Monday, June 30, 2008

Baca Kisah Budak Saiful Ni....

Menarik kisah yang dirungkai oleh http://rotikacangmerah.blogspot.com/ ni....

Baca juga link ke blog Riwayat Hayat. Perhatikan entry post saudaraNajwan Halimi ini...sekitar Februari - Jun 13, 2008.
Macamana Najib kata dia tak terlibat teman tak tahulah...Ko orang fikir-fikirlah sendiri....
Jaga-jaga dengan si musang ni...pesan Najwan
Tak tahulah teman..yang teman tahu musang king aje. Apabila teman balik dari kerja selalu terserempak tauke durian tu jual musang king. Mahal mak datok... Semalam teman beli durian kat sebelah gerai cina tu...beli kat melayu...nak tolong bangsa dan nak jaga ketuanan melayulah katakan...mahal jugak...separuh tak boleh makan. Nampak gayenya sang musang aje yang boleh makan...


Kesian kau Janna...


Baca berita lagi tak??

Siapa di 'belakang' kerja liwat ni??

Satu artikel menarik mengenai kes liwat ni yang dipetik dari Malaysiakini untuk tatapan umum...

Liwat-gate: Who's behind this?
Ong Kian Ming & Oon Yeoh Jun 30, 08 11:29am

In a
MCPX
previous podcast, we've said that it was unlikely that the authorities would sit idly by and let PKR de facto leader Anwar Ibrahim scheme his way into forming the next government.

We speculated that the government might possibly declare an emergency or call for a fresh election. Recently, there has been intense speculation that Umno has been trying to entice PAS to cooperate with it on the basis of Malay unity. And there is always fear that violence might break out if Anwar tries to take over the government. But never in our wildest imagination did we envision that someone would recycle that old allegation of sodomy.

Reports surfaced over the weekend that a personal aide of Anwar had made a police report alleging that the PKR leader had sodomized him in a condo in Kuala Lumpur. This was followed by an immediate press conference where Anwar denied the accusation. To add drama to the whole situation, he later took refuge at the Turkish Embassy because of fear for his personal safety.

The notion that a 61-year old with a bad back can forcibly sodomise a strapping 23-year old is laughable. This is simply not the kind of thing that anyone, not even Anwar's harshest critic, is going to believe. Instead, people are going to conclude that it's a desperate, politically-motivated conspiracy.

That this desperate move will backfire is already a foregone conclusion. The big question is who is behind this latest move to try to impugn Anwar's character with a tactic dating back to 1998?

We had a look at all the messages and phone calls we received over the weekend from various people to try to identify some trends.

One thing that most people concur is that Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi is not behind it. He had the same 'deer caught in the headlights' reaction when asked about the latest developments, just like when Sapp and Yong Teck Lee announced that they no longer had confidence in him.

Furthermore, nothing in his style or demeanor gives us any indication that he has the kind of mean streak that would allow him to agree to this kind of ruthless and dirty tactic. He is no Dr Mahathir Mohamad.

One could not discount, however, the possibility that someone close to Abdullah may have been behind this, in a misguided attempt to help him. But this seems unlikely as any sensible politician would foresee the negative reaction and the public sympathy that would emerge from the repeat of the sodomy allegation.

The issue of who benefits and who loses from all this will be dealt with in tomorrow's podcast but clearly one of the big losers from this is Abdullah. Political pundits, observers and insiders might immediately conclude that he has nothing to do with it but the mass public will naturally conclude it's an attempt by the government to smear Anwar. And who is the head of the government?

Two camps

So, the natural question is who would have the motive to instigate something like this, knowing full well that such a move would hurt Abdullah? Two camps come to mind.

The first is the natural and obvious one. Who was the one responsible for branding Anwar a sodomite way back in 1998? It's not inconceivable that Mahathir, who still publicly states that he believes that Anwar is a sodomite, somehow had a hand in all this or at the very least encouraged it.
Perhaps he thought this is one way to kill two birds with one stone – discredit Anwar by taint of allegation and hurt Abdullah at the same time. Of course, any serious political watcher would know that such a move would only serve to generate public sympathy for Anwar but when you are blinded by hatred for your enemies, sometimes you do desperate things.

The second person who would benefit from this would be Deputy Prime Minister Najib Razak. To be fair, nothing in Najib's character or demeanor suggests that he has the kind of Machiavellian streak that Mahathir possess in copious quantities.

Perhaps someone in his camp, angry at the notion that perhaps Abdullah or his son-in-law, Khairy Jamaluddin, is holding some incriminating documents on the Altantuya case – as alleged by Raja Petra Kamarudin – dreamt up this strategy to undermine Abdullah and give Najib a boost.

If this was the case, the person responsible certainly did not realise that there exists a photo of the alleged victim with the DPM's aide outside the Najib’s office – a photo that has already been widely circulated on the Internet!

While Abdullah may not have had anything to do with this, it is well within his power – and not to mention, politically advantageous – for him to nip this whole issue in the bud. Kill off the story before it becomes the kind of fiasco that it threatens to be.

