Monday, January 31, 2011

YB Husam menyengat...

Lama tak mengikuti tulisan YB Husam. Tapi pagi ni terbaca tulisan beliau yang terkini mengulas tentang Arked UDA di KB. Syabas!!

Arked Uda Mesti Kekal

Ada blogger tersepit ekornya bila Kerajaan Negeri Kelantan umumkan akan mengambil balik tanah Uda di Kota Bharu.

Dari 'lubang kubur Nik Aziz' sampai kepada 'aku akan panggil engkau penipu' berhamburan keluar. Kenapa mesti panas baran dan sensitif melampau?

Teori 'kerugian ketiga' kononnya akan berlaku jika tanah Uda itu diambil balik. Berapa pula kos akan terlibat.

Menjadi blogger bukan bererti kita faham segala-galanya dan punya lesen besar untuk melanyak semua perkara. Kitalah super hero maha betul dan orang lain hanya penghuni lubang kubur yang terkebil-kebil.

Ambil balik tanah Uda - kesudahannya rugi akan jadi lebih besar.

Semudah itukah? Saya tanya sekali lagi, semudah itukah?

Kalau semudah itu kerugian boleh berlaku dan blogger berkenaan nampaknya amat handal bab untung rugi, sepanjang kareer beliau venture di sana sini, rekod beliau untung saja? Ada rugi sekali sekala. Macam mana boleh rugi? Dalam handal ada kurangnya, bukan?

Tanah prime seluas 1.5 ekar di tengah bandar Kota Bharu dengan muka hadapan jalan, tidak boleh dijanakan dengan komponen komersial yang boleh janakan keuntungan, selain memenuhi tanggung jawab menyediakan kemudahan premis perniagaan untuk peniaga kecil dengan harga yang berpatutan?

Blogger bukan pemaju.

Sudut penjanaan pembangunan atas tanah sebegitu berharga tentulah bukan kepakaran beliau. Beliau hanya nampak berapa harga tanah kena dibayar dan tak nampak berapa penjanaan dari tanah yang dibayar itu. Kesian.

Jika tidak mengapa Uda sendiri, pemilik tanah itu sekarang, menghantar proposal untuk membangunkan tanah itu dengan pangsapuri 17 tingkat? Katakan jika pangsapuri itu dimajukan oleh syarikat lain selepas mereka membeli tanah itu dari Uda dengan harga kurang sepuluh juta, jika keuntungan bakal diperolehi lebih sepuluh juta, syarikat itu sudah untung, bukan rugi. Apa lagi kalau keuntungan adalah lebih besar dari itu atau komponen pembangunannya berbeza dan lebih menguntungkan.

Tapi persoalan pokok dari cadangan pembangunan pangsapuri Uda itu di sini ada dua;

a. Ke mana peniaga kecil yang telah bermukim di situ selama ini akan pergi?
b. Kenapa Uda lari dari fungsi asal penubuhannya untuk menempatkan peniaga Bumi di tengah bandar? Kenapa tidak dibina ruang niaga mencukupi berharga rendah untuk peniaga di situ? Alih-alih datang dengan cadangan pangsapuri yang tidak ada kena mengena dengan fungsi asalnya menyediakan premis perniagaan di bandar-bandar.

Kerana itulah, enam tahun silam Uda mengeluarkan notis kepada semua peniaganya untuk berpindah dari situ. Berpindah ke mana? Ke mana-mana mengikut peniaga itu sendiri. Tiada penyelesaian, hanya notis pindah keluar.

Sedangkan asal usul tanah PT 207 Seksyen 11 bernilai prima itu diberi oleh Kerajaan kepada Uda pada tahun 1984 lagi ialah untuk membina penempatan kekal peniaga kecil. 27 tahun berlalu. Lihat lah keadaan Arked Uda itu selepas 20 tahun.... Menyedihkan.

Mungkin blogger itu dah lama tak berkunjung ke KB. Terlupa betapa dhaifnya Arked itu.

Atap silih berganti tetapi bangunan tuanya kian lusuh. Dari penempatan sementara lebih 20 tahun dulu, kini peniaganya dinotis untuk keluar tanpa penyelesaian.

Apa? Mahu Kerajaan Negeri berputih mata?

Itulah asalnya peniaga ini akan ditemnpatkan di Bazar Tok Guru. Memikul beban peninggalan Uda yang sudah lari dari matlamat asalnya.

Bila beban Uda terus menerus dipersalahkan kepada Kerajan Negeri, mengapa tidak kita melihat penyelesaian dalam ruang yang lebih besar?

Bila nanti ruang niaga yang mencukupi untuk peniaga Arked Uda telah siap bersama komponen komersial yang lain untuk subsidi silang projek itu, peniaga lain di Bazar Tok Guru boleh menikmati ruang niaga yang lebih besar seperti hasrat mereka.

Lihat apa berlaku di Tanjung Tokong di Pulau Pinang. Saya agak faham isu ini kerana telah beberapa kali melawat dan berdialog dengan orang Melayu yang menjadi penduduk tetap di situ turun temurun sudah ratusan tahun. Sekarang mereka dianggap sebagai setinggan atas tanah tempat tinggal mereka turun temurun.

Tun Razak yang menubuhkan Uda untuk membela orang Melayu terutama di bandar-bandar telah menganugerahkan tanah-tanah prima di Pulau Pinang termasuk di Tanjung Tokong dengan fee nominal. Harapan masa itu ialah Uda boleh membangunkan tanah ini dengan modal yang diberi oleh Kerajaan dan dengan itu harganya mampu dibeli oleh orang Melayu.

Apa jadi? Silal lah blogger berkenaan berkunjung ke sana. Sebahagian tanah prima di tepi pantai telah dibangunkan dengan kondomium mewah dan secara otomatik terjual kepada orang lain. Orang Melayu terkebil-kebil. Kini, baki orang Melayu yang ada disitu akan dianjak dari baki tanah yang ada.

Jika itu falsafah pembangunan yang hendak dibawa ke KB, baik Kerajaan Negeri sahaja campur tangan dan melindungi peniaga sedia ada berapa pun kos yang perlu dibelanjakan. Lebih-lebih lagi, dengan gabungan komponen yang betul, kedua objektif sosial tidak terkorban oleh objektif komersial.

Adakah itu rugi? Adakah itu penipu?

Saya boleh meneka kenapa blogger berkenaan terasa ekornya tersepit.

Maklumlah sekarang ia jadi bos blogger pihak sebelah sana untuk hentam Kerajaan Negeri. Mestilah nak tunjuk bakat.

Lagi pula, Uda di bawah jagaan menteri dari Kelantan. Bila tersentuh kegagalan Uda, tersentuh menteri berkenaan. Pantang.

Nampak sangat alpa menteri itu pula. Apa Uda sudah buat kepada orang KB? Setakat tangguh notis satu tahun?

Kalau notis itu tak keluar, tak payah sambung satu tahun. Kenapa notis mesti dikeluarkan??? Kalau pun Uda tak nak majukan dengan premis tetap yang baru untuk peniaga itu, biarkan sahaja mereka kekal di situ. Baru lah tak timbul masalah. Itu yang sensitif. Saya pun faham. Lubang kubur ada di mana-mana dan setiap orang ada lubang kubur masing-masing. Jangan seronok sangat nak malukan orang.

Tapi kalau blogger ini cukup 'power' dan berjiwa rakyat, beliau patut suarakan supaya Uda kekalkan peniaga itu di situ sampai kiamat. Saya akan sokong. Semoga lubang kubur semua kita jadi lebih luas.....

Bagi pihak saya, saya telah menggunakan sedikit sebanyak kedudukan saya untuk menangguhkan kebenaran pembangunan oleh MPKB kepada Uda atas tanah itu selama lebih lima tahun. Kalau tidak, peniaga di situ sudah jadi pelarian.

Uda memohon sejak 2005. Kita tangguhkan dan tangguhkan kebenaran itu. Namun, ia bukan penyelesaian. Tidak ada perubahan konsep pembangunan Uda. Penyelesaiannya ialah mengambil balik. Maaf. Kerana saya tidak rela peniaga yang telah pernah dihalau dari depan bangunan UMNO Kelantan berantakan satu masa dulu sekitar tahun lapan puluhan sekali lagi dipermainkan. Ia sejarah yang panjang. Saya sendiri saksikan detik-detik memilukan itu hampir tiga puluh tahun lalu. Masa itu, saya masih muda remaja. Ia kekal menjadi sebahagian dari kefahaman saya apa itu penindasan.

Alang saya menulis, izinkan juga saya sentuh beberapa sentuhan lain blogger berkenaan ke atas saya sebelum ini.
Saya memang ada menjemput beliau bersama rakan lain untuk minum kopi satu malam. Malam di mana berita DSAI akan didakwa atas kes liwat yang berjalan sekarang. Kebimbangan saya masa itu ialah DSAI akan ditahan di lokap sampai keputusan kesnya dibuat. Bagaimana keadaan perjuangan PR jika itu berlaku? Kami membinacngkan scenario itu.

Alih-alih kononnya saya bersetuju DSAI memang melakukan perbuatan itu.

Kedua, konon nya saya mengatur YB Penasihat Undang-Undang Negeri bertemu Tok Guru untuk menjadi kambing hitam dalam kes perlantikan menantu Tok Guru. Kononnya saya sanggup buat kerja salah kerana nak pertahankan Tok Guru.

Beliau boleh libatkan nama saya. Sekalipun menjejaskan nama baik, saya mampu bertahan. Itu sebahagian dari lumrah perjuangan. Tidak luput dari ingatan saya munajat Saiyidina Ja'afar As Sadik, antara lain;

'Dan betapa banyak nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku, tetapi sedikit sekali aku mengsyukuri, dan betapa Engkau mengujiku tetapi sedikit sekali aku bersabar,
namun betapa sedikit sekali kesyukuranku pada Mu atas banyaknya nikmatMu pada ku, Engkau tidak menegah nikmat itu berterusan melimpahiku, dan betapa sedikit sekali kesabaranku atas ujian yang Engkau timpakan ke atas ku, namun tiada kemurkaanMu ke atasku......"

Tetapi sewenang-wenang membabitkan nama baik pegawai kerajaan untuk keenakan berblog, tolonglah hormati kemulian diri mereka. Mereka tidak punya peluang bersihkan diri dan terpaksa memendam rasa.

Walau bergelar blogger di alam maya, bumi ini juga yang kita pijak dan tempat kembali kita adalah hari semua akan dipersaksikan.

Ini masa untuk deliver....
























































































Karnival Kelab ForTeen MBI telah disempurnakan perasmiannya oleh wakil YAB Dato' Menteri Besar Selangor, YB Dr. Ahmad Yunos Hairi, Pembantu Exco Belia dan Sukan yang juga ADUN Sijangkang.

Tan Sri Khalid Ibrahim terpaksa membatalkan kedatangannya di saat-saat akhir kerana ada urusan penting di Kota London. Aku diberitahu sebab2nya dan Dinner Talk With Tricia Yeoh (The Road to Reform: Pakatan Rakyat in Selangor, Challenges & Achievement yang tiketnya bernilai £25 for adults and £15 for students) bukanlah sebab utama.

Namun itu semua tidak penting tetapi sambutan dari golongan remaja yang datang berduyun-duyun dalam hujan yang tidak henti-henti sungguh menggembirakan. Rata-rata memberikan respon positif termasuk dari ibu bapa semua. Dari Sabtu malam hinggalah sepanjang hari semalam, Masjid Bukit Indah dipenuhi anak-anak.

