Sunday, August 26, 2012

Kalau tiada perubahan, Rosmah terus jadi FLOM!!

Najib kata Jangan Berubah. Kalau tak berubah kita akan terus berFLOMkan Rosmah. Sanggupkah??

Kalau betul2 ada jawatan First Lady Of Malaysia, mana satu pilihan rakyat Malaysia??

Saturday, August 25, 2012

Tak berapa pandai (bodoh) tak pe Che Det asalkan perangai jangan macam setan...

Hehe...

THE SO-CALLED INTELLECTUAL
WRITTEN BY CHEDET

1. I am always amused when people try to analyse my opinion and actions when I was Prime Minister.
2. I am not an intellectual but I admit that I use my brain more often than most.
3. I was one with the lowest result in my Senior Cambridge Examination to be admitted in the College of Medicine. There were seven Malays whose results were all very inferior to the other students. Apparently the British were practising affirmative action in 1947. So much for being an intellectual.
4. It did not need a very intelligent person to notice that Malays were generally poor as compared to others in the state of Kedah in the 1930s, 40s and 50s, the years when I was growing up in Alor Star. They clearly faced a dilemma whether to get something of the wealth of their country for themselves or to just remain as they were. Hence the book “The Malay Dilemma”.

Seterunya di sini

Wednesday, August 22, 2012

YB Ng Sue Lim ngomong jowo...Hehe!!

Menangkan dulu Putrajaya...

Fatwa raya ke-3 bernilai RM2 juta: Semua parti politik di Malaysia perlu menghentikan polemik mengenai hudud. Samada PAS, UMNO, MCA mahupun DAP perlu berhenti menjadikan isu hudud sebagai punching bag mereka menjelang PRU 13. 

Hakikatnya isu perlaksanaan hudud memerlukan perbincangan yang lebih panjang dan bukannya sekadar isu politik semata-mata. Hakikatnya juga samada BN atau PR yang menang PRU13, tiada siapa yang akan mampu melaksanakan hudud serta merta, apatah lagi ahli politik veteran yang tidak lagi mempunyai kuasa seperti Tun M. 

Menjelang PRU13 eloknya kita menumpukan pada isu tatakelola kerajaan, isu polisi, isu dasar, isu rasuah, isu dana awam, isu hala tuju negara, isu dasar luar negara yang tidak bermaya, isu ekonomi negara, isu harga barang, isu pendidikan, isu royalti di Kelantan, Sabah dan Sarawak, isu harga barang, isu yang lebih melibatkan kehidupan seharian yang melibatkan semua rakyat Malaysia tanpa kira bangsa, agama dan latar belakang. ~ Dr. Maszlee Malik.

Spot on Dr. Maszlee.

Dalam perbualan saya dengan Dr. Azzam Tamimi di MBI tahun lepas, beliau menekankan perlunya dialog yang berpanjangan dengan muslim dan non-muslim dalam isu hudud. Perlu promosi dan wacana di universiti-universiti.   Negara perlu dibebaskan dari cengkaman human rights (ISA, OSA dll) dan press freedom. Rakyat juga perlu dimerdekakan ekonominya dari beban hutang yang bertepek-tepek oleh regim sedia ada. 

Memahamkan Karpal Singh dan seumpama dengannya memerlukan kebijaksanaan. Kumpulkan semua ilmuan islam dan pakar perundangan negara dan berhujahlah dengan fakta. Saya tertarik dengan pendapat Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Perundangan islam bukan sekadar hudud. Dan saya juga gembira dengan nasihat Tan Seng Giaw, Naib Pengerusi DAP yang saya rasa labih rasional dari Karpal.

Dalam konteks inilah tulisan Dr. Maszlee sewajarnya segera menyedarkan kita semua dari berpolemik tak habis-habis dan akhirnya menguntungkan BN dan Umno.

Wallahu'alam. 

Satu Sel Di Penjara Sungai Buloh Untuk Che Det...

Tak pa larrrr Che Det!! Kalau janji2 lain tak dapat ditunaikan sepenuhnyapun....kami akan pastikan Che Det masuk salah satu sel dalam Penjara Sungai Buloh lepas BN lingkup nanti!!

