Tuesday, December 18, 2012

Berubahlah Polis Malaysia! Jadilah Insan Yang Berani Membuat Perubahan...



Musa muka tak tau malu...

Kisah bekas ketua polis bergasak dengan bekas-bekas pegawai tertinggi polis yang lain dan KPN sekarang dan bapak-bapak menteri sudah bukan satu rahsia lagi.

Hishamuddin Tun Hussein sebagai Menteri KDN boleh cakap apapunlah tetapi seperti yang telah menjadi rahsia umum, Polis DiRaja Malaysia memang kalut. Lama dah kalut sejak Mahathir dok sibuk nak penaya Anwar lagi.

Musapun boleh cakap apa sekalipun tetapi pada pandangan aku, beliau adalah macai Mahathir nombor wahid. Sampai sekarang, walaupun dia bersuara lantang dia masih macai Mahathir.

Macai ni zamai Firaunpun ada macai, zaman Namrudpun ada macai, zaman diktator manapun ada macai. Dan yang pastinya , macai memang ada sejarahnya yang tersendiri. Jadi Musa bakal ada sejarah beliau sendiri, lebih teruk dari Ibrahim Ali.

Saya nak tanya, mana ada polis dalam dunia ni yang pikul tilam boleh jadi KPN? Mana ada KPN dalam dunia ni yang mahkamah dapati keterangannya tak boleh dipakai dan dia dianggap saksi yang tidak boleh dipercayai selain dari Musa Hassan dan kekal sebagai KPN? KPN mana dalam dunia ni yang sibuk frame bos dan anak buah dia?

Macai ni kau orang tengoklah nanti, kalu Najib nak tutup mulut dia senang aje. Bagi dia jadi Deputy Chairman of Genting ke, Magnum ke, senyaplah dia! Tak boleh pakai mamat ni.

Cuma aku sebenarnya kesian kepada anggota2 PDRM. Di antaranya ramai juga yang baik-baik. Imej mereka sangat buruk kerana perangai bos-bos mereka yang gila kuasa, gila jadi macai dan gila nak kumpul harta.

Tetapi itulah!



Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.


Sempena PRU13 yang bakal menjelang tiba ini, marilah sama-sama kita menggunakan hak demokrasi masing-masing membuat perubahan dengan memilih kerajaan yang adil dan mampu membuat reformasi dan transformasi kepada institusi Polis Di Raja Malaysia.

55 tahun tuan-tuan dan puan-puan di psyco kununnya hanya BN dan Umno yang mampu menjaga hak melayu dan hak tuan-tuan. Fatwa Umno sahaja yang boleh memerintah adalah khurafat yang nyata. Selama 55 tahun itu hak-hak orang melayu dikikis dengan rakusnya. 

Bukankah dalam masa 4 tahun setengah yang lalu tuan-tuan dan puan-puan semua telah menyaksikan Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Perak (selama 11 bulan) telah diperintah dengan baik dan sejahtera oleh Pakatan Rakyat? Kalau tuan-tuan dan puan-puan tidak percaya kepada Harakah, Suara Keadilan ataupun akhbar Roket, tidak mengapa. Tuan-tuan dan puan-puan rujuklah kepada Laporan Ketua Audit Negara yang melaporkan prestasi cemerlang negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat tersebut. 

Saksikan juga betapa berbagai skandal dan salahguna kuasa dan salah urus di peringkat pusat dan kerajaan-kerajaan negeri di bawah BN termasuk agensi-agensi kerajaan dan GLCnya berleluasa.

Bukalah mata dan jangan makan gaji buta.

Keberanian bukan kerana tuan-tuan dan puan-puan berkerja secara berpasukan dengan senjata di tangan tetapi keberanian yang hakiki ialah ketika tuan-tuan dan puan-puan berseorangan di mana di tangan tuan-tuan dan puan-puan ketika itu ada pensel dan kertas undi. Di situlah titik tolaknya di mana letaknya diri masing-masing? Adakah tuan-tuan dan puan-puan masih di bawah tempurung yang lama ataupun tuan-tuan dan puan-puan mahu melangkah membuat perubahan?

Tepuk dada tanyalah selera...


No comments: