Wednesday, April 30, 2008

Program Melawat Pasaraya Mukmin Di Taman Andalas, Kelang

Esok teman dan beberapa orang rakan PAS dari cawangan dan kawasan akan ke Kelang untuk explore business venture di sana...

8.30am berkumpul di Restoran Dalila...breakfast dan bertolak jam 9.15am. Ambil kawan di R&R Kesas Highway dan terus ke Pasaraya Mukmin. Taklimat oleh one of the Director the pasaraya, anak saudara Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Taklimat mengenai operasi, modus operandi pasaraya, investment dan sebagainya. Kalau boleh nak bawa mereka ke Ampang bagi memasarkan barangan halal. Masa tu ahli PAS kena sepakat untuk meninggalkan Tesco, Carrefour, Giant dan sebagainya. Kita akan buat investment di dalam perniagaan ini untuk menjana ekonomi parti kita amnya dan Cawangan dan Kawasan Bukit Indah khususnya.

Apabila kita menang pilihanraya kita perlu melakukan sesuatu untuk parti dan masyarakat dan bukan sebaliknya.

Kalau ada masa kita akan melawat Meta Morf Supermarket di Pantai Dalam untuk tujuan yang sama. Semoga success....

Futsal Gala...


Hari Sabtu lepas, Pemuda Cawangan Bukit Indah telah menganjurkan futsal di Ampang Sport Planet. Ia bertujuan untuk menarik golongan belia berinteraksi dan beraktiviti bersama PAS.

Sambutan amat memuaskan dan yang paling menarik bukan golongan muda sahaja yang turut serta malah golongan kurang (dah tak berapa) upayapun turut serta. Tidak ketinggalan beberapa jemaah dari saluran 1 telah menunjukkan skil mereka yang terpendam sejak zaman Pele lagi..he he.
















Beberapa insiden menarik telah dapat disaksikan. Rasa up to the standard jugalah aksi mereka ni kalau masuk dalam program ripley's believe it or not .

Ada yang terjatuh tanpa disentuh..macam Cristiano Ronaldo aje..

Ada macam Kanu...tak de keeper..1 kaki dari goal line...pun tak masuk...

Eh macam-macamlah.

Tapi ultimatenya..teman nak ucap tahniah kat Saudara Anas kerana berjaya menganjurkan acara sulong ni. Moga lepas ni banyak lagi aktiviti macam ni...

Pemuda amat penting. Bior le bapak dia UMNO tapi anak dia bersama kita. They are the future...

Glory Glory Man United


Like it or not, here we go...Moscow.


Anak teman, Hafiz kejut jam 4 pagi. What a greeeeaaaaaaaaaaaaaaatt goal....
For Nizamuddin (Arsenal fan)...guano mu?


Tuesday, April 29, 2008

Anwar In Parliament

KUALA LUMPUR, April 29 — Ten years after being kicked out, opposition leader Anwar Ibrahim returned to Parliament today — but only as a spouse guest.
"This is a new beginning. I have entered. I will never leave again," Anwar said after attending the formal opening of Parliament, where he was once deputy prime minister and finance minister - The Malaysia Insider.

Yang menariknya cuba baca di bawah ni...

"Yes, 10 years is a long time but it is good to be back," he said after mingling with Yang di-Pertuan Aong Tuanku Mizan Zainal Abidin and other dignitaries, including former colleagues, over tea. "They were polite. Just chitchat," Anwar said.
"I always believe that in politics you shouldn't be bitter and personal. In fact I was happy to meet some of my very old friends including those in the Cabinet. They said very nice things and I reciprocated," he said.

Hmm biasalah tu Dato' Seri...masing-masing dah goyang. Sekarang ni mestilah cakap benda yang baik-baik. Hai makin tak dapat tidur malam lah Pak Malau tu...He he..

RPK smackdown RTM

Dari clip di bawah ni, dapatlah kita menilai bertapa jauhnya taraf atau kualiti pemikiran mat-mat gomen ni berbanding dengan kita..tahniah RPK. Manalah nak letak muka ko Pak Lah.

Faham le kita kenapa Malaysia ni jadi begini akhirnya...tengok-tengok juga moderator tu. What the h..l??

Part 1 - http://www.youtube.com/watch?v=09S2tyeYPC4

Part 2 - http://www.youtube.com/watch?v=YpFoaay8ACU

Part 3 - http://www.youtube.com/watch?v=slTrT8cjzHQ

Dakwah Cara Islam Hadhari

Saya terima email dari seorang kawan yang sertakan clip you tube. Satu cara dalam konsep dakwah Islam Hadhari...

video


Tapi yang teman perasan sangat...sejak kalah banyak kerusi hari tu...Islam Hadhari dah lenyap dari bibir Pak Lah. Tinggal Zahid Hamidi je yang menjaja ajaran sesat ni ke sana ke mari.

Songkok Senget

Teman seronok hari ni tengok DSAI berkunjung ke Parlimen dengan songkok sengetnya. Sesenget songkok Tan Sri Khalid Ibrahim. Mungkin songkok DSAI lebih senget kerana beliau lebih senior. Mungkin juga ini identiti baru PKR.
Tak pe lah senget songkok jangan senget perjuangan sudahlah.
Teman doakan kunjungan berikutnya DSAI akan menjadi anggota parlimen dan seterusnya menyandang jawatan Perdana Menteri negara kita. Sudah terlalu dekat rasanya.

Monday, April 28, 2008

Ala Khosim..Ala Khosim

Teman tengok website DUN Lembah Jaya dan teman tengok juga website Parlimen Ampang....kekadang teman sedih juga. Kenapalah website DUN Lembah Jaya ni slow sangat? YB Khasim kita ni tak de staf ke? Slow semacam berbanding dengan PKR.

Lagi satu teman nak tanya apa ke hei nye meeting atau taklimat 23hb April lalu tak jemput Cawangan Bukit Indah? Susah bebeno ke nak sms ketua cawangan dan setiausaha kita orang? Kita tak merajuk atau merungut....tapi nak bagi tahu banyak benda cawangan kami ni boleh contribute...yang ruginye dema juga.

Jangan le nak minta tolong aje sibuk call....

Keris Hishamuddin

Malam tadi YB Zulkifli Nordin dah pesan, lepas kuliah jangan dok lepak kat kedai kopi mengumpat orang...secara specific dia cakap pasal kita orang yang dok melepak kat Kopitiam Bang Nan. Silap beso YB baru kita ni...

Kalau dia tahu sumbangan Kopitiam Bang Nan...tentu dia menyesal cakap macam tu. Ye lah kite orang duduk kat situ bukan ngumpat orang. Cuma kita mengatakan yang tak betul sebagai tak betul. Salah ke? Contohnya kita kata Hishamuddin si Keris katek tu bodoh. Salah ke? Sama juga macam dia kata kat dalam surau tu masa bagi kuliah, puak-puak UMNO ni berkarat...Eh sama aje beb!!

Cuma teman nak ulas lebih sikit pasal keris dan orang melayu pada zaman negara berkebajikan inilah. Zaman-zaman Hang Tuah dan Hang Lekiu tu lantak pi lah. Zaman orang dah pergi angkasa, zaman orang berniaga pakai internet, zaman orang mesyuarat pakai video conferencing, zaman orang kira harta faraid pakai software, ehh zaman serba modenlah, zaman orang berperang dengan senjata nuklear picit butang dalam bilik aircon...si Hishamuddin ni tak tau nak buat macam mana pasal keris ni??? Dia tak tau apa nak buat dalam persidangan UMNO akan datang ni (ada lagi ke tak?) samada dia nak cium keris lagi ke tak? Hampeh betul ko Hishamuddin.

Teman nak bagi taulah kat Hishamuddin dan budak-budak UMNO ni...dalam dunia melayu (UMNO) sekarang ni keris cuma digunakan oleh para bomoh untuk tikam nombor ekor aje. Si Mee Panjang kata dia guna keris untuk garu belakang dia yang gatal tu. Di pentas-pentas teater untuk lakonan saja.

Eh orang perang dah pakai senjata nuklear lah..Iran dah ada senjata nuklear, India dan Pakistan dah ada, Korea Utara dah ada....kamu masih cerita pasal keris...apa ke hei nye? Bak kat Mee Panjang, MCA bagi alasan dia kalah sebab isu keris sedangkan dia orang malas nak jawab isu sebeno. Bodoh gila Hishamuddin. Nampaknya kalahlah ko kalau bertanding naib presiden nanti....

Baju Bola David Beckham dan Khairy Jamaluddin...

Teman baca dalam Fox News semalam, ada dua budak kat US berebut jersey David Beckham. Baca sini http://www.foxnews.com/story/0,2933,352558,00.html

Ia bukan sahaja antara budak-budak tu...tapi dah libatkan mak bapak dia orang. Sampai bawa ke mahkamah pasal jersey busuk tu.

Moral of the story nya teman nak bandingkan bola kat UK dengan kat Malaysia ni...

Bola di Europe dan US dah jadi industri. Setengah-setengah pasukan elit listed kat London Stock Exchange. MU dulu disenaraikan tetapi dah delisted sejak sejak Malcolm Glazer membeli saham MU bernilai lebih 1b pound sterling. Transfer pemain melibatkan wang yang besar. Di akhir musim yang lalu, MU membelanjakan lebih 60 juta pound. Roman Abramovich telah membelanjakan 700 juta pound sejak membeli Chelsea dari Ken Bates.

Malaysia guano? Dah lah ranking merosot ke lebih 170 di dunia...eh rasuah pulak tu. Ape ke bende kita ni omak oi...? Apakah ini budaya baru yang diperkenalkan oleh Timbalan Presiden baru FAM?? Teman malas nak ulas tapi rasuah ni macam dah sinonim dengan parti yang dianuti oleh Timbalan Presiden FAM ni.

Lebih terpegun teman...salah satu pasukan yang terlibat dengan rasuah ni ialah pasukan PDRM.....Eh...macam dah biasa dengo aje teman. Kalau ye pun tak payahlah le sampai ke pasukan bola yob oi...!

Sayu hati teman bila dengo pemain-pemain Sarawak dibayar gaji lewat. Cakap macam nak ghak...negara paling berdaya maju, paling maju di rantau sebelah sini (kecuali Singapura), wawasan tu wawasan ni, koridor tu koridor ni...hampeh. Kawan ingat suruh Balkis bayo gaji dia orang lagi bagus...dari bagi kat Bakti...Bukan ke duit tu boleh transfer sana transfer sini.

Teman sekarang ni kalau you all tanya pasal nama pemain Malaysia...sekorpun teman tak tau. Maaf je lah. bukan tak patriotik. Lebih baik teman tonton keletah pemimpin-pemimpin UMNO. Khir Toyo ke, Mat Taib ke, Pak Lah ke, Shabery Chik ke...dia orang buat kelakar...sekurang-kurangnya terhibur juga hati teman.

Teman ingat Pak Wan lebih baik lah dari dia orang semua ni...Cakap pasal Pak Wan..nanti teman cerita pasal game futsal kita orang yang telah berlangsung malam Ahad yang lalu. Yang pastinya teman sempot. He he..

Friday, April 25, 2008

Alamak Khir Toyo

Tak cukup Khir Toyo, ni cerita pasal bini dia pulak, DS Zaharah Kechik...

http://203.115.192.117/friday/index.html

http://www.sun2surf.com/article.cfm?id=21755

Tak payah cerita pasal bab lagi Khir....

For Tan Sri Khalid, your first 100 days is coming very soon.....

Tuesday, April 22, 2008

Mengurus Kejayaan

Ahad lalu...Pas Caw. Bukit Indah mengadakan mensyuarat penaja. Hmm..dah menang baru nak taja (tak delah..teman bergurau saja)..
Sejarahnya, PAS Caw. Bukit Indah telah ditubuhkan pada tahun 1999 untuk menghadapi PRU10. Itu semua tempias gelombang reformasi. Ia dapat bertahan hingga tahun 2004 sahaja. Lepas tu hanyut bersama gelombang 2004...habieh..bungkus.

Sehinggalah pertengahan tahun lepas. Di rumah Hj. Nan (tauke Kopitiam)...secara tergesa-gesa ditubuhkan cawangan baru. Ini gara-gara penaja cawangan lama dah give up. 2 kali PRU kalah...member kata, you all take the lead. Oklah..kita orangpun buatlah meeting lantik jawatankuasa untuk menggerakkan PAS cawangan ni...semua yang hadir dapat jawatan. Tak payah kempen. He he..

Bila Pak Lah, entah apa mimpi orang tua tu mengumumkan pembubaran parlimen Februari lepas...tanpa berlengah dan banyak soal, segala kerja kempen dan sebagainya dijalankan. Dana dicari (terima kasih daun keladi kepada yang menginfakkan harta) dan selama lebih 3 minggu semua orang bertungkus-lumus walaupun ada sedikit sebanyak perbezaan pendapat.

Tapi itulah...sebenonya 3 minggu aje kita orang bertungkus-lumus. Sebelum ni tak de banyak bendapun yang kita orang buat. Nyatalah...kemenangan ini adalah sebeno-benonya hadiah dari Allah, Tuhan Yang Maha Kuasa. Sesungguhnya hati-hati manusia ini baik islam mahupun bukan islam adalah milik Allah jua.

Hindraf yang kita marah 2 atau 3 bulan sebelum PRU12...80% memberikan sokongan kepada kita. Masyarakat Cina yang bimbang tentang masa depan ekonomi negara telah dapat melupakan phobia 13 Mei.

Berkat doa dan qunut nazillah yang kerap kita amal dan aminkan...Pastinya Allah memperkenankan doa kita. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Menerima Taubat. Pihak musuh masih bercakaran sehingga hari ini. Pak Malau meracau di BBC dalam slot 'hard talk'. Dulu Najib bagus..sekarang Najibpun dia kata tak boleh harap. Sokongan beralih kepada Muhyidin dan Rais Yatim nampaknya sekarang. Esok lusa siapa pula?

Isu Babi sudah menjadi beban kepada UMNO sekarang. Tak pasal-pasal Khir Toyo dan Si Karim Tg. sepat tu terpaksa menelan segala-galanya. Seperti meludah ke langit..akhirnya terlonggok di atas kepala sendiri.

Namun seperti yang saya katakan...kita tidak boleh bersikap seperti di dalam pembangkang. Kita perlu mengatur strategi untuk mengukuhkan parti di peringkat cawangan. Jika tidak, 3 atau 4 atau 5 tahun akan datang kita akan kecundang. Sebagaimana kata MP Padang Terap di Ulul Azmi malam tadi, kemuncak kepada kemenangan ialah kekalahan.

Kita tidak akan berjaya dengan retorik sahaja. Kita perlu kepada pengisian program yang komprehensif. Lalu kita masih lagi tidak lekang menceritakan tentang keunggulan Islam di zaman kemuncaknya di Andalusia, kota lagenda 1001 malam Baghdad, Pulau Sicily di Selatan Italy, Constantinople di zaman Sultan Muhammad bin Murad al-Fateh, Palestin di bawah genggaman Solahuddian al-Ayyubi, dan sebagainya. Kita tidak boleh lagi terlalu berbangga dengan kebijaksanaan Ibnu Sina, kepintaran Omar Khayyam, ketinggian akal Ibnu Nafis, kecerdikan al-Ghazali atau sesiapa sahaja.

Ya, tidak salah hal ini diungkapkan untuk mengimbau kekuatan lampau dengan tujuan memercikkan semangat kesedaran dan keinsafan, tetapi hal ini janganlah terlalu bersifat retorika dan nostalgika sehingga melupakan kita daripada matlamat perjuangan yang ada di hadapan mata sekarang.

Marilah kita kuatkan ekonomi kita. Teman ada menggariskan beberapa langkah yang perlu kita ambil untuk menjana ekonomi di dalam sesi brain storming yang lalu. Menjadikan Pasaraya Mukmin dan Metamorf sebagai model perniagaan umpamanya.