Just as Mahathir had used the full force of the state machinery to play up the story, Abdullah could use that same machinery to make it go away. But knowing Abdullah, he would probably stand aside and 'let the police continue their investigation', to the detriment of himself and ultimately his government.
Teman setuju dengan penulis di atas ni...Mahathir + Najib + Musa Hassan + Ghani Patail. Teman tak setuju dengan penulis di atas ni yang menidakkan Pak Lah dalam konspirasi ini. Teman masih ingat dengan peristiwa 1998 di mana Pak Lah+ Ramzi (Kesedar) + Aziz Shamsudin nak jatuhkan Anwar.
Jeng..jeng..jeng...!!

News Editor Tak Layan Annuar Zaini

Semalam teman berbicara dengan seorang News Editor dari......kata beliau..dia baru habis duduk bersidang dengan Annuar Zaini, Pengerusi Bernama. Annuar Zaini minta semua news editor mainkan isu Anwar Ibrahim...

Nak dijadikan cerita...semua news editor tolak arahan Annuar Zaini. Ada yang cakap, kalau you nak buat fitnah...you buatlah. Kami tak nak masuk campur. Terkebil-kebil mata mamat tu...

Padanlah tak banyak cerita pasal kes ni di tv dan suratkhabar....cuma Utusan Malaysia yang cuba mainkan isu ni...kesian..

Sunday, June 29, 2008

Berapa Kali Mat Ezam Kena Liwat??





Malam tadi teman dapat berita tentang budak Saiful Bukhari Anak Azlan ni buat report kat Balai Polis Jln Travers (Dateline 12.00am TV 2)..kununnya Anwar liwat dia. Teman rasa nak tergelak pun ada nak termuntah pun ada. Dalam hati teman...apalah UMNO ni...tak de dosa lain ke yang Anwar ni buat dalam dunia ni. Balik-balik liwat. Balik-balik liwat...eh..lecehlah yop.

Lepas sms 2..3 orang kawan teman terus tutup tv. Sebelum teman nak terlena tu...teman terfikir juga...agaknya kalau lah Anwar ni kaki liwat..dah lunyailah bontot si Ezam tu dikerjakan. Ezam tu bolehlah dikategorikan sebagai jantan cantik...lebih cantik dari Sukma..tentunya lebih cantik dari Azizan dan Mat Pakistan tu. Mengenangkan Ezam tak pernah mengadu dia kena liwat...tak delah teman percaya cerita mengarut ni...

Pagi ni bila tengok gambar budak Saiful Bahari ni...emm teman tengok tak delah dia sejambu Ezam. Jadi mustahillah semua ni.Teman ada chance nak percaya kalau Anwar tu kaki liwat kalau Ezam mengaku dia pernah kena liwat dek Anwar...Itu je..

Aku suka baca apa Tok Guru cakap pasal kes ni...

http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/9367/1/

Baca artikel di bawah ni dan komen-komennya sekali...

http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/9370/1/
http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/9363/1/

Saturday, June 28, 2008

Nilai Kita...

Teman teringat posting teman semalam pasal Obama tengah cari calun VP. 2 nilai yang menjadi keutamaan Obama ialah:

1. Naib Presiden mestilah mampu memberitahu di mana Obama salah atau silap dalam menggaris dasar dan melaksana polisi negara itu...dan seterusnya memberikan nasihat kepada beliau.

2. Naib Presiden perlulah orang yang boleh pada bila-bila masa menggantikan Obama jika apa-apa berlaku ke atas beliau.

Sedangkan di Malaysia..ini pula yang berlaku:
1. Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri saling tidak mempercayai antara satu dengan yang lain. Perdana Menteri tak mahu ditegur sementara Timbalan Perdana Menteri takut menegur. Masing-masing sibuk simpan fail masing-masing. Bukan apa..? Cuma nak dijadikan bahan untuk pegang telur lanjut masing-masing...

2. PM tak nak pergi malah sibuk nak mencari pengganti kepada Timbalan PM....

Nampaknya kita punya nilai yang amat berbeza dengan Amerika dalam memilih kualiti kepimpinan negara masing-masing? Padanlah kita makin hari makin jauh dalam semua indeks kualiti...sama nasib dengan ranking bola dunia....

Mustafa Ali Sertai Blog

Blog Dato' Mustafa Ali boleh dilayari...

Friday, June 27, 2008

MURAH HATI PM KITA...


Pak Lah diberitakan bersetuju membeli 20 buah kenderaan baru untuk digunakan sebagai kereta resmi CEO-CEO GLC. Diberitakan setiap satu kenderaan ini bernilai RM20 juta termasuk duit komisyen bernilai RMRM399,990,000.00 yang dibayar terus kepada Scomi, syarikat milik anak Pak Lah.
Nilai tersebut juga termasuk kos pemandu untuk setahun.
Sekian harap maklum.

KERJA KOSONG

Barack (Barry) Obama tengah mencari calun Naib Presiden Amerika.

