Sunday, October 30, 2011

Marilah bertanding di Ampang Braheng...!! Baru meriah...

Ko mintaklah kat Najib ganti Mail Kijo lawan Zuraida atau Khasim di Ampang ni....barulah sedap sikit kita orang buat kerja...Hehe!!

Ibrahim Ali: ‘PAS jangan terlalu angkuh, sama-sama kita tengok siapa terbujur’
Oleh G Manimaran October 30, 2011

KUALA LUMPUR, 30 Okt — Ahli Parlimen Datuk Ibrahim Ali menasihatkan PAS tidak terlalu “angkuh dan takbur” kononnya ia boleh menang di bahagian Parlimen Pasir Mas yang menjadi rebutan antara tiga parti termasuk calon bebas sejak beberapa pilihan raya umum lalu.

“PAS makin bongkak . . . takbur . . . mana mereka tahu siapa menang siapa kalah? PAS ini sudah ganti Tuhan ke?” kata wakil rakyat ini ketika diminta mengulas mengenai kenyataan kepimpinan PAS kawasan Pasir Mas bahawa parti Islam itu pasti Ibrahim, yang pada pilihan raya umum 2008 menang atas tiketnya tetapi mengiytiharkan dirinya sebagai wakil bebas dan seterusnya menyerang mereka, akan kalah jika bertanding semula di kerusi tersebut.

Seterusnya di sini

Wednesday, October 26, 2011

Mari kita sama-sama bantu...

Rumah tempat tinggal dR. Sam di Taman Bukit Indah, Ampang musnah dijilat api petang tadi.

Sesiapa yang ingin membantu beliau dari segi kewangan dan sebagainya bolehlah disalurkan kepada Bilal 1 Masjid Bukit Indah, Tn. Hj. Baharudin Hamzah @ 017-2334 861.

Sama-samalah kita membantu dR. Sam yang merupakan jemaah tetap MBI ini.

Saturday, October 22, 2011

Bersungguh2 memburukkan PAS, akhirnya memburukkan Islam...

Dhollu Wa Adhollu....mamat ini sudah sesat lagi menyesatkan. Taubatlah!!


Zul Nordin jahil undang-undang Islam?

October 22, 2011

22 OKT — Ahli Parlimen Bebas YB Kulim Bandar Baru (KBB) bukan sahaja tidak asing dengan kontroversi. Bahkan umum mendakwa beliau telah sinonim dengan pembohongan dan memfabrikasi atau mereka-cipta pelbagai “fakta” untuk mensensasi pengkisahan apa jua cerita yang tidak masuk akal dan berlawanan dengan penilaian pemikiran yang waras.

Kalau semasa beliau bersama dengan parti lamanya lagi pun telah banyak kontroversi yang beliau cetuskan, antara lainnya tentang tambahan cerita “rempah-ratus” tentang simptom-simptom keracunan arsenik DSAI sehingga penulis ini (berkebetulan seorang Toksikologis) malu mendengarnya dan juga tentang hal-hal gejala murtad, apatah lagi hari ini, yang beliau telah, kononnya, menjadi ahli parlimen bebas. Pembohongan KBB telah meningkat kekemuncaknya dan kekesempurnaannya.

Kelmarin, dalam memperbahaskan Belanjawaan 2012, Ahli Parlimen Kulim Bandar Bandar ini, sekali telah merancang untuk mengulangi “antic” atau gelagat kesukaannya. Penulis, yang berkebetulan sedang makan di ruang makan MP terpaksa bergegasan masuk mendengar perbahasan beliau kerana sudah tidak senang lagi untuk menghabiskan “lunchnya”. Amat malang sekali, Dewan sudah terlibat dengan satu “shouting match” ketika Kuala Selangor memasukki Dewan, setelah cubaan awal Kubang Kerian membuat pencelahan dan penjelasan tidak lagi dilayani oleh KBB.

