, dipindanya perlembagaan negara pada tahun 1983 dan 93 yang melibatkan Raja-raja Melayu. Kuntut dah kuasa Duli2 Tuanku Raja-raja kita dek kerja jahat PAS dan PKR. Patutlah Sultan Selangor murka.

Entah apalah yang PAS dan PKR buat selama 53 tahun? Nama saja parti melayu dan islam. Statistik terakhir menunjukkan peratus miskin tegar negara yang paling tinggi adalah milik orang melayu rupanya. 96.7% peratus yang hidup di paras kemiskinan ialah orang melayu.

30% sasaran ekuti untuk bumiputera masih tidak upaya dicapai setelah 53 tahun merdeka. Dari RM54b ekuiti dan saham bumiputera, hanya RM2b sahaja masih kekal milik mereka. Siapa kebas? Dah tentulah PAS dan PKR.

Habis dah bahasa melayu dan Utusan Melayu ditongganglanggangkan....ini sapa punya kerja kalau bukan Anwar dan Hj. Hadi?

Siapa yang menghancurkan sistem kehakiman negara kalau bukan PAS dan PKR? DAP jangan ceritalah. PKFZ jadi rugi berbillion2 RM tu kerja sapa kalau bukan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.

Khalid Ibrahim yang asalnya cuma bomoh siam jadi kaya raya buat rumah sampai RM24juta. Habis diangkut bibik2 dan tukang gunting rambutnya ke Disneyland guna duit rakyat masa jadi MB. Kalau tak jatuhkan dia...habis perbendaharaan Selangor.

Sehari semalam aku boleh tulis kat sini pasal kedurjanaan PAS dan PKR. Tapi lu orang fikirlah sendiri ya...

53 tahun di bawah PAS dan PKR (walaupun baru ditubuhkan 12 tahun yang lalu), memang jahanam orang melayu. Patut sangatlah kita semua pakat2 mengundi UMNO pada pilihanraya akan datang. Itupun orang melayu tak sedar2.

Cheh!!

Monday, November 29, 2010

Datuk tidor dengan nenek...bukan tidor dengan Datin..He he!!


Terkejut teman...YB WIWA (atas tengah) dah dapat gelaran Datuk 19 hari yang lalu.

Puas juga cari dalam internet...paper...kalau ada mana2 Raja-raja Melayu menganugerahkan pingat2 kebesaran pada tarikh tersebut....tak ada pulak.

Rupa-rupanya gelaran ini otomatis dapat kat YB WIWA sebab anak beliau yang menikah akhir tahun lalu selamat melahirkan cahayamata sulong. Kiranya ini cucu sulong jugalah yer...

Lelaki. 2 ekor kambing bakal tumbang di SUA nampaknya...he he!!

Tahniah YB Datuk....

Beruntung rakyat negeri Selangor....tahniah Tan Sri Khalid..!!

Malang sungguh kalau Raja-raja melayu tidak sedar atau sengaja buat2 tak sedar akan duduk perkara sebenar...

Berita berkaitan sila layari Tukar Tiub...ORANG MELAYU TIDAK KECEWA TAPI MARAH

MB S'gor: Raja Melayu perlu awasi 'Si Kitol'
Nov 29, 10 5:25pm

Menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini memberi peringatan kepada Raja-Raja Melayu supaya berhati-hati dengan "Si Kitoll" yang dikhuatiri akan kembali mempergunakan institusi berkenaan demi kepentingan politik.

Beliau berkata demikian dengan melihat kepada perkembangan sejak tahun lalu yang menyaksikan golongan berkenaan kembali "bermuka-muka" untuk mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu.

Khalid (atas, kiri) memberi alasan, Krisis Perlembagaan 1983 yang berlaku akibat tindakan para pemimpin negara ketika itu "melakukan beberapa tindakan diluar Peruntukan Perlembagaan, dalam lain perkataan membelakangi Raja-Raja."

Insiden itu juga berlarutan pada tahun 1992 dan 1993, kata Khalid lagi.

"Tiba-tiba, sejak awal tahun 2009, setelah 17 tahun berlalu, kini pihak yang berusaha dan berjaya 'menghapuskan kekebalan dan beberapa hak istimewa Raja-Raja Melayu', kembali bermuka-muka dengan seruan supaya orang Melayu menghormati Raja dan Sultan serta mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu," katanya.

Jelasnya, pada masa krisis perlembagaan berlangsung, "para pemimpin utama" negara pada ketika itu "melakukan beberapa tindakan secara rahsia" dengan membuat pindaan ke atas Perkara 66(5) dalam Perlembagaan.

Tindakan itu dilakukan tanpa mendapat perkenaan Majlis Raja-Raja, kata Khalid lagi.

"Peruntukan asal berbunyi 'Rang undang-undang akan dikuatkuasakan apabila yang di-Pertuan Agong menandatangani'.

Pindaan ke atas peruntukan itu kemudiannya, antara lainnya, menyebut bahawa sesebuah Rang Undang-undang itu dianggap telah ditandatangani selepas dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dalam tempoh 15 hari.

"Contoh kedua, pindaan ialah pada Perkara 10(1), di mana kalau Perdana Menteri mendapati darurat patut diisytiharkan di mana-mana juga di negara ini maka perdana menteri boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertuan Agong mesti menerima nasihat tersebut," kata Khalid lagi.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di majlis perasmian wacana 'Kedaulatan Raja-Raja: Institusi Yang Mesti Dipertahankan' di Shah Alam hari ini yang turut dihadiri Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sunday, November 28, 2010

Alahai Third Force....











PKR exposes Jonson: The real lies, damn lies and crass stupidity
Jonson - part of the John Soh clique
Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle

PKR leaders had harsh words for their former comrade Jonson Chong, accusing him of joining hands with enemies of the party to tarnish them with false accusations and not giving the full picture of a situation they said he could not be unaware of.

“We are disgusted at his behaviour. As a lawyer and the former deputy secretary-general, he should handle himself with greater ethics and tell both sides of the story. We wonder why he did not mention that Jenapala left to form a new party which already automatically strips him of membership,” PKR strategic director Tian Chua told Malaysia Chronicle.

“It is strange that Jonson has somehow forgotten this fact. Sallehuddin as the then sec-gen issued a letter notifying Jenapala of his sacking because he was also bankrupt. Now, what is being contended is, did Salehuddin sign this letter. Is it really a forgery as he claims? We would point that despite making dozens of allegations, Salehuddin has not denied the signature is his. Seems to me Jonson and his batch are just seizing on Saifuddin’s comments to make it seem as though PKR had forged Salehuddin’s signature.”

Back-stabbing

In a article entitled to grab maximum attention Lies, damn lies and stupidity, Jonson lashed out at his former party. He seized on a news report that that bore this quote from current secretary-general Saifuddin Nasution, “All we did was open our files and found the letter that Salehuddin signed... How am I supposed to know if his signature was forged.”

“Does he expect members, supporters and the public to just accept this lame explanation and conclude all is well in the party?” wrote Johnson.

“I was speechless because there is no doubt in my mind that the letter is a forgery, and I am dumbfounded that they could resort to such a thing to cover up an honest mistake, for which they could have just humbly informed the media and move on. Now, in light of the police report lodged by the previous sec-gen, this matter cannot be swept under the carpet anymore; especially not the way the current sec-gen attempted to do it. I’m amazed that he doesn’t see the gravity of the situation.”

But according to PKR sources, Saifuddin was only stating the obvious.

They said the letter containing Salehuddin’s signature was found in PKR’s file as it should have been, and since Salehuddin claimed it was a forgery, it is right and proper for Saifuddin to disclaim knowledge of whether it is really a forgery or not until investigations have been carried out. It must be pointed that Saifuddin did assure full co-operation with the police on the matter.

“We are sickened by Johnson’s blatant back-stabbing and shocked he could stoop so low as to seize on a news report to smear Saifuddin, who has always been kind to everyone. We wonder at his motives and slam the hidden hands driving him from behind, but to be frank, this is not an unexpected development given that he belongs to the clique that is now rightly or wrongly called the Trojan horses,” said Tian.

Jenapala also disqualified himself by forming new party

PKR sources close to Jenapala, who was sacked in Feb 2009 after being found to be a bankrupt, also told Malaysia Chronicle that he had set up a new political party and was acting as its adviser.
They said this fact itself automatically disqualified him as a PKR member, but Jonson only wrote, “When the Jenapala matter first came up during the party election, someone from the HQ called me to ask whether there was a letter sent to Jenapala to sack him. I said there isn’t such a letter and there never was such a decision to sack him. There was only a decision to sack him in principle, if indeed it was found that he was involved in the formation of a new political party.”

They accused Jonson of telling the very lies that he had accused his former party of telling.

Malaysia Chronicle appends below 4 articles published in the Tamil newspapers in 2009 (scroll below), tracking his intention to form the Malaysian Indian Democratic Justice Party on August 22 and Sept 1 to his resignation from PKR on Sept 3 and establishing a five-member team to meet with Pakatan Rakyat leaders on Sept 14.

“Who is the real liar and who is the real stupid is now available for the people to see and judge. What sort of a man Jenapala, Jonson and their group are is clear for all to assess. We will lay out all the facts. We did not forge the resignation letter and we did not manufacture these Tamil news reports,” the source said.

“As Syed Husin has said, if you want to get out, just get out. Don’t try to curry favour with Umno at our expense and don’t try to hit back at Anwar Ibrahim and Pakatan Rakyat in this sort of underhanded way.”

However, despite a surfeit of evidence of Jenapala’s duplicitous intentions, the crux of the matter as far as the Salehuddin police report against Saifuddin and PKR goes is, who signed the letter notifying Jenapala that he had been sacked.

“Just as in the Altantuya murder, we are always asking Najib and Rosmah, who ordered the killing, we are now asking Salehuddin, Jonson and their group, who signed the Jenapala letter?” the source asked.

The source also pointed out that in Salehuddin's affidavit, he took great care to stress that the letter was a forgery, that he never authorized it, that as sec-gen he had no authority to sack anyone without the Supreme Council’s approval, that the language, format and stye of the letter was not his. However, at no time, did Salehuddin deny the signatures was not his.

Yet, according to the source, Jonson – a lawyer by profession – had the temerity and hypocrisy to skim over these facts, choosing instead to go all out and “kill PKR while pretending to be doing it for the good of the party”.

The source was referring to Jonson’s comment, “Now, I share my true feelings not because I want to embarrass the party but because I sense the presence of foolish arrogance in the voice of the party’s secretary-general. And I simply cannot remain silent in the face of bold-faced lies because I know it will eventually bring the party to its knees.”

Resignation from PKR

The source condemned Jonson for his “two-facedness”, revealing that he had already announced his plans to quit PKR. The source questioned why Jonson did not disclose this to readers as this would have clearly have a bearing on his neutrality that readers had a right to know.

According to the source, when Jonson emailed to elections committee chief Molly Cheah his wish to step down from the vice-president’s contest (in which he was trailing far behind), he also said he wished to resign as a PKR member.

“If Jonson is ethical as he claims, he should have told readers his actual situation. It is clear he has got an axe to grind against PKR, hence the malicious article. After all, he is not happy to the extent he wishes to resign. It also appears he is trying to trip up the party. As the former deputy sec-gen, he should know very well which are the proper channels to submit his resignation to,” the source told Malaysia Chronicle.

"As he himself has said in his article, a sec-gen has no power to sack, what power does Molly Cheah have to accept his resignation then? Why send to her? Is he afraid of Anwar? His intentions smack of bad faith. Is he using the same modus operandi as Zaid Ibrahim to inflict maximum damage to PKR for whatever personal and political motive he may have?"