Hampir 300 orang remaja telah mendaftar untuk menyertai Kelab Forteen. Walaupun sasaran 500 orang tidak tercapai namun usaha untuk menarik lebih ramai lagi pelajar ke MBI akan diteruskan samada dengan pendaftaran ke sekolah-sekolah, di MBI mahupun secara online. Malah pada malam inipun ada ibu bapa yang datang ke MBI untuk mendaftarkan anak-anak mereka.

Apapun yang perlu dilakukan mulai saat ini ialah pengisian kepada perancangan yang telah diatur. Amatlah penting kita fokus untuk mencapai matlamat penubuhan Kelab ForTeen ini.

Idea yang tercetus dari perbezaan pendapat di bulan Ramadhan yang lalu ini rupa-rupa punya hikmah yang tersendiri.

Oleh itu marilah kita sama-sama istiqamah dalam merealisasikan impian murni. Insya'Allah

Baik sangatlah kalau Abdullah Hussein pulangkan saja anugerah Sasterawan Negara..!!

Interlock: Akhirnya Umno sujud kepada MIC — Aspan Alias

30 JAN — Apa yang hendak dipinda dalam Interlock itu? Bagaimana Interlock boleh dipinda sedangkan isi kandungannya adalah pemikiran asal penulisnya Abdullah Husein. Bagaimana kita boleh pinda pemikiran orang lain kerana itu adalah hasil nukilan dari pemikiran penulisnya.

Apa sebenarnya yang menjadi masalah kepada pemimpin kita? Setiap tuntutan sebilangan kecil rakyat diterima dan sanggup tunduk kepadanya, sedangkan banyak tuntutan yang ramai seperti tuntutan orang Melayu untuk mendapatkan biasiswa dan penajaan pelajaran tidak dihirau dan diindahkan.

Apa? Bangsat sangatkah kita orang Melayu ini? Tunduk disana dan sujud disini untuk menagih sokongan dan simpati. Bagaimana Palanivel pula yang menentukan mana-mana yang patut dipinda dalam penulisan seorang sastrawan negara? Bukankah Interlock itu adalah hasil penulisan seorang sasterwan negara. Bagaimana perasaan sastrawan negara itu jika penulisannya dipinda, dialih dan dianjak kerana tekanan politik? Segala apa yang ada untuk orang Melayu boleh diabaikan dan dibuang begitu sahaja.

Elok dibatalkan sahaja pengambilan buku itu sebagai buku sastera untuk sekolah-sekolah daripada diteruskan pengambilannya tetapi sudah hilang ‘originality’ pemikiran penulisnya. Jika buku itu masih diterima sebagai buku teks sastera ianya mestilah dalam isi kandungannya yang asal.

Buku ini ditebitkan 40 tahun dahulu lagi, kenapa baru sekarang ianya menjadi isu? Ini hanyalah merupakan isu politik perkauman yang menebal dan ianya adalah disebabkan masing-masing parti terus-terusan menggunakan isu perkauman untuk mendapatkan sokongan politik.

Itulah sebabnya saya ratusan kali mencadangkan supaya negara ini ditadbir oleh seorang Melayu yang dihormati ramai serta yang berkemampuan untuk berunding dengan semua pihak. Kalau dahulu ramai memanggil Abdullah Badawi flip-flop, bagaimana pula dengan pucuk pimpinan sekarang?

Kenapakah kepimpinan kita tidak ada langsung kekuatan tulang belakang dan mengangguk sahaja dengan tuntutan yang tidak menesabah itu. Saya cadangkan supaya Muhyiddin bertukar kekementerian yang lain jika beliau tidak mampu untuk berfungsi sebagai Menteri Pelajaran.

Kalau tidak ada kementerian yang sesuai beliau boleh meletakkan jawatan sahaja kerana gagal untuk menyatakan kebenaran dan sanggup menerima tuntutan walaupun beliau sendiri tahu isi kandungan buku itu tidak ada bab-bab yang menyinggung perasaan kaum India.

Meminda isi kandungan buku itu samalah seperti tidak menghormati orang yang telah dianugerahkan sebagai sasterawan Negara. Meminda isi kandungan buku itu serupalah seperti menarik kembali anugerah sasterawan negara yang telah diterimanya dahulu. Sensitiviti kaum India dijaga dengan baik sedangkan sensitivity orang Melayu telah

dorobek dan dipermainkan acapkali.

Mentang-mentanglah orang Melayu ini masih ada sifat burung balam yang mudah mengangguk dan tunduk kepada semua tuntutan pihak lain. Sampai bila kita hendak mengorbankan perasaan orang Melayu semata-mata untuk mendapatkan sokongan pihak lain yang bukannya majoriti dinegara ini.

Saya yakin rakan kita kaum India tidak semuanya yang membuat tuntutan itu. Mungkin hanya MIC dan badan politik yang mengambil kesempatan diatas kelemahan minda pemimpin-pemimpin kita yang sanggup berbuat demikian. Untuk mendapatkan undi yang belum pun pasti kita sanggup menukar dan meminda pemikiran dan penat jerih orang lain.

Selepas ini apa pula yang ada kepada kaum Melayu yang hendak diambil oleh mana-mana pihak? Seorang kenalan saya bertanya kepada saya, “bro, malang sungguh kita menjadi orang Melayu, walaupun kita dipimpin oleh orang Melayu.”

Kehilangan sokongan orang Melayu kepada UMNO bukanlah satu perkara yang tidak berpatutan lagi. Umno semakin hari semakin lemah, mudah sahaja tunduk kepada tekanan pihak lain. Pihak-pihak lain sekarang benar-benar mengambil kesempatan diatas kelemahan pimpinan Melayu kita.

Kenapa mereka ini menjadi pemimpin pun kita tidak tahu. Nampaknya politik pucuk pimpinan kita ini mengikut resmi air, dimana lekok disitu mereka berhenti. — aspanaliasnet.blogspot.com

Saturday, January 29, 2011

Apa itu Kelab ForTeen. Semuanya ada di sini....












Karnival kelab ForTeen Masjid Bukit Indah bermula malam ini...

Melayari fb kawan2 lama..(masa di STK dulu sungguh mengasyikkan).

Ada antaranya mengingatkan aku tentang banyak perkara yang aku dah lupa. Jelaslah... bahawa daya ingatan seseorang berbeza antara satu dengan yang lain.

Akupun tak ingat kelas apa aku masa di Tingkatan 5? Sehingga ada yang menegur...

"Hmm...dah tua sangat ke engkau sampai kelas manapun tak ingat?"

Tapi betul...sungguh aku tak ingat.

Aku juga dingatkan dengan macam2 benda yang aku buat masa di STK dulu. He he...

Kalau mengenangkan khutbah Ustaz Hasrizal semalam...memang tak banyak yang patut aku rungutkan pasal anak2 aku. Apa yang anak2 aku buat ni kira-kira tak sampai 62.35% daripada yang aku dah lakukan di zaman persekolahan dulu...he he!!

Kalau anak aku rambut pacak...aku pernah berfesen ala2 Temenggong Jugah pada zaman persekolahan dulu. Terkejut mak bapak aku..

Entah apalah yang cantik fesen ni akupun tak tau? Kalau anak aku berfesen macam ni mau aku botakkan terus budak2 tu...

Tapi terkejut2 mak bapak aku tak de lah pulak marah2. Cuma emak aku tak dapat menahan rasa geli di hatinya, Seharian dia ketawa. Kalau dilihat dari sudut positif, mungkin aku dapat pahala berfesen begitu. Sekurang2nya aku dapat menghiburkan hati mak...

Bila aku dengar berkali-kali khutbah Ustaz Hasrizal semalam...aku dengan sendirinya menghargai "parenting skills" mak bapak aku. Dalam segala 'limitation'...mereka rasanya lebih berjaya dari aku.

Anak2 diberikan kelonggaran untuk berimijinasi, berfikir dan membuat keputusan. Tidak terlalu longgar dan tidak terlalu ketat. Mak bapak aku walaupun kadang2 jauh tetapi seolah2 ada sentiasa dekat dengan aku. Ouch...aku merindui itu semua. Al-fatihah..

Bak kata Elaine Heffner...

"The art of mothering is to teach the art of living to children."

dan Elbert Hubbard mengingatkan...

"Be patient with boys—you're dealing with soul stuff. "

Dan sudah tentu sebagaimana yang dipesan oleh Ustaz Hasrizal semalam, selalu-selalulah mengingatkan kisah bagaimana Nabi Ibrahim memberitahu anaknya Nabi Ismail tentang perintah Allah terhadap mereka...

Lebih memburukkan keadaan, ibu bapa cuba untuk memenuhi impian peribadi mereka yang gagal dicapai, dengan memindahkan impian itu kepada anak-anak. Terlalu ramai remaja di luar sana yang berasa tertekan dengan sikap ibu bapa seperti ini. Mereka mungkin sangat lemah lembut terhadap anak-anak, tetapi hakikatnya mereka telah bersikap kasar kepada emosi anak-anak.

Lupakah kita kepada sikap yang ditunjukkan oleh Ibrahim alayhi al-Salam kepada anaknya Ismail.

Ibrahim adalah sepatuh-patuh manusia kepada Allah. Tatkala menerima perintah daripada Allah untuk menyembelih anaknya Ismail, apakah kata Ibrahim kepada anaknya itu?

Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?“. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”. [Surah al-Saaffaat 37: 102]

Kata-kata Ibrahim (فانظر ماذا ترى) yang bermaksud “Maka fikirkanlah apa pendapatmu?” adalah contoh bagaimana dalam soal sebesar melaksanakan wahyu Allah sekali pun, Ibrahim masih meminta pendapat anaknya Ismail. Inilah jiwa seorang bapa mithali yang wajar kita teladani.

Dengarlah, sebelum kita berharap pendapat kita didengari.

Berikan perhatian, sebelum kita berharap diri kita menerima perhatian mereka.

Ia bukan seruan Kebaratan atau menolak adat kebiasaan masyarakat Melayu. Ia adalah seruan kepada mencontohi para Anbiya’ dan Rasul.

Hari ini dan esok ada program di Masjid Bukit Indah, Ampang yang dinamakan Kelab ForTeen yang mana di sana disediakan 'makanan' sesuai untuk memenuhi selera emosi dan spritual anak2. Hantarlah anak-anak ke sana agar selera mereka itu dapat dipenuhi dengan cara yang betul dan tepat sebagaimana yang dituntuk oleh syarak.

Insya'Allah...program 2 tahun ini akan dapat membentuk sahsiah dan jatidiri anak-anak kita yang bakal mengambilalih pentadbiran dan pengurusan masjid ini dalam masa 5 tahun dari sekarang.

Ustaz Hasrizal dan pasukannya akan membimbing anak-anak kita semua ke arah itu. Tuan2 dan puan2 juga dijemput hadir untuk memahami apa Kelab ForTeen ini sebenarnya..

Gara2 "TT"...Laman Direktori Wanita Pertama dikeluarkan..he he

Gara2 TT memberikan makna tersendiri kepada F.L.O.M. (Fat Lady Of Malaysia), akhirnya Rosmah memaksa isterinya mengeluarkan Laman Direktori FLOM di JPM. He he...padan muka!!

Laman direktori 'Wanita Pertama' JPM dikeluarkan
Jan 28

Laman direktori sesawang Pejabat Perdana Menteri yang memuatkan bahagian F.L.O.M. yang misteri serta mendatangkan pelbagai perdebatan telah dikeluarkan.

Bahagian berkenaan telah sejak sekian lama menjadi bahan gurauan di blog dan juga forum online yang semuanya bersependapat abjad itu membawa pengertian "First lady of Malaysia" atau “Wanita pertama Malaysia”.