Kriteria 1 : Sesiapa yang boleh beri nasihat kat dia dan bagi tahu kat dia mana salahnya dia.

Alamak..punyalah senang kerja. Bagi nasihat dan cari salah orang....teman boleh tu.


Kriteria 2: Seseorang yang boleh ambil tempat dia jika sesuatu berlaku ke atas dia.

Hmm...itupun teman boleh juga. Teman tengah free ni.

Sesiapa yang berminat sila cari orang ni, Konrad Ng...sila baca ni..

Apa Kecoh-kecoh??

Teman dapat menyelami perasaan dan fikiran Ustaz Azizan, MB Kedah kita ni setelah diasak kawan dan lawan dalam kes balak di Empangan Pedu, Muda dan Ahning. Teman sebenonye bukan tak setuju balak ditebang...apa salahnya kalau caranya betul.

Menurut Ustaz Azizan... balak akan dicabut secara heli-harvesting. Katanya, penuaian balak akan dijalankan secara teratur dan sistematik seperti 'mencabut uban di celah-celah rambut' iaitu hanya pokok tua yang akan ditebang, melibatkan tiga hingga empat batang bagi setiap hektar.

Lim Guan Eng tak setuju...Tok Gurupun tak setuju. Puak-puak sana mestilah tentulah tak
setuju. Maka berteori macam-macamlah tokoh-tokoh alam sekitar dan pencinta alam.

Bagi teman kalau pokok yang telah berusia ratusan tahun dan akan mati...setakat 3-4 batang sehektar...gunakan teknik yang tak merosakkan alam sekitar...dan datangkan pendapatan kepada kerajaan negeri dalam suasana kerajaan BN tak menepati janji...why not? Kalau setakat Lim Guan Eng bising...apa dia tahu pasal masalah kewangan yang dialami oleh Ustaz Azizan? Mahukah dia sumbangkan sedikit pendapatan Pulau Pinang untuk membantu Kedah? Kalau setakat teguran Tok Guru...Kelantanpun tebang balak. Malah balaklah hasil utama kerajaan negeri Kelantan...

Cumanya kenyataan di bawah ini yang disiarkan Harakah ketika Ustaz Azizan jadi Ketua Pembangkang dulu tu yang haru tu...Itu yang teman garu kepala tu...Macamana nak jawap tu Ustaz??

Pembalakan di Ulu Muda suatu ‘pengkhianatan’ - PAS Kedah

ALOR STAR, 14 Apr (Hrkh) - PAS melahirkan kebimbangan tentang nasib rakyat Kedah, khususnyagolongan petani, sekiranya kerajaan pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) tetap dengan pendirian menganugerahkan konsesi balak secara heli-logging di kawasan tadahan hujan paling strategik, iaitu di hutan Ulu Muda.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak dalam kenyataan hari ini berkata, tindakan ituadalah suatu ‘pengkhianatan’ terhadap rakyat di negeri itu. “PAS Kedah berasa ada sesuatu yang tidak kena apabila Menteri Besar negeri itu, Dato’ Seri Syed Razak Syed Zain, bersungguh-sungguh mempertahankan keputusan menganugerahkan konsesi pembalakan seluas 122, 798 hektar di kawasan hutan simpan Ulu Muda kepada syarikat, WTK Holdings Bhd, dari Sarawak.
PAS difahamkan bahawa projek itu akan dijalankan secara usaha sama dengan Yayasan Islam Kedah dengan nisbah ekuiti 80:20, walaupun laporan Penilaian Alam Sekitar (EIA) yang dimajukan oleh syarikat berkenaan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah ditolak,” kata Azizan.


“Projek ini juga mendapat bantahan daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), para petani dan rakyat yang beranggapan ia akan menghapuskan kawasan tadahan hujan paling utama di utara Semenanjung Malaysia,” tegas beliau lagi. PAS tolak kerana tiga sebab utama Selain itu, beliau menegaskan, PAS Kedah turut mempertikai projek tersebut atas tiga sebab utama, iaitu ia akan menjejaskan alam sekitar, pulangan kewangan kepada negeri yang tidak berbaloi dan rekod syarikat WTK Holdings Bhd yang mendukacitakan.


Lebih ‘menakutkan’ katanya, ketika hutan simpan itu - yang melibatkan Empangan Pedu, Muda dan Ahning - berada dalam keadaan sedia ada, kajian oleh Japanese International Cooperation Agency (JICA) mendapati aktiviti penanaman padi di kawasan Ulu Muda, seluas 96 ribu hektar, terpaksa dibatalkan satu musim setiap 10 tahun kerana masalah kekurangan air di empangan terbabit.

“Itu kajian sewaktu kawasan Ulu Muda tidak mengalami apa-apa aktiviti pembalakan. Apakah yang akan berlaku sekiranya kawasan tadahan air itu ‘dirosakkan’ dengan pembalakan sama ada secara konvensional ataupun secara heli-logging?” katanya lagi.