Mengelak universiti dari terus mengangkung...

Gumbira sungguh aku bila dapat berita Rosmah mengundurkan diri dari jawatan Cancelor Unisel. Dari segi apapun aku rasa Rosmah tak layak memegang jawatan tu. Salah satu sebab aku larang Hafiz, anak aku masuk Unisel ialah atas faktor Rosmah inilah...he he...

Maka nak digantikan Rosmah dengan Syed Hussin Ali. Walaupun ada yang mengatakan ini adalah lantikan politik, namun aku merasakan Syed Hussin jauh lebih layak dari Rosmah. Sejauh jarak Kuala Pilah dengan Ulan Bator (ataupun Ulaanbataar)...

Kesian sangat teman tengok universiti2 di Malaysia ni. Dah lama sangat dapat Cancelor yang tah apa2...Ada yang pilih bibik jadi Cancelorpun ada. Tak percaya cuba check sapa jadi Cancelor OUM?? He he...

Terima kasih YB Khalid..

Tulisan YB Khalid Samad ini telah disiarkan dalam blog beliau pada 24 November, 2010 yang lalu. Kalau dalam dunia blog, ia boleh dikira sebagai tulisan yang agak lama tetapi entah macam mana aku baru membacanya pada hari ini.

Menarik sekali analisa beliau kerana lama juga aku menunggu ulasan pemimpin2 aku tentang apa yang berlaku di Selangor ni terutamanya namun tak kunjung tiba. Dr. Hassan Ali lama dah tak buka mulut. Entah apa jadi pada diapun aku tak tau? Cerita kedurjanaan Syabas dan Puncak Niaga yang ada kena mengena dengan potpolio beliaupun dia senyap aje. Mungkin beliau mengambil sikap, tak bercakap lagi bagus? Mungkin dia sibuk dengan program Forum Perdana dan PADAT yang baru dapat peruntukan RM6 juta kot? Wallahu'alam...

Hari ini Lim Kit Siang menyatakan kebimbangan beliau yang Selangor akan jatuh ke tangan BN pada PRU13 akan datang. Baguslah kalau ada rasa bimbang dan tak terlalu kompiden. Cakap kat anak2 buah tu, jangan dok bersilat tak habis2. Buat kerja. Mana2 manifesto yang belum tertunai tu...cepat2lah langsaikan.

Di bawah ini ialah kecelaruan UMNO yang sewajarnya menguatkan kita....

Kemaruk Politik UMNO

Kebelakangan ini kita melihat bangaimana UMNO melepaskan serangan demi serangan dalam usahanya untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat. Walaubagaimanapun, sebahagian besar dari isu-isu yang mereka timbulkan hanya menunjukkan betapa terdesaknya mereka untuk menyerang PR sehingga menjadi bahan gurau di kalangan mereka yang bermaklumat. Sebagai contoh, isu duit judi di Pulau Pinang.

Manakala, isu-isu yang ditonjolkan sekarang pula adalah seperti berikut:

1. Isu pemilihan PKR dan Dato’ Zaid

Gambaran yang ingin diberi ialah PKR berada dalam keadaan huru-hara dan tunggang-terbalik. Oleh yang demikian, sekiranya benar dakwaan ini, maka tiada apa-apa yang perlu di takutkan oleh pihak BN. Tetapi dengan liputan meluas dan tumpuan yang diberi, maka jelas bahawa PKR tetap dilihat sebagai satu ancaman yang perlu ditangani. Yang akan menjadi jawapan muktamad bagi PKR terhadap dakwaan BN itu ialah kesatuan yang akan terhasil selepas selesainya proses pemilihan ini. ‘After the dust settles’ bak kata orang putih, sekiranya selesai dengan baik dan semua bersatu kembali, maka segala dakwaan BN akan terjawab dengan sendirinya.

Berhubung dengan Dato’ Zaid, saya secara peribadi berasa agak terkilan. Beliau merupakan harapan masyarakat Malaysia dan hakikat bahawa beliau mendapat pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden walaupun hanya setahun menjadi ahli PKR adalah bukti betapa beliau disanjung dikalangan ahli. Kesanggupan beliau mengorbankan jawatan Menteri demi prinsipnya diketahui dan diiktiraf semua. Malangnya beliau tidak sabar menangani cabaran.

Bagi saya, inilah bezanya di antara mereka yang datang untuk membawa perubahan dan mencorakkan sebuah gerakan dan mereka yang datang dengan tujuan mengepalai gerakan yang telah sedia dicorak. Kategori pertama menjangkakan akan adanya kekurangan dan perlunya melalui proses perubahan. Kekurangan dan kelemahan dilihat sebagai satu cabaran tetapi sanggup diharungi kerana pada dasarnya, wawasan tertentu telahpun diterima semua.

Manakala kategori kedua tidak mempunyai perasaan yang sama terhadap gerakan yang sedang dibangunkan. Dia sebagai ‘orang luar’ yang menuntut wujudnya suasana tertentu dengan kaedah yang tertentu. Sekiranya ianya belum lagi wujud, maka dia kesal dan berasa kecewa.

Pada awalnya saya mengharapkan Dato’ Zaid memilikki ciri-ciri kategori pertama dan bukan kategori kedua. Namun, kelihatan seolah-olah sebaliknya sejak kebelakangan ini.

2. Isu Banjir di Kedah

Isu banjir di Kedah pun ingin BN politikkan. Kononnya kerajaan Kedah tidak membantu dan lambat bertindak. Dakwaan ini tidak perlu saya respon. Hakikatnya, bukan sekadar kerajaan Kedah bertindak cepat dan berkesan, PAS Shah Alam pun, sepertimana PAS kawasan dan negeri yang lain, telah turun membantu. Selesai sahaja bergalas di Galas, sekumpulan petugas telah terus turun ke Kedah membawa bantuan.

Dalam pada itu misi bantuan disertai pula beberapa badan NGO, pihak kerajaan dan swasta seperti Muslim Care, MBSA, Bidara Flour, Angkatan Edaran dan banyak lagi. Mengikut laporan yang diterima, sejumlah 8 tan bantuan telah dihantar bernilai lebih kurang RM 20,000. Itu baru dari Shah Alam, apatah lagi dari kerajaan Negeri Kedah. Sudah pasti jauh lebih banyak.


Misi Bantuan Banjir di Markas Tarbiyyah PAS Kawasan Kubang Pasu


Kenderaan Pacuan 4 Roda Skuad Bantuan PAS Selangor


Misi Bantuan Banjir
Lagi gambar dari album Facebook Ahmad Safwan

3. Isu ‘penyelewengan’ di Selangor – PKNS dan Yayasan Selangor

Akhir akhir ini timbul pula isu ‘penyelewengan’ di Selangor. Perbelanjaan yang dikeluarkan oleh PKNS dan Yayasan Selangor untuk beberapa program yang tidak munasabah dan terlalu mewah dan boros ditonjolkan. Ya, mungkin benar. Jumlah perbelanjaan yang didedahkan dibawa oleh ADUN dari kedua-dua belah pihak mungkin dianggap tidak wajar dan tidak boleh diterima. Namun, perlu disiasat dan dibuat perbandingan dengan apa yang pernah dibelanjakan dahulu. Saya ucapkan terima kasih dan tahniah kepada yang mendedahkan perkara ini.

Pada masa yang sama saya ucapkan tahniah juga kepada kerajaan Negeri Selangor atas tindakan segera mereka mengarahkan pegawai yang disyaki terlibat bercuti supaya siasatan dapat dilakukan dengan tepat, berkesan dan segera. Yang terlibat perlu dikenakan tindakan, sekiranya didapati bersalah dan tidak dilindungi. Mengarahkan mereka bercuti juga merupakan satu tindakan yang wajar sambil peranan mereka dalam kes berkenaan disiasat.

Jangan buat macam kerajaan BN. Walaupun dikemukakan bermacam-macam aduan dan laporan penyelewengan, ianya ‘business as usual’ atau semuanya berjalan seperti biasa seolah-olah tiada apa-apa masalah. Kalau siasat pun, pegawai berkenaan masih di situ, mengepalai siasatan tersebut! Hendak siasat Ketua Polis Negara, KPN masih bertugas sebagai KPN!

Peristiwa sebegini perlu dimanfaatkan oleh PR untuk menunjukkan perbezaan di antara PR dan BN dan betapa PR telus dan tidak membela mana-mana pihak. Yang terbukti bersalah akan tetap dihukum.

4. Kembalinya Politik Samseng UMNO

Baru-baru ini kita turut digemparkan dengan berita seorang ADUN, YB Ng Sekinchan, dipukul samseng UMNO. YB berkenaan terpaksa dibawa ke Hospital untuk mendapat rawatan. Aneh dan ajaib, ada pula YB UMNO, Menteri pula itu, membela golongan samseng ini!

Inilah bukti sahih betapa kemaruknya UMNO dewasa ini. Sehingga hilang punca dalam usaha menangani cabaran kebangkitan PR. Samseng pun dibela dan dilindungi. Mungkin BN melihat budaya samseng sahajalah yang merupakan penyelamat mereka dewasa ini. Sepertimana dalam isu 'kepala lembu' di Shah Alam. Saya difahamkan UMNO Selangor yang bayarkan denda/saman golongan kepala lembu tersebut.

Semasa korban minggu lepas, ada yang siap pesan, “Hati-hati, jaga kepala lembu, supaya tidak jatuh ke tangan puak-puak kemaruk ini!”


WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD

Saturday, November 27, 2010

Siapa paling gembira di sebalik Third Force??

Walaupun berlainan cara, Third Force, Konsesus Katak Bebas dan Perkasa ada peranan yang sama. Approach saja berbeza...

Kesemuanya akan berkerja untuk mempertahankan Umno dan BN di Putrajaya. Full stop.

Bayangkan bertapa gembiranya mangkok2 ini...Umno, Ezam, Zahrain, Zulbabwe, Wee Chee Keong, Lokman Nor Adam, Roslan Kassim, Jenapala, Kotipan dan yang seumpama dengannya.

Bayangkan pulak lahabau2 ni...Che Dead anak beranak, Khir Toyo, Rosmah bla bla bla...Lu fikir sendirilah bro...

Pilihan di tangan anda...

Najib: Kewujudan ‘Third Force’ kerana tidak puas hati terhadap pemimpin PKR
November 27, 2010

Datuk Seri Najib Razak berkata kewujudan kumpulan yang dikenali sebagai ‘‘Third Force’’ dalam pakatan pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah berikutan timbulnya rasa tidak puas hati anggota parti itu terhadap kepimpinan mereka.

Perdana Menteri berkata keadaan itu juga menunjukkan krisis keyakinan yang begitu serius melanda parti tersebut dan tindakan anggota PKR itu kerana mereka sudah hilang kepercayaan terhadap pemimpin mereka.

“Kalau berlaku apa-apa pun, ini kesan daripada rasa tidak puas hati di kalangan ahli-ahli PKR sendiri sebab itu mereka sudah menjadi kumpulan yang telah memilih jalan untuk keluar daripada PKR.

“Sama ada mereka jadi “Third Force” atau mereka masuk parti yang Datuk Zaid (Ibrahim) nak tubuh atau pun nak masuk Umno dan sebagainya. Ini kesan daripada keadaan dalam PKR yang menjurus kepada satu keadaan di mana krisis keyakinan yang begitu serius melanda parti tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Pertanian, Horikultur dan Agro-Pelancongan Malaysia (MAHA 2010) di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

Najib diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR, Senator Dr Syed Husin Ali bahawa kewujudan kumpulan yang dikenali sebagai ‘‘Third Force’’ dalam pakatan pembangkang bakal menyulitkan gabungan berkenaan untuk menang besar pada pilihan raya umum akan datang.