Menurut beberapa blogger senarai dalam direktori itu menunjukkan ia adalah sebahagaian daripada divisyen di Jabatan Perdana Menteri yang ditubuhkan khas bagi memberi perkhidmatan kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Antara lain, beberapa blogger telah memuat-naikkan video perbualan telefon diposting klip video dari telefon kepada seseorang yang bernama Nurul Rosemiemmy Khasimi @ Mohamed, yang disenaraikan oleh F.L.O.M. sebagai penolong pegawai dengan tugas-tugas khas.

Tiada jawapan diberikan

Dalam satu video, seorang pemanggil gagal untuk bercakap dengan Nurul Rosemiemmy dengan orang di hujung talian itu mengatakan beliau telah keluar mengiringi "Datin Rosmah".

Satu lagi video menunjukkan seorang pemanggil mencari seseorang yang dipercayai Nurul Rosemiemmy, dan ditanya apa itu singkatan bagi F.L.O.M. tetapi tiada jawapan yang diberikan.

Kewujudan bahagian F.L.O.M. dikesan beberapa bulan yang lalu oleh beberapa blogger tetapi ia hanya menjadi perhatian ketara berikutan lawatan 15 hari oleh Rosmah ke Muscat, Oman; Riyadh, Arab Saudi dan Dhaka, Bangladesh.

Semasa lawatan itu Rosmah berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri Oman, Sayyid Fahad Mahmood al-Said, Menteri Pendidikan Arab Saudi, Putera Mohamad Faisal Abdullah Al-Saud dan Perdana Menteri, Bangladesh Sheikh Hasina.

Menipu rakyat

Selesai lawatan itu, media arus perdana melaporkan kunjungan Rosmah berjaya meningkatkan hubungan dua hala, dan pelaburan Malaysia.

Dalam perkembangan berkaitan, ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata kewujudan bahagian F.L.O.M. adalah bukti bahawa Najib telah berbohong di Dewan Rakyat.

Menurut Kok, dalam jawapan perdana menteri kepada ahli parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong, Najib berkata Rosmah tidak diperuntukan elaun perjalanan ataupun mempunyai kakitangan sepenuh masa.

Menurutnya, mengikut undang-undang, isteri perdana menteri hanya dibenarkan menuntut perbelanjaan perjalanan sekiranya beliau menemaninya bagi lawatan rasmi.

Kok berkata kewujudan F.L.O.M. Yang disenaraikan dalam lamn direktori Jabatan Perdana Menteri membuktikan Najib sebenarnya berbohong.

"Hakikat direktori di laman web itu yang tiba-tiba hilang beberapa hari lalu selepas dikritik oleh orang awam membuatkan kewujudan bahagian ini semakin mencurigakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kok berkata dengan pendedahan itu, Najib harus memberi penjelasan dan mengakui bahawa dia telah memesongkan Dewan Rakyat dan rakyat Malaysia.

Dan 'Wanita Pertama' Rosmah perlu menjelaskan kepada rakyat mengapa beliau berdiam diri dan membiarkan Najib untuk berbohong, menjadikan dirinya bersubahat.

[Baca berita penuh]

Friday, January 28, 2011

Khutbah Ustaz Hazrizal Abdul Jamil Sempena Minggu ForTeen Di Masjid Bukit Indah, Ampang

KHUTBAH JUMAAT: Lahir Muslim, Biar Hidup Muslim dan Mati Muslim
On 28/01/2011, in Khutbah, by Abu Saif

Khutbah Jumaat ini disampaikan di Masjid Bukit Indah di Ampang, bersempena dengan Karnival Forteen yang Insya Allah bakal berlangsung pada 29 – 30 Januari 2011. Semoga bermanfaat.

Rakaman audionya boleh didengari di sini... http://saifulislam.com/?p=9203 atau link di sebelah kanan (atas sekali)..

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Bertaqwalah kepada Allah. Kita hamba, Allah Tuhan kita. Tiada milik kita. Semua milik Dia. Semua yang ada pada harta, kehidupan dan nyawa, adalah amanah daripada-Nya. Bertaqwalah kita pada melunaskan amanah itu, dan jangan sekali-kali mati, kecuali sebagai Muslim yang tunduk dan patuh kepada-Nya.

Firman Allah SWT:

Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama – (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)” [Surah al-An’aam 6: 162-3]

Sidang kaum Muslimin yang berbahagia di hari Jumaat ini,

Kita semua bersetuju bahawa seseorang itu tidak boleh menjadi doktor tanpa ilmu dan latihan yang secukupnya. Dia perlu belajar dan belajar, memahami sepenuhnya tentang tugas yang digalas kerana risikonya adalah keselamatan dan nyawa pesakit. Kita semua setuju bahawa seseorang itu tidak boleh menjadi jurutera awam tanpa ilmu dan latihan yang diperlukan. Tanpa kelengkapan itu, risikonya boleh meretakkan jambatan, merosakkan lebuh raya dan meruntuhkan bangunan.

Semua itu perlu kepada ilmu.

Tetapi bagaimana dengan seorang ibu dan bapa?

Pentingkah untuk seseorang yang menjadi ibu, khususnya bapa, untuk dirinya mempunyai ilmu dan kemahiran yang cukup untuk menjalankan tugasnya? Subjeknya bukan jambatan atau bangunan. Subjeknya bukan pesakit yang tidak dikenali atau mayat yang sudah tidak boleh diselamatkan. Subjeknya adalah zuriat kita sendiri. Anak yang berbinkan nama kita. Anak yang akan dipersoalkan oleh Allah di Mahsyar nanti, sama ada kita telah melunaskan tanggungjawab dengan sebaiknya, atau kita gagal dalam menjalankan tugasan yang amat besar ini.

Firman Allah SWT:

Wahai orang-orang Yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat Yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah Dalam Segala Yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan Segala Yang diperintahkan. [Surah at-Tahrim 66: 6]

Ya, risikonya bukan jambatan runtuh. Bukan bangunan retak. Risikonya bukan setakat kecederaan dan kematian orang yang tiada kena mengena dengan kita. Malah risikonya lebih besar. Allah memberi ancaman bahawa kegagalan berperanan dengan baik sebagai ibu dan bapa, akan mengundang seisi keluarga menghuni Neraka! Wal’iyadzabillah. Kita rasa sangat marah mendengar ibu bapa yang mendera anak-anak dengan mencucuh putung rokok atau seterika panas kepada zuriat mereka sendiri. Tetapi berapa ramai ibu dan bapa yang kerana tidak peduli akan hal ini, sedang menyiapkan anak-anak mereka untuk dibakar oleh api Neraka Allah? Tidakkah ini pendera hakiki? Tidakkah nanti anak-anak itu akan mengheret ibu bapanya sekali?
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Sabda Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

“Tidaklah lahir setiap bayi melainkan dia dilahirkan di atas fitrah. Maka ibu bapanya itulah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi…” - Riwayat Muslim / 4803

Ibu bapa adalah guru pertama anak-anak.

Ibu bapa Yahudi berjaya meYahudikan anak-anak mereka.

Ibu bapa Nasrani berjaya meNasranikan anak-anak mereka.

Ibu bapa Majusi berjaya meMajusikan anak-anak mereka.

Bagaimana dengan kita sebagai ibu bapa Muslim? Berjayakan kita meMuslimkan anak-anak kita? Jika Yahudi hari ini benar-benar menyerupai sifat Yahudi yang disebut di dalam al-Quran, jika Nasrani hari ini benar-benar menyerupai sifat Nasrani yang disebut di dalam al-Quran, jika Kuffar dan Musyrikin hari ini benar-benar menyerupai sifat Kuffar dan Musyrikin yang disebut di dalam al-Quran, serupakah kita dengan gambaran Islam dan Muslim di dalam al-Quran? Serupakah anak-anak kita dengan gambaran Islam dan Muslim di dalam al-Quran?

Mimbar hari ini tidak bermaksud untuk berbicara secara pesimis.

Tetapi atas amanah yang diterima daripada Sunnah Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam, kita perlu saling mengingatkan akan hal ini. Tiada makna kita berjaya di dalam kerjaya, tidak bererti keuntungan yang dikecapi dalam perniagaan, jika harga yang dibayar adalah kemusnahan keluarga sendiri. Membentuk rumahtangga dan anak-anak mesti diangkat sebagai suatu JIHAD.
Sabda Nabi sallallaahu alayhi wa sallam:

Daripada Umm al-Mu’minin Aisyah radhiyallahu anha beliau berkata, Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam telah bersabda: Sebaik-baik kamu adalah kamu yang terbaik kepada keluarganya dan aku adalah yang terbaik kepada keluargaku. [Hadith riwayat al-Tirmidhi]

NAFKAH FIZIKAL

Seorang ibu bapa yang baik adalah ibu bapa yang mengusahakan keperluan nafkah fizikal anak-anak. Soal makan minum, pakaian, tempat tinggal, dan keperluan fisiologi anak-anak, diusahakan sebaik mungkin. Rezeki yang diberikan bukan sahaja Tayyiban, malah Halal. Kita mungkin tidak membawa pulang makanan yang haram seperti babi atau haiwan yang tidak disembelih. Namun berhati-hati dengan RIBA, RASUAH, gaji yang diperolehi oleh ibu bapa yang ponteng waktu kerja, zakat pendapatan yang tidak dilunaskan atau peniaga yang menipu dalam perniagaan.

Membina kehidupan dengan sumber yang haram, merupakah salah satu bencana kepada keluarga. Bertaqwalah kita kepada Allah daripada rezeki-rezeki yang kotor seperti ini.

NAFKAH MENTAL

Seorang ibu bapa yang baik juga adalah ibu bapa yang sedar bahawa anak-anaknya bukan sekadar bertubuh badan yang memerlukan minum makan dan pakaian. Setakat memberi makan minum dan perlindungan keselamatan, mungkin ada ibu burung, bapa kambing dan emak kucing yang lebih bersungguh mengusahakannya berbanding sesetengah kita yang sering anak-anaknya terlepas sarapan pagi sebelum ke sekolah.

Namun anak-anak kita dianugerahkan oleh Allah akal fikiran. Akal fikiran itu memerlukan kepada ilmu, pendidikan, dan rangsangan berfikir. Sifat anak-anak yang bertanya soalan, ingin tahu, jangan dibunuh dengan menutup mulut mereka. Galakkan mereka berfikir, kerana manusia yang akalnya gagal berfungsi, akan menurunkan martabat dirinya ke serendah-rendah kejadian.

NAFKAH EMOSI

Seorang ibu bapa yang lebih baik juga sedar bahawa anak-anaknya mempunyai perasaan atau emosi yang turut memerlukan makanannya sama seperti tubuh badan memerlukan makanan harian. Ibu bapa perlu berusaha untuk menunaikan nafkah emosi ini dengan memberikan perhatian yang sewajarnya kepada anak-anak. Pendapat mereka hendaklah dihargai, diminta dan didengar dari semasa ke semasa.

Hari ini kita berhadapan dengan dua kelompok ibu bapa yang ekstrim.

Kelompok pertama adalah ibu bapa yang terlalu merancang segala-galanya untuk si anak. Bukan sahaja apa makanannya, sekolah di mana, belajar subjek apa, mengaji bidang apa, di universiti mana, kerja sebagai apa, malah kahwin dengan siapa dan bagaimanakah bentuk rumahtangga anak-anak itu, semuanya diatur mengikut kehendak ibu bapa. Perbuatan sebegini akan menyebabkan anak kehilangan WUJUD DIRI mereka kerana pendapat mereka tidak pernah diberi perhatian.

