Friday, July 17, 2009

MISTERI KEMATIAN TEOH BENG HOCK TERBONGKAR?


Malaysia Today, Mat Saman Kati dan kerabubersuara mungkin ada jawapannya.....


Orang Tua Ni Patut Kena Flying Kick Ni...


Bingai. Orang tua ni memang dajal sungguh. Apa idaknye.? Berapa lama dia jadi PM? Berapa lama dia jadi Menteri Dalam Negeri?

Dah tak da kuasa...baru nak bersuara? Bangang betul...!!

Abdullah: K'jaan berani hapus ISA

Dua minggu sebelum demonstrasi besar dirancang bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mantan perdana menteri berkata kerajaan wajar "berani memansuhkannya."

Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata ISA memberi kuasa yang besar serta skop yang mungkin terlalu luas untuk pihak berkuasa menentukan apa yang boleh dianggap sebagai ancaman keselamatan, lapor Bernama.

"Sebagai (bekas) menteri dalam negeri, saya telah menandatangani banyak penahanan tanpa perbicaraan di bawah ISA dan dengan kerajaan hari ini ingin pula mengkaji semula keberkesanan serta impak ISA, saya berasa terpanggil untuk memberi pandangan ikhlas mengenai akta ini.

"Perlu ditegaskan bahawa Malaysia masih memerlukan suatu mekanisme penahanan pencegahan demi keselamatan negara kerana cabaran yang kita hadapi seperti ancaman keganasan yang merentasi sempadan menuntut perundangan yang membolehkankerajaan mengambil tindakan pencegahan," beliau dipetik berkata.

Abdullah mengulas isu ISA sewaktu berucap sempena majlis konvokesyen khas penganugerahan ijazah kehormat Doktor Falsafah Demokrasi kepadanya di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyempurnakan penganugerahan berkenaan.

Dicemari stigma negatifAbdullah menambah, sama ada suka mahupun tidak, ISA sebagai suatu akta sudah dicemari dengan stigma sebagai unsur negatif kepada agenda pemerkasaan demokrasi negara dan untuk benar-benar melakukan pembaharuan, kerajaan perlu berani untukmelangkaui kerangka lama dan membuka lembaran baru.

Abdullah dilaporkan berkata beliau percaya "kerajaan berani melakukan perubahan seumpamanya seperti memansuhkan ISA" sebagai satu petanda komitmen kepada agenda pembaharuan demokrasi negara.

"Inilah transformasi yang saya percaya rakyat harapkan kerana tindakan pencegahan itu seharusnya tidak mengorbankan kebebasan hak asasi manusia atau disalahgunakan untuk tujuan politik."

Mungkin satu contoh adalah untuk menghadkan skop penahanan pencegahan kepada ancaman tertentu atau akta baru boleh dihadkan khusus untuk mencegah kegiatan keganasan sahaja sekaligus mengurangkan kemungkinan penyalahgunaan kuasa demi matlamat politik," katanya seperti dilaporkan.

Pemuda Gerakan berdemo

Kelmarin, PAS menyeru ratusan ribu ahlinya agar menyertai demonstrasi membantah akta kontroversi untuk menyerahkan memorandum ke Istana Negara, 1 Ogos ini.

Parti itu juga mengarahkan semua ketua penerangan negeri dan peringkat kawasan menganjurkan ceramah dan mengedar risalah menggalakkan orang ramai menyertai Himpunan MANSUH.

Pada 13 Julai, Pemuda Gerakan secara terbuka menyatakan sokongan terhadap - dan turut serta dalam - demonstrasi itu yang dianjurkan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), yang disertai pembangkang dan NGO hak asasi.

Pada 22 Jun lalu, GMI secara rasmi mengumumkan perhimpunan itu dengan mensasarkan jumlah "sekurang-kurang menyamai jumlah mereka yang menyertai perarakan anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih)", dua tahun lalu.

Pada perarakan ke Istana Negara pada November 2007, kira-kira 40,000 ribu orang turun bersama-sama dengan tokoh-tokoh pembangkang.

Tarikh 1 Ogos dipilih sempena 49 tahun ISA yang digubal sejak 1 Ogos tahun 1960.

Kenapa dia nak bunuh diri?

Ini yang dilaporkan oleh NST hari ini...MACC: Teoh was not a suspect...

Ini yang pelik ni...menurut Datuk Abu Kassim...Teoh ni relaks aje...