Ketika menyampaikan ucapan perasmian Kongres Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) semalam, Syed Husin berkata kumpulan berkenaan perlu ditangani dengan bijaksana dan tidak boleh dipandang ringan.

Ditanya sama ada Barisan Nasional (BN) dan Umno sedia menerima golongan berkenaan, Najib berkata BN dan Umno sentiasa terbuka dan bersedia menerima sesiapa pun menyertai parti tersebut.

“Mereka boleh menjadi ahli bersekutu, ahli badan bergabung dan sebagainya. Bererti bahawa kita lebih bersifat terbuka dan inklusif untuk kita dapat menarik sesiapa pun yang minat dengan perjuangan BN atau Umno,” katanya.

Namun, pada masa sama, Najib menafikan bahawa langkah BN membuka keahlian terus itu adalah disebabkan parti berkenaan terdesak untuk mencari pemimpin pelapis.

“Tidak, ini bukan terdesak. Ini bererti bahawa BN sebuah parti yang berubah mengikut masa..ini yang penting. Kita tidak boleh dengan kaedah kita dengan struktur yang lama walhal persekitaran politik sudah berubah.

“Sebab BN perlu menampilkan dirinya sebagai sebuah parti yang sanggup berubah dan boleh berubah...sebuah parti yang segar dan dinamik, bukan parti yang kaku yang tidak sanggup melakukan perubahan,” katanya.

Ditanya jika golongan “Third Force” akan berubah dan menyokong BN, Perdana Menteri berkata: “Saya tidak tahu lagi, ia bergantung,..kita akan lihat perkembangannya tapi ini adalah akibat anggota PKR hilang keyakinan.” — Bernama

Che Dead: Ini semua pasal batal projek JAMBATAN BENGKOK...

Sorry Tukar Tiub...it is nothing to do with 'waves of capitalist' or whatsoever...!! It is Jambatan Bengkok...He he!!

€90 BILON IRISH BAILOUT ENDS IN TURMOIL - NOW EUROPE FEARS CRISIS WILL SPREAD - guardian london

Financial markets were thrown into turmoil today amid fears that an imminent collapse of Ireland's beleaguered government would have a knock-on effect across the eurozone.
The announcement of the potential €90bn international bailout for debt-laden Ireland – of which the UK could contribute up to £10bn – offered only a temporary respite to nervous markets.

By tonight, concerns that Portugal and even Spain might also need their own rescue packages were rising and sent the euro and shares falling while the risk of holding the debt of potentially vulnerable countries rose alarmingly.

After a tumultuous day in Dublin, where protesters tried to storm the parliament building, the prime minister, Brian Cowen, defied calls for his resignation but conceded he would call an election in the new year. The move was forced upon him after the Green party pulled out of his fragile coalition government, unnerving markets on a day which was supposed to restore confidence in Europe's decade-old single currency.

Tahniah....Selangor Terbit "Selangor Times"...

Selangor launches no-KDN newspaper
26 November 2010

A free newspaper, under political patronage
Selangor Times, a free weekly newspaper with a focus on community news, went on the streets today in a test of media freedom and setting the scene for a possible contest of wills between the Selangor government and the federal Ministry of Home Affairs (KDN) which licences the publication of newspapers.

The newspaper is supported by the Selangor government but produced as a private initiative, with a team of experienced news journalists led by KL Chan, formerly of The Edge.

The editorial team includes familiar names such as Deborah Loh (Nut Graph) and Neville Spykerman (Malaysiakini), and veterans James Ang (New Straits Times) and designer Jimmy Lim (once with The Star).
Among the contributors are other familiar names such as Patrick Teoh, Wong Chin Huat, Fahmi Fadzi, the Loyar Burok website, and civil rights lawyer Edmund Bon’s My Constitution campaign — lending an air of “the usual suspects” to the venture.

The birth of Selangor Times (with executive councillor Teresa Kok a very active midwife) puts to the test a section of the notorious Printing Presses and Publications Act under which publications produced for the federal and state governments do not need the annual publishing permits required of all newspapers and magazines.

Media and opposition activists, principally Monash University’s Wong Chin Huat and lawyer Haris Ibrahim, hold that this section provides a loophole to get around the requirement to obtain a newspaper licence before publication.

Wong and Haris have campaigned for the Pakatan Raykat-led governments of Penang and Selangor to make use of the section to produce their own newspaper in the face of negative reporting mainly by the traditional media, almost all of which are owned by Barisan Nasional parties or BN-friendly publishers.

Earlier this year, they submitted a policy paper to the Selangor govenment setting out their views of how to make use of the “loophole”.

Pakatan Rakyat politicians have called for reform of media laws and licensing and have promised to uphold media freedom when in power but the actions of the Kedah, Penang and Perak governments in banning several media houses from press conferences has put their credibility on the line.

The Selangor government has also come under criticism for not doing enough for media freedom and other reforms. At the launch of the Selangor government’s anniversary book The Road to Reform in September, the menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, sportingly sat through two hours of highly critical comments from speakers and from the floor.

Jacqueline Ann Surin of Nut Graph also flayed the Selangor government for the blatant propaganda put out by its media outlets such as Selangor Kini and TV Selangor.

To politicians faced with the constant hammering carried out by Umno-owned newspapers, the need to put forth their views and to defend their political actions is always uppermost.

Living with a siege mentality means that it is almost impossible for politicians of either side to view criticism dispassionately: they live in a binary world where everything is black or white, for or against, with no middle ground.

Thus members of the Selangor government were astonished to find themselves being accused to not living up to their promises, and especially of producing propaganda.

Presumably the publication of Selangor Times, and its focus on community news rather than the political and party personalities, as well as the involvement of non-partisan journalists, is an attempt at redressing the balance.

A social issue affecting all Selangor residents. And also a political hot potato between Pakatan and Barisan.By sticking to community affairs and social issues, the paper will have a greater chance of gaining credibility and acceptance among the middle-class reading public — and, more importantly for its own survival, acceptance among the business community, whose willingness to advertise in the paper will determine its viability.

The lack of a clearly partisan agenda in its news coverage will also place the paper in a better position to fend off any attempt by KDN to shut it down on the ground that it does not have a valid KDN permit.

The Home Ministry has in the past acted swiftly to put pressure on the official publications of Pakatan Rakyat parties — Harakah, the Rocket, and Suara Keadilan — and especially against Suara Keadilan, which suspended publication after the Ministry conveniently dawdled on renewing its permit. It now publishes without a permit under different one-off titles.

The KDN permit is often wielded as an Umno political weapon, instead of an administrative necessity, and editors and publishers often face punitive action when coverage in their publications does not meet Umno’s political objectives.

By lending official support to Selangor Times, the Selangor government has demonstrated a further commitment to press freedom, coming on the heels of the Freedom of Information Bill which it hopes to enact early next year.

However, the fact that Selangor Times depends on the Selangor government’s patronage will make it dependent on the goodwill of Pakatan Rakyat politicians — as well as the goodwill of KDN officials and the Home Ministry itself.

The Selangor government’s backing for Selangor Times, while creditable, must be recognised as only a half-measure and only makes it more imperative to press for full media reform.

Selangor Times is a free newspaper. But it is not yet a free press. As long as the press must depend on political patronage — just to exist, let alone prosper — it is just living in a different kennel.

Penjelasan Saifudin Nasution...

Friday, November 26, 2010

Aku tak percaya Utusan rugi RM10 juta....

Bro...aku tak percaya Utusan Melayu rugi RM10 juta.

Mana boleh RM10 juta saja???

Kawan2 aku yang kerja kat media semua gelak bila yang diumumkan kerugian cuma RM10 juta.... x 10 kot.

Utusan records RM10 million loss
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, Nov 25: Utusan Melayu, the company which publishes UMNO and its right wing offshoot Perkasa’s mouthpiece, Utusan Malaysia, has recorded a pre-tax loss of RM10.682 million in the first nine months this year.

This is in contrast to the pre-tax profit of RM1.707 million for the same period last year.

According to a filling in Bursa Malaysia, Utusan attributed the decline in revenue from RM253.847 million to RM244.564 million to a decrease in advertising revenues.

Besides recording a lower pre-tax profit of RM1.736 million for the third quarter ending September 30, against RM10.128 million last year, Utusan’s revenue only managed to improve by a dismal RM10,000, from RM89.53 million to RM89.54 million during the period under review this year.

Responding to the loss, former MCA Subang Jaya state assemblyman Lee Hwa Beng expressed sympathy to the paper's shareholders, and said that RM10 million spent for propaganda purposes were "cheap".

“RM10 million a year for propaganda is cheap. Only pity the shareholders,” said Lee in a Twitter posting.

The loss drew an almost immediate response from none other than the paper's frequent target of condemnation, Opposition Leader Anwar Ibrahim, who said the paper's drop in quality was also a factor.

What the hack (heck) Zahid...He he!!

Marah jawa Bagan Datoh ni bila akaun twitter dia kena godam....

Ada yang kata ini angkara North Korea. Aku rasa tak adalah. Tak kanlah North Korea atau Singapura nak buat benda ni semua. Kalau setakat maklumat ketenteraan Malaysia rasanya tak perlu nak godam twitter Zahid...bukan ke jet pejuangpun boleh hilang dari tempat simpanan?? Sukhoi tak boleh terbangpun satu dunia tau...Hmmm btw...kapal selam dah boleh selam dah??

Paling kuatpun aku rasa yang dok godam twitter Zahid ni orang Bagan Datoh jugak kot. Dato' MSY ada komen???

When even the Defence Minister’s twitter can be hacked...
KUALA LUMPUR - The nation's security was on the lips of twitteratis when it was revealed today that the Twitter account belonging to Defence minister Ahmad Zahid Hamidi had been hacked.

Announcing the unfortunate news, Zahid said his account was hacked and would sign-up for a new Twitter account.

“My Twitter had been hacked. I don’t know who’s behind it. Dear followers, in 24 hours' time, I will create my new tweeter ID and felete [sic] this account.

"This tweeter ID will no longer (be) mine. This will be my last tweet,” he twitted.

Meanwhile, the twitteratis greeted the news with humour, saying it was an indication of the level of Malaysia's security when even the Defence minister's secret could be bared.

“It says a lot about the level of our security, kan?” quipped a Twitter post from one "anthraxxx".

Another, calling himself JeffriMS, jokingly told Zahid that it could be a plot by North Korea, in a reference to the ongoing confrontation between North Korea and South Korea which captured world headlines recently.

An irate Zahid, responding to the posts, then issued a stern message to them in three words, “Watch ur words", only to fuel even more remarks poking fun at his misfortune.

They told the minister that such stern messages would not work in the world of Twitter owing to the microblogging site's principle of equilibrium.

“Twitterjaya don't give a rat's backside who you are. In here, everybody kena. Everybody.

"Oh and don't call Twitterjaya unpatriotic just because we whack you. It’s not personal, it’s just Twitterjaya,” twitted one "syahredzan", referring to Zahid’s recent controversial remarks that non-Malays were not interested to join the armed forces due to lack of patriotism.

A check by Harakahdaily at 3.30 pm showed that Zahid’s twitter account was still active.

The only question which remains to be answered is whether he was the one doing the twitting.

Thursday, November 25, 2010

Berita baru sampai: Jamnapari kalah kes di mahkamah...

Opss!! Sorry...Jenapala....??

Court dismisses Jenapala’s suit
By M. MAGESWARI

KUALA LUMPUR: The High Court ruled Thursday that it had no jurisdiction to hear former PKR deputy secretary-geneeral P. Jenapala's suit in relation to party's deputy president post.

The court dismissed his suit with costs.

