Saturday, September 21, 2013

LAWAN TETAP LAWAN!!

Mutakhir ini, kerap betul dianjurkan konvensyen, multaqa, ijtimak dan lain-lain di dalam parti PAS. Tajuk yang paling disukai ialah berkenaan dengan tahaluf siyasi dan keseluruhannya menjurus agar ianya dikaji semula. Kemudian lahir berbagai resolusi untuk memperkukuhkan kedudukan ulamak dan pemuda dalam kepimpinan parti. Kesan sampingan yang diharapkan ialah terpinggirlah pemimpin apa yang dilabel sebagai parasit, ulat daun, syiah, islam liberal dan sewaktu dengannya agar parti menjadi wadah untuk ahli-ahli yang maksum sahaja.

Saya amat bersetuju agar soal kualiti kepimpinan dijadikan agenda utama di sebarang konvensyen, multaqa dan blablabla itu. Jemaah atau negara dengan sendirinya akan mantop dengan barisan kepimpinan yang mantop. Sebab itu sebaik sahaja Rasulullah wafat, agenda memilih kepimpinan menggantikan baginda telah diangkat menjadi agenda utama waktu itu mengatasi urusan lain.

Namun bagi saya, pemimpin yang dipilih mestilah yang paling al-qawi dari sekian al-qawi yang ramai itu. Yang paling al-amin dari al-amin yang ada itu. Ia mestilah berdasarkan merit kepimpinan. Merit bermakna mesti ada sikap dan sifat siddiq, amanah, tabligh dan fatonah. Ini bukan boleh main cincai-cincai. Asalkan kau golongan aku engkau naik. Tidak boleh begitu.

Apapun, bolehkah kita lupakan sejenak 'krisis' memilih kepimpinan parti ini? Mari kita bincang sedikit tentang apa yang masalah yang berada di hadapan kita yang telah bertahun-tahun kita hidup dalam cycle yang sama tanpa ada usaha yang sungguh-sungguh untuk mengatasinya.

Saya membuat sedikit kajian tentang keputusan PRU13 dan ingin membuat cadangan realistik yang saya rasa boleh membantu Pakatan Rakyat untuk memenangi PRU14 akan datang.

Dari kita bergaduh sesama sendiri untuk mendapat tempat yang lebih istimewa di dalam hirarki parti masing-masing, baik kita settle yang boleh kita buat dulu.

Cuba lihat carta di bawah ini. Ini bukan carta baru tetapi fakta majoriti kemenangan terbesar calon-calon yang bertanding...


Dan lihat fakta di bawah ini pula...

Keputusan PRU13 P92-P96:

NO        PARLIMEN                                JUMLAH   MAJORITI   PARTI

1.           P92 Sabak Bernam, Selangor        31,697        1,644             BN

2.           P93 Sungai Besar, Selangor          37,811           399             BN

3.           P94 Hulu Selangor, Selangor        75,119        3,414             BN

4.           P95 Tanjong Karang, Selangor     37,676        4,394             BN

5.           P96 Kuala Selangor, Selangor      55,474           460             BN

Dari carta teratas, jelas bahawa dari 20 parlimen yang memperolehi majoriti tertinggi dalam PRU13 yang lalu, 19 daripadanya dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Hanya parlimen Pekan sahaja BN menang besar.

Manakala di Parlimen P92-96 yang dimenangi oleh Barisan Nasional, majoriti yang dimenangi oleh mereka hanya antara 399 hingga 4,394 undi. Jumlah keseluruhan (jika dicampur) majoriti 5 parlimen ini ialah hanya 10,311 undi.

Bayangkan kalau kita memindahkan 10% sahaja jumlah undi majoriti (22,835 ie 10% dari 228,350) yang diperolehi dari 7 parlimen di negeri Selangor di atas ie Serdang, Petaling Jaya Utara, Puchong, Kota Raja, Kelana Jaya, Pandan dan Subang ke 5 parlimen yang kita kalah di Selangor itu, maka ghuyublah BN di Selangor dan kita mendapat pertambahan 5 kerusi lagi di parlimen Malaysia.

Luaskan modus operandi ini ke seluruh negara, hmmm...I tell you bro.

Menang majoriti 50,000 tapi kita menang 1 kerusi saja. BN menang 5 kerusi hanya dengan majoriti keseluruhan 10k+.

Memindahkan pengundi sudah menjadi amalan Barisan Nasional sejak sistem pilihanraya diamalkan di negara ini dengan bantuan SPR dan JPN. Ini bukan satu rahsia malah iainya diakui oleh mantan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman. Baca di sini

Ada orang kata kita tak patut main kotor sebagaimana yang dinyatakan oleh Tan Sri Abdul Rashid itu tetapi bukankah ini adat berperang? Kita bukan main bola atas 'level playing field!' Gawang pintu gol kita lebih besar. Sesuatu mesti dilakukan.

Lakukan secara sistematik dari sekarang. Kita perlu ramai strategist dan doer dari talker.

Walau bagaimanapun ini hanya pendapat peribadi saya. Kalau tak bersetujupun tak mengapalah. Jadinya kita lawanlah macam biasa.

Yang pasti, LAWAN TETAP LAWAN!!


2 comments:

Anonymous said...

Hi, nampak aktif semula update blog. ingatkan dah pencen. Sayangkan Pas lagi?

Anonymous said...

Puak yang suruh kaji Pas dlm Pakatan mestilah ditendang kluar dalam pemilihan kali ini. Mereka adalah duri dalam daging & Proxy UMNO. Nyahkan mereka. kalau mereka masih ada sampai bilapun Pas takkan maju dlm Pakatan. PRU 2013, result utk Pas tidak seperti yang diharapkan kerana puak-puak nilah.