CHANGE

1. In his campaign to become President of the US Barack Obama promised change, “time for change”, he said.
2. He promised to close down Guantanamo Detention Camp.
3. He promised to stop trials of detainees by Military Courts.
4. He promised to pull out from Iraq and Afghanistan.
5. And many more.
6. Now four years into his first term he has failed to keep his promises.
7. Guantanamo is still holding so-called terrorists; still torturing them. No military courts but no trials by civilian courts either.
8. Instead of pulling out from Iraq and Afghanistan he approved a “surge” in the troops sent to this area. Later he pulled out some troops but American soldiers are still in the two countries.
9. Making promises during campaigns for elections is easy. Keeping them is a different matter. The best hope is that people’s memory is short. They would normally forget the promises.
10. Now the opposition in Malaysia have copied Obama and is promising change.

Saturday, August 18, 2012

Raya kat mana yob??

Askar Israel memeriksa pemuda Palestin

Dalam kita seronok menanti Syawal, marilah kita sama-sama ingat saudara kita di seluruh dunia yang sedang menghadapi berbagai tekanan dan siksaan dari regim yang zalim.

Gambar di atas adalah salah satu aksi askar Israel di check point di West Bank yang dikuasai Fatah. Sehingga kini ada sebanyak 650 check points, di West Bank saja.

Bayangkan di Gaza Strip yang pro Hamas. Israel masih lagi mengenakan sekatan. Negara yahudi itu telah mengenepikan tekanan antarabangsa untuk meringankan sekatan dan membenarkan keperluan Ramadhan di bawa masuk ke Gaza. 1.5 juta populasi di Gaza hidup dalam keresahan.

Tembok 'apartheid' sepanjang 750 km sengaja dibina sejak 7 tahun lalu untuk menyekat pergerakan rakyat Palestin. Ia dilengkapi dengan peralatan keselamatan seperti Menara Kawalan yang beroperasi 24 jam, kawalan bersenjata, trenches, surveillance cameras dan wayar elektrik. Setiap bandar cuma ada satu pintu untuk melepasi tembok pemisah tersebut.

Entah apalah nasib saudara kita di Syria, Rohingya, Afghanistan dan lain-lain?

Kenangilah mereka dalam kita menyambutnya begini...

Baraan di kampon2 di Johor...
Di Padang Golf...Hehe (Gambar sekodor hiasan)

Lemang dan rendang di Taiping

Di mana saja saya berada
Saya dengan ini mengambil kesempatan mengucapkan Salam Aidil Fitri kepada kaum keluarga saya terutama adik beradik saya yang dikasihi ie Long, Ngah, Hamid, Mohaya, Kak Ani, Nor dan Aton sekeluarga.

Tidak lupa juga sahabat handai di pejabat, di MBI iaitu dari Nazir, Timbalan Nazir, Tuan-tuan Imam, Bendahari, AJK, pegawai-pegawai masjid dan jemaah sekelian.

Begitu juga rakan2 di Bukit Indah terutama sekali Loyar Mohd. Noh Nasira dan Zainal Rashid yang selalu usik mengusik, Pok Nik dan Lt. Kol (B) Basri serta jiran-jiran semua. Kepada tuan-tuan yang tidak disebutkan namanya di sini, jangan kecil hati... Tuan-tuan sentiasa di hati saya!!

Akhir sekali rakan2 di Kopitiam Bang Nan dan fb saya.

Maaf Zahir dan Batin.

Istiqamah Dalam Perjuangan....




Che Det Nak Hudud.....!!


Kenyataan Pemimpin-Pemimpin UMNO Berkenaan Dengan Undang-Undang Hudud.