Jenapala had wanted the court to declare that he was entitled to contest the position of deputy president.

Jenapala had sould a declaration that his disqualification was unlawful and contrary to his rights as a member.

He had also applied to get a declaration that the election held by PKR in respect of the deputy president post was null and void.

He also wanted a declaration that he was and was at all material times a member of PKR.

Jenapala had also asked for a declaration to restrain PKR from declaring any candidate in the elections as having been elected deputy president

Macam ni punya ceritapun ada...

Nak tau kisah selanjutnya...pergilah ke Malaysia Today...

Tajuk.... Taking the Good Lord for a ride

Selamat membaca...

Bersyukurlah rakyat negeri Selangor....


Pahang yang nak export airpun tak bagi air percuma...

Syabas pulak kapitalis no wahid di Malaysia selepas Umno dan suku sakatnya...

Syabas guna RM10b aset rakyat

SHAH ALAM, 25 Nov – Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) hanya memiliki aset bernilai kira-kira RM1.5 bilion tetapi menggunakan aset air yang dimiliki kerajaan negeri melebihi RM10 bilion untuk membuat keuntungan melampau, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurutnya, penilaian yang dibuat oleh Sulaiman & Co pada 2004 terhadap aset kerajaan negeri yang dikendalikan oleh Perbadanan Urus Air Selangor (Puas), termasuk loji-loji perbersihan air, empangan-empangan dan paip-paip pengedaran air, melebihi RM10 bilion.

“Nilai harta yang dilakukan itu sama dengan penilaian yang dijalankan oleh kerajaan negeri sekarang. Malangnya kerajaan negeri Umno-BN ketika itu tidak meneliti sepenuhnya perjanjian yang menyatakan Selangor boleh menubuhkan satu pasukan kawal selia mengeni aset-aset dan operasi Syabas.

Ini membolehkan Syabas menggunakan aset kerajaan negeri untuk membuat keuntungan berlipat ganda dan pada masa sama menaikan harga air yang membebankan rakyat.

“Kerajaan negeri Umno-BN yang lalu dan Kerajaan Persekutuan tidak sensitif terhadap cara-cara pengswastaan dalam menentukan hak-hak negeri,” kata Khalid.

“Bayangkan kalau aset RM10 bilion dikenakan sewa sebanyak 2 peratus setahun, sudah tentu kerajaan negeri akan menikmati RM200 juta setahun dan boleh kita gunakan untuk menolong rakyat miskin mendapat lebih banyak air percuma sebagai hak asasi mereka,” katanya.

Tan Sri Khalid berkata, penyusunan semula industri air di bawah Akta Air atau Water Act (Wasiah), perlu dilakukan bagi memperbetulkan kerugian yang dialami beberapa kerajaan negeri akibat pengswastaan hak asasi rakyat.

Menurut beliau, pengambilan balik pengurusan air oleh kerajaan Selangor daripada syarikat-syarikat konsesi Abbas, Splash, Syabas dan Puncak Niaga tidak membelakangkan kepentingan pemilik-pemilik saham konsesi.

Beliau berkata, penasihat-penasihat kerajaan negeri mencadangkan pulangan yang berpatutan kepada pemilik saham agar mereka tidak mengalami kerugian iaitu sebanyak 12 peratus setahun ke atas nilai saham yang dimiliki.

“Berdasarkan kiraan 2009, julmah yang kita tawarkan ialah RM5.7 bilion dan kita sedia mengambil kira nilai-nilai bon yang telah diapungkan oleh syarikat konsesi air untuk menjalankan operasi loji pembersihan air dan empangan, seperti yang dikehendaki dalam operasi mereka.

“Bagaimanapun, penasihat-penasihat air negeri Selangor berpendapat, jika kerajaan negeri bayar melebihi 50 peratus setahun, rakyat akan menanggung akibatnya iaitu kenaikan tarif bagi menampung tawaran yang begitu tinggi,” tegas beliau.

Tan Sri Khalid berkata, kerajaan negeri sudah bersedia untuk mengambil alih pengurusan air kerana rundingan mengenainya mesti diselesaikan sebelum akhir tahun ini.

Bagaimanapun, Menteri Besar menegaskan bahawa perjanjian yang bakal ditandatangani mesti meliputi beberapa perkara iaitu:

1. Kerajaan Pusat harus mengambil kira nilai aset-aset air milikan kerajaan Selangor

2. Menentukan harga pembelian daripada pemilik konsesi adalah berpatutan dan tidak akan membawa kepada kenaikan harga air yang membebankan rakyat.

3. Kerajaan negeri Selangor diberi ruang menerokai punca-punca air baru bagi memastikan bekalan berterusan kepada pengguna.

Khalid membayangkan bahawa kerajaan Selangor tidak akan tunduk kepada sebarang perjanjian yang meminggirkan kepentingan pengguna.

“Kalau mereka fikir nak buat bisnes atas hak asasi rakyat, untuk memerah hak asasi rakyat, bermakna mereka mempunyai falsafah yang berbeza daripada kita,’ kata beliau.

“Saya rasa, akhirnya rakyat akan tahu orang-orang yang mempunyai kepentingan ini akan menjual rakyat dan mereka sanggup membayar atau memberi rasuah kepada pihak yang boleh memutar belitkan fakta-fakta bagi mengelirukan rakyat ,” katanya.

Dalam hal ni mai kita pakat2 sokong Umno...

Aku faham sangat kenapa Ustaz Idris Ahmad dok bising2 sangat pasal hal Raja2 Melayu ni. Mempertahankan PAS memang kerja Ustaz Idris nombor wahid. Mempertahankan PAS dari fitnah Umno juga memang kerja Ustaz Idris.

Memang betul Umnolah yang bertanggungjawab meminda Perlembagaan Negara berkaitan dengan kuasa Raja-raja Melayu di zaman Che Dead. Kalau dulu Umno boleh pinda, tak mustahil pada masa akan datang Umno akan pinda lagi. Apa ada heran?

Pada aku, asalkan pindaan itu baik untuk semua, apa salahnya? Tak kiralah sapa yang memindanya. Tiada siapa di dunia ini terlalu berkuasa sehingga tiada tindakan boleh dikenakan terhadap mereka jika mereka melakukan sesuatu kesalahan.

Pindaan yang dilakukan oleh Che Dead dulu aku sokong. Umno dok maki Raja-rajapun aku tak nak komen apa2. Bukan apa....dok kena maki dek Umnopun majoriti Raja-raja masih sokong Umno....apa kita boleh buat??

Kita dok keriau nak buat apa? Ustaz Idris jangan susah hati. Yang paling penting...apa yang kita buat kena ikut perlembagaan. Ikut undang-undang. Kita tak payah ikut rentak Umno...Raja-raja nak ikut, tafadhal...

1975...aku dan Hoki Piala Dunia...

Pada tahun 1975 aku baru berusia 11 tahun. Masih di darjah 5 SK Kota Dalam.

Kejohanan Hoki dunia yang berlangsung di Kuala Lumpur pada masa itu, bagi budak kampong macam aku hanya dapat diikuti siaran langsungnya melalui radio.

Aku masih ingat bagaimana aku cepat2 cabut balik sekolah agama untuk mengikuti perlawanan2 yang melibatkan Malaysia. Uhhhh... kira2 macam sekarang ni budak2 dok berkira2 nak ke ciber cafe untuk main game atau main fb kot?

Nama2 gah masa tu yang aku masing ingat seperti Sri Shanmuganatahan, R. Ramakrishnan, Poon Fook Loke, Franko De Cruz, Brian Sta Maria, M. Mahendran, A. Francis dan beberapa orang lagi.

Kejayaan menumpaskan Belanda 2-1 untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir benar2 menjadikan Malaysia demam hoki pada masa itu. Apa tidaknya yob…pantang nampak kayu tegak yang ada cabang bengkok….habis kena potong untuk jadi kayu hoki.

Teringat juga masa Muhammad Ali bertarung dengan Joe Bugner di KL. Semua budak kampong pakat bertinju. Termasuk aku…teruk Masrudin kena bedal dengan aku…hmm maklumlah budak tu separuh berat badan aku. He he…

Ramai yang demam bila Malaysia kalah ditangan India (yang seterusnya muncul juara) di peringkat separuh akhir 2-3 selepas tambahan masa. 10 minit sebelum perlawanan sepenuh masa tamat, Malaysia mendahului India 2-1.

Masa tu permainan semua atas padang rumput. Astroturf belum mula biz kot?

Kalau tak silap aku, ada permainan yang tergendala kerana hujan lebat dan sebagainya. Namun yang pasti, seluruh rakyat Malaysia excited dengan kecemerlangan pasukan hoki negara.

Selepas itu pasukan hoki remaja juga menunjukkan sengatnya di peringkat antarabangsa. Selama beberapa tahun, Malaysia menduduki ranking ke 4 di peringkat dunia.

Sehinggalah lepas itu kita jadi dungu dan dipijak2 oleh pasukan eropah. Kecemerlangan kita hanya setakat menjadi pengelola dan tuan rumah kepada kejohanan berbagai peringkat. Rakyat juga sudah tidak excited sebagaimana dulu.

Hari ini kita dapat lihat sedikit peningkatan apabila pasukan negara layak ke perlawanan akhir di Sukan Asia, Guangzhau. Lawan kita di perlawanan akhir ialah Pakisatan.

Apapun keputusannya nanti, aku nak ucapkan tahniah atas kejayaan awal ini.

Cabarannya ialah….bolehkah kita mengembalikan excitement yang telah lama pudar dalam arena sukan negara, khususnya sukan hoki? Wallhua’lam…

Tuesday, November 23, 2010

Dengan perbicaraan sebegini....destinasi Anwar ialah penjara!!

Namun...LAWAN TETAP LAWAN!!

Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengemukakan permohonan melucutkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Zabidin Mohd Diah daripada perbicaraan kerana didakwa terus bersikap berat sebelah dan menghalang peguambela mendapatkan nota-nota pemeriksaan doktor ke atas pengadu Saiful Bukhari Azlan.

Selain itu, peguam Karpal Singh akan memohon supaya pakar perubatan Dr Siew Sheue Feng dari Hospital Kuala Lumpur dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana cuba menyembunyikan dokumen yang penting untuk pembelaan Anwar.

Zabidin akan mendengar kedua-dua permohonan itu pagi, esok.

Anwar melahirkan rasa kesal terhadap keputusan-keputusan Zabidin yang dilihat berat sebelah sepanjang perbicaraan dan memihak kepada pendakwaraya, walaupun ia jelas bercanggah dengan prosedur undang-undang.

"Peguam telah memberi maklum bahawa kita akan mengemukakan permohonan supaya hakim menarik diri kerana berpuluh-puluh kes kita asyik diketepikan semua undang-undang dan hanya memihak kepada pendakwa. Beberapa kenyataan dia (Zabidin) nampak jelas tidak berlaku adil. Jadi ini akan dilakukan esok," kata Anwar.

Pada hari ini Zabidin sekali lagi melarang peguambela daripada mendapatkan dokumen pemeriksaan awal daripada pakar-pakar yang memberi keterangan.

Dokumen itu mempunyai banyak maklumat yang tidak terkandung dalam laporan perubatan yang dikemukakan oleh pendakwaraya kepada mahkamah.

Anwar berkata ada cubaan jelas melindungi maklumat nota perubatan pengadu Saiful Bukhari Azlan, khususnya apabila pakar patologi Dr Siew memberi keterangan hari ini.

Walaupun gagal memberi jawapan tepat kepada soalan-soalan Karpal, Dr Siew enggan untuk merujuk kepada nota-nota yang diambil oleh beliau ketika memeriksa Saiful untuk memberi keterangan.