Dua perkara utama yang dipertikaikan KBB lantas membuat kesimpulan dan menuduh bahawa Enakmen Syariah Terengganu (2003) dan juga Kelantan (1993) itu sebagai Hudud PAS, adalah bersabitan definisi Mukallaf dan Liwat.

Dalam menghuraikan kedua-dua isu ini, jelas bahawa beliau tidak langsung menunjukkan bahawa beliau mempunyai ilmu tentangnya khususnya Ilmu Syariah dan juga Undang-Undang Islam (Qanun).

Sebaliknya, apa yang nyata KBB sememang mempunyai niat jahat (mala fide) dalam membawa isu ini dalam perbahasan “Belanjawaan” beliau, guna untuk menjatuhkan kredibiliti Enakmen Syariah (Terengganu dan Kelantan) dan sekali gus maruah PAS sebagai sebuah parti dan Jamaah Islam yang mendukungi cita-cita untuk melakasankan Syariah Allah seperti yang dituntut Allah SWT.

Menyebut tentang hal “Mukallaf”, KBB mengatakan Enakmen tersebut kononnya bercanggah dengan Islam khususnya mengenai umur akhil baligh, apabila perlaksaan hudud hanya akan dikenakan ke atas mereka yang berumur 18 tahun ke atas.

Menurutnya, "dengan hanya akan melaksanakan Enakmen tersebut terhadap mereka yang berumur 18 tahun ke atas, katanya ini bermaksud PAS telah mengubah hukum Islam yang mengatakan seseorang lelaki akil baligh setelah bermimpi, manakala perempuan pula setelah datang haid".

Katanya lagi, dari segi umur, “setelah berusia 15 tahun tidak juga bermimpi atau datang haid bermakna mereka telah dikira ‘mumayyiz’ dan sampai umur serta boleh dilaksanakan undang-undang Islam terhadap mereka”.

Dengan ini, terpaparlah kejahilan seorang yang selama kini memberi tanggapan dan perspesi kepada umum khususnya umat Islam bahawa dia arif agama khususnya perundangan Islam dan akan terus memperjuangkannya dan mendedahkan “Hudud PAS” dan pembohongan PAS.

Pertamanya, ternyata bahawa KBB tidak punya pengetahuan hatta tentang persoalan mumayyiz dan jahil bahawa penetapan persoalan “mukallaf” dalam enakmen adalah satu yang tertakluk kepada “Ijtihad”, bukan satu “Tetap-Thabit” yang punya nas yang Qat’iy.

Mumayyiz adalah umur yang boleh membezakan (sin al-tamyiz) yang sudah boleh membezakan baik-buruk dan lazimnya digunakan dalam perbincangan Fiqah, untuk kanak-kanak di sekitar umur 7 hingga 8 tahun. Zul Nordin semacam tidak ada pengetahuan langsung tentang perkara ini.

Zul Nordin melemparkan tuduhan bahawa “Enakmen” itu “Hudud PAS bukan Hudud Islam sebenar” kerana dakwaan kononnya bahawa “telah mengubah hukum Islam”. Tegas beliau, “ini jelas bercanggah dengan Islam yang mewajibkan dilaksanakan hudud setelah seseorang itu ‘mumayyiz’ iaitu yang telah mencapai usia 15 tahun”. Zul Nordin juga menyanggah “Enakmen” ini kerana menetapkan umur “Mukallaf” sebagai 18 tahun.

Jelasnya KBB tidak ada pengetahuan tentang pandangan imam-iman Mazaahib. Jumhur ulama termasuk menetapkan 18 tahun sebagai umur matang atau mukallaf (sin al-rashd). Pokoknya urusan menetapkan umur itu adalah satu perkara Ijtihadi. Ia bukan satu yang tetap bahkan tertakluk kepada Ijtihad.

Orang yang ada sedikit pengetahuan tentang Syariah dan perundangan atau Qanun Islam akan tahu bahawa is perlu diqanunkan dalam “proses legislative” untuk menjadi undang-undang didalam sebuah negeri dan negara. Zul Nordin menyerlahkan kejahilannya dalam mempertikaikan perkara segampang ini.