1. “Hukum rejam kepada penzina adalah primitif.” – Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam kenyatannya kepada wartawan di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim.
2. “Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan.” – Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1983, dalam temubualnya dengan para wartawan.
3. “Saya nak tahu siapakah di antara ahli-ahli Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti” – Tun Dr. Mahathir, 30 April 1992 dalam ucapannya di perjumpaan ketua-ketua UMNO Bahagian Johor.
4. “Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam” – Tun Dr. Mahathir, 14 Ogos 1994 dalam ucapannya di Pasir Mas Kelantan.
5. “Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?” – Ucapan Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan.
6. “Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik.” – Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan.
7. “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.” – Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Julai 1992, dalam temubualnya dengan media massa.
8. “Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan.” – Sulaiman Daud, 20 Ogos 1993, dalam temubualnya dengan media massa.
9. “Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.” – Tun Dr. Mahathir Mohamad, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan.
10. “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.” – Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas.
11. “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.” – Tun Dr. Mahathir Mohamad, 1994, dalam temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO.
12. “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.” – Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.
13. “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.” – Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.
14. “Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.” – Tun Dr. Mahathir Mohamad, 30 April 1992, dalam kenyataannya kepada wartawan.
15. “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.” – Tun Dr. Mahathir Mohamad, 18 Ogos 1991, dalam temubualnya dengan wartawan.
16. “Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak.” – Tun Dr. Mahathir Mohamad, 24 April 1992, ketika bercakap kepada wartawan.
17. “Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.” – Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1992, ketika bercakap kepada wartawan.
18. “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.” – Dr. Mahathir Mohamad, 2 Mei 1992, dalam ucapannya di Papar, Sabah.
19. “Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam.” – Datuk Dr. Yusuf Nor, 6 Mac 1994 dalam temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota.
20. “Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar-kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam.” – Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.
21. “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama” – Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92
Kenyataan Pemimpin-Pemimpin UMNO Berkenaan Dengan Hukum Menutup Aurat.
1. “Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam” – Tun Dr. Mahathir Mohamad, di majlis tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997.
2. “Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat” – Tun Dr. Mahathir Mohamad: 5 September 1997 di Perhimpunan Agung UMNO, PWTC.
3. “Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa” – Tun Dr. Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997)
Tun Dr. Mahathir ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun apabila tiga orang gadis Melayu dan beragama Islam iaitu Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 telah ditangkap oleh lima pegawai JAIS.
Lanjutan daripada gesaan Dr Mahathirlah maka Sahibus Samahah Dato’ Ishak Baharom ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah. Sedangkan mufti baru beberapa bulan disambung kontraknya.
Kenyataan-Kenyataan Tun Dr. Mahathir Dalam Kes Tersebut.
1. “Saya bukan lawan dengan semua mufti, tetapi mufti (Dato’ Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama’, macam-macam ulama’ ada. Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama’ jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi – pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa ‘ulama’ adalah waris nabi’. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih.” – Tun Dr. Mahathir Mohamad, di majlis tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997.
2. Ajaran ulama’ inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka” – Tun Dr. Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991 di Perhimpuan Agung UMNO, PWTC)
Mengizinkan Maksiat/Membela si Pemaksiat (Kes ‘The Zouk’, Ampang)
1. “Tiada sebarang peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memberi kuasa kepada penguatkuasa agama negeri untuk menangkap umat Islam yang berada di premis yang menghidangkan arak sekiranya mereka tidak meminumnya”. – Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Jun 2001
2. “Apabila undang-undang ini dikuatkuasakan, saya percaya masalah seperti ini akan berkurangan dan dapat diketepikan. Walaupun undang-undang ini akan dikuatkuasakan, kita mesti terus berhati-hati juga tentang sistem penangkapan dan penguatkuasaan supaya persepsi orang ramai terhadap kuasa yang ada tidak bercanggah, konon sewenang-wenang dilakukan tangkapan dan sebagainya,” – Dato’ Rais Yatim, Jun 2001
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Abu Hassan Omar, Jun 2001: menyifatkan bahawa tindakan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam (JAIS) menangkap 31 orang mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 pada 10 Jun merupakan satu kekhilafan dalam mentafsir undang-undang.
Beliau mengkritik hebat tindakan JAIS berikutan langkah pegawai dan kakitangan jabatan tersebut melakukan serbuan dan tangkapan terhadap 25 orang Islam dalam sebuah pub “The Ship” di Damansara Utama, Selangor pada 11 Jun 2001 atas kesalahan orang Islam tidak dibenarkan membuat persembahan atau bekerja di dalam premis yang menjual minuman keras.

Wednesday, August 15, 2012

Jangan kerana Ustaz Nasha buat perangai, satu parti kita kena gelak.


Hadith sahih daripada Rasulullah SAW yang bermaksud : Sesungguhnya bahawa syaitan itu seperti serigala kepada manusia sebagaimana serigala kepada ternakan. Ia menerkam kambing yang bersendirian dan terpencil. Maka, jauhilah kamu dari berpecah belah, dan wajiblah kamu bersama-sama jamaah, orang ramai dan masjid (HR Imam Ahmad).

Nothing personal tetapi Ustaz Nasha sudah melampau. Dia telah diberikan amaran dan nasihat oleh pucuk pimpinan. Show him the door. Nobody is indispensable!!

Tuesday, August 14, 2012

Gagal Jadi Hero Melayu, Brahim Ali Berlakun Dengan Mr. Bean Dalam Filem "The Damned Ugly Frog!!"