Ini kerana jika beliau berbuat demikian, peguambela boleh memohon untuk mendapatkan nota-nota.

Bagaimanapun semasa waktu rehat, Dr Siew mengaku ada merujuk kepada nota-notanya. Anehnya sebaik sahaja perbicaraan bersambung, beliau enggan berbuat demikian.

"Kenapa ...takut mengenai kepada nota-nota ini," tanya Karpal. Namun pakar perubatan itu tetapi memilih untuk tidak berbuat demikian.

Karpal kemudian berkata Dr Siew harus dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana merujuk kepada nota-nota itu ketika waktu rehat walaupun beliau sebelum itu memberitahu mahkamah tidak akan berbuat demikian.

Beliau akan memohon supaya Hakim Zabidin mengenakan tindakan itu kerana jelas ada cubaan untuk menyembunyikan maklumat daripada peguambela.

Karpal juga menegur Zabidin kerana terus menafikan hak peguambela untuk mendapatkan nota-nota pemeriksaan awal doktor yang cukup relevan kepada perbicaraan.

Peguam veteran itu berkata Zabidin hanya membuang masa mengambil keterangan doktor jika tidak mahu melihat sendiri nota-nota yang diambil oleh doktor dalam memberikan keterangan mereka di mahkamah.

BAIKLAH PISAHKAN MALAYSIA DARI DUNIA SIBER...

Itulah standard MP Umno/BN. Macamlah dunia ni media dikontrol oleh Utusan Malaysia dan TV3 saja. Bila Anwar dikurung....menurut mereka...berita Anwar tidak akan keluar dari Malaysia. Kalau yapun nak jadi bengong....janganlah ajak kita, rakyat Malaysia ni bengong sama!! He he..

Ini macam kisah jemaah haji dah wukuf 2 hari barulah kita kat Malaysia sambut hari raya hajilah kot. Saja2lah alat komunikasi dunia sudah jadi serba canggih ..!!

Berita di bawah ini dipetik dari ehem...Utusan Online...

'Halang Anwar ke luar negara'
BERITA/KOMENTAR
Tuesday, 23 November 2010 Super Admin
.
(Utusan Online) - Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mendesak kerajaan supaya menghalang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke luar negara bagi mengelak beliau daripada terus menghina Malaysia ketika berada di sana.

Menurut mereka, kerajaan tidak harus membiarkan Anwar terus berbuat demikian kerana ia akan menjejaskan usaha menarik kemasukan lebih ramai pelabur asing bagi menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi.

Datuk Lilah Yasin (BN-Jempol) berkata, halangan perlu dikenakan kerana individu seperti Anwar perlu dikawal perbuatannya.

"Saya percaya kerajaan perlu mengkaji balik kebenaran kepada golongan yang kecewa ini untuk ke luar negara bagi mengelak mereka terus memburukkan Malaysia," katanya semasa membahaskan Bajet 2011 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar ketika mengunjungi Australia baru-baru ini mendakwa, pengiktirafan yang diberi oleh negara asing terhadap kemajuan Malaysia sehingga dianggap sebagai sebuah negara Islam moden adalah satu penghinaan.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata demikian semasa ditemu bual oleh Sky News Australia dalam usahanya mencari sokongan Perdana Menteri negara itu, Julia Gillard selepas cubaan terdahulu untuk meraih sokongan Amerika Syarikat berhubung pertuduhan liwat yang sedang dihadapinya gagal.

Dalam pada itu, Datuk Ismail Abdul Muttalib (BN-Maran) yang bangun mencelah menyifatkan perbuatan Anwar sebagai tidak mengenang jasa.

"Beliau sepatutnya pusing ke belakang dan memikirkan kembali siapakah yang telah membantunya untuk mendapatkan pendidikan sehingga menjadi cerdik.

"Saya kecewa kerana ada orang yang tidak rasional seperti ini di negara kita. Beliau juga tidak sepatutnya bertindak menghancurkan negara sendiri semata-mata demi kepentingan peribadi.

"Ingatlah bahawa dalam ajaran Islam sendiri ada menyatakan bahawa mencintai negara adalah sebahagian daripada iman," ujarnya.

Mengulas isu sama, Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang turut membahaskan Bajet 2011 berkata, perbuatan Anwar berceramah di luar negara dengan mendakwa negara ini tidak mengamalkan demokrasi adalah sesuatu yang amat dikesali.

"Beliau cuba menyamakan dirinya dengan pemimpin demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi dan ini adalah tidak tepat kerana di negara itu pemimpin yang melawan kerajaan akan dibunuh dan dipenjara.

"Sedangkan di negara kita ini hari-hari boleh berceramah untuk mengkritik kerajaan, asalkan mendapat permit daripada pihak polis," ujarnya.

Sehubungan itu katanya, kerajaan perlu mewujudkan akta baru atau memperkenalkan pendekatan lain yang sesuai bagi menghalang pemimpin seperti Anwar berceramah di luar negara semata-mata bagi meremehkan kerajaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) yang bangun mencelah berkata, beliau tidak boleh menerima perbuatan Anwar menghina rakyat Malaysia keseluruhannya.

"Kalau beliau berucap di luar negara bagi mengkritik kerajaan, saya rasa boleh terima lagi kerana dia adalah pembangkang.

"Tetapi yang saya tidak boleh terima apabila beliau mengkritik negara dan bangsa kita serta menghina rakyat keseluruhannya dengan menyatakan penduduk di Malaysia terutamanya umat Islam masih lagi berada dalam kemiskinan dan mundur.

"Orang ini sebenarnya lupa kepada pepatah Melayu iaitu meludah ke langit, menimpa muka kita sendiri," katanya.

Akibat terlalu lama membelek dubur.....

Kesian aku tengok pakar2 rectum Malaysia. Mungkin disebabkan terlalu lama 'bermain' dengan dubur, makanya teori2 yang dikeluarkan busuk juga sebagaimana bahan permainan mereka tersebut.

Bertambah rasa hormat aku kepada Dr. Zahari Noor (foto), Pakar Forensik HKL yang telah dipindahkan ke Hospital Tengku Afzan Kuantan kerana mempertahankan prinsip dan etika seorang pakar.

Ikuti 2 kisah berbeza antara lahabau dengan orang jujur...

KISAH LAHABAU

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Pakar bedah Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang melakukan pemeriksaan ke atas saksi utama dan pengadu Mohd Saiful Bukhari, hari ini memberitahu makamah, air mani boleh kekal dalam rektum sehingga 72 jam selepas diliwat.

“Bila seseorang memanctukan air mani ke dalam dubur, berapa lama air mani itu akan kekal dalam dubur sebelum ia menitis keluar?” soal Peguam Cara Kanan II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden pada perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

“Kira-kira 72 jam,” jawab pakar bedah am HKL Dr Mohd Razali Ibrahim.

Saiful mendakwa telah diliwat Anwar pada 26 Jun 2008. dan telah ke HKL pada 28 Jun kurang daripada 72 jam selepas mendakwa dia diliwat.

Dr Razali memberitahu mahkamah dia memeriksa dubur Saiful 54 jam selepas perbuatan itu didakwa terjadi.

Bagaimanapun doktor itu berkata, hasil pemeriksaan mendapati dubur Saiful kosong walaupun pengadu itu sebelum ini mengadu tidak membuang air besar sejak diliwat.

Dr Razali berkata kemungkinan air mani akan kekal berada dalam dubur bergantung kepada fungsi dubur seseorang atau apabila satu “pergerakan semasa” berlaku.

“Dalam sesetengah kes, anda masih boleh mendapat contoh dalam 72 jam sebagai saluran dubur tidak lurus,” kata doktor itu.

Pakar bedah itu juga berkata, ada kemungkinan seseorang masih boleh mendapatkan semula contoh air mani dalam dubur seperti beberapa sampel boleh kekal “tersangkut” di sana.

Ia bagaimanapun dinafikan pasukan pembela Anwar ketika Sankari Nair menyoal Dr Razali sama ada dia mempunyai kuasa untuk membuat kenyataan sebegitu.

Doktor itu kemudian bersetuju dengan Sankara dengan mengatakan ia berdasarkan daripada hasil “bacaan” tetapi dia tidak dapat mengingati dokumen mana yang membolehkannya membuat kesimpulan.

“Apabila saya melakukan pemeriksaan, saya tidak tahu apa yang hendak dijangkakan atau sama ada saya akan dapat mencari contoh,” kata Dr Razali.

Beliau juga kekal dengan kenyataan bahawa dubur Saiful tidak mempunyai najis, dengan menafikan dakwaan pembelaan bahawa rongga dubur Saiful tidak mungkin boleh kosong walaupun tidak membuang air besar selama dua hari.

“Ia tidak perlu ada najis dalam kawasan rongga dubur... saya bersetuju, pada masa itu ketika saya menjalankan pemeriksaan ke atas Saiful, tidak ada najis,” katanya.

Perbicaraan kemudian diteruskan dengan soal balas ke atas pakar forensik HKL Dr Siew Sheue Feng.

Dr Siew memberitahu mahkamah bahawa tidak ada tanda-tanda kecederaan di kawasan dubur Saiful semasa menjalankan pemeriksaan.

Kekeliruan berlaku apabila Dr Siew diminta untuk menerangkan sejarah perubatan Saiful, di mana Dr Siew tetap mengulangi fakta satu pemeriksaan perubatan telah dibuat terhadap Saiful selepas dia “mengadu” diliwat oleh seorang tokoh yang berprofil tinggi.

Sankara dan Karpal Singh bertukar tugas menyoal Dr Siew yang tidak mampu memberikan jawapan yang jelas.

Kegagalan Dr Siew menjawab soalan yang diutarakan kepadanya menyebabkan Karpal menuduh doktor itu telah “diprogramkan” menjawab soalan-soalan dengan jawapan yang sudah ada.

Perbicaraan akan bersambung esok pagi di mana soal jawab terhadap Dr Siew akan diteruskan.

Anwar, 62, merupakan Ketua Umum PKR, berhadapan dengan kes liwat kali kedua.

Bekas timbalan perdana menteri itu dituduh meliwat Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Anwar bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut dengan menyifatkan ia sebagai “jahat, penipuan-penipuan remeh oleh mereka yang berkuasa” apabila tuduhan membacakan kepadanya.

Pagi tadi, mahkamah menafikan Anwar untuk akses pada nota klinikal yang diambil oleh tiga pakar HKL ketika membuat pemeriksaan terhadap pengadu Saiful.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menolak permohonan Anwar untuk satu perintah bagi memaksa pihak pendakwaan membekalkan nota klinikal yang diambil oleh tiga pakar HKL itu semasa memeriksa Saiful selama tiga jam di hospital tersebut pada malam 28 Jun 2008.

Pihak pembelaan memohon untuk nota itu selepas pakar bedah am Dr Razali merujuk kepada mereka semasa testimoni beliau, di mana pihak pembelaan memikirkan bahawa nota itu jika dikeluarkan berkemungkinan bercanggah dengan keterangan lisan Dr Razali.

Dr Razali adalah saksi pendakwaan kedua pada perbicaraan Anwar.

KISAH ORANG JUJUR

Dari Blog KedahLanie..!

Bila diperkatakan perihal laporan perubatan terhadap kes liwat Anwar, pasti kita tidak akan lupa dengan satu nama yang amat sinonim dengan kes beliau pada tahun 1998 dulu iaitu Dr.Zahari Noor.

Beliau adalah salah seorang Pakar Forensik (Terkanan) yang bertugas di Hospital Kuala Lumpur yang telah diarahkan bertukar ke Hospital Tg.Ampuan Afzan Kuantan, gara-gara enggan untuk memberi kerjasama sepenuhnya bagi berkaitan kes tersebut.