Menurut Azizan lagi, laporan EIA yang dikemukakan oleh WTK Holdings gagal meyakinkan JAS bahawa ia ‘mesra alam’ kerana laporan itu hanya membabitkan Fasa 1 projek berkenaan sahaja yang tidak melihat kesan di luar kawasan pembalakan.

“Apabila kerja membalak dilakukan, hutan ini akan ‘diceroboh sesuka hati’ untuk membina laluan balak dan kita menganggarkan ia akan melibatkan jarak sepanjang 404 km dengan kelebaran 24 m kawasan hutan,” tegas beliau.

Biodiversity hutan akan tergugat Selain itu katanya, kawasan ini juga mempunyai kepelbagaian hayat (biodiversity) yang menakjubkan apabila pihak saintis menemui 109 spesis mamalia, 174 spesis burung, 54 spesis amfibia dan 20 spesis ikan air tawar, termasuk spesis yang dipercayai baru ditemui di dunia.

Beliau yang juga Adun Sala berkata, mengikut jangkaan, kerajaan Negeri akan memperolehi pendapatn sebanyak RM 62.5 juta dalam jangka 10 tahun atau RM 6.25 juta setahun daripada.
“Jumlah ini amat sedikit jika dibandingkan dengan risiko yang perlu ditanggung akibat mendapan empangan, kehilangan bekalan air domestik dan perindustrian, pembatalan aktiviti penanaman padi di kawasan Muda serta kehilangan spesis pokok, mamalia, burung, amfibia ikan dan lain-lain,” katabeliau.


“Pembatalan kegiatan tanaman padi untuk satu musim sahaja di kawasan Muda akan mengakibatkan negara kehilangan hampir 540 ribu tan padi bernilai RM 297 juta,” sambung Azizan lagi.

Rekod buruk WTK

Selain itu kata beliau, berdasarkan laporan Penilaian Kesan alam sekitar dan Sosial (ESIA) yang disediakan oleh Forest Monitor Limited danIndividual and Community Rights Advocacy Forum Inc (ICRAF) pada Mei 1990 mendapati bahawa WTK Reality Group of Malaysia, ketika beroperasi di Vonimo, Wilayah Sadaun, Papua New Guinea telah melanggar kebanyakan syarat yang terkandung dalam Timber Rights Purchase (TRP), Perjanjian Projek dan PNG Logging Code of Practice.

“Adalah difahamkan bahawa Menteri Pertanian sekarang, semasa memegang jawatan sebagai pegawai di SEDC Sarawak, bertanggungjawab terhadap kerja-kerja pembalakan yang dijalankan oleh badan itu turut mempunyai pengalaman pahit berurusan dengan kumpulan yang sama.
“Sekiranya kedua-dua insiden di Papua New Guinea dan Sarawak ini dijadikan contoh, maka apakah jaminan ia tidak akan berulang di negeri Kedah?” tegas beliau lagi.


Sidang akhbar yang dibuat di luar bangunan DUN Kedah itu turut dihadiri Adun Anak Bukit, Haji Amiruddin Hamzah, yang merupakan bekas Jurutera MADA.

Terbitan : 19 April 2003

Penduduk Bukit Indah Berdemo...


Bila : Hari ini (Jumaat) - Lepas sembahyang Jumaat
Di mana : Di perkarangan Masjid Bukit Indah

Anjuran : PR Ampang (menurut pemuda Fakhrol)

Sebab : Bantah Kenaikan Harga Minyak

Tapi teman tak setuju tema bantahan ni...patutnya kita kena buat demo desak kerajaan naikkan lagi harga minya. Agak-agak harga yang sesuai minyak masa ni ialah RM5.55 per liter. Barulah gempaq....!!

Thursday, June 26, 2008

Layari Patrick Teoh Blog...


Niamah...forget about the dirty word...it is very refreshing...


CH Siew: Macamana PM Tahu Mereka Tidak terlibat?

Menarik tulisan CH Siew dalam Malaysiakini ni...Temanpun hairan. Macam ada perancangan bila dia orang ni nak buat kenyataan. Tunggu PM bagi line clear dulu...baru Najib cakap.. lepas tu Khairy...

'How does PM knows they're not involved?'
Jun 26, 08 8:53am

‘I am very amazed that Pak Lah does not even need to conduct any investigation over RPK’s allegation before coming to conclusion that Najib and his wife are not involved.’


CH Siew: I am very amazed that Pak Lah does not even need to conduct any investigation over the allegation before coming to conclusion that Najib and his wife are not involved in this scandal. He is so quick to know that the allegation is not true and pin point the source of the problem as RPK


I really admire his ‘improvements’ in handling the matters because it shows the effectiveness of having a parliament of multiple representations. While I applaud the improvements, I can't help but wonder how he did it?

Was there any information that he had prior to this RPK revelation? Is he trying to cover up the whole thing? How does he know Najib and Rosmah are not involved?

This revelation from a third party as such will cause more harm to Pak Lah than any benefit which I suspect is the reason for such drastic action to cover it up.