Begitu juga perlunya kita mendekati orang cina dan india bagi mengekalkan sokongan mereka terhadap parti kita. Sekurang-kurangnya kita perlu menjalankan aktiviti bagi menghilangkan rasa phobia mereka terhadap Islam dan Pas. Penting kita mengaktifkan Kelab Penyokong Pas di cawangan kita.

Begitu juga dengan orang-orang UMNO yang memberikan undi kepada kita. Apakah langkah yang perlu kita ambil untuk memberi makna kepada sokongan mereka itu? Kita tidak mahu mereka mengundi kepada kita kerana marah dan apabila marah mereka reda mereka kembali menyokong UMNO. Di sini kita perlukan satu program untuk mereka.

Bagaimana dengan muslimat? Kita selalu membelakangkan muslimat sedangkan di cawangan kita lebih 50% adalah wanita. Dalam PRU12 yang lalu, wanita hanya muncul 2 atau 3 hari sebelum hari mengundi. Ini tidak mencukupi memandangkan wanita dan Puteri UMNO kelihatannya begitu aggresif sekali. Tidak salah muslimat tapi kita ni yang asyik menyimpan isteri kita di rumah sahaja.

Teman suka menggesa Pemuda untuk tampil ke depan. Tidak cukup Anas, Fakhrul dan Azrul sahaja. Sebagai langkah awal, semua AJK yang dipilih perlu mengerahkan semua anak-anak kita yang telah baligh untuk sama-sama beraktiviti. Jangan bapa sahaja yang bertungkus lumus sedangkan anak-anak duduk di rumah di depan tv. Merekalah masa depan parti kita.

Kita perlukan tenaga muda. Kata pujangga: ''Bukan seorang pemuda yang asyik dengan sejarah ayahnya, saudaranya, atau datuknya, tetapi pemuda yang sebenarnya akan berkata, inilah aku''.Pemuda mesti mencipta sejarah, bukan hanya berbangga dengan sejarah. Dan untuk itu, kita perlu mencungkil kekuatan terpendam ataupun silent power yang terdapat dalam diri mereka.

Pemuda seharusnya berjiwa kepemudaan, tidak boleh bersifat ketuaan. Kepemudaan melambangkan semangat yang membara-bara dan penuh dengan tenaga dan selera ingin bertindak. Kepemudaan adalah golongan yang hanya berfikir ingin bergerak dan bertindak meskipun cabaran banyak di hadapan. Kepemudaan melambangkan golongan yang sangat berani melakukan sesuatu dan tidak mudah terpengaruh dengan unsur-unsur pelemah.

Islam memberikan ruang yang sangat luas kepada golongan muda. Saidina Ali r.a dan Abdullah Ibn Abbas adalah contoh paling mudah untuk kita jadikan model. Rasullah telah menunjukkan jalan bagaimana pemuda boleh menjana kemenangan dunia dan akhirat. Begitu juga Saidina Omar Al-Khattab, masih muda ketika memeluk islam dan akhirnya menjadi khalifah yang agung.

Akhirul kalam...marilah kita berganding tenaga untuk sama-sama mengembalikan kegemilangan Islam dan memastikan kita terus memerintah 5 tahun dari sekarang. Walaupun Daulah Islam untuk seluruh kaum Muslimin masih belum wujud ketika ini, terdapat dalil lain yang tetap memerlukan adanya gerakan Islam dengan berpedomankan kaedah syara' yang mengatakan:

"Apabila suatu kewajiban tidak sempurna kecuali dengan suatu perbuatan, maka perbuatan itu wajib pula hukumnya". [Lihat Al Muwafaqaat, Imam Asy Syathibi, Jilid II/ 394.]

Daulah Islam tidak akan tegak berdiri tanpa adanya suatu gerakan Islam yang berusaha untuk menegakkannya. Justeru itu marilah kita sama-sama menegakkannya.

Monday, April 21, 2008

Rotan for Mat Rempit

KUALA LUMPUR (April 17, 2008): Mat Rempits (speed fiends who take part in illegal racing on city roads) will soon be caned if they are caught for the second time, a punishment normally reserved for hard-core criminals - The Sun
Itulah nasib Mat Rempit. Sebelum pilihan raya, pemuda UMNO menggunakan Mat Rempit untuk membawa dan mengiringi pengundi-pengundi ke tempat mengundi. Di tempat saya Mat Rempit diupah untuk buat kacau dan membawa bendera dan poster BN. PDRMpun tutup sebelah mata akan kedurjanaan Mat Rempit pada musim pilihanraya lalu.
Mat Rempit juga diberikan liputan istimewa dengan aktiviti-aktiviti yang tak masuk akal. Terjun di North Pole dan sebagainya. Malah Ketua Mat Rempit Se Malaysia di pilih sebagai calun BN bagi Parlimen Baling. Ini adalah satu penghormatan dan pengiktirafan rejim BN kepada petualang-petualang negara di peringkat belia.
Malangnya...selepas kalah teruk dalam pilihanraya yang lalu...jasa Mat-mat Rempit dilupakan. Malah Mat Rempit nak dirotan. Tidak le teman sedih atau berduka nestapa...Malah teman rasa cukup bergumbira. Padan muke kome...

La selama ni.....

ACA to be fully independent
Apr 21, 08 10:32am
Prime Minister Abdullah Ahmad Badwi today continued with his reform agenda by announcing that the Anti-Corruption Agency will become a fully independent body - Malaysiakini.

La....selama ini BPR tak bebas rupanye....

Macamanalah ko Pak Lah? Kalau masa ko dapat mandat 90% dalam PRU 11 yang lalu..ko bebaskan BPR kan bagus. Ni dah terlambat dah...

Thursday, April 17, 2008

Kerajaan BN Terengganu Mansuhkan Caj Sewa Paip Air...

Terengganu hapuskan caj sewa meter paip air 80 sen sebulan - Utusan Malaysia

80 seng aje. Buat ke mende? Nasib mung lah orang Ganu...

Insulting..really!! Ceh...

Wednesday, April 16, 2008

Jiwa kecil

Saya melihat isu PDRM mengarahkan Pemimpin2 PKR ke balai untuk disiasat kes Black 14 sebagai satu usaha untuk membesarkan isu kecil. Ini tektik lama dan satu Malaysia dah faham. Cumanya..teman ingat..lepas PRU12 ni adalah sedikit anjakan paradigma di kalangan anggota polis. Rupe-rupenye hampeh...macam tu juga.
Yelah...sang ketuapun jenis usung tilam. Sekarang ni dok usung Pak Lah pulak. Jiwa kecil. Nak buat camno....

What the h.ll Azalina?

You must read this....
Teringat teman sekitar 1998/99....ketika gerakan reformasi sedang memuncak. NTV7 kalau tak silap teman telah menyediakan satu slot di mana Azalina menjadi anchor nye. Sementara Khairy juga diberi peluang muncul sebagai tokoh muda. Masing-masing sungguh idealist sekali.
Itulah sejarah bermulanya pendakian Azalina dan Khairy dalam arena politik tanahair...khususnye UMNO lah. Dapatlah kita lihat dengan jelas di sini...bagaimana seorang yang idealist, yang hebat pandangan dan teorinya....bila masuk UMNO....BUNGKUS. Bungkus beb....!
Idealism ke mana..teori ke mana...perjuangan ke mana? Yang penting perut. Tapi punca segala-galanya UMNO beb...UMNO. Oleh sebab itu...kita kena bunuh UMNO ni...kita kena kapankan dia...dan kita kena kuburkan dia. Tak cukup begitu...Kita kena pastikan hantunya tidak kembali mengacau sanak saudaranya yang ditinggalkan. Tak kacau kita sama....
Bahaya makhluk berjenama UMNO ni beb. Bayangkan kalau barah UMNO ni atau ada jisim UMNO yang meresap masuk dalam jemaah kita....parah kita beb. Kalau kita dapat nullified dia ok...takut kita terseret sama. Nanti walhasil balik asal kita beb.....
Oleh itu...suka teman berpesan kepada diri teman dan rakan-rakan...kita perkuat dan perkukuhkan iman kita. Jangan cepat menerima bulat-bulat apa-apa budaya baru yang orang bawa masuk walaupun nampak elok belaka....Takbir!!