Lebih memburukkan keadaan, ibu bapa cuba untuk memenuhi impian peribadi mereka yang gagal dicapai, dengan memindahkan impian itu kepada anak-anak. Terlalu ramai remaja di luar sana yang berasa tertekan dengan sikap ibu bapa seperti ini. Mereka mungkin sangat lemah lembut terhadap anak-anak, tetapi hakikatnya mereka telah bersikap kasar kepada emosi anak-anak.

Lupakah kita kepada sikap yang ditunjukkan oleh Ibrahim alayhi al-Salam kepada anaknya Ismail.

Ibrahim adalah sepatuh-patuh manusia kepada Allah. Tatkala menerima perintah daripada Allah untuk menyembelih anaknya Ismail, apakah kata Ibrahim kepada anaknya itu?

Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?“. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”. [Surah al-Saaffaat 37: 102]

Kata-kata Ibrahim (فانظر ماذا ترى) yang bermaksud “Maka fikirkanlah apa pendapatmu?” adalah contoh bagaimana dalam soal sebesar melaksanakan wahyu Allah sekali pun, Ibrahim masih meminta pendapat anaknya Ismail. Inilah jiwa seorang bapa mithali yang wajar kita teladani.

Dengarlah, sebelum kita berharap pendapat kita didengari.

Berikan perhatian, sebelum kita berharap diri kita menerima perhatian mereka.

Ia bukan seruan Kebaratan atau menolak adat kebiasaan masyarakat Melayu. Ia adalah seruan kepada mencontohi para Anbiya’ dan Rasul.

Manakala kelompok kedua daripada kalangan ibu bapa yang ekstrim ialah ibu bapa yang langsung tidak merancang apa-apa berkenaan anak-anak mereka. Makan minumnya, sekolahnya bagaimana, belajarnya apa, siapa kawannya, apa masalahnya, tiada apa yang pernah diambil tahu. Niat asal meramaikan anak kerana mahu membanggakan Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam berubah kepada menambah ramaikan musuh agama Allah Subhanahu wa Taala.

NAFKAH ROHANI (SPIRITUAL)

Sidang Jumaat sekalian,

Anak-anak kita dilahirkan sebagai Muslim. Perjuangannya adalah untuk memastikan kita dan mereka yang lahir Muslim, mati sebagai seorang Muslim. Kita sering risaukan cara kita mati. Jika boleh, kita mahu mati semasa berdoa di atas sejadah, atau mati semasa bertawaf di Kaabah, atau mati semasa menderma di rumah anak yatim.

Sedangkan cara mati itu di luar kuasa kita.

Apa yang berada di tangan kita adalah cara hidup. Cara hidup yang ditentukan oleh tujuan hidup. Apakah tujuan hidup kita? Tahukah anak-anak kita mengapa mereka lahir ke dunia?

Sebatang pen digunakan untuk menjadi paku di dinding bagi menggantung bingkai gambar akan pecah dan rosak semasa diketuk. Apabila rosak ia dibuang ke tong sampah. Bagaimana pen menjadi sampah? Pen diciptakan atas tujuan yang khususnya. Apabila disalah guna dia akan rosak. Dan apabila rosak ia menjadi sampah.

Demikian juga manusia. Allah menciptakan manusia dengan satu tujuan yang khusus. Jika manusia hidup dengan tujuan yang lain, dia akan menjadi rosak. Apabila rosak mereka menjadi sampah. Dan itulah asal usulnya sampah masyarakat. Siapakah sampah masyarakat? Kita boleh namakan mereka sebagai penagih dadah atau mat rempit. Tetapi hakikatnya mereka adalah manusia yang gagal menjawab soalan paling penting: HIDUP INI UNTUK APA?

Sains tidak mampu memberi jawapan. Matematik tidak boleh memberi jawapan. Hanya AGAMA sahaja yang mampu menjawab persoalan ini.

Itulah intipati firman Allah:

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. [Surah al-Dzaariyaat 51: 56]

Kita mesti sedar bahawa kita hamba. Anak-anak perlu diajar bahawa mereka hamba. Apabila manusia gagal hidup sebagai hamba, mereka akan menjadi tuhan. Tuhan kepada diri mereka sendiri. Hamba kepada nafsu sendiri yang semuanya itu mengundang binasa.

Sidang Jumaat yang berbahagia,

Marilah kita berusaha untuk memainkan peranan ini. Berfungsilah kembali sebagai bapa dan ibu yang bertanggungjawab. Ibu bapa yang bukan hanya memiliki anak yang lahir Muslim, tetapi mesti juga hidup Muslim dan mati Muslim.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Tuuuuu dia isteri Rosmah...!! Kecut...He he!!

Najib desak Saudi siasat pemberi dana Anwar

Jan 28, 11 - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada tahun lalu telah dilaporkan memberi tekanan kepada Arab Saudi bagi menyiasat dakwaan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ada menerima dana dari negara teluk untuk kempen pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut stesen berita antarabangsa, CNN - yang telah melihat laporan rahsia dari siasatan Arab Saudi itu - menunjukkan tiada bukti menunjukkan adanya tokoh-tokoh negara teluk membiayai Anwar.

Najib didakwa mengadu kepada kerajaan Arab Saudi, kononnya dua putera kanan negara itu terbabit dengan pemberian dana berkenaan.

"Tidak ada bukti pegawai Saudi yang pernah menyokong Anwar Ibrahim" dan "dakwaan sokongan dari keluarga diraja Saudi yang disebutkan dalam laporan awal [nama dihapuskan] adalah tanpa asas,” kata CNN yang membuat ringkasan daripada sembilan mukasurat laporan rahsia berkenaan.

Tidak terkejut

Dalam reaksi segera, Anwar berkata tindakan itu menunjukkan bahawa Najib takut berdepan dengannya menjelang pilihan raya umum, yang dijangka akan diadakan pada akhir tahun ini atau selewat-lewatnya pada tahun 2012.

"Saya tidak terkejut bahawa perdana menteri akan pergi sejauh luar negara, bukan untuk tujuan menarik pelaburan asing, tetapi sanggup singgah untuk memfitnah saya," kata Anwar mengulas laporan CNN itu.

Katanya, Najib begitu gentar dengan Pakatan Rakyat sehinggakan tidak berani menyahut cabarannya untuk berdebat secara terbuka mengenai dasar ekonomi negara.

"Laporan ini menyerlahkan ketakutan serta rekayasa Dato' Seri Najib untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat yang setiap hari berusaha membina dokongan rakyat terhadap usaha kami demi menyelamatkan Malaysia dari segala kepincangan yang disebabkan oleh kelemahan mentadbir pimpinan negara serta ketirisan akibat dari rasuah yang semakin membarah," katanya.

Najib takut

Menurut Anwar lagi, kehadiran Buku Jingga, sebuah dokumen yang mengandungi hasrat serta saranan Pakatan Rakyat demi menyelamatkan Malaysia dari terus parah akibat kerakusan dan ketidakcekapan pimpinan Umno-BN, memunculkan rasa takut Najib.

"Beliau sedar dokumen tersebut mendobrak ilusi upaya pemulihan yang didendangkan Umno-BN kepada rakyat. Presiden Umno itu pastinya tahu rakyat tidak akan menerima bulat-bulat pengumuman demi pengumuman yang digarap semata-mata memenuhi maksud iklan.”

Anwar sebelum ini telah dituduh oleh musuh-musuhnya mempunyai hubungan dengan badan pemikir Institute of Islamic Thought (IIIT) yang berpangkalan di Amerika. Pertubuhan itu juga dengan pertubuhan Muslim Brotherhood atau Muslim Ikhwanul yang didakwa membiayai rangkaian pengganas di seluruh dunia.

Anwar pernah menjadi ahli lembaga pengarah IIIT. Pertubuhan ini pernah diserbu dan digelidah oleh oleh FBI pada tahun 2002 kerana disyaki membiayai rangkaian pengganas, tetapi tidak ada dakwaan yang dikenakan ke atas mereka.

Menurut CNN, sebaliknya siasatan yang dijalankan kerajaan Arab Saudi menjumpai "sesuatu yang sangat berbeza - dan lebih membimbangkan".

Mereka menemui ratusan dolar wang Saudi yang telah disalurkan kepada ahli politik Islam yang terkemuka dan aktivis politik luar negeri, kata CNN.

"Ia juga mendapati bahawa al-Qaeda danTaliban masih boleh menggunakan Arab Saudi untuk penggalangan dana, walau pelbagai tindakan diambil bagi menyekat aliran tunai berkenaan.”

[Baca berita penuh]

Thursday, January 27, 2011

TPM paling bodoh...datang dari Pagoh!!

Kau ingat ni pindaan kuasa sultan ke? Cukup majoriti 2/3 boleh kontotkan kuasa mereka??

Novel Interlok kekal diguna, bahagian sensitif dipinda

KUALA LUMPUR, 27 Jan — Novel Interlok kekal digunakan sebagai teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan Lima dengan pindaan dibuat kepada bahagian yang dianggap sensitif oleh masyarakat India, demikian diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata satu panel bebas akan diwujudkan untuk mengkaji bentuk pindaan dan mengemukakan perakuan kepada kerajaan.

“Keputusan mengekalkan novel ini dengan membuat pindaan supaya tidak menyinggung perasaan kaum India adalah jalan penyelesaian terbaik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Novel karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain itu menimbulkan kontroversi berikutan keputusan Kementerian Pelajaran memilih novel itu sebagai teks sastera Tingkatan Lima tahun ini kerana didakwa terdapat perkataan yang menyinggung perasaan masyarakat India di negara ini.

Sebelum beberapa badan mewakili masyarakat India termasuk MIC meminta Putrajaya menarik balik novel Interlok daripada digunakan sebagai bahan teks sastera Tingkatan Lima.

Penggunaan novel karya Abdullah, yang diterbitkan DBP sebagai teks sastera itu, menimbulkan kontroversi kerana ada kandungannya dikatakan menyinggung perasaan masyarakat India di negara ini.

Antara perkataan yang menjadi pertikaian ialah rujukan “paria” dan dilabelkan seperti “lembu” dan “kambing”.

Dipetik Bernama hari ini, Muhyiddin berkata, panel yang diputuskan pihaknya akan dianggotai pakar bahasa, ahli akademik, sasterawan dan wakil Dewan Bahasa dan Pustaka serta wakil masyarakat India.

“Saya menjangkakan pindaan ini akan dapat dibuat dalam masa yang terdekat,” katanya.

Muhyiddin juga menegaskan bahawa novel Interlok hanya akan digunakan setelah pindaan disiapkan dan diedarkan ke sekolah-sekolah.

Sementara pindaan itu disiapkan, beliau berkata Kementerian Pelajaran akan mengarahkan guru-guru untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dengan menggunakan silibus yang sedia ada untuk tidak menjejaskan pembelajaran murid.

“Saya percaya kita mempunyai masa yang cukup untuk membuat pindaan secara teliti supaya tidak timbul lagi sebarang pertikaian mengenai novel Interlok selepas ini,” katanya.

MENYUSUL LAGI

Gambar 2 ketua negara yang berjiran...


Wednesday, January 26, 2011

Astaghfirullah....

Dalam Masjid Bukit Indah berusaha bersungguh-sungguh menarik kanak-kanak dan remaja ke masjid, masjid di Segamat ini bertindak sebaliknya.

Begitulah nasib negeri di bawah UMNO...kesian-kesian!!



(Gambar ihsan fb Ustaz Wan Ji)

Ketandusan pemimpin...Umno cadang ahli KIMMA ganti KJ...Hehe!!


Pemuda Umno: MB Perak sesuai ganti Khairy, kata Raja Ahmad

IPOH, 26 Jan — Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir disaran supaya memberi pertimbangan serius untuk dicalonkan bagi merebut jawatan Ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti akan datang bagi memantapkan semula sayap parti itu.

Ketua Umno Bahagian Larut Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata Zambry yang juga bekas Ketua Pemuda Umno Perak dan juga bekas anggota Exco Pergerakan Pemuda kebangsaan, telah muncul sebagai seorang pemimpin muda yang mempunyai ketokohan dan juga berpengalaman untuk menerajui sayap parti di peringkat nasional.

“Berdasarkan pengalaman luas yang dimiliki Dr Zambry, beliau mampu mempengaruhi dan menentukan hala tuju pergerakan pemuda di masa depan . . . Pemuda Umno memerlukan seorang pemimpin yang mempunyai kriteria, kredibiliti dan bersuara lantang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata Zambry boleh menjadi ikon pemuda dengan jawatan dan pengalaman yang dimilikinya.

“Saya tidak mengatakan kita ketandusan pemimpin muda tetapi beliau (Dr Zambry) mempunyai ketokohan tersendiri dan mampu meraih lebih ramai sokongan daripada generasi muda,” katanya.

Katanya Menteri Besar Perak juga dilihat mampu bersuara lantang untuk kepentingan pergerakan itu.

Raja Ahmad Zainuddin berkata saranan yang beliau buat itu mempunyai pelbagai asas yang kukuh termasuk berdasarkan pengalaman Zambry sendiri yang berpengalaman dalam pergerakan berkenaan.

Beliau berkata selain itu kepimpinan serta kemampuan Zambry menerajui kerajaan negeri Perak dan mengharungi pelbagai isu yang dibangkitkan pembangkang.

“Ini juga bukan bermaksud kepimpinan Pemuda Umno sedia ada tidak berupaya menarik lebih ramai golongan belia menyertai parti sebaliknya pemilihan pemimpin berwibawa mampu memperkukuhkan pergerakan itu . . . saya mencadangkan sedemikian bukan untuk tujuan peribadi tetapi sekadar memberi pandangan untuk memperkasakan pergerakan Pemuda Umno sekaligus kepentingan Barisan Nasional secara keseluruhan,” katanya. — Bernama

Angka 8 adalah 'tuah BN' untuk rakyat Malaysia...He he!!

RM888 billion ghaib dek angkara rasuah Barisan Nasional....Bangkai betul!!

Mukhriz’ “bizarre” dismissal of GFI report Malaysia lost RM888 billion in 9 years in illicit capital outflows – a pre-emptive Mahathir strike to forestall full inquiry into corruption and financial scandals under his premiership?

International Trade and Industry Deputy Minister Datuk Mukriz Mahathir said today that the government will not look into claims by international financial watchdog Global Financial Integrity (GFI) that Malaysia had suffered illicit financial outflows in excess of RM888 billion or US$291 billion due to corruption and mismanagement between 2000 and 2008.

He categorically dismissed the GFI report listing Malaysia as the world’s top-fifth country with illicit financial outlays in the past decade due to corruption and bad governance as bizarre.

Mukhriz told a press conference after launching Google Malaysia’s new office in Kuala Lumpur:

“We do not see the need to look into it. If you go through the report, they have made quite a few bizarre claims against several countries.

“Going by Bank Negara’s figures, we know how much exactly is going out so you can hardly consider those figures (from GFI) as factual.”

Who is this “we” – Mukhriz and Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak or Mukhriz and his father, former Prime Minister Tun Dr. Mahathir Mohhamad?
It is really bizarre that a lowly-ranked Deputy Minister like Mukhriz could openly contradict the Prime Minister’s open directive to Bank Negara last Friday to explain Malaysia’s RM888 billion illicit capital outflows in nine years from 2000 – 2008.

Five days ago, Najib said the RM888 billion illegal capital outflows could be for “many reasons” but he said: “let Bank Negara provide more specific comments on that”.

Yesterday, Deputy Finance Minister Datuk Donald Lim said Bank Negara has already begun its probe into the GFI report.

How then could Mukhriz publicly contradict the Prime Minister and Deputy Finance Minister’s statements, even countermanding them by dismissing the GFI report as “bizarre” and declaring that the government would not look into the GFI claims of RM888 billion illicit capital outflows from Malaysia from 2000 to 2008?

Mukhriz does not have the political weight or heft to contradict the Prime Minister’s public statement unless he is speaking on behalf of his father, Tun Dr. Mahathir, the person who had brought down two Prime Ministers and would not hesitate to topple a third one!

Is Mukhriz sending out a pointed message on behalf of Mahathir that there should not be any public inquiry, let alone a Royal Commission of Inquiry, into e GFI’s report of RM888 billion illicit capital outflows from Malaysia from 2000 to 2008 because of corruption and bad governance, as four of the nine years covered under this nine-year period would be under Mahathir’s premiership?

Is Mukhriz’ “bizarre” dismissal of GFI report that Malaysia lost RM888 billion in nine years in illicit capital outflows a pre-emptive strike by Mahathir to forestall full inquiry into corruption and financial scandals under Mahathir’s premiership?

Malaysians are reminded of the allegation by Barry Wain in his biography, “Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times” that the former Prime Minister had wasted or burned up to RM100 billion on grandiose projects and corruption in his 22 years as PM.

A full-fledged inquiry into GFI revelation of RM888 billion illicit capital outflows from 2000-2008 because of corruption and bad governance must involve re-opening investigations into the many corruption and financial scandals of the Mahathir era.

Is this what Mahathir trying to forestall with Mukhriz’s dismissal as “bizarre” the GFI report?

The Cabinet met today. Malaysians are entitled to know whether GFI report of RM888 billion illicit capital outflows from 2000 to 2008 because of corruption and bad governance had been on the agenda of the meeting and the outcome or whether all Cabinet Ministers steered clear of the subject and there is nothing to report to the voters of Tenang voting in a by-election this Sunday?

Jangan lupa Karnival Kelab ForTeen Masjid Bukit Indah....

Pada Sabtu (selepas Isyak) dan Ahad @ 29 dan 30 Januari, 2011.

Datang awal untuk ambil bahagian.

Merealisasikan satu program untuk menarik remaja ke masjid. Dari remaja untuk remaja.





Undian anda...

Di sebelah kanan n3 ini (atas sekali...sebelah kanan) ialah poll terakhir. Sila luangkan sedikit masa untuk klik. Terima kasih.

Hati2....Seekor Cina Hamsap Mengganas Di Tenang!!


Pornstar ni nak perlekeh Islam. Babi betul...
...Dan kau orang tau sapa sokong dia??? Umno dan Ghani Osman....

Sumpah Saiful Tak Boleh Pakai...

Tuesday, January 25, 2011

Guan Eng bidas MCA takutkan bukan Islam tentang Islam

Oleh Syed Mu’az Syed Putra
LABIS, 25 Jan — Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa MCA membangkitkan isu negara Islam dalam kempen pilihan raya kecil Tenang kerana mahu menghalang bukan Islam daripada mengenali Islam.

Beliau berkata tindakan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyerang PAS dengan membangkitkan isu negara Islam semata-mata mahu menimbulkan rasa “ketakutan” di kalangan bukan Melayu di Tenang terutamanya orang Cina.

“Dia (Dr Chua) tak mahu kita tahu antara satu sama lain, sebab itu tidak mahu kita kenali Islam.

“Memang itu yang mereka mahu, itu yang pemimpin MCA mahu.

“Ia penting, tapi kita tidak bimbang jika MCA gunakan isu negara Islam kerana isu ini dah digunakan sejak pilihan raya 2008 lagi,” katanya pada sidang media di sini.

Terdahulu, Dr Chua berkata akan terus menyerang PAS dengan memberi amaran kepada pengundi-pengundi bahawa sokongan mereka hanya akan memperkukuh kedudukan parti Islam itu dalam Pakatan Rakyat.

Beliau berkata berkata meskipun DAP menjadi rakan komponen dalam Pakatan Rakyat parti itu tidak mampu menghalang PAS daripada meneruskan dasar negara Islamnya.

“Jika Pakatan (Rakyat) menang di peringkat persekutuan, yang saya rasa tidak mungkin, PAS akan menjadi ketua, selaku parti yang ada lebih banyak sumber berbanding DAP dan (Parti) Keadilan (Rakyat),” katanya.

Baru-baru ini Dr Chua berhadapan dengan kecaman PAS kerana mendakwa calonnya Normala Sudirman enggan bersalaman dengan pengundi lelaki.

Menurut Lim, Umno dan MCA yang merupakan parti komponen Barisan Nasional (BN) akan terus memainkan isu-isu yang akan menyebabkan sokongan rakyat beralih kepada pengundi daripada Pakatan Rakyat.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu menegaskan Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, PKR dan DAP tidak mempergunakan antara satu sama lain.

“MCA akan dendangkan lagu dengan mengatakan kita adalah alat yang diperkudakan PAS kepada pengundi Cina.

“Tapi Umno pula akan kata PAS diperkudakan DAP kepada pengundi Melayu, saya nak tegaskan di sini PAS tidak perkudakan DAP, DAP tidak perkudakan PAS. Kita dalam Pakatan Rakyat tidak perkudakan sesiapa.

“Ada kata DAP dimelayukan kerana cakap bahasa Malaysia, kita rakyat Malaysia jadi kenapa tidak bercakap bahasa Malaysia. Lagipun bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi negara,” katanya.

Menurut Lim, Pakatan Rakyat akan menghadapi setiap serangan yang akan dilakukan BN dalam kempen pilihan raya kecil kawasan itu.

“Apa yang penting adalah kita memperjuangkan prinsip kebebasan, keadilan dan demokrasi untuk semua.

“Kita akan hadapi mereka dengan berlandaskan kebebasan, keadilan dan demokrasi,” katanya.

“Ia (salam) tidak perlu dibangkitkan dan Dr Chua tidak harus membuat serangan peribadi.

“Itu adalah pilihan Normala, kalau nak buat serangan peribadi kita pun boleh buat tapi kita tidak mahu.

“Saya harap Soi Lek faham, jangan nanti makan tuan,” katanya.

Sunday, January 23, 2011

TPM: Guru-guru Di Selangor, Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah (serta Perak) Mesti Sokong Kerajaan Pakatan Rakyat...

Sebab di negeri2 tersebut di atas, BN sebenarnya pembangkang...he he!!

Muhyiddin: Teachers must support govt of the day

MUAR: The Barisan Nasional Government has never questioned the loyalty of teachers, said Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Teachers, the Deputy Prime Minister said, have been committed in their duties to help the nation develop over the years.

Speaking to all headmasters and principals in Johor here, he said teachers must support the Government that was elected by the rakyat through the democratic process.

He said teachers must be totally committed towards helping the Government implement policies to improve the country’s education system.

“The Barisan (Nasional) leaders are picked by the people who gave them the mandate to form the Government of the day through a democratic process.

“This means that all government machinery, including teachers, should perform their duty with total commitment,” he said when launching the Johor Education Department Bangkit Guru Untuk Negara (B-GUN) or Teachers Rise For the Nation programme in Pagoh yesterday.

B-GUN is a programme aimed at lifting the professionalism, character and role of the teachers in realising the government’s aspiration.

Muhyiddin, who is also Education Minister, said he did not raise the matter because Normala Sudirman, the PAS candidate for the Tenang by-election, was a former teacher.

Teachers, he added, were important to society and were highly respected by the rakyat and some were even regarded as community leaders.

He said it would be good if teachers adopted the attitude that they and government leaders were one.

