Sunday, July 28, 2013

Dalam Pas Atau Luar Pas: Tolak Golongan Suka Sebar Fitnah...!!

Terima kasih dengan keyataan tegas Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai isu syiah ini. Temanpun naik lemas dengar cerita orang itu syiah orang ini syiah sedangkan satu buktipun tidak dibawa ke Jawatankuasa Disiplin. Inikah cara kita berorganisasi?

KENYATAAN MEDIA

Tiada pimpinan utama PAS terlibat dengan ajaran Syiah

Tiada pimpinan utama PAS terlibat dengan ajaran Syiah. Oleh itu, PAS mengecam tindakan media arus perdana yang cuba memberikan bayangan sebaliknya. 

Tindakan tersebut lebih bersifat politik, dengan menghalakan tuduhan tanpa bukti kukuh hanya bersandar kepada andaian semata mata. 

Tindakan beberapa orang pimpinan parti yang mempunyai hubungan peribadi dengan pimpinan Iran atau gerakan Islam Timur Tengah seperti Hizbullah bukan bermakna mereka pengikut Syiah. Jika begitu, bagaimana pula dengan mereka dan kerajaan yang mempunyai hubungan dengan Zionis Yahudi? 

Isu Syiah bukan isu politik kerana ia merupakan isu aqidah dan kefahaman terhadap ajaran Islam. Atas sebab itu, PAS memberikan amaran kepada mana-mana pihak yang ingin menggunakan isu ini untuk menyerang pihak lawan untuk keuntungan politiknya.

PAS kesal dengan pelbagai tuduhan liar tidak berasas yang dilemparkan kepada parti. PAS menentang sebarang usaha untuk membawa fahaman Syiah ke negara ini kerana ia boleh menimbulkan pelbagai polemik dan pertembungan dalam masyarakat yang mendedahkan negara kepada perpecahan di kalangan umat Islam.

Ahli PAS mesti berpegang dengan ahli Sunnah Wal Jamaah. Jika ada yang menganut fahaman Syiah, maka ia secara automatik terkeluar dari menjadi ahli PAS. 

PAS juga ada sistem pemantauan dalaman yang sentiasa aktif bagi memastikan seluruh ahli parti tidak melanggar syarat tersebut; dan kita mengalu-alukan sebarang bukti yang melibatkan ahli parti dapat dikemukakan kepada Jawatankuasa Disiplin Parti.

Kerajaan jangan hanya nampak Syiah sebagai ancaman negara, sedangkan ajaran Qadyani yang telah diwartakan sebagai ajaran sesat dan bercanggah dengan aqidah terus berjalan tanpa sebarang tindakan. 

Cubaan jahat untuk mengaitkan pimpinan PAS dengan ajaran Syiah hanyalah usaha musuh-musuh PAS bagi memecahbelahkan parti terutama menjelang pemilihan parti pada November ini. Tiupan ini semakin dahsyat sehinggakan membaca artikel tertentu yang bercanggah pendapat juga boleh menimbulkan polemik dan menjadi senjata fitnah oleh pihak-pihak tertentu untuk menuduh pihak yang lain pro-Syiah.

Ahli PAS juga diseru tidak termakan dengan fitnah ini dan berjaga-jaga dengan taktik jahat pihak musuh untuk melaga-lagakan pemimpin dan ahli-ahli PAS dengan pelbagai label seperti antara ulamak dan profesional, liberal, kumpulan Erdogan, UG mahupun Syiah. Ingat, semua di bawah payung PAS adalah keluarga ahli PAS yang tidak berbelah-bahagi.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat

4 comments:

lijitra said...

Tahniah Tuan Ibrahim dgn keyataan itu.harap musuh2 politik Pas(terutama umenongok) faham dgn apa yang diperjelaskan itu.jangan hanya tau fitnah saja. kalau benar, mana buktinya.

Anonymous said...

kalau lah syiah tu sesat kenapa Arab Saudi benarkan jemmah syiah mengerjakan Haji?
ASWJ di malaysia pun banyak bidaahnya, fikir2 lah, kalau ilmu agama setakat tingkatn 5 , baik diam je..

Anonymous said...

Isu syiah bukan tingkatan 5 sahaja yang bincang. Ulama dunia pun bincang. Neraca kebenaran bukan terletak kebenaran mengerjakan haji tetapi berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.

MaM

Anonymous said...

Hai dah update blog balik. Ingat pencenda