Perkasa: Tayang ‘Tanda Putera’ tanpa tapisan atau kami buat filem Anwar

KUALA LUMPUR, 14 Ogos — Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menuntut agar filem “Tanda Putera” arahan Datuk Paduka Shuhaimi Baba ditayangkan tanpa sebarang tapisan dan jika itu tidak dilakukan, mereka akan menerbitkan filem tentang ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kata presidennya, Datuk Ibrahim Ali.

Presiden Perkasa itu berkata, pembangkang tidak harus menggunakan filem ini sebagai isu politik dan agenda politik sendiri.

“Jangan jadikan hal ini untuk kepentingan parti, filem berunsur sejarah ini perlu ditayangkan untuk rakyat ingat semula dan menghayati keamanan negara dan jangan berfikir negatif sahaja.

“Saya cadang kalau PR masih nak isukan filem ini, saya akan buat filem Ketua Pembangkang pula selepas ini,” katanya dalam laporan Sinar Harian.

Menurut Ibrahim, dakwaan Pakatan Rakyat (PR) bahawa filem tersebut mempunyai unsur perkauman adalah tidak benar kerana cerita itu dibuat berdasarkan sejarah.

“Kami akan berunding dan membantu pengarah filem “Tanda Putera” itu untuk meneruskan penyiarannya tanpa ‘sensor’ (tapisan).

“Filem itu berkaitan sejarah, bagaimana plot atau adegannya walaupun agak kontoversi, kita tak boleh nak ubah sejarah dan PR tak perlu nak jadikan itu isu,” kata ahli parlimen Pasir Mas itu lagi.

Menurutnya, PR tidak perlu mempertikaikan jalan cerita tersebut walaupun ia menyentuh sensitiviti kerana ia berdasarkan fakta sejarah.

PR sebelum ini berkata filem “Tanda Putera” itu boleh menimbulkan ketegangan antara kaum seperti 13 Mei yang lalu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata sebolehnya filem tersebut ditayangkan dahulu kepada pemimpin PR sebelum ditayangkan kepada masyarakat untuk dinilai dan diberi pandangan.

Beliau juga mendesak kerajaan supaya membuat penapisan dan memilih filem yang sesuai untuk ditayangkan di negara ini

Mufti Perlis: Kerjaan Malaysia Tak Ada Maruah, Harussani Ketinggalan Zaman!!

Mufti: K'jaan bermaruah tak akan biar gelar 'kafir harbi'
12:30PM Ogos 14 2012 
WAWANCARA Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berpendapat bahawa kerajaan yang bermaruah tidak akan membiarkan pihak yang mencabar kuasa mereka seperti tindakan mengisytiharkan perang dengan menggelar golongan tertentu sebagai "kafir harbi".

Katanya, pandangan bahawa haram bagi umat Islam menyokong DAP yang diutarakan guru pondok, Abdullah Sa'amah itu juga merupakan pendapat "ketinggalan zaman dan bersifat kebudak-budakan".

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106Pandangan Abdullah, yang turut menggelarkan DAP sebagai "kafir harbi" itu mencetus kontroversi apabila ditonjolkan melalui laporan Utusan Malaysia minggu lalu.

Juanda berkata, sikap "meraikan dan memberi ruang kepada pandangan ekstrem dan anti-demokrasi" seperti itu merupakan satu perkara yang amat mendukacitakan.

Berikut adalah wawancara dengan Dr Juanda Jaya yang dijalankan melalui emel:
Malaysiakini: Apa pandangan Dr berhubung pandangan Abdullah Sa'amah bahawa haram kepada umat Islam menyokong DAP? Apakah hujah yang digunakan berasas dan apakah pula kesan pandangan sebegini kepada masyarakat?

Dr Juanda: Saya rasa pandangan pelik sebegini tidak wajar diraikan. Dalam negara yang berperlembagaan, ada undang undang, mengamalkan demokrasi, juga negara yang memperakui kebebasan beragama oleh mana mana pengikut agama, maka pandangan pelik sebegini tidak sewajarnya diraikan.