Saya ada dua telinga, saya bukan pekak...

Marah sangat orang tua ni nampaknya. Mana tak marah...orang yang diharapkan selama ni, Muhyiddin Yassinpun tumpang sekaki hentam dia. Malah setakat ni..Muhyiddinlah yang paling kuat menghentam selepas TDM. TDM tu tak pe juga...sebab dia dah obsolete...ni Naib Presiden UMNO, bukan Shahidan Kassim atau Rosol Wahid....
Cumanya satu je teman nak komen orang tua ni...ye le betul le tu dema tu ada dua telinga...ada dua biji mata...dema tu tak pekak dan dema tu tak buta....cumenye (kata orang Bota)....Dema tu BANGANG....faham tak...BA..NGANG!!!!!!!!!
Walaupun bangang....teman suka kalau Pak Lah teruskan menjadi Presiden UMNO...makenye...sahlah UMNO untuk orang-orang yang seumpama dengan presidennye...Ha itulah yang teman nak khabor tu....

Berkerja Dengan Saya, Jangan....

Dulu : Berkerja Dengan Saya

Sekarang : Jangan Kerjakan Saya...(tolooooooooooonglah..!!)

Tuesday, April 15, 2008

Muhyiddin Dan Tradisi UMNO...


Muhyiddin joins call for urgent change in Umno leadership

Muhyiddin Yassin...Umno may lose power for good
He warns if Umno doesn't act now, it may never come back, in interview with 'Mingguan Malaysia' - Malaysia Insiders
Teman seronok betul tengok UMNO ni....bukan ape....teman masak betul dengan perangai dan tradisi dia orang. Teman macam boleh jangka apa yang tersurat dan tersirat..kerana they are too predictable.
Dalam UMNO ada dua scenario:
Scenario 1 - Lepas Zuhur. Kalau lepas Subuh..matahari baru nak naik tu...ye lah kalau pemimpin tu dilihat ada potential...orang UMNO akan kipas macam nak rak. Ye lah macam DSAI baru nak naik dulu....sikit-sikit Pak Sheikh..sikit-sikit Pak Sheikh..kitapun naik muak. Ini semua scenario lepas Subuh. Kalau tengah di puncak tu...tengahari rembang le katakan..macam Pak Lah tahun 2004 dulu...kipas factory tu dia orang guna. Tak kiralah apa Pak Malaon tu buat...tak kiralah berapa ratus juta si Khairy dan Kamaluddin tu sapu...orang UMNO tak kira. Tapi apabila dah terlepas masuk waktu Zuhur je..condong sikit..apa lagi...rebeh..senget..orang tua to ditolak terajang....kalau boleh nak di Maghrib kan terus orang tua tu. Tak sempat nak tunggu Asar dah. Lahabau betul lah mangkok-mangkok ni.
Scenario 2 - Masuk Lubang. Kalau ada mana-mana kawan masuk lubang...kalau agak-agak dia boleh diselamatkan...hmmm dia akan hulur tangan tarik. Tapi kalau susah sangat nak naik...kerana lubang agak dalam atau tanah licin....dia bukan nak cari tangga ke..tali ke...apa dia orang akan buat ialah..dia kambus lubang tu terus. Mampuih kau..katanya.
Macam tu lah Muhyiddin. Bukan semua orang tak tau...selama ni dialah penyokong kuat Pak Lah. Tapi kerana Pak Lah dah kena reject..tak popular...awai-awai dia terajang keluar. Ini semua jenis mangkok ayun yang pentingkan diri sendiri. Ini jugalah kualiti UMNO sebeno-benonye.
Apalah nak diharapkan....tambah lagi ni ha calun-calun naib presiden UMNO...Shahidan Kassim (1 untuk engkau sejuta untuk aku....), Rahim Thamby Sex, The Iron Matt Tyson...bior betul kome.? Bakal terkulat-kulatlah kau Ali Ketam...

Black 14...white 15

Malam tadi, teman bersama rakan-rakan ie Tahir, Mee Panjang, Major Raxxxx, Pak Usop dan Anas bergegas ke Kelab Sultan Sulaiman selepas solat maghrib di Ulul Azmi. Dua lagi rakan teman...dah cabut awai-awai dah..


Sampai jam 8.30...nampak jalan ke Kg. Baru agak sesak tapi terkawal. Teman terpaksa parking jauh sikit...depan Balai Polis (sementara) Dang Wangi, Jalan Raja Abdullah. Dah lama teman tak jalan santai macam ni kat KL. Kali terakhir kalau tak silap teman...beberapa hari sebelum teman menikah. Masa tu jalan gi makan dengan kawan-kawan sebujang teman...dari Jalan Raja Ali ke Jalan Doraisamy...makan sup ekor cicah roti benggali.
Dari situ kita orang berjalan menuju destinasi tanpa apa-apa halangan. Pak Usop begitu bersemangat sekali...rasa muda 10 tahun agaknya. Polis bersepah tapi tak de lak kacau. Mungkin dia orangpun tahu....riwayat Pak Lah sebagai pemimpin dah tak lama dah. Dan yang penting riwayat BN memerintahpun sudah sampai ke penghujung jalan...
Masa kita orang sampai tu...melaut dah manusia. Dalam kelab tu laungan reformasi begitu kuat kedengaran. Kami susuri lorong-lorong ke kelab yang penuh dengan gerai-gerai pasang siap. Seperti biasa, penjual cd, t-shirt, akhbar dsb melambak. Masing-masing tak ambil pusing dengan kehadiran FRU yang lengkap dengan cota.
Di dalam suasana agak hangat. Teriakan reformasi semakin galak di ketuai cikgu Bad...(yang Khairy kalahkan dengan undi Pos tu). Berkarisma juga cikgu ni...Boleh disaksikan di sini: http://no2umno.blogspot.com/2008/04/black-14-2008-di-kelab-sultan-sulaiman.html
Tak lama lepas tu DSAI pun tiba dengan diiringi DSWA dan ehem..ehem Nurul Izzah, MP yang kalahkan Datuk Jat tu....alah...Bollywood tu. Cakap pasal Shahrizat ni...ehmm teman ada rasa syiok sikit. Bukan apa. Tak de lah teman syiok kat mangkok tu....cumanye....ada SETPOL seorang menteri tu duduk kat Bukit Indah ni. Tergolek dog dia kali ni. Sebab boss dia kalah..
Rumah teman tak de lah jauh dari rumah mamat ni. Berselisih jalan je. Temanpun selalulah perhati dari jauh dia ni....tak tahu le teman ape profession dia ni...tapi cepat kayo mamat ni sejak jadi SETPOL menteri. Tapi tu lah...kayo sendiri je. Tak campur masyarakat dan tak ada buat apa-apa bakti kat masyarakat sekeliling. Yang teman selalu nampak...dia ni suka buat kenduri....Itule orang UMNO.....kenduri..kenduri...Dia ingat rakyat ni nak mentekedarah sangat ke?
Ah lupakanlah mamat ni...lain kali teman cerita lagi ye. Balik ke kelab ni...ucapan demi ucapan. Masing-masing ringkas sahaja. Azmin berucap, DSWA berucap dan Tan Sri Khalid berucap dengan menginterpretasi bait-bait puisi WS Rendra, Sang Rajawali. Hebat...
Kemudian Anwar memberi pidato utamanya dengan penuh semangat. Menggariskan arah, misi dan visi Pakatan Rakyat. Baik dari segi ekonomi, sosial, agama, bahasa dan sebagainya. Segalanya jelas dengan berpaksikan 'ketuanan rakyat'. Rakyat menjadi tuan negara ini.
Dijelaskan juga time-frame peralihan kuasa. Bukan Pak Lah kepada Najib tapi....BN kepada PR. Sungguh convincing....
Mengulangi pendiriannya yang menunjukkan kebesaran jiwa seorang pemimpin. Bisa saja memaafkan sesiapa saja yang menyiksa jiwa dan fizikal beliau...malah dengan hati terbuka sedia menerima orang-orang UMNO yang sudah insaf...asalkan subscribe dengan perjuangan PR...cumanya ...si hidung besar benar-benar menaikkan kemarahan DSAI....Tentang Najib adalah sikit-sikit...mana boleh hentam banyak bakal duta Monggolia kita ni....??
Tepat jam 10.40 malam...polis sudah sama berada di atas pentas. Mulanya saya menjangkakan mereka sama-sama mahu glamour tetapi...rupa-rupanya mereka masih lagi di takuk lama. Di takuk UMNO...orang sudah sampai ke angkasa....mereka masih berhukum rimba.!!
Majlis tamat di situ dan kami keluar tanpa apa-apa halangan. Terkejut juga pagi ini diberitahu...Azmin, DSWA dan Tan Sri Khalid dipanggil ke balai....Malah dengar ceritanya aspek undang-undang sedang dikaji untuk membolehkan DSAI ditangkap...Apa barang lu beb.?
11pm..kita orang menjamu selera di Kg. Baru. Major R..xxxx belanja. Sambong perbahasan tanpa mengira orang sekeliling. SB tak SB...kami langgar terus....