Penetapaan perkara-perkara seperti mungkin sahaja akan mengalami perubahan kerana perhitungan-perhitungan itu termasuklah mengambil kira hal-hal adat dan budaya setempat sesuai dengan kaedah Usul al-Fiqh — “Al-Adat Muhakkamah”. Itu yang menyebabkan Imam as-Syafi’e membuat perbezaan Ijtihad dalam urusan “Sin al-At-Taqaa’ad” — umur putus haid yang berbeza, semasa di Baghdad (Qaul Qadim), Iraq berbanding Kaherah, Mesir (Qaul Jadid). Semua ini perkara-perkara ijtihady atau “umurud ijtihadiy”.

Zul Nordin lalu menghukum Enakmen Syariah (Terengganu dan Kelantan) sebagai Hudud PAS kerana menetapkan umur 18 tahun sebagai takrif Mukallaf (sin al-rashd) atau “Age of Maturity”. Malang bagi seorang yang ada pendidikan Undang-undang Common-Law, langsung buta dan jahil tentang Undang-undang Islam.

Cubaan beliau untuk menjatuhkan kredibiliti Enakmen Syariah Terengganu dan Kelantan tentang Hudud adalah lebih jahat lagi. Usaha beliau untuk mencemar Enakmen Syariah sekaligus menjatuhkan kredibiliti Syari’ah Islam mengikut tanggapan umum.

Dengan merujuk kepada Seksyen 14 Enakmen Syariah Terengganu yang menyebutkan bahawa takrif tentang liwat, antara lainnya ialah hubungan seks antara lelaki dan wanita, di mana seseorang lelaki memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang lelaki atau perempuan, kecuali isteri.

Katanya, perkataan kecuali dengan isteri itu jelas membawa maksud seseorang suami boleh memasukkan zakarnya ke dalam dubur isterinya kerana ia tidak dimaksudkan meliwat. Zul Nordin mendapat peluang menegaskan perkara ini tatkala Kinabatangan “melabongkan” soalan dengan kembali bertanya “Apakah Hudud PAS ,mengizinkan suami melewat isterinya”.

"Inilah hudud PAS. Ini bercanggah dengan Islam. Dalam Islam, jika seseorang lelaki itu memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang tidak kira dengan sesiapapun termasuk dengan isteri sendiri, ia tetap liwat”.

"Tetapi dalam hudud PAS, itu tak dikatakan liwat. Maknanya suami boleh berbuat begitu dalam hudud PAS walaupun ia jelas bercanggah dengan ajaran Islam," kata ketika berucap pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Dengan itu, menurut beliau, enakmen tersebut bukanlah undang-undang Islam, tetapi hudud PAS yang dibuat oleh mereka yang kononnya tidak faham dengan undang-undang Islam tetapi hanya berlagak pandai untuk kepentingan politik.

Dalam hal ini, Zul Nordin benar-benar bukan hanya mempamerkan kejahilan tentang undang-undang Islam tetapi juga tidak tahu membaca undang-undang umumnya.

Perkara Seksyen 14 itu membawa satu maksud “Proviso” atau “Pengecualian” (Istisna’). Bermaksud “Liwat” ditakrifkan sebagai hubungan seks antara lelaki dan wanita, di mana seseorang lelaki memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang lelaki atau perempuan, kecuali isteri.

Ini bukan bermaksud ke atas isteri itu di bolehkan! Tetapi ini bererti memasukkan zakar dalam dubur isteri itu tidak jatuh dalam “Hukum Hudud” seperti yang lain, tetapi tetap ia satu kesalahan yang termasuk dalam “Hukum Takzir”.

Hukum Hudud memerlukan satu pembuktian yang terlalu “berat”, justeru kerana mungkin sahaja boleh timbul “syubahah” di antara suami-isteri maka, Ulama’ tidak meletakkan kesalahan suami ke tas isterinya itu sebagai dalam “Hukum Hudud” tetapi Hukum Takzir yang proses pembuktian adalah lebih “ringan” untuk disabitkan hukuman. Namun ia tetap salah dan berdosa sebagai satu jenis jarimah atau jenayah syari’ah dalam Islam. Zul Nordin menzahirkan kebodohan dan kejahilannya sekali lagi!