Ini pandangan orang yang ketinggalan zaman dan bersifat kebudak-budakan. Barangkali pandangan ekstrem sebegini muncul akibat sikap ekstrem pihak lain yang melingkari keadaan masing masing. Namun jika ada pihak yang mahu meraikan dan memberikan ruang kepada pandangan ekstrem dan anti demokrasi serta sukakan perbalahan dan pergaduhan di dalam sebuah negara yang aman damai seperti Malaysia ini, maka ia adalah suatu sikap yang amat mendukacitakan.

pandamaran dap balloon 110312Ia adalah sikap yang anti-perlembagaan negara dan anti-demokrasi yang diakui oleh undang-undang. Sikap sebegini tidak wajar wujud pada seorang Muslim dan rakyat Malaysia.

Kalau nak marah kepada bukan Islam sekalipun, sikap isytihar perang adalah sikap yang amat tidak cerdik. Ini dinamakan mahu ambil alih tugas kerajaan dan pemerintah yang sah. Sikap mahu melabelkan pihak tertentu layak diperangi adalah mencabar kuasa pemerintah yang sah. Ulil amri yang ada maruah diri sepatutnya mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang cuba secara terang terangan mahu mengambil alih tugas mereka yang sah di sisi undang-undang dan agama.

Sepatutnya orang Islam meletakkan diri sebagai umat dakwah, yakni sentiasa berusaha mendakwahkan bukan Islam untuk memahami Islam secara lebih baik dengan bertunjangkan al-Quran dan al-Hadis. Islam tidak kasar dan suka bergaduh dengan bukan Islam. Soal hidayah urusan Allah. Kita yang wajib berdakwah, bukan bergaduh. Ini umat Islam yang sebenar. Sikap suka bergaduh dan mirip teroris seperti ini bukan sikap umat Islam yang meletakkan dakwah dan penyampaian agama secara berhikmah sebagai satu keutamaan. Imej Islam boleh tercalar oleh mereka yang ekstrem sebegini.

Malaysiakini: Bagaimana pandangan ini harus ditangani oleh pelbagai pihak, termasuk masyarakat, pihak berkuasa agama dan kerajaan?

Dr Juanda: Saya syorkan jika pihak berkuasa mahu menerima pandangan pelik sebegini, maka suatu kajian dan peraturan baru perlu diperkenalkan terutama berkaitan dengan kewarganegaraan dan berparti politik. Soal bernegara dalam Islam adalah amat dinamik dan berkembang menurut zaman. Sistem kependudukan zaman Nabi dan sahabat ribuan tahun lalu pasti berbeza dengan apa yang wujud pada hari ini dalam sistem nation state. Hak demokrasi dan berpolitik  juga adalah suatu hak yang diakui oleh Islam. Oleh itu, jika pihak berkuasa mahu menerima pandangan pelik sebegini, maka ubahlah sistem yang ada. Tapi saya percaya, rakyat majoriti tidak akan menerima perubahan terhadap sistem yang sudah utuh ini buat masa ini.

NONENegara sejak merdeka sudah menerima sistem memberikan kewarganegaraan kepada penduduk asal dan mereka yang layak yang telah datang ke Malaysia sebelum dan selepas merdeka. Ini sistem yang telah utuh. Ini juga menunjukkan setiap mereka yang menerima Malaysia sebagai negara mereka adalah mereka yang akur kepada segala perjanjian dan peraturan menjadi rakyat negara ini.

Orang Islam yang menerima syarat dan perjanjian ini terikat kepada isi perjanjian yang telah dimeterai. Ia suatu kewajipan yang mesti dipenuhi. Nabi SAW bersabda yang maksudnya: Orang orang beriman itu terikat dengan syarat-syarat perjanjian yang mereka telah persetujui, kecuali perjanjian yang menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.

Bahkan mereka yang terima perjanjian ini adalah orang-orang zimmi yang Nabi SAW perintahkan umat Islam untuk melindungi mereka dan memberikan hak-hak kepada mereka. Ini perintah Nabi SAW.

Malaysiakini: Bagaimana sikap politik yang harus diambil oleh umat Islam dalam suasana demokrasi dan kepelbagaian kaum di negara ini?