Monday, April 14, 2008

Anwar, Pemimpin Berjiwa Besar........

“The shifting sands of time render all things impermanent. Some will rise and some will fall. As for me, just as I have come, I too shall leave this worldly life which alternates between joy and grief… and even as I fall victim to my oppressors’ wrong, whose tyranny knows no bounds drunk as they are with power, they ought to know that they too will also fade into oblivion… as for those who have vilified me and sullied my name and my honour with their boundless hate and envy … this much I can offer them: to err is human, to forgive divine…”
Di atas ialah kata-kata Allahyarham Hamka yang dipetik oleh DSAI dalam ucapan utama beliau ketika majlis memperingati hari kelahiran Hamka yang ke 100 di Universiti Muhammadiyah, Jakarta.
Jelas sekali beliau mahu melupakan segala kepahitan yang dialami semasa difitnah dan dipenjarakan bertahun-tahun yang lalu. Justeru beliau memaafkan semua orang yang memfitnah, menaniaya dan sebagainya.
Ia menunjukkan kebesaran jiwa beliau untuk menjadi pemimpin Malaysia, bukan Israel sebagaimana telahan TDM. Nampak sangat perbezaan dua insan ini. Satu melihat ke depan dengan penuh harapan sementara seorang lagi dihantui dosa-dosa silam.

Could you believe it..?

Shahidan Kassim Nak Tanding Naib Presiden Umno - MSO.

Dah gilo ape UMNO ni? Lepas ni sape pulak agaknye? Sang Kelembai?

Lagi pasal babi

Gi kat blog ni.

http://1426.blogspot.com/2008/04/babi-siapa-dan-siapa-babi.html

Bagus analisis dia.

Saturday, April 12, 2008

Berita sedih pasal Pak Lah........

Hari ni teman sedih.............bukan apa...apa yang kita jangkakan akhir-akhir ni rupe-rupenye akan menjadi kenyataan. Bebeno rupenye orang UMNO dah menyampah kat Pak Lah. Sampai hati kome buat imam islam hadhari macam tu..(islam ape pulak lepas ni under Najib)?
Sebenonya bawah Najibpun same je. Tak taulah betul ke idak kate kawan teman...Musa Hitam ada bagi tau dia sebaik saje BN kalah teruk hari tu....dia gi dengan Musa Hitam gi jumpa Pak Lah...maklumlah orang koperat. Kunun-kununnye masa Musa Hitam menasihat Pak Lah dan memberi pandangan dan cadangan, Kamaluddin (anak bapak) yang sentiasa berada di sisi Pak Lah membisikkan sesuatu ke telinga Pak Lah...Musa Hitam fed up dan terus angkat kaki.
Menurut kawan teman tu lagi..Musa menjangkakan riwayat UMNO akan berakhir. Katanye Pak Lah akan step down dan Najib take over. Dalam pilihanraya akan datang UMNO akan dikuburkan kerana Malaysia di bawah Najib sebeno-benonye akan diperintah oleh Rosmah.
Nampaknye prediction si Musa ni ada kebenarannye.

Friday, April 11, 2008

Umno chiefs fixated on resurgent Anwar

KUALA LUMPUR, April 11 — Datuk Seri Anwar Ibrahim is still very much on the minds of Umno division leaders, even as they push for a leadership change within their own party.


When Datuk Seri Najib Tun Razak and members of the party’s management committee met Penang Umno division heads yesterday to obtain their feedback on the elections, they were given an analysis of what the defacto leader of Pakatan Rakyat planned to do next.


According to some division chiefs, Anwar will not push any of the PKR MPs aside and force a by-election. Instead, he will wait for the Barisan Nasional government to fall and then he will be appointed as a senator, and Prime Minister of Malaysia.


Whether this is Anwar’s plan is unclear but the fact that Umno members are spending their days and nights talking about various scenarios involving the former deputy prime minister shows how rattled they are by his resurgence in Malaysian politics.

Hmmm...what a life? Without doing anything, Anwar Ibrahim had strike fear in UMNO....Kesian mangkok-mangkok tu..

Thursday, April 10, 2008

Survey shows most Malaysians still want Pak Lah as PM

But just barely – approval rating: Malays 63%, Chinese 31%, Indians 30%; overall slightly above 50% - Malaysian Insider.
Memanglah betul tapi sapa sebenonye yang nak Pak Lah kekal jadi PM? Teman rasa teman qualified lah nak bagi tau. Yang 63% nak Pak Lah kekal jadi PM tu kita orang lah. Orang UMNO dah tak nak Pak Lah dah (kecuali Mat Taib dan Tengku Adnan je).
Bukan apa...kalau Pak Lah kekal jadi PM...teman rasa kerja kita orang sume lebih mudah...Betul tak?