It seems that his scheme is backfiring on him. The more he denies such allegations, the more it shows that there is something fishy about the whole issue.

Vijay Kumar Murugavell: If it were me, I would make a police report and not use the attorney- general as an errand boy. The next thing I would do is sue for defamation - that would be the reaction of an innocent person wrongfully accused.

More so if the accuser has a gall to risk two years imprisonment for giving a false declaration.
Based on his (Najib’s) propensity to deny, lack of visible anger and operating from a distance while the AG and police seemingly do his bidding, I would wager that many do not see his denial as sincere.

In fact he appears cool and calculative - which reminds me of this quote: ‘Denial is a common tactic that substitutes deliberate ignorance for thoughtful planning’. (Charles Tremper)

Ibrahim Musa K: This is a very serious matter. Who is to be believed, Pak Lah the premier or Raja Petra the blogger?

Pak Lah categorically asserts that Najib’s wife was not involved in Altantuya’s murder, yet Raja Petra vowed that she was at the scene when the killing took place.

What Pak Lah said could mean that Najib’s wife was not involved in the plot of the murder, but it did not rule out the fact that she was a bystander to the heinous crime (as in Raja Petra’s statutory declaration). This itself would have made her a pivotal witness in court.

Granted whether Raja Petra is trustworthy, the implication of his words would be far and wide if not extraordinary critical to the already chaotic national political scene. It casts an eerie dark shadow that may completely destroy the integrity of the nation’s imminent would-be premier.

Ahmad Kamal: In any case, I think Petra - if he should be detained at all as an accused - should not be detained under any preventive detention law. He should have a very good day in open court as an alleged accused or an important witness.

I hope there are enough of us out there to see that justice is done and be seen to be done.

Ko-han Wai: I must say, Raja Petra have some guts signing a statutory declaration (and paying RM4 for the endorsement too..heheh!) on new info in the Altantuya (may she rest in peace) murder case.

Our country needs more people like this. Kudos and salutations to him. However, in this case - again - it is the case of the whistle-blower getting the end of the stick/rod. Insults and threats of jail time are hurled towards Raja Petra.

And still the BN wonders why most of the public voted against them last March. Well, so much for the Whistle-blowers Act proposed by that someone (don't need to say who) in the PM's department.

The act will most probably contain a whole lot of nonsensical procedures against the whistle-blower just to keep them away.

Puzzled: If parties implicated in statutory declaration made by Raja Petra Kamarudin claim that allegations directed at them are garbage and fabricated, then they themselves should sue Raja Petra Kamaruddin for defamation.

Just giving statements to the authorities would not convinced the public on their innocence.

Kenapa Sibuk Nak Bincang Dengan UMNO??

Bimbang PAS berpecah: Nik Aziz enggan berunding dengan UMNO

Oleh Bernama


Khamis, 26 Jun 2008


KB: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menegaskan beliau tidak akan mengadakan sebarang pertemuan dengan pemimpin Umno bagi mengelak perpecahan dalam PAS sendiri.


Menurut Menteri Besar Kelantan itu, sebarang perundingan dengan parti lawan itu hanya akan memecahbelahkan PAS kerana ada di kalangan anggota PAS yang tidak bersetuju dengan perkara itu.


"Terhadap ura-ura yang mengatakan saya akan mengadakan perundingan dengan Umno, ini saya nak jawab, tak akan ada perjumpaan dengan Umno.


"Kita tak mahu nanti timbul perpecahan dalam PAS sendiri," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini.


Beliau berkata PAS perlu menjaga hati anggota dan juga penyokong parti itu selain tidak mahu Muktamar PAS yang akan datang menjadi medan melepaskan kemarahan anggota parti yang tidak setuju dengan cadangan itu.


Petikan di atas teman ambil dari blog KLpos.



Kebetulan malam tadi ustaz Zulkifli Shaari menyampaikan kuliah Maghrib di SUA. Menarik juga isi-isi kuliah beliau ni...



Perjuangan katanya perlulah berpegang kepada tiga perkara. Allah, Rasul dan Akhirat. Walau apapun terjadi...walau taufan melanda atau tsunami mengamuk...tiga perkara ini kalau kita pegang, Insya'Allah kita selamat.



Perjuangan juga perlu berhikmah dan berperancangan....sama seperti yang teman khabokan dalam tulisan teman yang lalu...perlu ada blue print..jangkamasa pendek dan panjang...mesti ada disiplin. http://kopitiam-bang-nan.blogspot.com/2008/06/antara-tak-buat-apa-apa-dengan-rasuah.html ...ha kali ni Ustaz cakap perkara yang sama. Tulah...kalau tak nak dengar cakap teman...dengarlah cakap Ustaz...teman tak kisah asalkan kerja jalan.



Bercakap pasal perjuangan juga...Ustaz cerita pasal orang yang lari dari perjuangan...dulu dia satu pentas dengan Mat Ezam..dengan Roslan Kasim...habis lari mamat-mamat tu semua. Ezam siap cakap dengan Ustaz tu...malam ni ana nak lepas 3 bullet...ana nak lepas 2 bullet...pengabisnya dia bawa 6 kotak dengan bullet-bullet tu masuk UMNO. Hampeh ko Ezam..