MACC deputy commissioner Datuk Abu Kassim Mohammad said Teoh came to the commission's Selangor headquarters at Plaza Masalam on his own and never showed signs of being under pressure throughout the eight hours of questioning.

"He was a very cooperative, friendly, good and helpful witness.

Menurut beliau lagi...dia buka suspect..dia cuma saksi..

Teoh Beng Hock was never a suspect in the ongoing investigations but a friendly and cooperative witness who was assisting the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) in the probe into falsified claims.

Yang herannye...bila dah dibebaskan...kenapalah dia tak balik terus rumah dia sebagaimana orang lain...

Abu Kassim said after he was discharged, Teoh was supposed to return to the MACC office later yesterday with certain documents pertaining to transactions with seven companies as he had processed those documents.

"After my men discharged him, Teoh said he wanted to rest on the sofa and my men last saw him sleeping at 6am."An hour later, he was no longer there," he said, adding that another witness in relation to the same case was still being questioned when Teoh was discharged.

Mungkin layanan yang diberikan terlalu mesra hingga keberatan dia nak meninggalkan SPRM?? Walau bagaimanapun teman tak nak buat spekulasi...biorlah cawangan2 Umno yang lain membuat siasatan..!!

Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man Di MBI Hari Ini.

Dipetik dari blog Masjid Bukit Indah

Isnin, 2009 Julai 13

Assalamualaikum

Insya Allah jumaat ini 17 Julai 09, Khatib jumaat kita ialah Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau juga akan menyampaikan kuliah pendek sebelum jumaat.

Agak lama juga saya cuba dapatkan tarikh dari Nazaruddin PA Dato' Tuan, alhamdulillah kali ini dapat.

Dato' Tuan merupakan tokoh yang tidak asing lagi di kalangan rakyat malaysia, kerana beliaulah antara ahli panel yang selalu dijemput dalam Program EHwal Islam dulu di RTM 1. Beliau adalah mantan pensyarah kanan UiTM Jengka.

Mempunyai keistimewaan ucapan yang lembut dan berkesan kepada hati. Perwatakan lembut dan seringkali senyum, mudah menolong orang pada bila-bila masa.

Semoga tiada apa halangan Insya Allah pada hari tersebut.

Semua dijemput hadir untuk mendapatkan ilmu.

Thursday, July 16, 2009

Tau tak kenapa Manchester United akan menang EPL musim depan?

Seperti biasa...sebelum musim baru bermula maka beriyor-iyor le peminat2 mahupun pengurus pasukan lawan terutamanya Liverpool (dah berapa tahun tak menang EPL yer?), Chelsea, Arsenal dll...menghina dan mencaci nista kelab no 1 dunia ni...biaselah yob. Dengki. Sapa kata Mat Salleh tak dengki??

Tahun ni lagilah teruk kena kutuk. Mana idaknye yob?? Ronaldo dah belah..Tevezpun belah. Yang masuk si sicknote tu...Owen...sekor lagi tu apa nama...Overtan..overkilo?? What everlah..

Tapi being MU...kita orang kompiden ajer...apa idaknye...ada 60 juta pound lagi yob...

Teman setuju bebeno Alex Ferguson tak payah beli pemain lain...

Kawan teman si Li tu ada solutionnye...duit tu buat beli game aje. "Bayor ajelah kat referee!!" Katenye...he he.

Bergelige juga otak orang Umno ni....sampai ke England dia nak menipu!!

PUSINGAN PERTAMA UNTUK ANWAR IBRAHIM

Pusingan petama ni bolehlah dikatakan untuk Anwar Ibrahim.

Tetapi keengganan mahkamah membenarkan peguambela untuk 'access' contoh 'DNA' dan testimoni video Saiful menjadi tanda tanya??

However, the court refused to grant the defence access to 'relevant' DNA sample and Mohd Saiful's video testimony to the police done on June 30, 2008.

Court rules for defence, gets almost all evidence
S Pathmawathy Jul 16, 09 12:28pm

Justice Mohamad Zabidin Mohd Diah has ordered the prosecution to allow Opposition Leader Anwar Ibrahim's defence team to inspect CCTV recordings of the alleged crime scene if the copy given is unclear.

He also ordered that the examination notes of Hospital Kuala Lumpur doctors on the alleged victim - Mohd Saiful Bukhari Azlan - be handed to the defence team.The High Court judge also wants the prosecution to provide the defence team with the witness statements of seven individuals.