Perkara yang sama telah pernah dibangkitkan oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Zaid Ibrahim berhubung isu itu.(UM 30 Ogos 2003) dan telah pun dijawab oleh Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato Harun Taib.

Zul Nordin dan seangkatan dengannya, jelas membuktikan mereka jahil dengan perundangan Islam. Itu masih boleh dimaafkan kalau kita bersedia belajar. Tetapi bertegas akan pendirian itu adalah sangat membimbangkan Takut-takut kita akan menjadi “sesat dan menyesatkan” seperti disebutkan oleh RasulAllah (saw) — “Dhollu wa Adhollu”!

Kami akan mengusulkan supaya KBB dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan untuk diadili atas segala usaha beliau menyelewengkan Dewan pada perbahasan belanjawaan beliau itu.

Allahu’ Alamu bit-Thawab!

Friday, October 21, 2011

Zul main belakang....

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib menyifatkan dakwaan ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berhubung suami meliwat isteri melambangkan kejahilannya dalam hukum hakam yang berkaitan dengan hukum syarak. Menurutnya, hukum syarak tidak boleh dibaca sepintas lalu tetapi memerlukan disiplin ilmu yang tinggi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan ahli parlimen tersebut di Dewan Rakyat semalam bahawa hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS membenarkan suami meliwat isteri.

Selain itu, Zulkifli juga dilaporkan mendakwa bahawa umur 18 tahun yang ditetapkan dalam enakmen hudud bercanggah dengan Islam yang menetapkan had baligh ialah 15 tahun.

Ustaz Harun menjelaskan, liwat di antara suami isteri tidak termasuk di dalam hukum hudud tetapi bukan bererti perbuatan itu tidak salah.

Jelasnya lagi, perbuatan itu tetap salah, cuma tidak termasuk dalam hukum hudud dan dari sudut hukuman ia akan dikenakan hukum takzir.

“ Mengapa ianya dikenakan hukuman takzir dan bukannya hudud? Jawapannya ialah kerana berlaku syubhah di situ.

“Untuk makluman beliau, dalam perlaksanaan hudud, seperkara yang mesti diambil kira dalam perlaksanaan ialah perlaksanaan hukuman hudud mesti meraikan satu kaedah yang penting iaitu tudra’ul hudud bi syubhat iaitu hudud itu tidak boleh dilaksanakan sekiranya ada syubhah.

“Persoalannya di mana syubhah itu dalam kes ini? Syubhahnya ialah hubungan suami isteri itu sendiri atau dalam istilah feqahnya ialah syubhatul milk iaitu syubhah kerana isteri itu adalah milik suami tidak sepertimana dalam kes kesalahan hudud yang beliau nyatakan yang mana pasangan yang bersalah tersebut tidak mempunyai hubungan yang sah dari sudut syarak, ianya adalah berbeza dengan kesalahan liwat suami isteri,” tambah beliau lagi.

Beliau berkata, Zulkifli sebagai ahli parlimen tidak sepatutnya membaca sepintas lalu tanpa merujuk kepada para ulama kerana pengetahuan hukum syarak ada disiplinnya yang tersendiri, bukannya mengikut akal fikiran manusia yang lemah.
Beliau turut mengulas tentang dakwaan ahli parlimen itu bahawa had umur 18 tahun bercanggah dengan hukum syarak.

“Masalah berkenaan had baligh seseorang muslim itu, sebenarnya ianya adalah perkara khilafiah, ianya bukan suatu yang qat’ie.