“We know teachers have a responsibility to help develop the people and the nation. Let us share the task together. Let’s work to make Malaysia a developed nation,” he added.

Najib kena sawan babi...berbuih mulut!!

Kalau nak debat soal peribadi saya sedia, Anwar cabar Najib
Oleh Syed Mu’az Syed Putra
January 23, 2011




Anwar berceramah di Taman Gunung Emas, Labis malam tadi. — Foto Choo Choy May

LABIS, 23 Jan — Datuk Seri Anwar Ibrahim turun membantu kempen PAS-Pakatan Rakyat di Tenang malam tadi dengan mencabar Datuk Seri Najib Razak berdebat mengenai soal peribadi jika perdana menteri terus menyerang soal peribadinya dan tidak sanggup sentuh dasar ekonomi kedua-dua perikatan.

Dua minggu lalu Anwar mencabar Najib agar berdebat berhubung dasar ekonomi kedua-dua Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat termasuk mengenai Buku Jingga.

“Saya cabar debat soal ekonomi tapi beliau (Najib) cakap peribadi, tapi kalau nak debat peribadi saya terima.

“Saya beri ingatan kepada beliau, kalau sebut lagi soal peribadi, saya cabar beliau debat soal peribadi.

“Tapi sekarang adalah soal ekonomi sebab itu saya cabar debat soal ekonomi,” kata Anwar ketika memberikan ceramah di Taman Gunung Emas di sini malam tadi.

Ketika berada di sini awal minggu lalu, Najib berkata Anwar sewajarnya jangan terlalu mendesak untuk berdebat kerana beliau mempunyai pelbagai maklumat yang boleh menyebabkan ketua pembangkang itu “demam” kelak jika dibongkarkan ketika berdebat.

Perdana Menteri menegaskan bahawa beliau sebenarnya tidak gentar untuk berdebat dengan Anwar tetapi menyifatkan tindakan berdebat itu hanya akan membuang masa kerana pembohongan ketua pembangkang itu dan kegagalannya menunaikan janji.

“Dah cukuplah pembohongan, janji banyak tak boleh buat, ini nak debat dengan saya pula, buang masa. Saya boleh debat dengan dia, saya tak takut, saya dengan menteri saya tahu segala maklumat.

“Jangan cuba nak cabar saya, kalau saya dedahkan segala-galanya, ada orang yang demam nanti,” katanya.

Gelanggang kempen kerusi DUN Tenang dibuka secara rasmi semalam dengan menyaksikan persaingan satu lawan satu antara calon BN dan Pakatan Rakyat.

BN menurunkan Mohd Azahar Ibrahim, 39, iaitu bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit manakala PAS yang mewakili Pakatan Rakyat mencalonkan Ketua Dewan Muslimat Labis Normala Sudirman, 38.

Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya dari BN, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember lalu.

Sulaiman menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi pada pilihan raya umum 2008.

Anwar, yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencabar Najib berdebat soal ekonomi mengenai Program 100 Hari Pakatan Rakyat, namun ditolak pengerusi BN itu.

Najib berkata Anwar tidak perlu bersusah payah memikirkan soal debat kononnya demi kebajikan rakyat kerana BN akan bertanggungjawab dalam memastikan soal kebajikan rakyat dipelihara.

Selasa lalu, Anwar sekali lagi mencabar Najib agar berdebat dengan beliau berhubung kedudukan ekonomi negara dan juga mengenai Buku Jingga Pakatan Rakyat dengan menulis surat secara formal.

Pada 19 Disember lalu, Pakatan Rakyat menawarkan Program 100 Hari yang terdiri daripada 10 inisiatif jika pihaknya mengambil alih Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13.

Dalam ceramahnya malam tadi, Anwar mempertahankan Program 100 Hari Pakatan Rakyat sambil menyifatkan gabungan tiga parti komponen termasuk PAS dan DAP mampu memberikan masa depan yang lebih baik kepada rakyat sekiranya berjaya merampas Putrajaya daripada BN.

“Ini program (100 Hari Pakatan Rakyat) kita buat bukan untuk lima tahun, tapi 100 hari kalau kita perintah (Putrajaya) kita akan laksanakan.

“Perdana Menteri kata kalau Pakatan Rakyat perintah Malaysia akan bankrap, saya tak cabar beliau debat tapi beliau kata kita tidak bertanggungjawab.

“Kalau kita perintah ini yang akan kita lakukan, mana negara akan bankrap... negara bankrap kerana pemimpin curi duit rakyat dan rasuah,” katanya.

Tambah Anwar, sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Putrajaya barisan kepimpinan parti itu akan memastikan pentadbiran negara akan berjalan dengan baik tanpa amalan-amalan yang tidak baik.

“Jadi pemimpin bagi wang kepada kroni, bila tanya kata jaga rakyat... sebab itu saya ajak Perdana Menteri berdebat tapi beliau mengelak.

“Saya tahu beliau tidak boleh jawab... maknanya kalau kita memerintah kita tidak akan bertolak ansur, kita akan hukum siapa yang terlibat baik orang Melayu, Cina atau India.

“Sebab itu kita yakin kalau boleh perintah kita akan bersihkan dan kembalikan wang rakyat,” katanya.

Saturday, January 22, 2011

DUNIA LUNCAI...

Apabila KSN diluncaikan — Subky Latif

January 22, 2011 — Langkah kerajaan Selangor mempertikai perlantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dikira oleh pentadbiran tinggi pusat sebagai mempertikai dan memperleceh penjawat awam atau PTD seluruhnya.

Menteri-menteri beranggapan begitu. Maka begitulah juga pendirian sekalian penyerokong Umno seluruhnya.

Bahkan itulah reaksi awal Istana Selangor atas reaksi awal kerajaan Selangor atas perlantikan itu. Kira-kira reaksi istana itu ialah jangan pertikai perlantikan Khusrin kerana ia boleh merendahkan penjawat awam.

Kesimpulan dari keadaan itu telah menjadikan semua pihak di Selangor — dari istana ke gobok usang, dari kerajaan dan pejabat Menteri Besar hingga ke rakyat jelata telah diluncai oleh keadaan.

Siapa yang menjadikan semuanya luncai?

Mari kembali kepada pemikiran Perdana Menteri Dr. Mahathir ketika berlaku kejadian 11 September ke atas menara kembar Pusat Dagangan Dunia di New York. Presiden George W. Bush mengecam ia angkara keganasan Islam. Reaksi Dr. Mahathir ialah jangan mudah menyalahkan keganasan tetapi salahkan dulu punca keganasan. Apa puncanya? Carilah punca itu.

Beramok Bush dan Dr. Mahathir atas persoalan itu. Dan rasionalnya ada di pihak Dr. Mahathir.

Maka apabila penjawat awam di Selangor dan sekaliannya telah diluncai, apa puncanya dan siapa puncanya?

Puncanya ialah Ketua Setiausaha Negara. KSN telah jadi luncai yang pertama. Dia diluncaikan oleh penguasanya iaitu Perdana Menteri Najib. Perdana Menteri itu ada politiknya. Justeru politiknya dia meluncai KSN dan seluruh sistem pentadbiran awam 1Malaysia.

Apabila merojok kepada pentadbiran awam 1Malaysia, maka ia satu pentadbiran luncai. Tindakan KSN dalam melaksanakan kuasanya mengikut undang-undang yang ada, telah meluncaikan perlantikan Khusrin. Ia dibuat mengikut undang-undang tetapi tindakannya tidak bijaksana. Undang-undang adalah satu hal tetapi kebijaksanaan adalah hal yang lain.

Gara-gara mengikut undang-undang semata-mata tetapi mengenepikan aspek bijaksana menjadikan SUK Selangor yang baru Luncai yang kedua.

Khusrin diluncaikan oleh Luncai pertama iaitu KSN. Reaksi kerajaan Selangor yang dikira meluncaikan penjawat awam telah menambahkan suasana luncai Khusrin.

Gara-gara reaksi kerajaan Selangor itu telah terbongkar Khusrin bukanlah pegawai PTD jusa yang ada kelas. Kelas jusa Khusrin belum layak jadi SUK. SUK jusa kelas tinggi.

Bukan senang untuk jadi jusa dari satu kelas ke satu kelas. Mesti melalui ujian. Mesti lulus ujian dulu.

Ramai lagi penjawat awam di Selangor yang sudah ada kelayakan jusa bagi menjadi calon SUK itu. Tetapi mereka tidak dipilih oleh KSN. KSN memilih pegawai jusa yang lebih rendah. Ini bererti penjawat awam seluruhnya, bukan sekadar di Selangor saja, telah diluncaikan oleh pentadiran luncai itu.

Di mana letak moral jusa kelas tinggi hendak duduk di bawah ketua jusa kelas rendah? Tidakkah mereka sudah dikartunkan iaitu sudah diluncaikan?

Inilah yang melambatkan Presiden Jerman dulu dalam melantik Hitler untuk menjadi Censelor. Hitler adalah bekas koperal tentera, sedangkan Presiden itu adalah pesara Fieldmarshal. Bagaimana Presiden yang berpangkat panglima hendak mendengar nasihat Censelor yang hanya seorang koperal?

Oleh kerana politik itu begitu, panglima terpaksa menerima kperal menjadi penasihatnya iaitu ketua kerajaannya. Censelor Jerman itu ada kedudukan politik. SUK Selangor bukan jawatan politik. Ia jawatan awam.

Hanya dalam suasana luncai saja seorang penjawat awam boleh dilantik menjadi SUK seperti melantik penjawat politik.

Bukan sekadar maruah Khusrin dipersoal dan direndahkan, tetapi maruah penjawat awam yang layak tetapi diketepi juga ikut terleceh. Semua menerima malu. Bukan Khusrin saja malu, habis semua orang lain malu sama. Ada yang malu kerana tidak terpilih dan ada yang malu kerana status jusya telah diluncaikan.

Apabila marauh sudah tercemar, bayangkan bagaimana anak Khusrin hendak berdepan dengan kawan-kawannya? Kawan-kawannya tahu, inilah anak orang yang perlantikannya telah dipertikai. Isterinya yang hendak menghadiri majlis rasmi yang dihadiri sama oleh isteri lain. Mereka akan merenung wajah isteri yang suaminya dikata begitu dan begini.

Apa masing-masing hendak kata apabila melihat Raja yang terperangkap dalam politik luncai itu?

Seronokkah KSN dengan tindakannya yang mengikut undang-undang tetapi tidak bijaksana? Dia sepatutnya bersara dalam suasana aman tetapi menjelang persaraannya dia menempuh alam luncai. Itulah pentadbiran 1 Malaysia. — harakahdaily.net

Perjuangan, situasi dan approach...

Ada ketikanya aku terkenang arwah mak menggendong adik bongsu aku yang ketika itu berusia sekitar 3-4 tahun menggoreng jemput2 (kalau sekarang dipanggil cekodok). Ketika itu usia aku setahun lebih tua dari adik aku tu. Aku masih manja dengan arwah mak dan memeluk sebelah kaki mak.

Bayangkan betapa sabarnya emak. Menggendong anak berusia 3 tahun dan seorang lagi asyik memeluk kaki sebelahnya sambil menggoreng jemput2 di awal pagi untuk menjamu abang2 dan kakak2 ku sebelum ke sekolah. Lebih sayu hati ku bila memikirkan emak melakukan itu semua menggunakan dapur kayu yang penuh dengan abu.

Dan abu dapur itulah emak sering suffocate ikan sembilang hidup yang ayah beli di pekan Parit Raja bagi mempermudahkan kerja-kerja menyiang ikan sembilang yang selalunya aggresif itu. Hasilnya ikan sembilang masak asam pedas kegemaran kami sekeluarga.