Cerita sebenar di sebalik projek ternakan babi! Dipetik dari TranungKite

Oleh Iza
TERKEJUT betul saya apabila mengikuti rancangan ulasan akhbar daripada TV1 RTM awal pagi tadi mengenai Projek Ternakan Babi di Selangor yang kononnya akan dilaksanakan tidak lama lagi.
Pengulas berita dengan penuh aksi dan gaya telah memetik kenyataan Exco PAS, Dr. Halimah Ali dengan menuduh yang bukan-bukan kepada PAS kerana menyokong projek berkenaan.
PAS dianggap telah lupa perjuangan dan sanggup menjual agama kerana kepentingan politik. Malah pengulas "kuda kayu" ini tidak segan silu menasihatkan PAS bahawa daging babi adalah haram dimakan bersandarkan ayat-ayat Al-Qur'an dan juga petikan kitab Injil. Selanjutnya beliau menfitnah PAS dengan menyatakan bahawa dengan projek ini kelak PAS akan membenarkan pula jualan daging babi di tepi-tepi jalan.
Macam mana mentaliti orang-orang RTM ini pun saya tak faham. Kita ingatkan apabila dah kalah pilihanraya dan dapat Menteri baru mereka akan berubah dan akan menjalankan tugas dengan lebih profesional. Tetapi harapan hanya tinggal harapan. Kalau dah UMNO tu tetap UMNO, dulu, kini dan selamanya.
Berbalik kepada cerita ternakan babi tadi. Apa yang RTM sibuk sangat tentang ternakan babi? Bukankah selama ini pun terdapat ribuan babi di mana-mana di Malaysia.
Lupakah mereka kepada isu babi di Negeri Sembilan dan Melaka dahulu yang bukan setakat melibatkan kaum Cina tetapi juga pimpinan UMNO di dalam mengaut keuntungan. Dan jangat kita lupa bagaimana beberapa pimipim menyalahguna duit derma mangsa-mangsa penyakit bawaan babi (JE) untuk kepentingan mereka.
Perlu diingat bahawa negara kita terdiri daripada berbilang kaum dan agama, dan ada di kalangan rakyat yang makan daging babi. Justeru itu binatang ini perlu dipelihara bagi mendapatkan dagingnya.
Ketika RTM asyik menghentam keromo PAS, perlu diingat bahawa ternakan babi terus berjalan tanpa ada usaha konkrit untuk mengawalnya daripada mencemar alam sekitar. Kita berterusan menghadapi pencemaran air yang akhirnya membawa bencana kepada umat Islam sendiri.
Saya kebetulan tahu benar tentang projek yang dimaksudkan oleh YB Teresa Kok dan YAB Menteri Besar Selangor. Ini kerana projek ini ditawarkan oleh syarikat kawan baik saya beberapa bulan yang lepas.
Untuk makluman RTM, projek ini diluluskan oleh kerajaan Khir Toyo 2 minggu sebelum pembubaran parlimen. Walaupun saya orang kuat PAS, saya menyetujui projek yang dicadangkan oleh rakan saya ini kerana selepas menelitinya secara terperinci, saya dapati ia amat berguna di dalam menyelesaikan kemelut yang dihadapi oleh umat Islam yakni isu pencemaran air.
Projek berteknologikan Jerman ini adalah satu sistem ternakan babi moden dan tertutup (closed system). Ini bermakna babi akan dipelihara di dalam tempat tertutup (lengkap dengan pendingin hawa) dan segala najis yang tercerna akan dikitar untuk pengeluaran gas (methane). Malah darah babi apabila disembelih pun akan menjadi sebahagian daripada kitaran ini.
Lantas tidak akan wujud lagi sebarang pencemaran (zero-pollution) akibat ternakan babi selepas ini. Pihak Jabatan Haiwan dan juga pegawai-pegawai kerajaan lain telah membuat kajian mendalam mengenai kesesuaian projek ini termasuk membuat lawatan ke Jerman untuk melihat sendiri bagaimana keberkesanannya. Mereka begitu kagum dengan apa yang mereka lihat dan bersetuju melaksanakannya di Selangor, dan jika berjaya akan dikembangkan pula ke seluruh negara.
Seperkara lagi perlu disebutkan bahawa usaha ini adalah di bawah pembiayaan swasta. Kerajaan negeri hanya menyediakan tapak projek. Orang-orang bukan Islam perlukan daging babi sementara kita perlukan air yang bersih dan persekitaran yang nyaman. Bukankah projek ini satu kompromi yang amat hebat untuk rakyat negara ini?
Mungkin RTM tak peduli itu semua kerana yang penting bagi mereka ialah melepaskan geram pada Pakatan Rakyat. Cerita benar atau palsu bukan ukuran penting bagi mereka.
Kalau babi tu kita boleh maafkan sebab mereka dijadikan Allah tanpa akal, tetapi yang manusia kat RTM ini diberi akal tetapi masih tak mahu menggunakannya! Cuba anda fikir, mana lebih teruk?
Kalaulah kawan teman..si Buyong tu berfikiran terbuka, alangkah bagusnya. Bagi kita di Selangor isu, ni tak timbul langsung. Orang islam perlu melihat isu-isu sebegini dengan jiwa yang besar. Barulah Islam boleh memerintah.
Kenapa Allah jadikan babi, kalau ianya menyusahkan Islam? Bukankah Islam itu diturunkan untuk 'rahmat sekelian alam?' Dalam apa segipun...kalau kita mengikut saranan Allah berdasarkan Al-Quran, Al-Hadith dan Ijmak Ulamak, insya'Allah...isu apapun yang datang, kita akan dapat menanganinya dengan baik kerana Islam itu tinggi, tiada yang lebih tinggi dari Islam.
Malah saya melihat isu babi ini jika dapat kita tangani dengan berhikmah, ianya merupakan satu hadiah dari Allah. Mengapa tidak? Ia akan membuka mata dan minda kaum Cina, India dll bahawa PAS ini jauh lebih baik dari UMNO dari segi pemerintahan. Lama kelamaan Islamiphobia atau Pasphobia akan hilang dengan sendirinya.
Tapi jangan lupa...di luar sana...orang melayu...orang islam yang berjenama UMNO masih ramai. Mereka juga mesti diberikan pemahaman tentang islam yang sebenar. Memang benar seperti yang dikhabarkan, 'ketika kebenaran datang maka kebatilan akan musnah.' Setelah kita menang, di mana Islam Hadhari sekarang????

Wednesday, April 9, 2008

“ Kalau Abdullah layak, semua orang layak,”

Apabila ditanya oleh Helme Hanafi (KLpos) samada DSAI layak jadi PM ke tidak, Sanusi Junid menjawab, 'Kalau Abdullah layak, semua orang layak!!' Teman gelak sakan. Kalau macam tu kawan teman, Buyong kat Kg. Pisang, Batu Gajahpun layak jugak le.


Saja teman kaitkan cerita Pak Lah ni dengan kawan teman tu. Bukan apa, semalam tetiba dapat sms dari si Buyong ni. Katanya, 'kalau babi ustaz sembelih, boleh makan tak?' Kawan teman ni teman tahu sangatlah marah sangat kat PAS. Katanya MB Perak yang baru ni boneka DAP saja. Dua minggu lepas teman ada saja call dia ucap tahniah kerana dapat MB baru. Teruk teman kena sembor dek Buyong adil ni........


Mengadulah teman kat seorang lagi kawan teman yang sekepala dengan teman, Abu. Si Abu nipun kawan rapat dengan si Buyong ni. Terperanjat berok (macam KJ je) si Abu ni. 'Eh.... betul ke Yop?" Tanya Abu. 'Apa teruk sangat kawan kita tu?' "Entah...' jawab teman pendek

'Kg. Cina semua dapat geran, kg. melayu tak da apa-apa bantuan'. SMS Buyong seterusnya. Hmm..teman kata, nak kena mamat ni. 'Aii...50 tahun perintah buat apa? Kenapa sekarang baru nak kecuh?' Teman mengusik.


'Kg. melayu dah lulus...cuma geran aje tak keluar lagi. Yang kg. cina x pasal2..tak de apa2 perancangan tu dibagi geran ke apa jadahnye? Ingat negeri bapak di orang ke?' Marah betul si Buyung ni....


'Hai 50 tahun perintah tak boleh keluar geran? Padan kalah!!!" Makin kuat teman mengusik..


'50 tahun nak buat persempadanan semula...tak nak kacau reserve melayu...lainlah Selangor...nak buat ladang babipun tak kira tanah sapa?' Meleret-leret kawan teman ni....


Teman sebenonye semalam tak tau apa cerita pasal babi ni. Tak tau lak teman surat kabo melayu mainkan isu ni. Lagipun teman dah berzaman tak baca Utusan Malaysia ni.


'Tak payah tengok jauhlah...Batu Gajah tu cukup. Berapa banyak tanah Cina ceroboh..? buat bela itik, babi dll. Kenapa mu diam je..? Sebabnya, cina-cina tu dok bayar melayu-melayu UMNO Batu Gajah tu. Jadi tak jadi isu le...' Saja teman jolok member teman tu.

'Ada babipun x banyak. Tak macam Selangor.' Makin ringkas jawab Buyong.


'Aku OK je kat selangor ni. Negeri makmur...Alhamdulillah.!!' Teman mengusik lagi.


'Ah makan hasil cukai babi makmur ape?' Makin hangat si Buyung ni....

Eh kalau aku jawab ni pengsan sakit jantung pulak sedara aku ni....teman buat keputusan berhenti setakat tu dululah. Biarlah dia mengubat hatinya yang lara... Kalau macam nilah kualiti orang-orang UMNO, hmm senang banyaklah kerja kita.


Teringat ungkapan Sanusi Junid tu....Kalau Pak Lah boleh, emm Buyongpun mesti boleh jadi PM. Sampai ke situ Sanusi Junid hina Pak Lah.




Tuesday, April 8, 2008

Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man & Biskut.....

Semalam, 7hb. April 2008 merupakan satu hari yang bersejarah buat pejuang-pejuang Islam sekitar Bukit Indah dan Taman Kosas. Apa tak nye, setelah sekian lama Masjid Fatimah Az-Zahra dirampas dek kutu UMNO ni, malam tadi Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (DTITM) menyampaikan kuliah maghrib sulung.