“Ada ulamak dalam mazhab Syafie kata 15 tahun, barulah seseorang itu dianggap baligh, kalau dalam mazhab Hanafi, mereka kata 18 tahun barulah dikira sebagai mukallaf. Jadi dalam isu yang beliau bangkitkan ini, maka kita mengambil had umur yang paling tinggi supaya tidak berlaku masalah khilafiah. Sebagai contoh, jelasnya kalau diambil umur 15 tahun, nanti apabila perbicaraan diadakan, mungkin pihak peguam tertuduh akan mendakwa bahawa anak guaman bermazhab Hanafi, semata-mata untuk lari daripada hukuman.

“Jadi kita ambil pandangan 18 tahun supaya tidak berlaku at-tahayul atau helah dalam perbicaraan, itu hanya satu sebab mengapa kita pilih 18 tahun dan di sana masih ada sebab-sebab lain yang boleh kita rujuk kepada buku-buku feqah,” ujar beliau lagi.

Dipetik dari...

ZULKIFLI NORDIN BODOH JAHIL DAN GOBLOK?

Oi...!! Jangan jadi lembu gemoklah....tak malu pada student ka???

Dalam situasi di mana students berdemo mempertahankan Aziz Bari, aku tengok para academician di universiti2 di seluruh negara diam seribu bahasa kecuali Azmi Sahrom dari UM.

Come on lah bro....apa barang jadi lembu gemok? Pengabis kena sembelih jugak.....

Demo sokong Aziz Bari tegang
Fadzly Esa dan Abd Rahim Sabri
1:54PM Okt 21, 2011

Beberapa orang pengawal keselamatan melakukan pemeriksaan ketat di pintu gerbang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) manakala orang awam dihalang daripada memasuki bangunan tersebut.

Menurut seorang pengawal keselamatan, selain orang awam, pihak media juga tidak dibenarkan masuk.

"Hanya sidang media jam 12 tengahari sahaja dibenarkan, selepas itu orang awam tak dibenarkan masuk, nak sembahyang Jumaat pun tak boleh.

"Kami terima arahan tak benarkan orang awam dan media masuk hari ini,” kata pengawal keselamatan itu.

Tindakan itu dipercayai bagi membantutkan usaha kumpulan mahasiswa yang mahu berdemonstrasi terhadap UIA yang menggantung tugas Profesor Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah.

Sementara itu, wartawan Abdul Rahim Sabri yang tiba di UIA sejak pagi tadi, melaporkan kira-kira 700 mahasiswa sedang berhimpun membantah penggantungan Abdul Aziz.

Perhimpunan itu berlansung di perkarangan masjid UIA selepas solat Jumaat.

Mereka melaungkan “Hidup Ilmu”, “Lawan Kezaliman”, “Bebas Aziz Bari” dan menuntut kebebasan akademik di universiti khususnya di kampus berkenaan.

Mereka berhimpun untuk menyokong dan mendokong Abdul Aziz dan mendesak universiti membatalkan hukuman penggantungan kepada pakar pelembagaan itu.

Sewaktu mereka hendak berarak menghantar memorandum, berlaku kekecohan apabila pengawal keselamatan universiti cuba menghalang mereka menghantar memorandum kepada rektor UIA, menyebabkan berlakunya tolak menolak berlaku.

Semalam UIA menggantung tugas Abdul Aziz sebagai pensyarah undang-undang sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

Beliau didakwa "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti" dan diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya.

Tindakan terhadap pakar perlembagaan itu dipercayai berikutan reaksinya sebelum ini terhadap titah Sultan Selangor dalam isu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Beliau berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

Tuesday, October 18, 2011

Loklak betuilah Zulbabwe ni...aku dah cakap dah...Hahaha!!

Zul Kulim Penakut - Beri syarat tongong!

Bila baca tajuk kat Utusan Meloya rupa-rupanya Zulkulim itu hanyalah umpama seekor anjing yang menyalak bergegar di sebalik pagar. Bukan main lagi dia berlagak seolah-olah dia benar-benar berani menyahut cabaran Aziz Bari untuk berdebat dalam isu isu berkaitan titah Tuanku Sultan Selangor.

Dan bacalah dalam blognya pula, yang bertajuk Debat DiRaja konon! Macam-macam dia tulis.Merapu!