Tiada signature kitchen, tiada oven, tiada peti ais dan hmmm yang pastinya tiada letrik yob.

Begitulah emak dalam perjuangannya menggembirakan isi rumah. Tiada sungutan. Cuma ikrar untuk jadi isteri dan ibu yang solehah. Lama sebelum Pak Rendra mereka puitisnya, "perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata.." Arwah emak aku memperlengkapkan perjuangannya tanpa sebarang sungutan.

"Ya Allah ya tuhanku...tempatkanlah ibu dan ayahku ke dalam golongan orang-orang yang solehah dan soleh. Bawakanlah bau-bauan syurga untuk mereka ya Allah...Amin!!"

Kini perjuangan isteriku juga punya 'resemblance' yang sama seperti perjuangan emak. Cumanya cara dan situasinya berbeda.

Dapur abu sudah diganti dengan dapur gas yang serba sedikit dilengkapi dengan toolsnya. Cekodok sudah diganti dengan hush brown (perisa potato...ya sepecific potato...kalau tidak anak tak nak makan), nugget tempura dan sosej brand Ramly Burger...Kalau adapun yang lekeh yang sama dengan selera aku ialah nasi goreng + bawang putih + bawang merah (kecil) + cili padi + ikan bilis....

Tiada (anak) yang perlu (atau mahu) digendong atau anak yang memeluk kaki menyatakan rasa kasih dan sayang ketika isteriku menyediakan sarapan pagi. Yang adapun macam nak roboh pintu bilik untuk dipaksa solat subuh. Lagi besar lagi payah.

Tetapi perjuangan dua ibu ini sama hebatnya cumanya berbeda appraoch.

Takkanlah aku kerana nak bernostalgia kena mengupah Mat Indon untuk membuatkan dapur kayu yang penuh abu. Jadi satu kerja pulak aku kena ke pasar Chow Kit kerana mahu mencari ikan sembilang hidup. Mujur kalau aku jumpa ikan keli hidup...dan kalau aku bawa balik ke rumah ikan keli yang masih hidup, mungkin ada sungutan dari isteriku kerana kebodohanku untuk bernostalgia lantaran tidak membeli ikan keli yang sudah siap disiang di pasar.

Begitulah perjuangan. Jangan disempitkan approach lalu memperlekehkan orang lain kerana caranya berbeza dengan kita.

Arghhh...ke situ pula aku hari ini..!!

Yang penting marilah kita ikhlaskan hati dan belajar menghargai pengorbanan orang lain. Mempertikaikan approach tanpa mengambil kira situasi akhirnya kita frust sendiri...buat apa? Biarlah Allah yang menilai keikhlasan perjuangan sahabat-sahabat dan kita sendiri. Mari kita sama-sama mendoakan.

Ada rakan2 kita yang tidak boleh menonjolkan diri atas sebab2 yang mereka sendiri lebih faham. Ada yang dalam diam2 mengirimkan wang. Ada yang malam2 bangun mendoakan. Dan kita sendiri perlulah melapangkan dada. bukankan ini yang selalu kita sebutkan kepada orang lain? Kita bagaimana?

Tentunya approach pemunya kereta Audi Q5 tidak sama dengan pemunya Kancil Auto 1995...he he!!

Thursday, January 20, 2011

Giliran Anas Jadi Tuan Rumah Pilihanraya Kecil?????

PUTRAJAYA 20 Jan. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia hari ini setelah tenat selepas mendapat rawatan serangan jantung.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd Yusof kepada Utusan Malaysia selepas menerima berita itu daripada Pengarah SPR Melaka.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat dalam tempoh 10 hari untuk menetapkan tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau yang kosong setelah kematian penyandangnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, hari ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya telah menerima surat rasmi dari Speaker DUN Melaka memaklumkan kekosongan itu, tetapi SPR mempunyai tempoh sehingga 30 Januari untuk menetapkan tarikh pilihan raya tersebut. - Utusan

Nantikan persembahan live AlFarabi Band Di MBI pada 29 dan 30 Januari, 2011 ini...

Wednesday, January 19, 2011

Hai...semacam ajer...bunyi macam pakat dua ekor ni..!!

Apa hal AG boleh arahkan Khir Tempe.? Bukan ke AG yang nak prosecute mangkok ni?? Lain macam betul bunyi nyer...he he

Dr Khir: AG arah saya diam
Jan 19, 11 3:57

Mohd Khir Toyo enggan menjawab sebarang dakwaan mengenai dakwaan pemberian projek bernilai RM273 juta secara runding terus kepada sebuah syarikat ketika beliau menjadi menteri besar Selangor sebelum ini.

"Saya telah diarah oleh AG (peguam negara) untuk diam (berhubung dakwaan itu)," katanya melalui SMS kepada Malaysiakini hari ini.

[Berita penuh menyusul]

KERUSI KOSONG DI PELABUHAN KELANG...

Speaker isytihar kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong

Jan 19, 11 3:30pm

Speaker Selangor, Datuk Teng Chang Khim hari ini mengisytiharkan kerusi dewan undangan negeri Pelabuhan Klang kosong berikutan kegagalan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah menghadiri sidang dewan undangan negeri Selangor selama lebih setengah tahun.

[Berita penuh menyusul]

Tuesday, January 18, 2011

Actually..hmmm...Khusrin is bad for economy...hehe!!

Poor English skills bad for economy
NEWS/COMMENTARIES
Tuesday, 18 January 2011
By Stephanie Sta Maria, Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: A nation’s economy is only as good as its education system. So powerful is education that even the subtlest tweak has the propensity to either elevate or relegate a nation on the global stage.

Policy-makers therefore tread with great care when proposing policy amendments, acutely aware of the staggering impact their decisions would have on the country’s future.

Malaysia’s policy-makers, however, appeared to have lacked this attention to detail when deciding to reverse the teaching and learning of Science and Maths in English (PPSMI). And that move has placed Malaysia’s economy on shaky ground.

Cheong Kee Cheok, a Senior Research Fellow with the Faculty of Economics in Universiti Malaya, expressed grave concern over the system’s failure to produce the human resources needed to propel the country forward. And this, he warned, would severely cripple the flow of foreign direct investment (FDI) into Malaysia.

“One of the benefits a country reaps from FDI is the acquisition of technology,” he said. “But we can only acquire it if we speak the language of technology, which is English. Unfortunately, we are losing out to the Thais, Vietnamese and Chinese in our ability to communicate in English.”

“We have enjoyed FDI for 30 years but what technology have we acquired? To a certain extent, piracy is a key indicator of a country’s technological prowess. China is able to pirate almost anything whereas our piracy is limited to DVDs.”

The inability of a nation to acquire a certain strength leaves it no choice but to be dependent on other nations. This stagnancy will gradually reduce its competitiveness and eventually ease it out of the economic supply chain altogether.

“Our lack of technological expertise will dissuade technologically capable industries from investing in Malaysia,” Cheong said. “Right now we are still locked in a supply chain but our position will shift as other nations become better.”

Fear of backlash

Another professor, who declined to be named for fear of backlash from the Education Ministry, revealed two other flaws in the education system. Both are related to the Public Service Department scholarships.

The first flaw, she said, was a shortage of scholarships for physical sciences. The second – and more alarming – flaw was that these scholarships were being awarded to students who either didn’t have the aptitude or the interest to pursue a career in physical sciences.

“Malaysia produces less than 20% of physical science graduates,” she stated. “Taiwan, Japan, South Korea and China produce 30% to 40%, which increases their preponderance for acquiring technology.”

“And because most of our graduates weren’t interested in physical sciences in the first place, they carve careers in other industries upon graduation, which further dilutes our already limited resource pool.”

She blamed the political powers for handicapping the country by using its education system as a political tool, especially in the PPSMI reversal.

Pointing to Vietnam and China as examples of governments with foresight, she said that both countries had each launched an all-English government university.

“Their governments recognised English as an international language, not a colonial one,” she emphasised. “And they essentially told their people that if they didn’t like it, then they didn’t have to come. But that opportunity was there for those who did want it.”

“Malaysia has a myopic vision. We look inwardly to see how fast we have improved without taking into account how our competitors are faring. Our education system is not producing people who can think, which is fundamental to a country’s growth.”

But it is not just the science and technology industries that are suffering the butterfly effect of the PPSMI reversal. Even the food industry is fearing for its future in the global market.

English terms

At a recent public forum organised in support of PPSMI, an entrepreneur who only wanted to be known as Mazidah related the struggle she faced in her food-processing business.

“Our previous interns weren’t exposed to Science and Maths in English and had problems understanding industry terminologies,” she recalled.

“Their working papers were downright embarrassing. I recently found out that many have opted not to pursue a career in the food industry after all because they can’t cope with the English terms.”

Willing buyer willing seller...temberang punya jawa!!


'Seller of Khir's mansion got RM273 mil in projects'

Companies owned by Shamsuddin Hayroni, who was jointly charged with graft with former Selangor menteri besar Dr Mohd Khir Toyo, received projects worth a whopping RM273 million during the period BN ruled the state.

The startling revelation was made by the current menteri besar's political secretary, Faekah Husin, in a statement today.

Faekah said that the state exco on Dec 16 decided to reveal details on the projects awarded to Shamsuddin's companies to absolve the current administration of any links to the businessman.

According to the statement, five multi-million ringgit projects were awarded to a company called Majulia Sdn Bhd.

A breakdown of the projects is as follows:

•Construction of phase one of the civil servants quarters in Section 16, Shah Alam (RM22.9 million),
•Construction of phase two of the civil servants quarters in Section 16, Shah Alam (RM61 million),
•Proposal to design, construct and complete the Selangor Maju Library (RM71.08 million),
•Proposal to construct and complete the road from Simpang B15/B11 in the Sepang district (RM73.75 million), and
•Proposal for a stadium project, electric substation, two chambers and one sewerage facility at the sports complex in Dengkil (RM15 million).
Two other projects were awarded to two companies through privatisation.

Getrahomd Sdn Bhd was said to have received a privatisation project worth RM16 million in 2000 for a commercial project on a 134.57 acre piece of land in Dengkil.

Kanasutra Sdn Bhd was awarded a project for the development of a housing and commercial project, also in Dengkil, in 2005 worth RM14 million.

However, Kanasutra's project was withdrawn by the state exco on Jan 27, 2010.

'Helping investigators'

Faekah said that the state administration hopes that this information will help the authorities in their investigation.

“This information is revealed to ensure that the state government and civil servants are not linked to the trial of Khir and Shamsuddin.

“This is also in line with the state administration's principle of accountability and responsibility, as promoted by Pakatan Rakyat,” she said.

On Dec 6, Khir and Shamsuddin were jointly charged under Section 165 of the Penal Code with bribery involving two plots of land in Section 7, Shah Alam.

Khir was alleged to have bought the land from Shamsuddin at a heavily discounted price. This was regarded as a form of gratification.

Shamsuddin faces an additional charge for abetting Khir.

Khir's mansion currently sits on the land. His ownership of the mansion first turned into a controversy when Sekinchan state assemblyperson Ng Suee Lim claimed that the property was beyond Khir's means.

Ng also alleged that the Shamsuddin is Khir's buddy.

Khir had denied the allegations and claimed that the land deal was done on a “willing buyer willing seller” basis

Pariah....


Aku tak baca buku Interlok. Tapi yang aku dengar ia kecuh sebab di dalamnya ada terkandung perkataan "pariah."

Marah bebeno masyarakat India dengan perkataan pariah sekarang ni.