Tapi itulah cabaran perjuangan...jika ianya tidak berasaskan kepada agama...pada Islam...maka satu hari nanti dia pasti lari dari apa yang diwar-warkan...baik demokrasi, baik sosialis, baik keadilan, baik wawasan...



Berbalik kepada PAS dan UMNO ni...kalaulah ada ura-ura sesiapapun nak berbaik semula dengan UMNO ni...teman nak ingatkan satu perkara...tak serik lagi ke peristiwa kena tendang dari BN dulu? Jangan buang masa lah. Teman tak tahulah betul ke tidak cerita ada pemimpin pergi London untuk berunding dengan UMNO...kalau betul la benda ni berlaku....teman rasa ini budaya baru dalam PAS. Pemimpin PAS dah jadi high flyer...dah jadi jet setter ... Terbang sana terbang sini...Mat Sabu pun dah berceramah di Kota London sekarang ni...



Mengenai kenyataan Tok Guru di atas...nak jaga hati pengikut dan tak mahu muktamar akan datang jadi medan kemarahan dan sebagainya... tepat sekalilah kenyataan Tok guru itu..Tentunya sebagai pemimpin Tok Guru mempunyai hikmah tertentu ketika membuat kenyataan begitu...Beliau telah melalui berbagai liku dalam perjuangannya yang amat panjang. Namun untuk menjawab kemarahan manusia mudah jika dibandingkan dengan kemurkaan Allah.

Kalau betullah orang UMNO nak bersatu dan berbaik dengan kita...nasihatkanlah mereka supaya tinggalkan parti yang telah rosak itu...dan masuk PAS. Masuk dengan niat nak perjuangkan Islam kerana Allah...bukan nak jadi ahli majlis, nak jadi MB ke amende...jadi orang biasa dulu. Jalani proses dan program pentarbiyahan macam orang biasa...kalau ada kebolehan..kalau ada keikhlasan...tak dak masalah. Kita terima dengan hati yang terbuka. Malah kita akan tonjolkan mereka ke depan...



Kalau ada mana-mana pemimpin PAS yang menganggap UMNO tu dah bertukar menjadi malaikat...silakan. Ezam tunggu, Khairy tunggu, Pak Lah tunggu dan Najib juga Rosmah pun dok tunggu....namun seperti kata Mee Panjang, selagi PAS tidak lari dari perjuangan... Insya'Allah kami akan tetap di sini....

PAS telah melalui banyak peristiwa. Masuk BN di tendang dari BN. Menang di Kelantan..menang di Terengganu.. kalah di Terengganu...dan menang di Perak, Kedah dan Selangor... perjuangan akan diteruskan. Pemimpin juga silih berganti...ada yang dah masuk UMNO..ada yang mati dalam UMNO...ada yang dah peluk islam hadhari..dan macam-macam lagi. Apakah ini akan membuatkan kita lari dari perjuangan.? Mudah-mudahan kita terus istiqamah macam Tok Guru....


Wednesday, June 25, 2008

Golongan Reformis Dalam PKR Marah-marah...

Apa lagi beb...Ezam sedia menanti ente di dalam UMNO....

Pak Lah pun tengah tunggu tu...

Najib lagi le...

Khairy tengah banyak duit tu...

Teman nak tengok macamana PKR settle masalah pengikut macam ni?

Bukan senang nak perintah negara beb??

Dan dari kenyataan Ust. Badrul (minta maaf ye Ustaz)...pada pendapat teman..tepatlah keputusan yang dibuat oleh Tan Sri Khalid tu..Tak kanlah parut kena belasah polis tu boleh dijadikan kriteria kelayakan dipilih jadi Ahli Majlis kot? Nak tergelak pun ada tengok keletah dia orang semua ni. Sekali lagi...'maaf ye Ustaz...!!'

Teringat teman akan salah satu kuliah Ustaz Badrulamin di SUA tak lama dahulu. Untuk menjadi pemimpin...kita kena berjiwa besar. Orang Islam jiwanya kena besar kerana Islam didatangkan untuk rahmat sekelian alam. Macamana kita hendak memimpin jika asyik bertelagah sesama sendiri dan merajuk.? Dan kembalilah kepada Al-Quran dan Al-Hadis jika kita berbalah....bukankah itu yang dinamakan akhlak Islam?

Rasuah Dan Keuntungan Petronas Sama Banyak

Menurut Lim Kit Siang dalam kenyataannya di parlimen, pada tahun 2004 an international investments and finances services giant, Morgan Stanley telah menganggarkan sebanyak USD100 billion (RM380 billion) wang negara telah lenyap angkara rasuah dalam tempoh 20 tahun yang lalu.

Sementara Tan Sri Hassan Merican menyatakan sebanyak RM335.7 billion keuntungan Petronas telah dikembalikan kepada kerajaan sejak Petronas beroperasi dalam tahun 1974.