Misalnya, dia tulis, “Cuma pendakwaan tidak boleh dibawa. Macam mane nak bawa kalau ada mereka yang terlibat yang tidak mahu memberi kerjasama. Malah ada yang mengaku sudah murtad keluar daripada Islam.”

Saya bukanlah bijak sangat pasal perundangan, bukan loyar buruk pun! Tetapi pernahkah kita, mendapati sesuatu kes kesalahan tidak dapat dibawa kerana yang dituduh tidak mahu memberi kerjasama?

Bukankah sesuatu pendakwaan itu perlu disertakan dengan bukti? Walhal pada tulisan seterusnya loyar buruk ini menyatakan, “Dan jelas daripada kenyataan Exco Hal Ehwal Islam Selangor, YB Datuk Hasan Ali bahawa memang ada bukti dan keterangan kegiatan dakyah oleh Gereja DUMC.

Lihat, dia kata “ memang ada bukti dan keterangan kegiatan dakyah oleh Gereja DUMC” walaupun kenyataan tersebut disandarkan kepada Hasan Ali.Kenapa tidak gesa JAIS buat dakwaan?

Malas nak mengulas tulisan bodoh orang buangan PKR ini.Cuma yang nampak sangat tongongnya ialah, bila dia meletakan syarat supaya Aziz Bari minta maaf dengan Tuanku dulu baru dia akan berdebat.

“Aziz Bari wajib mintak maaf dengan Tuanku dahulu kerana kebiadapan dan sikap kurang ajar dia mempertikai titah Tuanku. Tu saja. Sebab? Sebab teman tak berminat nak berdebat dengan orang yang derhaka kepada Tuanku Sultan Selangor. Lepas aja Aziz Bari mintak maaf dengan Tuanku, anytime yop..anytime insyallah.” Begitu tulisnya. Podah! Lan*#u lu Zul!

Sepatutnya berdebatlah dulu mengenai isu yang dipertikaikan.Buktikan siapa diantara mereka yang benar dalam pertikaian tersebut. Andainya terbukti Aziz Bari tiada asas mempertikaikan titah Tuanku, barulah lojik mendesak Aziz Bari memohon maaf dan menarik kenyataannya

Aku cilok dari...ALHUSSEYN

Monday, October 17, 2011

Huh...apa mamak Penang nak bising2 lagi? BN menangpun KM Penang cina jugak...Hehe!! Loklak betui depa ni...

Umno tak akan tuntut jawatan KM P Pinang

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, Umno tidak akan menuntut untuk mengetuai pentadbiran negeri Pulau Pinang sekiranya BN berjaya merampas kembali negeri itu dalam pilihan raya akan datang.

Katanya, perkara itu telah dipersetujui secara prinsip oleh ketua perhubungan Umno Pulau Pinang.....

Biasalah orang tua...lupalah tu!!





  • Aziz Bari: Siapa kurang ajar pada raja-raja Melayu?
  • “Cuba bandingkan, apa yang saya katakan dan tulis (mengenai Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan sebuah gereja di Damansara Utama) dengan apa yang diperkatakan dan dilakukannya pada tahun 1983 dan 1993,” kata Aziz.

Sunday, October 16, 2011

Aziz Bari Sambut Cabaran Zulbabwe Untuk Berdebat..Jangan Lari Ha...!!

Sambil menegaskan beliau telah memulakan kajian ini sejak 1991 Aziz menambah “orang-orang seperti Senator Ezam Mohd Nor Pengerusi Pengerusi Gerakan Anti-Penyelewengan Selangor Hamidzun Kamarudin dan Ahli Parlimen Datuk Zulkifli Noordin elok duduk dan baca buku ”.

“Jangan mengarut dan menyesatkan orang lain,” katanya lagi.

Aziz juga berkata beliau difahamkan sebuah stesen webTV hendak menganjurkan debat antara saya dengan Zulkifli dan beliau bersedia bila-bila masa.