Adalah difahamkan, gara-gara sikapnya yang tidak mahu bersekongkol dengan penipuan dan kejahatan yang dilakukan oleh pihak terbabit dalam usaha membuat bukti-bukti palsu terhadap kes berkenaan maka beliau telah diarahkan bertukar.

Beliau selepas itu menjadi Pakar Forensik di HTAA dan juga di Pantai Timur. Namanya kini sepi dan seolah-olah dilupakan terus oleh media arus perdana dan alternatif. Namun, krew kami di Kuantan yang pernah bertemu beliau di dalam sebuah masjid di sana, secara jelas mendapatkan maklumat tentang kes Anwar daripada beliau.

Antara lain, beliau turut mengakui bahawa kes yang berlaku itu adalah rekaan dan ciptaan semata-mata. Pihak Hospital Kuala Lumpur telah dipaksa oleh polis untuk membuat dan meminda laporan perubatan Sukma serta lain-lain mangsa yang dikaitkan dengan Anwar.

Mereka dipaksa meminda bahawa kesemua mangsa itu memang telah diliwat oleh Anwar biar pun hakikatnya adalah tidak sama sekali. Bagi mereka yang tidak mahu terlibat dan bersekongkol dengan kerja jahat tersebut, maka akan ditukarkan. Namun, beliau bersyukur kerana kini selesa berpindah ke Hospital Tg.Ampuan Afzan Kuantan ketika itu.

Maka itu, jika laporan yang memang sudah sahih menunjukkan mangsa tidak diliwat itu pun mahu dipinda supaya berlaku sebaliknya. Apatah lagi laporan yang dibuat oleh Dr.Mohamed Osman dari Hospital Pusrawi dulu.

Kini, akhirnya kebenaran bagai kian terserlah apabila ketiga-tiga doktor pakar yang merawat Saiful Bukhari dalam kes liwat terbaru Anwar kini sebulat suara mengeluarkan kenyataan bahawa anak muda itu memang tidak ada kesan dan tanda-tanda diliwat.

Apakah ketiga-tiga doktor pakar terbabit akan menerima nasib yang sama seperti Dr.Zahari Noor agaknya? Nantikan sahaja kesudahan episod misteri ini. Ternyata kini, bahawa kesemua laporan klinikal membuktikan yang Saiful “masih teruna”, dan wajarlah kes perbicaraan liwat yang bakal diadakan pada 1 Julai 2009 ini juga turut dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi. Di bawah ini dipaparkan sedutan artikel berkaitan Dr.Zahari :-

Dr.Zahari, Contoh Darah Anwar Bukan Untuk DNA

KUALA LUMPUR [30 Dis 1998] – Seorang pakar forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa contoh darah Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh digunakan untuk ujian DNA kerana ia diambil dan disediakan bagi ujian HIV, Hepatitis B dan VD (penyakit kelamin).

Dr Zahari Noor berkata, oleh kerana itu beliau menolak permintaan polis sebanyak dua kali supaya contoh darah itu digunakan untuk ujian DNA. Menurutnya, ketika di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada 28 September lalu bagi mengambil darah Anwar, beliau ditanya oleh Asisten Mohd Rodwan Mohd Yusof sama ada ujian DNA boleh dilakukan terhadap Anwar.

Katanya, beliau menasihatkan polis supaya tidak mengambil darah Anwar untuk ujian DNA kerana Anwar hanya memberi persetujuan supaya darahnya digunakan bagi ujian HIV, Hepatitis B dan VD. “Pada 15 Oktober lalu, Mohd Rodwan dan SAC I (Senior Asisten Komisioner) Musa Hassan datang ke HKL dan bertanya sama ada mereka boleh mengambil contoh darah Anwar untuk analisis DNA,” katanya.

Dr Zahari berkata mereka memberikan empat sebab kepada polis mengapa ujian DNA tidak boleh dilakukan terhadap darah Anwar:

1.Contoh itu tidak disediakan untuk analisis DNA,
2.Ia tidak sesuai untuk ujian DNA
3.Keputusan ujian DNA itu tidak boleh dipercayai.
4.Ia boleh membawa keputusan yang mengelirukan kerana kami menyimpan 5.contoh darah itu di dalam bekas biasa tanpa pengawet atau EDTA.

Katanya, mereka kemudian mencadangkan kepada polis bahawa mereka bersedia pada bila-bila masa untuk mengambil contoh darah Anwar di penjara Sungai Buloh untuk ujian DNA jika tertuduh membenarkannya.

Saksi pendakwa ke-20 itu memberi keterangan dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Abdul Gani Patail pada perbicaraan yang memasuki hari ke-35 itu.

Sebelum itu, Dr Zahari berkata, beliau mengambil contoh darah bekas setiausaha sulit Anwar, Mohamad Azmin Ali dan isterinya, Shamsidar Tahrin dan anak perempuan pasangan itu yang berumur tiga tahun, Farah Afifa pada 29 Julai lalu, bagi ujian DNA.

Katanya, beliau mengambil contoh darah Anwar pada 28 September lalu selepas diminta oleh polis. Bagaimanapun, beliau mengakui HKL tidak menjalankan ujian DNA dan beliau sendiri tidak pernah menjalankan ujian atau mempunyai pengalaman amali dalam teknik terkini DNA kerana ia bukan bidangnya.

Dr Zahari berkata, contoh darah itu disimpan selama dua bulan setengah sebelum polis mengambilnya pada 9 Disember, bagi dihantar kepada Jabatan Kimia Petaling Jaya untuk ujian DNA.

Di bawah ini satu lagi laporan yang telah dikeluarkan oleh seorang doktor berhubung dengan kekeliruan laporan yang dibuat oleh akhbar Utusan Malaysia terhadap kenyataan yang telah dibuat oleh Dr.Zahari berhubung dengan kes liwat Sukma Dermawan.

Di sini jelas sekali menunjukkan bahawa media memang berperanan untuk memesongkan fakta sebenar bagi mengubah persepsi dan tanggapan rakyat terhadap kes ini dulu.

Maka wajarlah media seperti ini ditolak oleh rakyat demi menjaga minda generasi muda agar tidak terus terpesong. Cuba lihat artikel berkenaan bagi menjelaskan lagi tentang perkara ini :-

Utusan Malaysia Putarbelit Testimoni Dr.Zahari

[10 Feb 2000] – Saya agak terperanjat dengan tajuk berita di Utusan Malaysia (UM) hari ini (bukan saya beli tetapi kepunyaan rakan saya ) bertajuk ‘Saksi akui ada kemungkinan Sukma diliwat'.

Kenyataan ini dikatakan dikeluarkan oleh Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr Zahari Noor semasa menjadi saksi pembelaan kes ‘liwat’ DSAI semalam.

Kenyataan ini agak bercanggah dengan apa yang dikatakan oleh Dr Zahari Noor semasa perbicaraan kes ‘rasuah’ DSAI tahun lepas di mana beliau mengatakan bahawa TIDAK ADA BUKTI PERUBATAN YANG MENUNJUKKAN BAHAWA SUKMA PERNAH DILIWAT PADA LIMA TAHUN KEBELAKANGAN INI DAN TIADA BUKTI MENUNJUKKAN SUKMA ADALAH PENGAMAL HOMOSEKS BERTERUSAN (HABITUAL HOMOSEXUAL).

Oleh kerana saya tidak puas hati dengan laporan UM tersebut, saya pergi ke gerai akhbar dan membelek (bukan membeli) akhbar tabloid the Star mengenai kes ‘liwat’ DSAI. The Star memberi tajuk ‘NO SIGNS OF ANAL PENETRATION’ bermaksud tidak ada tanda-tanda dubur Sukma telah ditembusi.

The Star juga mengatakan bahawa Dr Zahari Noor tidak dapat mengesahkan samada Sukma pernah diliwat atau tidak (‘Dr Zahari Noor said he could not determine whether Sukma had ever been sodomised or not’ ). Jadi yang mana satu hendak dipercayai sekarang, UM atau the Star? (Rujuk Video Pengakuan Sukma

Nampaknya UM masih cuba menipu rakyat dengan memutarbelitkan testimoni Dr Zahari Noor. Seboleh mungkin UM mahu juga meyakinkan rakyat bahawa DSAI adalah pengamal homoseks. UM juga cuba menonjolkan cerita mengenai parut yang berada di dubur Sukma sebagai bukti liwat.

Bukankah kita telah diberitahu dahulu oleh saorang doktor bedah bahawa parut itu adalah kesan dari pembedahan buasir (haemorrhoids) yang dialami oleh Sukma. Doktor bedah tersebut juga menyatakan bahawa tidak ada bukti masalah buasir Sukma bersangkut paut dengan amalan homoseks yang didakwa diamalkan oleh Sukma.

Di dalam buku perubatan pun tidak ada dinyatakan bahawa kegiatan liwat boleh menyebabkan penyakit buasir. Sekiranya benar Sukma adalah pengamal homoseks berterusan (habitual homosexual) seperti yang didakwa, sudah tentu pemeriksaan dubur Sukma akan menunjukkan kesan sekalipun amalan tersebut menggunakan lubricant.

Dubur sesaorang pengamal homoseks berterusan akan menjadi lembut (lax atau patulous di dalam istilah perubatan) apabila doktor melakukan ‘digital per rectal examination’ tetapi ini tidak dikesan pada dubur Sukma.

Yang pendakwa bertanya mengenai pemeriksaan ‘proctoscopy’ apa relevannya? Nak tengok ada buasir ke di dalam dubur Sukma? Setahu saya proctoscopy dibuat untuk melihat buasir pada peringkat awal iaitu dipanggil ‘first degree atau second degree haemorrhoids’, bukan untuk menunjukkan bukti liwat.

Yang menghairankan saya ialah akhbar Berita Harian (BH) yang saya belek di gerai akhbar hari ini tidak ada langsung laporan mengenai kes perbicaraan ‘liwat’ DSAI. Adakah kerana pada peringkat pembelaan ini di mana DSAI dan Sukma sudah memgemukakan bukti-bukti kukuh yang menunjukkan bahawa tuduhan ‘liwat’ itu tidak benar dan sengaja diada-adakan maka BH tidak berani melaporkan? Kenapa tidak perbesarkan bukti yang dikemukakan oleh Sukma bahawa Tivolli Villa hanya diduduki selepas April 1993? Satu lagi berita terbaru yang menarik mengenai kes ‘liwat’ DSAI ialah mengenai usaha peguam-peguam DSAI untuk memanggil Dr Mahathir ke mahkamah untuk memberi keterangan.

Dr Mahathir pernah berkata selepas memecat DSAI ‘ I did my own investigations other than the police investigations regarding DSAI homosexual activities and I was convinced’. Saya berhajat benar agar Dr Mahathir dapat memberitahu mahkamah bagaimana beliau melakukan kajian salahlaku seks DSAI dan memberikan bukti-bukti kukuh seperti yang didakwa oleh beliau.

Sedangkan polis sendiri di bawah SAC 1 Musa Hassan sendiri sampai sekarang tidak dapat bukti kukuh, maka adalah penting Dr Mahathir sendiri hadir ke mahkamah sebagai saksi.