Beratus-ratus pejuang dan pencinta Islam meraikan kemenangan dengan mendengar kuliah DTITM dengan penuh khusuk dan tawaduk. Terlepas rasa rindu yang membara sekian lama.

Teman pergi dengan pemuda Azrul dan terus mendirikan sembahyang maghrib diimami DTITM. Bangunan utama masjid penuh sesak termasuk muslimat di saf belakang. Terasa panas pulak masjid jika nak dibandingkan dengan Surau Ulul Azmi....

Sebelum kuliah, YB Hj. Khasim memberikan ucapan sepatah dua kata setelah mendapat keizinan tuan Nazir (berbaju biru BN dan bersongkok cap keris). Di celah-celah ucapan YB Khasim dapat dilihat keresahan tuan Nazir. YB Puan Zuraidahpun ada sama.

Ramai kawan-kawan ada di situ. Azam, Major Rxxxxx, Hj. Ghani, Anas, Hj. Anuar, Anuar Petro, Bang Nan (tauke Kopitiam) dan ramai lagilah. Muka puak-puak tupun ada juga...cuma rasa cuak sikit sebab selama ni beberapa kerat aje yang hadhir.

Isi kuliah lebih menyatakan kepada 'apakah tujuan Allah memberikan kemenangan kepada kita (tentunya kemenangan ISLAM dalam PRU12 yang lalu).?' Rupe-rupenya hakikat Allah memberi kemenangan kepada orang Islam ialah Allah nak menghapus dosa kita yang telah lalu. Tak sampai ke situ pemikiran teman selama ni. Tu lah kalau kome nak tau lebih lanjut, selalu-selalulah datang ke surau mengaji.....

Masuk aje waktu Isyak, Pak Imam memberi isyarat kepada Pak Bilal untuk melaungkan azan. Melihat keadaan Pak Bilal bergegas ke bilik muazzin, DTITM pun memberikan laluan...eh eh..muncul pulak tuan Nazir kita bercakap. Dengar baik-baik apa yang dikata. 'Saya ada satu pengumuman.' Bergetar jiwa teman. Apa pulak orang tua ni nak cakap.? 'Masjid ada menyediakan 48 air kotak dan 3 tin biskut. Jadi selepas majlis ini tua-tuan bolehlah menjamu selera!' Teman-teman tersenyum sambil menarik nafas lega....Hmm Pak Pandir betul mamat ni. Yang dia tau datang masjid mesti nak makan....

DTITM meneruskan kuliah hingga tepat jam 9. 'Hmmm..Alhamdulillah, tiada apa-apa kejadian yang tidak dingini berlaku!' Berkata-kata hati teman. Tamat saja kuliah, YB Khasim terus ke depan untuk menutup majlis. Ish ish ish ..belum sempat YB kita berkata-kata, tuan Nazir sekali lagi muncul secara tiba-tiba dan mengambil mic dari YB Khasim. Tersentak teman. ' Saya ada dua lagi pengumuman....Saya sudah tukar fikiran!' 'Wah apa pulak ni?' Kata hati teman. 'Biskut tadi..satu saya nak hadiahkan kepada penceramah kita, satu lagi saya hadiahkan kepada YB Khasim kita dan satu lagi saya hadiahkan kepada YB Puan Zuraidah....! Air kotak tu tuan-tuan boleh minum. Satu lagi.....'

Ini teman betul-betul suspen...'Pegawai yang menguruskan kuliah lain kali kena bagi tahu saya tentang tarikh kuliah yang akan datang serta siapa penceramahnya?' Ah sudah, kata hati teman. 'Bukan apa, kita ada peruntukan untuk bagi sedikit peruntukan duit minyak untuk penceramah...Manalah tahu datang dari Shah Alam ke....jauh. Ustaz dari mana?' Tuan Nazir bertanya kepada DTITM....Hmm apalah haprak mamat ni. DTITMpun dia tak kenal? Macamana boleh jadi Nazir masjid ni? Apa barang beb?

Pendekkan cerita...segalanya berjalan lancar sehinggalah teman keluar dari bangunan utama Masjid. Hoooo ramainya jemaah di luar. Masya'Allah. Pencinta-pencinta Islam ini macam tak mahu balik meninggalkan masjid yang penuh sejarah ni. Masing-masing melepak dengan program akan datang....antaranya untuk mendapatkan kembali Masjid Bukit Indah tu...

Dalam perjalanan keluar masjid...terserempak dengan bilal Surau Ulul Azmi. Saya menegur, "Ji...ingat ni pesan saya. Lain kali kalau buat ceramah di Ulul Azmi, kenalah sediakan 10 tin biskut. Kalau tak malu kita Ji.....!!! Ha ha ha kami melepaskan kegembiraan. Takbir....!!



Monday, April 7, 2008

We preserve democracy. We don't practice it....

Malam minggu lepas...lepas meeting Cawangan Bukit Indah, teman tak dapat tido. Mata teman terbeliak atas katil. Orang rumah dengan anak kecil dah lama dibuai mimpi...

Malam ni Arsenal dah terlepas peluang nak menjuarai EPL...cuma tinggal Chelsea nak kejar pasukan favorite teman..MU...dalam hati teman, hmm jadi juara lagi teman. Liverpool tentu tergolek punya..Kalaulah abang Man burger tau teman sokong MU, kojol teman.

Tahun ni teman rasa seronok sekali. Mana taknya, 44 tahun dah teman hidup kat dunia ni. Baru tahun ni parti teman menang pilihanraya, 5 + 1 negeri beb. Tak pernah dimimpikan langsung. Teman-teman kat Kopitiam Bang Nan pun rasa seronok memanjang...Dah nak dekat sebulan masih cerita pasal kemenangan. Ye lah..faham-faham ajelah. Nak salahkan kome pun tak boleh jugak. Kome pun macam teman jugak...

Jadi malam tu teman beno-beno tak dapat nak lelapkan mata. Teman bukan saja fikir yang syok-syok saje...teman dok fikir macamana 4 atau 5 tahun akan datang ni? Ye lah..teman bukan tau teman ada lagi ke tak masa tu tapi...dapatkah parti teman pertahankan kemenangan ini.? Kekadang sesak nafas juga teman fikirkan.

Teringat juga teman akan pesanan Ustaz Yusof Embong..Biarlah kemenangan kita ini menjadi kemenangan yang mutlak. Kemenangan dunia dan akhirat. Terngiang-ngiang di telinga teman akan Surah Al-Imran ayat ke 26 dan 27 yang dibacakan oleh Alfadhil Ustaz. Teman jadi makin insaf bahawa kemenangan ini adalah satu amanah yang perlu kita laksanakan dengan sebaik-baiknya.

Arghh...dah 12.30 malam ni, mata teman masih tak ngantok...teringat meeting tadi. Cerita pasal nak kekalkan bilik gerakan. Teman adalah bersuara...betul ke apa yang teman cakapkan tadi.?? Emm..mungkin masuk akal juga sebab ada yang boleh terima. Takutpun ada juga sebab tak nak kecilkan hati kengkawan. Semua tu pejuang yang ikhlas...yang tak mengharapkan apa-apa di dunia ini. Hebat kome ni.

Tap..teman buka tv. TV3. Hmm ok gak. Cerita Crimson Tide. Cerita pasal US submarine yang membawa senjata nuklear. Seorang pegawai muda yang berkonflik dengan kapten yang trigger happy. Bagus cerita ni. Teringat teman kat scorpene yang ada komisyen tu. Seorang yang terlibat tu tak ada harapan jadi PM nampaknya dan seorang lagi mungkin dikenakan hukuman gantung sampai mati. Hmm nasib kome lah.