“Saya harap Zul jangan lari dan jangan hanya berani dalam Parlimen sahaja. Dia cabar saya supaya berhenti UIA dan masuk politik.


Dan di bawah ini ialah cabaran Zulbabwe kepada Dr. Aziz Bari dalam blognya...

Malahan, dengan sikap partisan kepartian yang ditunjukkan oleh Aziz Bari, teman mencabar beliau supaya meletakkan jawatan sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa dan ceburkan diri dalam politik kepartian. Persilakan. Sertailah parti Anwar Ibrahim kalau mahu. Atau daftarlah sebagai ahli PAS, mahupun DAP.

Kalau tak ada parti yang mahu menerima beliau, buatlah parti sendiri. Parti tupperware pun takpe. Nanti dalam PRU 13, masuklah bertanding sebagai calon. Kalau takde sangat tempat, teman persilakan Aziz Bari bertanding di Parlimen Kulim Bandar Baharu, atau mana-mana kawasan Parlimen yang beliau mahu. Bertandinglah mewakili parti apa yang dia nak, ataupun atas lambang apa juga dia pilih.

Janganlah cari makan di Universiti Islam yang dibiaya oleh Kerajaan Persekutuan. Janganlah berselindung dibalik jubah professor di UIA sambil syok menembak sembrono orang lain. For once, be man enough to face the people, the voters!

Uhh... kesiannya. Tak tau lagilah ko ni dipilih bertanding semula ke idak oleh Najib bawah BN? Nak bertanding sendiripun hutang dulu tak bayor lagi. Ada hati nak pelawa orang bertanding di Kulim Bandar Baru. Lu sapa yob? Hehe...

Lagi satu tang perenggan akhir tu lu kena ingat sendirilah...lu menang dulupun atas tiket PKR. Lu tumpang tuah aje yob...kalu ada maruah lu letaklah jawatan...!! Haha...kembang kempis hidung nak menipu lagilah tu...

Saturday, October 15, 2011

Scandal Scorpene: Akhirnya Najib dan Zahid Hamidi Letak Jawatan!!

Skandal menyamar: Menteri Pertahanan Britain letak jawatan

15/10/2011 11:15am

LONDON 15 Okt. - Menteri Pertahanan Britain, Liam Fox semalam meletakkan jawatannya ekoran skandal seorang usahawan `menyamar’ menjadi penasihatnya ketika beliau melakukan tugas rasmi.

Dalam surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, David Cameron, ahli Parlimen dari parti Konservatif itu mengaku membenarkan batasan antara aktiviti peribadi dan tugas rasmi menjadi kabur dalam perkara melibatkan rakan baiknya, Adam Werritty.

Beliau meletakkan jawatan itu selepas memegang jawatan Menteri Pertahanan selama 17 bulan. - AFP

TAJUK-TAJUK BERIT

Wednesday, October 12, 2011

The cost of transportation to carry that 'badak air' to Perth, Australia is RM9million only...!!

More abuse of power? Confirmed, the Najibs used govt plane for "private" visit

Prime Minister Najib Razak's office has confirmed that he left for a "private visit" to Perth, Australia on August 31, a day when Malaysians were celebrating Independence from British rule in 1957.

The PM and his family had sneaked off for their holiday without informing the country, which ran counter to protocol, and worse still, it was later discovered that the Najibs and their guests had flown there using the government's jet plane reserved for official use.

“For the House’s information, YAB Prime Minister’s visit to Perth, Australia from 31 August to 3 September 2011 was a private visit,” said the written reply to a question raised by PKR MP for Batu Tian Chua.

Between damage control and outright lies

The PM had last appeared in the King's Palace for a Hari Raya function on August 30. News then leaked out that he had flown off on Merdeka Day, riling many Malaysians wo were already disgusted at his lavish spending and suspected abuse of government facilities for his personal use.

To compound matters, Najib's advisers tried to damage-control by insinuating that the trip was for official purposes and Najib had gone to attend a dinner for students in Perth. But Najib and family flew out on Wednesday, while the dinner took place on Saturday night.

