Sunday, February 24, 2013

YA ALLAH YA TUHAN KU... KURNIAKANLAH KESIHATAN YANG BAIK KEPADA TG NIK AZIZ!!


Hampir menitis air mata ini menyaksikan betapa dalam usia yang lanjut, TG Nik Aziz terus konsisten dalam perjuangan untuk menegakkan keadilan islam di atas bumi Malaysia ini.

Tidak dapat dibayangkan kalau beliau tiada. Entah-entah sudah bersatu Pas dan Umno semula? Entah-entah KuLi betul-betul jadi pilihan utama untuk jadi PM? Entah-entah Hasan Ali yang memaki hamun Pas sekarang ini diterima masuk semula ke dalam parti kita? Hmmm...entahlah.

Selagi beliau di atas landasan yang betul, saban hari beliau akan terus menjadi bahan fitnah dan makian Umno dan juak-juaknya. Selain dari DS Anwar Ibrahim, beliaulah yang kuat menjadi sasaran Umno.

YAB Tuan Guru! Apapun yang berlaku di mana saja kami tetap di belakang Tuan Guru. Sebarang pengkhianatan dan fitnah akan kami tentang, Insya Allah dengan sedaya upaya kami.

Pas berdiri bukan sekadar atas retorika tetapi dengan akhlak terhadap perjanjian yang telah kita persetujui bersama dengan parti-parti lain di bawah Pakatan Rakyat dengan dokongan kuat rakyat dan ahli parti sekelian. Keputusan 4 muktamar lalu agar Pakatan Rakyat diperkukuhkan akan tetap kami junjung.

Mari kita tumpukan seluruh fokus kita sekarang ini untuk mentalkinkan Umno dan Barisan Nasional. Jangan kita merasa was-was dengan apa yang telah kita persetujui dan matlamat yang ingin kita capai. Sudah tinggal beberapa meter terakhir sahaja lagi.

Takbir!!


3 comments:

Anonymous said...

kenapa airmataku tak mahu berhenti.....

sukri yusof said...

Pasca PRU12 yg lalu, saya bersama teman2 pak wan, kbn telah berjaya menaikan kain rentang di beberapa tempat di TBI yg berbunyi " KAMI MENYOKONG PENUH KEPIMPINAN TGNA" (menolak kerajaan perpaduang Hassan+nasa) sehingga kini masih bpendirian begitu.

hiruk pikuk seantero alam mengecam. tidak cukup tarbiah, tidak walaq dan banyak tidak, tidak......

Kami bkn nujum pak belalang tetapi lihat realiti kini! Dimana Hassan, di mana nasa? Benar lah kata2 TGNA siapa sebenarnya 2 makhlok ini.

penegasan kami tetap menyokong penuh kepimpinan TGNA dan mendoakan kesihatan terpelihara untuk terus memimpin ummah menumbangkan kerajaan Toghrut UMNO.
Takbir.

Anonymous said...

Mangkuk2 pas yg nak bersenggama dgn umno patut dinyahkan tidak kira ahli biasa, ada jawatan hatta ulama sesumpah pun.

Sifir bangang nak bersama umno umno pulak ada mca presiden porno hina Islam, mic , gerakan yg nak berkubur, ppp dan parti lain2.

Mcm bangsat puak2 penjilat umno bertopengkan pas.

MaM