However, the court refused to grant the defence access to 'relevant' DNA sample and Mohd Saiful's video testimony to the police done on June 30, 2008.

Earlier, the High Court was adjourned at 10am for the judge to deliberate after defence lawyers, Edmund Bon and Amer Hamzah Arshad made their rebuttals to lead prosecutor Yusof Zainal Abiden's argument that all admissible documents had been supplied to the defence.

The defence applied to compel the prosecution to submit a complete set of original documents, witness statements, CCTV recordings and other exhibits relating to the charge.

Defence's thrustThe thrust of Anwar's defence is that they had served an alibi notice to the prosecution, the charge was a political conspiracy, the complainant (Mohd Saiful) cannot be trusted, there was tampering of crucial evidence and that there is conclusive medical evidence that there was no penetration.

Before the trial commenced this morning, counsel R Sivarasa (left), who is leading the defence, after senior lawyer Sulaiman Abdullah had discharged himself yesterday, asked the judge to order investigating officer Jude Pereira out of the court.

Pereira, who was also observing the hearing yesterday, is a key prosecution witness, said Sivarasa.The judge agreed and ordered Periera to leave.

Once the judge decides on the application for further exhibits, the court is expected to fix a date for mention of Anwar's application to strike out the charge and fix new trial dates, depending on the outcome of the previous applications.

Orang Cina Pandai Berstrategi....Bila MP Umno Nak Masuk DAP?

Tidakkah kita tertanya2 kenapa Chua Ji Meng tak masuk DAP atau Gerakan?
Jawapannya di sini...Demi ketuanan melayu....


Bekas Naib Presiden MCA, Datuk Chua Ji Meng dipercayai akan melompat parti untuk menyertai PKR di satu majlis hujung minggu ini.

Chua telah memanggil mesyuarat tergempar MCA Bakri malam ini di mana beliau dijangka melepaskan jawatan ketua bahagian berkenaan.

Difahamkan timbalannya, Sia Ka Tuan, dijangka akan memangku jawatan ketua bahagian berkenaan.

Chua, 64, bekas menteri kesihatan dan seorang peguam, mengetuai bahagian Bakri sejak 23 tahun yang lalu.

Beliau bertanding jawatan timbalan presiden MCA tetapi tewaskan kepada Datuk Seri Ong Ka Ting pada 2005 dan Datuk Seri Ong Tee Keat pada 2008.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menggunakan kemasukan Jui Meng ke dalam PKR untuk meningkatkan sokongan kepada gabungan pembangkang yang kini berdepan dengan krisis dalaman dan kebangkitan semula BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri baru, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Usaha untuk menghubngi Jui Meng sehingga tidak berjaya.

Wednesday, July 15, 2009

Masjid Contoh...


Seorang qaryah MBI telah e-mail kepada teman laman web Masjid Al-Ghufran di TTDI.


Katanya konsep masjid ini boleh dijadikan contoh oleh MBI untuk diguna-pakai.


Bagi teman saranan ini amatlah tepat untuk diambil perhatian dan tindakan. Kebetulan pulak AJK MBI akan mengadakan brainstorming session pada Ahad ini, Insya'Allah. Kesemua pengerusi lajnah yang dilantik akan membentangkan kertas kerja masing-masing pada hari tersebut untuk dibahaskan oleh AJK dan pegawai masjid.


Mudah-mudahan sesuatu yang benar-benar konkrit akan lahir dari sesi tersebut dan seterusnya langkah susulan dibuat dengan bersungguh-sungguh untuk merealisasikan gagasan tersebut.

Suka teman menyeru kepada rakan-rakan di luar sana yang cintakan masjid untuk melupakan seketika segala yang pahit dan yang keruh dan sekaligus memberi kerjasama sepenuhnya kepada AJK MBI dalam usaha untuk memakmurkan masjid sebagaimana yang dituntut oleh yang Maha Esa. Tuan Syed Salim sendiri telah menunjukkan contoh yang baik dengan memberi kerjasama sepenuhnya kepada AJK MBI.

Sudah tentulah AJK MBI juga perlu berjiwa besar untuk menerima teguran mahupun pandangan dari ahli qaryah. Mari sama-sama kita melihat ke hadapan dan menjadikan apa yang kita tinggalkan di belakang sebagai pedoman untuk kita bertindak lebih matang pada masa akan datang. Wallahu'alam.