Dr Juanda: Saya ingin menarik perhatian ummat Islam terhadap Hadis Abu Bakrah seperti yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim mengenai kesaksian palsu atau syahadtuz zur:

Maksudnya; Daripada Abi Bakrah katanya, Rasulullah SAW bersabda: Mahukah kamu semua jika aku beritahukan tentang sebesar-besar dosa besar? Kami menjawab: Sudah tentu (kami mahu) wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Menyekutukan (syirik) Allah dan menderhakai kedua ibu bapa dan berkata dusta (palsu). Pada masa itu baginda sedang bersandar lalu baginda duduk dan bersabda: Ingatlah (juga dosa yang sangat besar ialah) perkataan palsu dan kesaksian palsu. Baginda tidak henti-henti mengulanginya sehinggalah kami berkata: Alangkah baik kalau baginda berhenti (diam dan tidak mengulanginya lagi). Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

NONEHadis ini amat relevan dalam kehidupan berdemokrasi di dalam negara kita pada hari ini – di mana sistem demokrasi diterima dan kepelbagaian adalah suatu realiti yang tidak dapat dielakkan. Memahami rangka demokrasi yang positif dan kepelbagaian yang merupakan realiti amat penting agar kehidupan bernegara akan terus berada dalam keadaan rukun dan damai.

Sistem dan realiti ini sudah wujud separuh abad di Malaysia dan terbukti apabila sistem ini dihormati, negara aman damai. Jelasnya, jika semua pihak jujur dalam berpolitik maka kebenaran dan kejujuran yang akan berjaya. Rakyat mesti difahamkan terutama umat Islam, proses membina negara adalah tugasan semua pihak. Ia bukan hanya kerja orang politik sahaja. Semua wajib terlibat dengan politik walaupun bukan mesti mereka masuk dalam mana-mana parti politik. Semua juga wajib memilih dan mengundi mereka yang benar benar layak untuk memegang tampuk kepimpinan, sebab kesilapan pemilihan akan membawa bahana kepada negara.

Dalam bahasa yang mudah, dukunglah pihak yang membawa agenda yang menepati kehendak agama dan membawa kestabilan negara, juga pangkahlah calon yang benar benar layak, ada sifat al-quwwah (kekuatan) dan al-amanah. Jika didukung pihak yang tidak membawa agenda untuk kemakmuran agama dan negara maka itu adalah kesaksian palsu yang diharamkan oleh islam.

Demikian juga, jika dipangkah individu yang tidak layak menjadi pemimpin, maka itu juga adalah kesaksian palsu yang diharamkan oleh agama, yang merupakan suatu dosa besar yang paling besar. Kesedaran bahawa kehidupan politik dalam bernegara adalah termasuk urusan agama amat dituntut dpd umat Islam di Malaysia

Sunday, August 12, 2012

Salut Isteri Perdana Menteri...hmm...Turki!!



Perhatikan seorang muslimah yang solehah pada minit ke 2:00 membetulkan tudung wanita Rohingya...sejati!!

Monday, August 6, 2012

Baru sat ni orang ghomah bagitau, confirm dia tak pernah ambik loan untuk ternak lembu!! Manalah tau kan??

Shahrizat: Saya tidak tahu mengenai projek NFC
Ketika memberi keterangan dalam kes saman fitnah RM100 juta yang difailnya terhadap dua pemimpin PKR, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata beliau tidak tahu yang suaminya membida untuk projek Pusat Fidlot Nasional.

NONEBeliau menyaman Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berhubung pelbagai komen yang didakwa mengaitkannya dalam kemelut National Feedlot Corporation (NFC) Sdn Bhd.

Shahrizat memfailkan saman tersebut pada 19 Januari berhubung pendedahan Rafizi dan Zuraida mengenai NFC yang telah mengaitkan suaminya Datuk Seri Mohd Salleh Ismail.

Beliau memberitahu Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memegang apa-apa jawatan dalam NFC atau di Agroscience Industries Sdn Bhd.

Shahrizat mendakwa Rafizi dan Zuraida telah menggunakan isu itu sebagai sasaran utama dalam usaha untuk memburuk-burukkan dan memfitnahnya sebagai seorang menteri persekutuan.
NONEShahrizat berkata beliau tidak tahu bahawa suaminya telah membida untuk projek tersebut kerana kerjaya mereka adalah berbeza luas.

"Saya menjadi seorang ahli politik sejak 1995 selepas dipilih sebagai ahli Parlimen Lembah Pantai. Saya menyertai Umno pada tahun 1982," katanya.

Suaminya pula, kata Shahrizat, adalah seorang saintis dan beliau tidak masuk campur dengan urusannya, kerana beliau (Shahrizat) adalah seorang ketua Wanita Umno, seorang menteri dan pemimpin Wanita BN.

Menyifatkan serangan terhadap NFC adalah mensasarkan dirinya, Shahrizat berkata ia bertujuan untuk menyerang BN dan Umno menjelang pilihan raya umum ke-13.

Saturday, August 4, 2012