[Maka dengan ini, sama-samalah kita lihat apakah pula trick dan helah yang akan digunakan oleh Saiful Bukhari Azlan bagi membuktikan beliau telah diliwat Anwar. Apakah pihak polis boleh menerima keterangan dari "mulut" Saiful daripada laporan klinikal daripada Hospital Kuala Lumpur dan Pusrawi itu agaknya. Jika laporan mulut diterima oleh polis dan mahkamah, maka memang zaman kehancuran sistem kehakiman dan undang-undang negara akan berlaku lagi akhirnya. Masyarakat dunia akan merasa takut untuk datang serta melabur di Malaysia, selepas melihat kes pembunuhan dan jenayah dipermain-mainkan oleh mahkamah di negara ini. Justeru itu, kembalilah kepada kebenaran dan tegakkan keadilan. Kembalikan semula keyakinan rakyat terhadap isntitusi kehakiman negara. Usahlah kita terus biarkan generasi kita terbelenggu dengan sistem kehakiman yang terpesong daripada matlamatnya. Sia-sia sahaja anak-anak kita belajar ilmu undang-undang di universiti dalam dan luar negara, jika inilah amalan undang-undang yang mahu dipertontonkan].

Monday, November 22, 2010

RM85 Juta 'Lesap' Dari Perbendaharaan Perak: Dey Thambi...explain aaa!!!

Sejak rampasan kuasa, Zambry telah bentang 3 bajet difisit....
Nga Kor Ming

Rakyat Perak mahu tahu apa sebab sebenar selepas rampasan kuasa BN di Perak pada 6 Feb 2009, mengikut Laporan Ketua Audit Negara, kini wang bersatu berkanun negeri telah berkurangan sebanyak RM85 juta dari RM774 juta menjadi RM689 juta dalam tempoh 1 tahun.

Tambahan lagi, apa sebab sebenar Zamry perlu membuat 3 bajet defisit dalam tempoh 1 tahun, iaitu pada 28 October 2010 sebanyak lebih kurang RM40 juta belanjawan defisit, 3 August 2010 sebanyak RM80 juta dan kini menjelang persidangan DUN Perak mulai 30 November 2010, dianggarkan sebanyak RM50 juta defisit lagi menjadikan jumlah Defisit Negeri Perak lebih RM160 juta. Apa sudah terjadi? Di manakah wang rakyat dibelanja? Di mana sistem open tender? Bagaimana usaha banteras rasuah?

Rakyat berhak tahu kisah benar, Zamry perlu kemukakan fakta benar untuk diperiksa oleh rakyat kerana itu wang cukai dari rakyat, untuk rakyat.

Saturday, November 20, 2010

Nak belanja lebihpun payah...baik belah...!!

Rosmah Mansor undur diri dari jawatan Canselor Unisel
November 20, 2010


Datin Seri Rosmah Mansor menyampaikan Anugerah Canselor kepada Mohamad Hafiz Rosli (kanan) semasa Majlis Konvokesyen Unisel ke-lima di Bestari Jaya hari ini. - Foto Bernama

KUALA SELANGOR, 20 Nov — Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini mengumumkan pengundurannya sebagai Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) bagi memberi tumpuan kepada pendidikan awal kanak-kanak melalui program Permata.

Rosmah berkata permohonannya untuk mengundur diri telahpun mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Ingin saya maklumkan bahawa ini adalah merupakan tugasan terakhir saya dalam Majlis Konvokesyen Unisel kali ini.

“Permohonan saya untuk berundur diri sebagai Canselor sehingga tamat tempoh lantikan telah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Istiadat Konvokesyen Unisel Kelima di Kampus Bestari Jaya di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Rosmah yang dilantik sebagai Canselor Unisel pada Feb 2006 akan tamat kontrak perkhidmatan Feb depan. — Bernama

Tuan Wali dah ada facebook...

Terkejut beruk bila tiba2 muncul gambor Tuan Wali dalam facebook teman.

Sudah tentulah tuan punya fb sebebenornye orang lain...macam fb Bik Mama...suami Najib.

Sesiapa yang teringin menatap wajah ahli mbi seumur hidup dan mendengar pesanan2nya...silalah search Tuan Wali dalam fb masing-masing2.

Pesan Tuan Wali...

"Kepada teman2 saya, jangan lupa iyaa ke commenin gambar saya. Mekasih yaa.!!"

Utusan Malaysia & TV3 media sampah....

Dalam keghairahan mereka menjadi balaci Umno, kedua-dua media haprak ini cuba menggambarkan kerajaan Negeri Kedah pimpinan Ustaz Azizan dari PAS sebagai pilih kasih, kayu dan tidak effektif dalam kerja2 mereka dalam membantu mangsa banjir di negeri itu.

Lalu dalam masa yang sama digambarkan pula, hanya...ya 'hanya' Barisan Nasional dan Umno sahaja yang buat kerja. Makanya Muhyiddin dan Shahrizat bollywood diangkat macam penyelamat.

Namun semalam akhbar The Star menyiarkan sepucuk surat dari rakyat negeri Kedah, P.S. Alor Setar yang menceritakan isi hati sebenar mangsa-mangsa banjir di negeri itu. Surat beliau membenarkan apa yang dititahkan oleh DYMM Tuanku Sultan Kedah semasa merasmikan Persidangan DUN negeri itu baru2 ini.

Cuma aku nak cakap macam ni ajer...kesian beruk mat yeh dengan kuncu2nya...he he!!

PAS volunteers who did the one truly onerous task that no one else wanted to do. After the floods, small mountains of damaged furniture and wet and stinking mattresses were piled outside our houses which even rubbish collectors refused to take. Along came a group of PAS volunteers with lorries and dumpsters. They loaded and carted away the heaps of stinking junk with their own hands. You did that which others could not even be paid to do! For that, you have my total respect and gratitude.

Di bawah ini aku siarkan isikandungan surat tersebut...

Touched by 1Malaysia spirit of volunteers

It has been a week since the floodwaters receded in Kedah and life is returning to normal. Throughout the ordeal, many people worked hard to help those affected, and as a victim of the flood, I want to say thank you to all of you.

The personnel of the Civil Defence Department were constantly coming to check on us as the floodwaters rose. They were ever smiling and courteous, and those stranded were evacuated in a very professional and orderly manner.

TNB staff came by at all hours of the day and night, constantly monitoring the safety of the substations and turning off the electricity supply when the water level got too high. I was impressed by their dedication and attention to safety.

Kudos to the private groups of volunteers who came with boats, dinghies and life jackets in the middle of the night to evacuate the stubborn who refused to leave until the road had become impassable. You didn’t have to but you did.

And thanks too to all the state agencies and volunteers (some who came from out of town and even out of state) who evacuated, rescued and cared for the displaced. There were those who worked at the evacuation centres to ensure that all the people were fed.

The state government has done a good job in ensuring smooth coordination between all the agencies involved. It was a gargantuan task but you pulled it off. No one was left behind, no one died, and no one starved.

My salute to the staff of emergency services and doctors and nurses who worked round the clock for days on end, even though their own homes were flooded.

My thanks also go to the following groups:

> The engineers of Gamuda who, after four days of flooding, agreed to dig a trench through the bund to let the floodwaters flow out to the drain. The water was previously receding at the rate of only an inch every 12 hours, but after the bund was breached, the water drained out at one foot per hour, and our houses were dry again in no time. If it had not been for their action, we would still be in water right now.

> The Tzu Chi charity for providing us with food and water for many days while we cleaned up, and then for the large bag of foodstuff and full-sized toiletries enough for a family of four, and an angpow of RM200. Your generosity and kindness truly touched our hearts.

> PAS volunteers who did the one truly onerous task that no one else wanted to do. After the floods, small mountains of damaged furniture and wet and stinking mattresses were piled outside our houses which even rubbish collectors refused to take. Along came a group of PAS volunteers with lorries and dumpsters. They loaded and carted away the heaps of stinking junk with their own hands. You did that which others could not even be paid to do! For that, you have my total respect and gratitude.

I was heartened to see that the volunteers comprised all races. The spirit of 1Malaysia has never left our hearts.

P.S.,
Alor Setar.

Thursday, November 18, 2010

Ini kira macam Kelantan hantar pegawai ke Johor kaji macam mana nak buat budu lah tu....

Dunia dah nak kiamat yob....

Putrajaya to learn how Singapore plants trees

PUTRAJAYA, Nov 18 — A delegation from Putrajaya will go to Singapore next month in a two-day study trip to see how the island republic plants and maintains its trees said the secretary general of the Federal Territories and Urban Wellbeing Ministry Datuk Haji Ahmad Phesal Talib today.

This comes as the ministry said it will plant 30,000 trees in the KL region beginning March next year to boost the city’s liveability.

Singapore is widely acknowledged as one of the greenest cities in the world and the tree-lined stretch from the city’s Changi Airport to the central business district is considered one of the most beautiful highways anywhere due to the carefully maintained foliage.

KL used to be known as one of the most pleasant cities in Asia with plenty of tree cover such as banyan trees, rain trees and angsana trees but thoughtless development has since seen a loss of much of the city’s green canopy and parts of the city are now planted with palm type trees giving it a barren desert look.

When asked what type of trees will be planted next year, Ahmad, who will be part of the delegation going to Singapore, replied that it would depend on the area but without specifying the species.

“We got very good advice from the forest research institute of Malaysia to have town jungles or something like that which will use canopy type trees,” he said during a media briefing.

“Angsana sometimes is not very good but we have a special committee to study what trees to plant.”

Federal Territories and Urban Wellbeing Minister Datuk Raja Nong Chik Datuk Raja Zainal Abidin added that City Hall is proposing to recruit arborists or tree surgeons to help maintain the trees in the city which currently often suffer from inexpert care.

Pemandu CEO Datuk Seri Idris Jala stressed that it is important to learn how other countries maintained their tree cover.

“We must make sure KL becomes much more liveable and attractive,” he said.

The tree planting initiative is part of the Economic Transformation Programme to green the city and elevate KL to one of the top 20 most liveable cities in the world.

The government allocated RM1.9 billion in the 2011 budget to finance environmental preservation projects including implementing the River of Life Programme and greening of Kuala Lumpur.

A tree fundraising event is also being planned for February next year to encourage private sector participation.

Apart from tree planting, City Hall is reportedly also planning an integrated park system to include parks, landscaped boulevards, paths and public open spaces to be connected through green trails providing a means for residents and visitors to walk the span of the city.

Rampant development has caused KL to fall behind leading liveable cities terms of in green space.

The World Health Organisation standard for green space is 16 sqm per person but KL reportedly affords just 12 sqm per person.

This number risks shrinking to just eight sqm per person by 2020 due to pressures from population growth.

Berapa batang gigi lah agak2 Son of Toyo terpaksa cabut untuk bayar tunggakan cukai pintu ini...??


Ex-MB settles 3-year arrears on mega-mansion taxes
Joseph Sipalan
Nov 17, 10

Former Selangor Menteri Besar Mohd Khir Toyo yesterday finally paid up around RM11,000 to the Shah Alam City Council (MPSA), after he was served a notice to settle three years' worth of house assessment for his multi-million ringgit mansion in Shah Alam.

An aide to mayor Mazalan Mohd Noor refuted news reports that Khir's controversial residence was sealed off by the council following the state opposition chief's failure to settle his house assessments.

“His house was not sealed off; he was just served a notice to settle six terms (two terms a year) of his house assessment yesterday.

"He was given one working week to settle the amount, but I believe he has already settled the outstanding payment,” the aide said when contacted.

Malay daily Berita Harian today published a story on Khir being served a notice of closure on his residence for not paying his house assessment for three years.

The paper quoted Khir as saying that he was not served any notice prior to yesterday and neither was he at home to receive the notice.

“I have already settled the payment. This is just a case of an oversight and I hope it will not become an issue,” he told Berita Harian.

The story however sparked a flurry of stories in the Chinese media today, many of which played up the issue by claiming that Khir's residence (top) had been sealed off for failure to pay his assessment bills.

Khir's mansion was the focus of much controversy last year when it was claimed that his posh residence had cost RM24 million, including building and the cost of two parcels of land 0.2 hectares and 0.1 hectares each.

He had since countered the allegations saying that the total cost of construction of his mansion in Section 7 Shah Alam was RM3.5 million, and not the alleged RM24 million price tag estimated by backbenchers in the Selangor state assembly where the issue was first raised.

Tak de kerja lain ke YPK? Biorler orang tua2 dengan cara mereka...bagi viagra tak pasal2 jalan pulak!!

Dia orang pun pernah muda jugak...alahai!!

Never too old for good sex life
By R.S.N. MURALI
murali@thestar.com.my

KUALA TERENGGANU: Sex is not just for the young and an inaugural workshop has been organised to rejuvenate the sex lives of elderly couples in Terengganu.

A host of health specialists and geriatricians, including renowned sex therapist Prof Dr Mohd Ismail Mohd Tambi, have been invited as facilitators in the pioneer workshop to start tomorrow in Setiu. Some 300 senior citizens are expected to take part.

The pioneer workshop, a brainchild of the Terengganu Family Development Foundation (YPK) comprises a series of courses with modules exclusively designed for elderly couples to bring back the joy of sex in their marriage.

One focus was on how the participants should maintain a high level of self-hygiene and what to wear when the couples were together.

YPK director Mohd Shafaruddin Mustafa said the workshop was aimed at correcting the perception of many that elderly couples had had enough romance after being married for decades.

“Many of them are lonely although their spouses live with them,” he said in an interview.

In most cases, couples had strained relationships in their twilight years as they slept in separate bedrooms and focused on other matters, mainly the welfare of their children and grandchildren.

“This is unhealthy as elderly couples could still continue to have vibrant intimate relationships especially with all kinds of therapy and health supplements available these days,” Mohd Shafaruddin said.

He also observed that senior couples easily get agitated with each other, probably due to their own aging process which could strain their union.

“All these can be prevented if they were given tips on how to make their twilight years more exciting through renewed intimacies.”

Mohd Shafaruddin lamented that elderly couples also seldom communicate with each other and were very embarrassed to openly talk about their health issues like erectile dysfunction or even menopause.

“Through the workshops, we hope those with health problems could seek help from a panel of health specialists. The first session received an overwhelming response, and we believe those in other districts would be just as eager,” he said.

Nasi Kangkang sudah panas....!!

Rais refuses to answer questions on USP fund
Submitted by Najiah on Thursday, November 18th, 2010

KUALA LUMPUR: Information, Communications and Culture Minister Datuk Seri Rais Yatim this morning refused to entertain questions posed by The Malay Mail.

This reporter was brushed off when she approached Rais after the ministry and its agencies' Korban ceremony at the Muhammadu Mosque, Angkasapuri, to ask about the Universal Services Provision (USP) fund issue which is currently being investigated by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).

Rais, who was approached at the end of his Press conference, turned away the reporter after learning she was from The Paper That Cares. After asking where this reporter is from, Rais said: "I will speak to you after I have my lunch."

When approached again, after he had had his lunch, Rais merely said: "No, I don't want to talk to you."

Azli Noh, Rais' Press secretary who was approached after the minister left, told The Malay Mail the ministry can't comment on the USP fund issue.

"This matter should be dealt directly with MACC which is in the midst of investigating the issue," said Azli.

He said the ministry was not able to comment on this further.

Last week, MACC investigation director Mustafar Ali confirmed they had launched investigations into the possible misappropriation of the USP fund.

MACC, however, is keeping mum on the progress of their investigations.

“We are investigating the allegation and that is all I can comment,” Mustafar told The Malay Mail.

An MACC source, however, revealed in an English daily that the probe would also be looking at the alleged discrepancies in the netbook initiative financed by the USP fund.

''They want to know the process, mechanism and criteria surrounding the netbook initiative,'' the source said.

The source, according to the newspaper report, also said MACC was looking into the possibility of individuals from the Information, Communications and Culture Ministry abusing their powers.

It was also reported the MACC probe was initiated after Wangsa Maju Member of Parliament Wee Choo Keong and several prominent bloggers raised issues over the utilisation of money from the USP Fund.

READ: MACC launches probe into alleged USP misappropriation

Gempar: Zulbabwe bakal Menteri di JPM (De Facto Menteri Undang2) dalam rombakan kabinet Najib...

Sorry bro. Salah dengar...cuma jadi kabinet dapur Bik Mama ajer... ya ampun!!

KUALA LUMPUR, 18 Nov: Desas desus rombakan kabinet didakwa bakal menyaksikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan akan menjadi menteri penuh manakala Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sebagai timbalan menteri.

Sumber-sumber memaklumkan rombakan tersebut dijangka diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak minggu depan atau awal bulan Disember.

Empat menteri disebut-sebut akan digugurkan iaitu Datuk Ahmad Shabery Cheek (Menteri Belia dan Sukan); Datuk Shaziman Abu Mansor (Kerja Raya); Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan Datuk Seri Ng Yen Yen (Pelancongan).

Beberapa menteri pula dijangka bertukar kementerian seperti Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang kini Menteri Dalam Negeri dipindahkan ke Kementerian Pertahanan.

Dua bekas menteri, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang kini Setiausaha Agung BN dan bekas Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said akan kembali ke kabinet.

Jika ianya benar, beberapa penganalisis politik melihat ianya sebagai petanda bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 semakin hampir dan Najib sedang memperkemas pasukannya.

Mereka tidak menolak kemungkinan PRU-13 akan diadakan tahun hadapan berasaskan BN pada waktu ini yakin mereka telah mendapat kembali sokongan rakyat.

Penanda aras paling akhir bagi mereka setakat ini adalah Pilihan Raya Kecil Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi pada 4 November lepas yang menyaksikan kemenangan calon BN.

Beberapa pihak turut mendakwa cadangan melantik Ahmad Maslan ke jawatan menteri penuh kerana "sumbangan" besarnya menjadi jurucakap dalam isu Felda.

Beliau dilihat paling menonjol membela dakwaan "salah urus" dalam Felda biarpun dalam beberapa kes mahkamah yang dimenangi peneroka.

Rombakan kabinet kali ini juga dilihat sebagai peluang terakhir bagi ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyertai kabinet sebelum pilihan raya umum akan datang.

Khairy tidak dilantik menganggotai kebinet apabila Najib mengambil alih pentadbiran April lalu, sedangkan Datuk Mukhriz Mahathir yang mencabarnya bagi jawatan nombor satu pergerakan itu, mengisi jawatan timbalan menteri.

Selain itu, Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim juga dilantik sebagai timbalan menteri.

Bila 'mamat nasi kangkang' berbicara....

Mamat ni kekal jadi menteri sebab isterinya sekampung dengan suami PM kita. Boleh bereden-eden dengan Bik. Bukan sebab pandai sangat atau berprinsip ke apa...!!
Apa idaknya yob?

Inilah satunya dR. Phd yang menolak thesisnya sendiri. Buat kajian buat konklusi...dapat Phd... jadi menteri lepas tu tolak kajian sendiri. Tolak formula sendiri....tak bengong ke tu.

Inilah juga orangmye yang dulu zaman Ku Li dok 'bakar jambatan..!" La ni terhegeh2 guna bini buat jambatan. Binawe betul...

Cakap mamat nasi kangkang tak payah percayalah. Kalau percaya jugak memang kompom bangang!!

Anwar umpama sembilang di lubuk keruh: Rais .

KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim mengumpamakan Anwar Ibrahim sebagai "ikan sembilang dalam lubuk keruh" yang hanya tahu menyengat untuk kepentingan dirinya.

Beliau berkata dengan kedudukannya sebagai ketua pembangkang, Anwar sentiasa mengkritik melulu banyak perkara termasuk mengenai Malaysia yang diiktiraf banyak pemimpin asing sebagai sebuah negara Islam moden.

Rais meminta Anwar supaya melihat pengiktirafan terhadap negara ini menerusi 'pintu hatinya" dan bukannya bersandarkan kepada firasat politik beliau terutamanya ketika beliau dan parti yang diterajuinya Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini dalam keadaan bercelaru.

"Datuk Seri Anwar, sebagai bekas timbalan perdana menteri dan sekarang ketua pembangkang, janganlah apabila dalam lubuk yang berair jernih lain bahasanya tetapi apabila di dalam lubuk yang keruh airnya lain pula bahasanya.

"Semasa berenang dalam air yang keruh dalam lubuk tertentu, beliau macam seekor ikan sembilang yang suka menyengat ke kiri dan ke kanan, tetapi bila di dalam keadaan air yang jernih, beliau selesa dan tidak membuat apa-apa," katanya merujuk kepada kedudukan Anwar kini sebagai ketua pembangkang dan ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri.

Mengurus lembu...??

Menumbangkan dan mengerjakan 24 ekor lembu di MBI semalam bukanlah satu tugas yang terlalu sukar. 3 jam setengah selesai. Namun faktor manusia benar2 mencabar kesabaran.

Kerenah pekerja MBI yang dipertanggungjawabkan buat hal?? Kerenah orang awam yang berebut tulang?? Kerenah mat indon, bangla, myanmar dan foreigner yang tamak?? Tiap2 tahun itulah cabarannya...

Pendek kata mengurus lembu lebih mudah dari mengurus manusia...Lebih2 lagi lembu yang diberikan oleh JAIS...hmmm maksud aku...lembu Khusrin (gambor sebelah). Kecil dan jinak...he he!!

Namun 90% ok. Majoriti kariah yang hadir OK. Mungkin dengan sedikit tarbiah mengenai hukum dan cara korban dan pembahagiannya, mutu pengurusan akan bertambah cemerlang pada masa akan datang. Jasa mu tetap dikenang.

Tahniah kepada AJK masjid dan ahli kariah yang volunteers bertungkus lumus menyelesaikan tugas di dalam waktu yang ditetapkan. Dari Tuan Nazir yang menyembelih sendiri 13 ekor lembu termasuk lembu Dato' K....Dato' Nazir dengan teamnya yang melapah dan mengerjakan sebahagian besar lembu2 tersebut, Hj. Ghazali yang mengetuai kerja2 memotong tulang, Anas ketua bungkus dan Hj. Anuar ketua keselamatan dan pengagihan.

Tidak lupa juga Lobai dan Izzudin yang sibuk mengheret lembu yang telah disembelih, Hj. Ghani, Hj. Rosli, Halim, Ghani Md. Jani, Hj. Wan Suhaimi (yang menderma T-shirt), Puan Ropiah dan muslimat, Pak Usop, Imam Saime, Bilal Hussin, Bilal Pak Ya, Imam Ariff dan Bilal Din yang masing2 membanting tulang untuk menjayakan program ini. Mana2 nama yang aku miss minta maaf. Aku tak ingat semua.

Tahun ini khabornya tak ada orang (yang datang ke MBI) tak dapat daging kecuali kariah yang menunggu semuanya nak dihantar ke depan pintu. Tak dapek den nak menolong...

Cumanya yang agak puzzle ialah kehilangan Pengerusi JK Badan Bertindak Penduduk Taman Bukit Indah yang agak lantang mengkritik AJK MBI yang tak makan bersama jemaah pada malam Jumaat. Dalam program sebegini penting, hilang pulak dia. Anak2 buah adalah ada dua tiga orang. Lepas solat, aku sempat berborak dengan dia . Mungkin silap aku juga tak bagi tau secara rasmi ada program korban selepas khutbah Hari Raya.

Satu lagi perkara menarik, Tuan Nazir mencadangkan tahun depan program korban di MBI akan diberatkan kepada korban kambing berbanding dengan lembu. Ini memandangkan kecenderungan orang makan kambing telah meningkat dengan dahsyatnya di Bukit Indah ini.