Wednesday, January 16, 2013

Padan Larrrr Najib Tak Lantik KJ Jadi Menteri.. Pondan Ghupenyerrr...Hehe!!


Anwar menang saman, Khairy tarik balik fitnah

(Oleh Aisha Geoffrey)

KUALA LUMPUR 16 Jan: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menang kes saman terhadap Khairy Jamaluddin Abu Bakar berikutan Ketua Pemuda Umno itu menarik semula kenyataan fitnah beliau ke atas Ketua Umum KEADILAN dan kes selesai.
Khairy sebelum ini berpendirian bahawa beliau ada menuturkan kata-kata terhadap plaintif (Anwar) adalah pengkhianat Melayu dan boneka kepada Amerika Syarikat dan Yahudi.
Semalam, Khairy menarik balik kenyataan tersebut dan mengambil pendirian beliau tidak pernah berkata demikian.
“Sekarang Khairy mengatakan beliau tidak pernah mengucapkan kata-kata tersebut. Ini bertentangan dengan pendiriannya sebelum ini. Pihaknya tarik balik dan kita berpuas hati,” kata Anwar mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
“Khairy kata saya pengkhianat Melayu, dah tarik balik maksudnya saya ni pahlawan Melayulah…,” seloroh Anwar yang berpuas hati dengan keputusan tersebut.
Beliau ditemani isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Hadir sama mendengar keputusan yang dibacakan oleh Hakim Datuk Su Geok Yiam adalah Khairy dan seorang lagi peguam Anwar, Gobind Singh Deo.
Ekoran tindakan Khairy itu, Anwar mengingatkan pemimpin Umno agar berhenti menggunakan saluran media sesuka hati untuk memburukkan imej beliau.
Peguam mewakili Anwar, Haijan Omar turut berpuas hati dengan penarikan tersebut.
“Dia (Khairy) menarik balik sebab bertentangan dengan pendirian beliau sebelum ini. Kita berpuas hati dan setuju untuk selesaikan,” kata Haijan kepada pemberita.
“Lagipun ia menjimatkan masa dan kos semua pihak,” tambahnya.
Anwar memfailkan saman tersebut pada 7 September 2007 dengan mendakwa Khairy yang ketika itu Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda Umno menfitnah beliau semasa menghadiri satu majlis politik di Kuala Kangsar, Perak, pada Ogos 2007.
Menurut beliau, kenyataan fitnah itu disiarkan oleh media cetak dan eletronik dalam negara pada 3 Ogos 2007.
Anwar juga mendakwa kenyataan itu menggambarkan beliau sebagai seorang ahli politik yang tidak boleh dipercayai oleh orang Melayu, yang tidak mengutamakan perjuangan orang Melayu serta hak mereka, dan beliau berkeupayaan untuk mengkhianati perjuangan dan hak orang Melayu demi mendapatkan sokongan bukan Melayu dalam negara.
Beliau turut berkata, Khairy membuat kenyataan itu untuk menyindir bahawa beliau (Anwar) merupakan seorang ejen politik Amerika Syarikat dan pihak Yahudi, di samping bertujuan memusnahkan kerjaya politiknya, dan Khairy menurutnya berniat jahat ketika membuat kenyataan itu yang merupakan satu pembohongan, tidak berasas dan tidak benar.
Selain ganti rugi am, teruk dan teladan serta relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah, Anwar turut memohon injunksi bagi menghalang Khairy, atau ejennya, daripada mengulangi kenyataan itu.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=43250

7 comments:

Anonymous said...

Angin tidak, guruh tidak, tiba-tiba pagi ini ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tarik balik saman malu RM100juta yang difailkan beliau terhadap Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin pada September 2007.

Kes yang banyak kali tertangguh tersebut sepatutnya mula dibicarakan hari ini dengan Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali dan Senator Ezam Mohamad Nor akan dipanggil menjadi saksi bagi pihak Khairy.

Seterusnya klik pada tajuk entri....

Namun Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu pagi ini bahawa Anwar ingin menarik balik saman malu tersebut tanpa kos.

Khairy yang dihubungi Agendadaily mengesahkan perkara tersebut dan mengatakan bahawa tiada permohonan maaf yang dibuat oleh pihaknya.

"(Anwar) Minta saya kata saya tidak cakap apa yang dilaporkan dalam berita,"katanya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam diberitahu reputasi Anwar tidak terjejas ekoran kenyataan Khairy dalam satu ceramah politik di Kuala Kangsar, Perak enam tahun lepas.

Peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah berkata reputasi Anwar sudah pun terjejas ekoran pertuduhan salah guna kuasa dan liwat yang dihadapinya di mahkamah sebelum ini.

Sehubungan itu, Muhammad Shafee yang mewakili Khairy berkata pihaknya akan bergantung kepada semua kes berkenaan dalam tindakan saman fitnah RM100 juta yang difail Anwar terhadap Khairy pada 7 September 2007.

Muhammad Shafee berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam sama ada kes itu relevan dalam perbicaraan saman fitnah Anwar terhadap Khairy.

Anwar mendakwa Khairy, yang ketika itu Timbalan Ketua Pemuda Umno, mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya dalam satu majlis politik di Kuala Kangsar pada Ogos 2007, yang kemudian disiarkan media cetak dan elektronik pada 3 Ogos tahun sama.

Sementara itu, ketika menjawab soalan Muhammad Shafee pada prosiding Selasa, Anwar berkata kenyataan tersebut secara tersirat menggambarkan beliau sebagai tidak pernah memperjuang kepentingan politik bangsa Melayu di negara ini.-Agendadaily


SUMBER http://brojinggo.blogspot.com/2013/01/anwar-kecut-tarik-balik-saman-terhadap.html

soalan: mana satu yang sohih ni?

Anonymous said...

Bnyk sgt kes anuwar ni. Kes akhlak yg teruk: liwat saiful, kes bantai china doll, skandal shamsidar. Kawan baik sendiri, nallakaruppan pun buat pendedahan. Tapi kasihan... Pengikut pakatan lbh mempercayai anuwar daripada bukti2 dan saksi di depan mata.

Anonymous said...

Bukankah mahkamah telah membebaskan Anwar Ibrahim? Kenapa susah sangat? hehe....

Anonymous said...

inilah akibat buat tuduhan ikut skrip.... takda satu pun bukti yang nyata tentang pertuduhan anwar... ikut undang-undang sekular pun anwar menang.... ikut undang-undang islam lagilah anwar menang.... banyak betul anugerah allah yang diberi kepada anwar ni... orang-orang teraniya sentiasa dapat perlindungan...

Anonymous said...

Mahkamah Persekutuan telah mendapati Anwar tidak bersalah dalam Perbicaraan Liwat 1.

Mahkamah Tinggi telah mendapati Anwar tidak bersalah dalam Perbicaraan Liwat 2.

Mahkamah memenjarakan Anwar atas kesalahan salahguna kuasa selama 9 tahun TETAPI anwar tidak bersalah atas fitnah liwat yang berkaitan dengan sisatan kesalahan gunakuasa itu. Jika tiada fitnah tersebut maka tidak akan ada tuduhan salahguna kuasa sama sekali.

Itupun tuan2 masih tidak faham? Kenapa bodoh sangat?

Anonymous said...

Just follow the links to the area of each campground and you eventually get an interactive map. [url=http://www.ukdresshop.co.uk]prom Dresses uk[/url]
[url=http://www.expeditionparkaca.com]canada goose canada[/url] There is a good book you can read called An Unquiet Mind by Kay Redfield Jamison, It is written in her first person experience with bipolar disorder and she talks in length about her tendancies to come off her medications..
However, a large break or baggy pants is a fashion mix up that will ruin your look.. [url=http://www.londongenuinepandora.com]thomas sabo[/url] Whether it's buttoning up your suit jacket properly, making sure your shirt is wrinkle free, or sprucing up your look with the latest tie, there is a list of small (yet important) things to know, to make the most of your business attire. Black and/or white. The cost; ease of access, in addition to equipment designed for them would seem practically never-ending.
Incidentally, there is an adapter available so you can mount all Zuiko lenses - there are some cracking legacy lenses made by Olympus - maybe you are better sticking to that for now.. [url=http://www.femmescanadagoose.com]Canada Goose Expedition Parka[/url] Biarpun peluang kedua ini berlalu , tapi Ly puas dan bahagia..
There are good companies offering 5000 brochure printing 8.5 x 11 services that exist so long as you know how to look. With this trend the modest of a woman becam a focal point and much emphasis was plac. Besides this, they might also offer negotiation tips which will save loads of money on buying furniture pieces. [url=http://www.promkleidde.com/]mac duggal ball gown [/url]

Anonymous said...

Politik Malaysia tanpa anwar ibrahim memang tak sah..