Maknanya..kalau kita ikut congak bodoh kita...angkara rasuah...kerajaan BN yang dipertanggungjawabkan memerintah di negara ini telah songlap habis wang Petronas tanpa memberi faedah sesenpun kepada rakyat selama ini. Ditambah dengan kenyataan Shahrir si tong kosong tu...hampeh betul dia orang ni.

Inilah yang dinamakan rasuah, kebocoran, ketirisan, money politic, bailouts, wang ehsan, subsidies to IPPs, tolls, APs dan lain-lain tu...

Masih mahu mengekalkan motto 'ketuanan melayu?'...




Rakyat kena tipu bulat-bulat...

Sebebenonye..kerajaan tak tanggung satu senpun untuk subsidi bahan bakar. Ini didedahkan sendiri oleh Shahrir Samad Si Tong Kosong tu di parlimen Isnin lepas. Malah subsidi bahan bakar sebebenonye tak termasuk dalam data perbelanjaan kerajaan..maknanya subsidi bahan bakar sebebenonye tak ada.

Yang ada cuma wang yang dibelanjakan oleh kerajaan untuk subsidi tol, subsidi pengangkutan awam, subsidi bahan makanan dan lain-lain subsisdi tetapi bukan subsidi bahan bakar.

Maknanye kenyataan Menteri Kewangan Kedua membohong. Sama macam Pak Lah bohong...Najib lagilah bohong...

Cakap bohong lama-lama jadi menteri...

Cerita penuh..baca ni..

http://kickdefella.wordpress.com/2008/06/23/shahrir-confirmed-kickdefella%e2%80%99s-finding/

Khasim Koma...??

Malam tadi dalam sessi parlimen di Kopitiam Bang Nan hangat dibincangkan YB DUN Lembah Jaya kita ni...Macam-macam cerita ada. Rata-rata mahu YB Khasim turun padang.

"Dia tu kena tau...dia ADUN Lembah Jaya...bukan Kampung Lembah Jaya...Ini asyik berkampung kat kedai kopi kat Kg. Lembah Jaya..macamana beb? Kau kena bagi tau dia...DUN dia tu besar sampai ke Bukit Indah, Kosas, Ampang Indah, Rasmi Jaya, Tasik Tambahan dll. " Sergah Mee Panjang.


"Sejak menang pilihanraya..dah berapa kali dia jengok kita? Aku rasa 2 kali aje...yang pertama bila PAS cawangan kita buat kenduri makan kambing...yang kedua masa Hassan Ali tak jadi datang masjid dulu...!!" Si Z mencelah.."Itupun sebab kita belanja dia makan kambing...kalau tak mahu dia nak datang?" Teman jadi batu api.

"Saya tengok...Khasim punya budak-budakpun lain macam...asyik berkepit dengan geng-geng dia aje...eh macam jemaah tabligh pulak saya tengok.." Hj. Osman tokok lagi.

"Emmm teman nampak juga dia orang dalam 2 atau 3 occassion...berkumpul sesama sendiri. Bukan gheti nak tegur-tegur orang. Masa di Masjid Fatimah AzZahra...masa ceramah Anwar di AU2...betul lah Hj. cakap tu...tak campur masyarakat..macamana nak berkhidmat" Teman saja jolok.

"Syok sendirilah mamat-mamat tu..." Pemuda Fakhrol berlagak macam Ibrahim Ali..

"Bukan apa dia tu...peruntukan RM500k untuk ADUN tahun ni habis dah Mail Kijo kerjakan...jadi dia duit dah tak de...dia duduklah diam-diam..!!" dalam batuk-batuk Pak Usop mencelah...

"Dia tengah honeymoon kot..." Kata Anas. "Bukan honeymoon....dia tu masih koma..!! Sergah si Mee Panjang....berderai kita gelak..

Sessi Parlimen malam tadi agak panjang dan ditamatkan jam 11 malam....over a jug of teh tarik and plentiful of kacang, keropok, snacks and so on...inilah satu-satunya kopitiam yang tak ada roti bakar dan telur separuh masak. Yang ada makanan kering....nasib kitalah yop...!!

Nampaknya Saudara Rafia dan Syakimin kena kerja kuat bawa Khasim ke sini. Adakan dialog dan sebagainya....

Tuesday, June 24, 2008

YB Zulkifli Noordin Masuk UMNO...??

Semalam kecuh kawan-kawan teman kat Bukit Indah. Bukan apa...gara-gara sms teman pada dia orang...sms teman berbunyi beginilah kira-kiranya..."Ini baru betul-betul gempaq beb. Zulkifli Noordin masuk UMNO hari ni...."