Hairan bin ajaib kenapa jadi begitu?

Sedangkan dalam Wikipedia ataupun kamus dewan memang ada perkataan itu...

Sejarahpun membuktikan kasta pariah ni memang wujud. Takkan nak dipadam sejarah tu dei...?

Cumanya teman nak cakap...pariah tak pariah sesuatu bangsa atau seseorang itu bergantung kepada conduct bangsa atau individual itu sendiri.

Kalau rasuah, pariahlah dia.

Kalau merogol amahnya sendiri, pariahlah dia.

Kalau membunuh nona Monggolia, pariahlah dia.

Kalau menipu orang Felda, pariahlah dia.

Tetapi yang bestnya ini....

Kalau RELA ditipu....pariahlah mereka. He he...

Nasihat aku....tak payahlah payah2 nak padam sejarah...sejarah akan tercatit sendiri samada kita ni pariah ataupun tidak!!

Najib: Saya bukan takut bini....hmm...bini saya tak takut saya!! He he...

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak gentar untuk berdebat dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi ketua pembangkang itu terlebih dahulu perlu 'menyelesaikan masalah peribadinya', khususnya tuduhan liwat sebelum campur tangan dengan urusan lain.

"Kenapa saya harus takut berdebat dengannya? Saya adalah perdana menteri. Saya ada semua maklumat. Kalau saya dedahkannya... adoi... dia akan demam,” perli Najib sambil disambut gelak ketawa oleh lebih 7,000 peneroka di Felda Chemplak, Tenang hari ini.

"Perlukah saya berdebat dengannya? Tanya Najib dan kali ini disambut dengan jeritan “tidar” oleh para hadirin.

Anwar mencabar Najib supaya berdebat dengannya apabila perdana menteri memperlekehkan rancangan reform 100 hari Pakatan Rakyat yang dijadual dilaksanakan sekiranya mereka menawan Putrajaya.

Najib juga menafikan dakwaan kerajaan merancang memerangkap Anwar dengan menjadi dalang dalam kes liwat II yang membabitkan bekas timbalan perdana menteri itu.

"Bukan kerajaan yang membuat laporan polis. Saiful yang membuat laporan itu,” katanya merujuk kepada pengadu kes berkenaan Mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Anwar kata Saiful adalah budak pembancuh teh. Saya tidak tahu jenis teh yang dihidangkan. Mungkin the jenis khas,” kata Najib yang berkias dan sekali lagi disambut gelak ketawa hadirin.

“Ini adalah masalah peribadi. Dia ada masalah peribadi. Tolong selesaikan masalah peribadi anda sebelum membuat perkara lain,” kata Najib.

Sunday, January 16, 2011

Jejaka perasan terkedu...he he


Debat: Sahut cabaran kami, Pemuda PKR gesa Khairy

PETALING JAYA, 16 Jan — Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa Pemuda Umno memberikan respons kepada cabaran mereka agar berdebat berhubung Program 100 Hari Pakatan Rakyat.

Ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, surat jemputan cabaran telah pun dihantar ke pejabat Pemuda Umno pada 12 Januari lalu - sehari sebelum pergerakan itu mencabar Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim agar mengadakan debat dengan ketua mereka Khairy Jamaluddin.

“Tetapi belum ada respons daripada Pemuda Umno untuk berbahas mengenai pelan pembaharuan Pakatan.

“Kami hendak menjelaskan dasar-dasar kami, apa yang kami lakukan bukan untuk kemegahan peribadiv . . . ia antara Pemuda Umno dan PKR, tiada yang lain,” kata Shamsul Iskandar hari ini.

Cabaran debat daripada kedua-dua Pemuda PKR dan Umno mendapat perhatian selepas Anwar mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya berdebat dengan beliau berhubung dasar-dasar Pakatan Rakyat.

Anwar membuat cabaran itu selepas Najib, yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional, membidas Program 100 Hari Pakatan Rakyat sebagai langkah yang akan memufliskan negara.

Bagaimanapun Najib mengetepikan cabaran Anwar itu dengan berkata, beliau tidak nampak apa-apa hasil daripada debat yang dicadangkan oleh Ketua Pembangkang.

Perdana Menteri berkata yang penting ialah penilaian daripada rakyat dan biar rakyat yang menentukannya.

Khairy menawarkan dirinya untuk berdebat dengan Anwar.

Malah Najib berkata, jika ada orang lain yang mahu berdebat dengan Anwar seperti Ketua Pemuda Umno, itu terserah kepada masing-masing dan beliau tidak akan menghalangnya.

Shamsul Iskandar berkata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli telah ditawarkan oleh parti untuk berdebat dengan Khairy berhubung perkara tersebut.

“Isu debat adalah perkara serius . . . jika Pemuda Umno tidak memberikan jawapan, Angkatan Muda PKR akan menganggap ia sebagai petanda bahawa Pemuda Umno tidak bersedia untuk berdebat dengan kami (mengenai dasar-dasar kami),” kata Shamsul Iskandar.

Dalam pada itu mengenai isu novel Interlok, kata beliau, pihaknya akan menghantar satu rombongan untuk bertemu dengan Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain untuk membincangkan pertikaian yang tercetus sejak sebulan lalu.

Timbalannya Khairul Anuar berkata, pengkritik novel itu perlu membawa keseluruhan novel sebelum “menyerang” novel tersebut.

“Saya menggesa setiap pihak supaya membaca Interlok terlebih dahulu sebelum memberikan komen. Jangan keluarkan komen berdasarkan apa yang orang lain kata,” kata Khairul.

Masaalahnya Tok Guru...orang kitapun masih ada yang tak faham..!!

Semua nak segera sehingga ada yang berpegang...baik kawan dengan UMNO...walaupun lebih setengah abad kena tipu dengan malaon tu!!

Dasar Islam: Jika tak boleh bawa seguni ambil secupak, kata Nik Aziz
Oleh G. Manimaran dan Syed Mu’az Syed Putra
January 16, 2011

Nik Aziz berkata PAS tetap berpegang kepada pelaksanaan dasar Islam. — gambar fail

KUALA LUMPUR, 16 Jan — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan PAS semakin lembut dalam dasar Islam sejak kebelakangan ini seolah-olah ia sudah mula takut dan tunduk kepada rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat.

Sehubungan itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, PAS kekal berpegang kepada pendiriannya, malah dasar parti itu juga sudah mula diterima oleh DAP.

Kata Nik Aziz, perkembangan itu sudah mula kelihatan sejak kebelakangan ini termasuk ketika Konvensyen Pakatan Rakyat Kali Kedua di Pulau Pinang bulan lalu.

Kata Nik Aziz, DAP pernah meminta PAS menggugurkan dasar Islam lebih dua dekad yang lalu tetapi sudah mula memahami dan menerima pendirian parti itu.

“Ketika APU (Angkatan Perpaduan Ummah) dulu, DAP minta kita gugurkan (dasar) Islam, kami kata kalau gugur bukan lagi parti PAS, dan mereka kata mereka mahu keluar, mereka buat sungguh (keluar) tetapi mereka datang balik, kita tidak berubah pendirian.

“Tetapi pada konvensyen Pakatan (di Pulau Pinang) DAP sudah berubah, mereka terima (pendirian dasar PAS)... Karpal Singh sudah tidak kata langkah mayat saya (Karpal),” kata Nik Aziz secara berseloroh menjawab soalan pada Majlis Ramah Mesra dan Dialog bersama Menteri Besar di sini malam tadi.

Seorang peserta mengemukakan soalan bahawa dia mula khuatir kononnya PAS sudah tidak lagi lantang dalam memperjuangkan dasar Islam berbanding masa lalu dan sama ada perubahan itu ada kaitan dengan pengaruh atau desakan rakan-rakan komponen dalam Pakatan Rakyat.

Nik Aziz juga menggambarkan pendekatan PAS ialah bertindak “langkah demi langkah” dalam mentadbir negeri Kelantan walaupun kesemua yang dirancang dan dihasratkannya tidak tercapai khususnya berkaitan dengan pelaksanaan hukum hudud.

Malah Nik Aziz juga menjelaskan, pihaknya menggunakan pendekatan “sederhana” sedemikian bagi mengelakkan kemungkinan tindakan darurat yang pernah dikenakan ke atas Kelantan lebih tiga dekad lalu.

Pada November 1977, Parlimen meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat.

Malah ketika itu juga PAS berada dalam Barisan Nasional (BN).

“Kalau kita tidak boleh buat sekali gus, mengapa tidak kita guna cara sedikit demi sedikit, kalau tidak boleh buat hudud, kita dah cuba, mengapa kita hendak kehilangan kuasa mentadbir, macam tindakan Mageran dulu.

“Kalau kita tidak boleh ambil beras seguni, mengapa kita hendak tinggalkan satu guni, lebih baik kita ambil sikit sikit, secupak secupak bawa balik ke rumah,” kata Nik Aziz merujuk kepada pentadbirannya selepas PAS memenangi Kelantan pada pilihan raya umum 1990.

Sejak itu PAS menguasai Kelantan dan beliau bertindak sebagai menteri besar.

PAS bersama PKR dan DAP menjalin kerjasama di bawah perikatan Pakatan Rakyat dan menguasai empat negeri sekarang.

Kata Nik Aziz, kerajaan pimpinannya tidak melaksanakan hukum hudud kerana bimbang ia akan memberi kesan negatif kepada pentadbiran negeri.

Bagaiamanapun Menteri Besar Kelantan itu bekata walaupun tidak melaksanakan hukum hudud, namun kerajaan negeri Kelantan berjaya menyatukan keseluruhan rakyat berbilang kaum di Kelantan.

“Dulu Tun (Dr) Mahathir (Mohamad) datang ke Kelantan, beliau beri amaran kepada PAS kalau laksanakan hudud kerajaan persekutuan akan ambil tindakan.

“Kalau berkenaan dengan hudud kalau Kelantan kena serangan kerajaan persekutuan tak cerdik.

“Kita tak laksanakan hudud tapi sekarang kita bersatu Melayu, Cina dan India di Kelantan,” katanya lagi.

Beliau juga berkata, orang bukan Melayu di Kelantan tidak lagi takut akan Islam kerana pentadbiran berjaya menerangkan maksud Islam yang sebenar.

“Kita tiada beza antara Melayu, Cina dan India, kita juga ada buat masjid yang macam tokong di Rantau Panjang.

“Kita tidak ikut masjid dari Mekah tapi kita ikut masjid dari Cina kerana tak mahu bezakan kemelayuan dan kecinaan.

“Dulu Umno kata kalau PAS memerintah lu punya barang kena potonglah (disunatkan)... takut Cina. Sekarang tidak, banyak perkara yang kita dah buat di Kelantan,” kata Nik Aziz.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Takiyuddin Hassan berkata hukum hudud adalah satu Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Hukum Hudud) di Kelantan.

“Kandungannya (hukum hudud) berteraskan undang-undang hudud yang berlandaskan Islam ia termasuk hukum bunuh bagi penzina dan sebagainya.

“Memang enakmen ini sudah jadi undang-undang dan belum dimansuhkan, undang-undang masih jadi undang-undang dan tak dibatalkan tapi juga tak dilaksanakan,” katanya.

Selain Kelantan, Terengganu juga melaksanakan hukum hudud ketika PAS memerintah Terengganu pada 1999 sebelum tewas kepada BN pada 2004.

PAS selama ini mahu melaksanakan negara Islam termasuk hukum hudud yang menjadi duri dalam daging bagi Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PKR dan DAP.

Bagaimanapun kedua-dua PAS dan DAP kini sudah terbuka untuk berbincang isu yang dianggap sensitif itu.