Apa yang paling menarik dalam cerita Crimson Tide ialah apabila krisis antara pegawai muda dengan Captain Frank Ramsey semakin memuncak. Dalam salah satu argument mereka, Captain Ramsey yang kuku besi tapi popular (macam TDM pulak) mengunkapkan kata-kata, 'we preserve democracy, we don't practice it'.....
Captain tu ada persamaan sikapnya dengan TDM. Cavaliaer and arrogant but smart and terrible. Sementara Lt. Com. Ron Hunter kelihatan mempunyai ciri-ciri DSAI... Cool, smart, down-to-earth and populist.
Segera teman teringat forum Pasca PRU12 yang dianjurkan oleh Mykmu di hotel Singgahsana, Pj bila mana seorang Pemuda Sekinchan dihalau keluar dewan kerana cadangannya untuk mempelawa DSAI masuk UMNO. Marah betul puak-puak ekstrimis yang sokong TDM ni. http://www.youtube.com/watch?v=SFQAJt_RwSE panggil forum, orang bagi pendapat, marah. Hmmm...apa nak jadi UMNO ni?

TDM dan DSAIpun begitulah. Dua orang dari dua school of thought yang berbeza. Seorang bermati-matian dalam UMNO sementara seorang lagi realist. Teman telahpun meletakkan TDM di dalam sejarah hitam negara...tidak banyak yang teman nak ingati orang tua ni. Jasanya pada teman bagaimanapun beso jugak. Dialah punca kemusanahan BN dan negara ini. Negara hilang arah tanpa tujuan di bawah TDM. Nasionalis tidak, Islam tidak, sosialis tidak...semuanya cacamerba. Apa yang pasti banyak institusi penting negara musnah di bawah Mahathir. Antaranya institusi Raja-raja dan kehakiman. Polis, BPR dan sebagainya, semuanya di dalam poket orang tua ni. Pak Malau kata Ustaz Hadi Talha.

Sementara DSAI pulak seorang yang punya semangat juang yang amat tinggi. Tidak ramai ahli politik yang sanggup masuk penjara dan ISA atas dasar prinsip. Bagi musuh beliau pula, DSAI dianggap sebagai pro Barat dan Yahudi, tak tahu ekonomi dan chameleon. Mereka lupa DSAI juga pro Arab (lebih tepat arab Pro-Anwar). Tak percaya tanya dunia arab.

Bagaimana pula Pak Lah? Kelulusan pengajian islam UM dan cucu ulamak. Betul seperti yang dikata, Iman tidak boleh diwarisi. Naik atas tiket agama tapi apabila berkuasa, memusnahkan agama dengan dasar-dasar sesat. Tunduk pada (dulu) bini (sekarang) menantu. Teman rasa seronok tengok kabinet baru Pak Lah, masih kekal dengan muka-muka lama yang ganas dan macho macam Mat Tyson (berapa kilo duit ko Mat?), Rais Yatim (penyokong kuat Islam liberal), Nazri Aziz (kaki dangdut) dan paling menarik orang yang dilantik jadi SU UMNO, Tengku Adnan (masih ingat correct, correct, correct).?

Emm..kalau macam ni lah...Nampak gayenya teman boleh tidur nyenyak le...z..zzz...zzzz..zzzz














Friday, April 4, 2008

Kopitiam Bang Nan: Sejarah Dan Transformasi....

Senario Sebelum Pilihanraya


Kopitiam Bang Nan terletak di premis Surau Ulul Azmi, Taman Bukit Indah dengan beberapa kerusi dan dua meja kayu keras... di sinilah idea-idea untuk menjatuhkan kerajaan Mahazalim dan Mahabodoh dizahirkan. Tidak kurang dari 10 orang pengunjung tetap Kopitiam Bang Nan sentiasa bermuzakarah dan berislah bagi memperkukuhkan jamaah. Diselang-seli dengan kopi Radix dan mee hun soup Pak Usup, keputusan-keputusan penting dibuat. Sama seperti apa yang dilakukan oleh golongan Mahazalim dan Mahabodoh di Riverside atau Coffee Bean dll. Bezanya golongan itu mahu menjatuhkan Islam dan orang melayu tetapi di Kopitiam Bang Nan, golongan ini bertekad untuk menegakkan Islam...Pehhh.


Sebaik sahaja parlimen dibubarkan pada Februari yang lalu, Kopitiam Bang Nan yang agak sunyi sebelum ini tiba-tiba menjadi amat penting. Apabila YB, Mee Panjang (bukan mee goreng ha!!), Kimin, Azhar, Razak, Z, Mejar R..xxxx, Hanas, Intelligent(R) Hj. Z, Pemuda Fakhrol, Azrol dan Haffizzuddin, Pak Usup, Bang Nan (tauke Kopitiam) dan beberapa orang lagi duduk dan merangka gerak kerja, Kopitiam Bang Nan menjadi pusat penyebaran maklumat, pusat gerak kerja, pusat tarbiah dan pusat segala pusat untuk memenangkan Hj. Khasim (Adun Lempah Jaya) dan Puan Zuraidah (MP Ampang).


Berbekalkan motto, 'kalah sudah tentu, menang bonus', pejuang-pejuang ini menjalankan tugas tanpa rasa letih (mungkin kesan Kopi Radix Bang Nan). Sudah tentu ini berkat menghadiri kuliah setiap lepas maghrib di Ulul Azmi, hati jadi keras untuk menegakkan Islam. Dalam keadaan serba tak ada, Hj. Khasim menang. Puan Zuraidah juga menang. Dan yang paling penting, UPU Taman Bukit Indah yang tak pernah menang dalam sejarah penubuhannya, tahun ni menang majoriti 285 di peringkat ADUN.



Sebelum pilihanraya ada suara-suara halus yang mengatakan, kalau UPU Bukit Indah menang, Ampang pasti menang. Rupa-rupanya bukan sahaja Ampang menang, Selangor kita menang beb.

Senario Lepas Menang

Kopitiam Bang Nan makin sibuk. Kini bukan malam lepas Isyak sahaja pejuang-pejuang ini berkumpul, ada kalanya lepas Subuh dan balik dari kerjapun mereka sudah duduk di sini merangka strategi. Berbeza dengan golongan Mahazalim dan Mahabodoh yang tengah mencongak-congak parti mana mereka nak lompat sekarang, pengunjung tetap Kopitiam Bang Nan sibuk nak merampas Malaysia dari golongan ini. He he.

Kopitiam Bang Nan juga nampaknya telah menambah menu... selain kopi Radix, kopitiam ini juga sudah ada kopi angguk, kopi jantan, kopi hawa, kopi pekat, kopi cair, kopi hitam, kopi putih dan serbuk kopi (datanglah berama-ramai). Yang belum ada biji kopi aje. Kita cadangkan Kopitiam Bang Nan perlu menyediakan roti bakar...hmm baru lengkap. Kalau ada telur separuh masak lagi bagus. Kalau boleh bukan telur ayam saja...letak sekali telur itik, telur angsa dan telur ostrich.

Apa yang menarik sekarang ni "golongan-golongan tu" pun dah mula nak berjinak-jinak dengan Kopitiam Bang Nan. Alhamdulilah... Sudah ada kemajuan. Ada transformasi. Ada juga orang-orang kuat golongan tu datang untuk bertanya, 'tahu tak alamat rumah YB Khasim?' Amboi.... tak menyempat-nyempat golongan ni.... Kami kat sinipun tak tau.

Special tribute to the owner of Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan diusahakan oleh seorang pejuang Islam yang istiqamah... Mana tidak, di rumahnya, samada di musim pilihanraya atau hari raya...bendera PAS dan Keadilan sentiasa terpacak. Lama sebelum wujudnya era reformasi, Abang Nan telah mengedar Harakah di sekitar Ampang.

Pilihanraya datang dan pilihanraya pergi...1999 menang, 2004 kalah, 2008 eh menang balik...Abang Nan terus mengayuh langkah tanpa kenal jemu. Hebat orang tua ni...

Kini Abang Nan bukan sahaja mengedar Harakah... Suara Keadilan ada, Wasilah ada, Siasah ada, macam-macam keset kuliah agama ada, Utusan Malaysiapun ada (opssss!!)..

Dan... di Kopitiam inilah, gerakan untuk menukar Kerajaan Mahazalim dan Mahabodoh ini kepada Negara Berkebajikan akan direalisasikan. Amin!!