To make matters worse, national news agency Bernama reported the students as praising Najib to the skies. Compliments like "awesome" were used to describe his speech to them. But the overkill annoyed the students and many of posted the true situation on Facebook, again exposing the lies that surround the first couple.

"They totally changed and added stuff that we never said. And the whole thing was done before the speech and not after. I feel it is rather silly and unnecessary," Malaysiakini reported the student as saying.

"They put in quotes that we actually did not say and altered our words. We did not say anything bad so I don't see why they needed to do that.”

Badak Air

Last week, the PM's office also admitted that as much as RM9 million was spent to rent the Airbus A319-IIX used by Najib to fly to Perth. The plane has been rented from Syarikat Penerbangan Malaysia Berhad since 3 August 2007 for official use by important country leaders such as the King, the Prime Minister and the Deputy Prime Minister.

The government had been responding to a query from PKR MP for Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Abuse of power

There is growing unhappiness about the first couple's lavish lifestyle and public clamoring for a thorough public inquiry into whether they have been abusing their power and charging their personal expenses to taxpayers. '

On Tuesday, Parliament was also stunned to hear that a trip to Kazakhstan had cost Malaysians more than RM1 million. This trip caught the public's eye after news leaked that Najib had intentionally scheduled an official visit to coincide with his daughter's engagement to a rich Kazakh scion. Accusation were rife that the first couple had included their private guests in the official entourage, which was flown there and feted first class, courtesy of the Malaysian public.

It did not help when Najib also admitted to Parliament on Tuesday that he had paid RM94 million to disgraced UK public relations firm FBC Media to produce 'glowing' programs that gave a false impression of his leadership and projects. FBC is now under probe by the UK regulator for slipping these 'propaganda' productions as news into segments broadcast by CNN, CNBC and BBC.

"These are unethical practices and will tarnish the country's image," PKR vice president Chua Jui Meng told Malaysia Chronicle.

Malaysia Chronicle

Tuesday, October 11, 2011

Biasanya makan ubat selsema baru tidor...

Jarang manusia tidor sebab makan ubat demam...hehe!!



Gambar bawah: Boma tertidor sebab sepanjang hari mengejar burung gagak di depan rumah...nampak ikhlas kucing ni. Hehe!!

Thursday, October 6, 2011

Which is which? How about this??



Mana satu?

Nak mintak biasiswa ke nak mengadu diliwat Anwar?

Kalau ingat betul2, mula2 Najib tak mengakupun ada jumpa Saiful.

Sebebenornye yang perlu dipastikan oleh Karpal bukan saja tahap mental Saiful tetapi tahap keadaan Najib itu sendiri...Hehe!!

Sorrylah Nuar...I tak datang. Auw...!!


Kisah yang berkaitan...

Liwat II: Mahkamah tolak sepina ke atas Najib, Rosmah
Hafiz Yatim

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor tidak akan tampil ke mahkamah sebagai saksi pembelaan dalam perbicaraan kes liwat II.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang hari ini menolak sepina yang menuntut mereka hadir sebagai saksi pembelaan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika membenarkan permohonan Najib dan Rosmah bagi mengketepikan sepina itu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, memutuskan mereka adalah tidak relevan dan bukan saksi utama dalam perbicaraan itu.

"Justeru, saya benarkan permohonan itu dan arahkan perbicaraan disambung,” katanya.

Monday, October 3, 2011

Flip flop prosecutor....

3.55pm: Yusof now submits, saying he supports Najib and Rosmah"s application.

Karpal interrupts asking whether the prosecution has submitted any affidavit. Yusof says no.

The rest as follows....

'Anwar fishing for info from Najib, Rosmah'

My question is....

Najib and Rosmah were offered to Anwar by the prosecution. If they are useless as witnesses, why offer in the 1st place ? Both Najib and Rosmah came to the court recently they say it is their duty to go but chose not to testify . What a show . What a bollywood. Now they put in papers to prevent the Anwar from asking them to go . They should support Anwar's application...indeed!!