Ada yang call teman minta kepastian...dia kata..satu hari aku duduk depan komputer melayari internet..tunggu berita gempaq yang dikatakan oleh YB Zulkifli Noordin tapi hampeh pun tak dak...tiba-tiba kau sms kata dia nak masuk UMNO..berpeluh aku beb....
Kesian kawan teman ni. Lurus bendul betul kau Razali. Teman jawap...hang percaya sangat cakap orang politik ni buat apa? Berpada-pada udah le. Bukan sekali dia buat cerita gempaq ni....Bahaya macam ni YB..!! Cheerio....


Yahya Saari Dan Reformasi..

Bukan main marah segelintir golongan reformis (dalam PKR) atas tindakan Tan Sri Khalid menggantung tugas Yahya Saari...mulalah dibangkitkan isu siapa yang berdemo di zaman reformasi dulu. Mana Tan Sri Khalid masa tu? Di bangkitkan juga tindakan Tan Sri Khalid melantik golongan professional dalam PKR untuk memegang jawatan penting dalam kerajaan negeri...

Apalah lahabau ni semua? Tan Sri Khalid hanya gantung jawatan si Yahya Saari ni untuk 2 bulan sementara BPR buat siasatan. Sekurang-kurangnya ia tidak mengganggu urusan kerajaan negeri. Lagipun jawatan Yahya ni penting sebagai pembantu khas MB...Jadi kalau dia masih di situ...dah tentu urusan kerajaan tidak lancar...Lagipun apa hebatnya mamat ni...

Satu lagi teman nak ingat kan reformis PKR ni...zaman reformasi dulu bukan puak PKR aje yang pergi demo. Teman...orang PAS ni pun kena belasah dan kena sembor jugak. Tapi tak de lah teman... apa orang jawa kata tu.. lost focus... Engkau ingat kau menang banyak kerusi PRU12 lalu sebab kau orang demo masa tu ke? Menang PRU12 kena ingat juga masa kalah PRU11...

Zaman Rasulullah dulupun bukan semua orang pergi perang...masing-masing sahabat ada peranan masing-masing. Dan kepada Rasulullah mereka semuanya penting kepada Islam. Kita ni kalau dok fikir bagus kita memanglah orang lain tak boleh pakai belaka....kita ajelah yang bagus.

Satu lagi pasal Tan Sri Khalid pilih golongan professional mengisi jawatan penting dalam kerajaan negeri dan agensi-agensinya....eh teman tak nampak apa salahnya dia buat macam tu...kalau negari nak maju..nak excellent...nak gemilang nak terbilang...itu salah satu kriteria yang perlu ada. Tak kan nak pilih orang macam Mail Kijo pegang investment arm negeri...? Jadi YBpun habis tanah kubur dicagar kat tauke cina...Apa ke barang?

Mat Saman Kati selalu kata orang PAS gila kuasa. Rampas tu rampas ni. Rebut tu rebut ni...
http://matsamankati.blogspot.com/2008/06/fikirkan-lah.html tapi kat Ampang ni teman tengok orang PKR yang gila kuasa. Pantang ada dewan kosong...tercacaklah orang PKR kat situ. Yang bagus tu baguslah. Yang hampeh tu hampeh juga...jangan dok generalize orang PAS macam tu semua...

Bersyukurlah kita dapat MB macam Tan Sri Khalid. Dia bawa budaya baru dalam kepimpinannya. Tindakan terhadap pembantu khas beliau menunjukkan bahawa beliau bukan typical malay leader yang kolot. Walaupun tidak lancar pertuturannya, beliau kelihatan savvy dan urbane. Keberaniannya mengakui kesilapan patutlah kita sanjung tinggi. Berada di pejabat selepas Subuh dan pulang selepas Maghrib menunjukkan beliau seorang yang beriltizam tinggi. Beruntung PKR mendapat pemimpin seperti beliau. Kalaulah beliau berada di dalam saf PAS...tentulah masalah remeh temeh si reformis ini tidak akan menjadi beban kepada beliau...Kesihan teman tengok ko Khalid....




Harakah Terbit 2 X Seminggu

Permohonan sudah diluluskan.

Jenuhlah kita membacanya. Hj. Nan tentu gembira...

Monday, June 23, 2008

Benar seperti yang dikata...

YB Zulkifli Noordin berbasikal ke parlimen....pakai kot lagi..he he...

Macam cerita P Ramlee pulak..

Sunday, June 22, 2008

Hujung Minggu: Kegiatan Ceramah Di Sekitar Bukit Indah..

Malam minggu (Sabtu) di Masjid Fatimah Az Zahra, di bawah pengurusan masjid yang baru telah diadakan program Forum Perdana bertajuk Peningkatan Kadar Jenayah, Penyelesaiannya Cara Islam. Ahli panelnya terdiri dari Ustaz Nor Azli Musa (Ustaz Taliban), Ustaz Halim Din (dari PPZ) dan moderator yang tidak asing lagi di sekitar Ampang ini, Ustaz Ridhuan Mohd. Nor.

Ustaz Nor Azli Musa



Mengupas erti jenayah dari kacamata Islam. Apa-apa juga yang bertentangan dengan kehendak islam dan apa-apa perlakuan yang berlawanan dengan apa yang dinyatakan di dalam Al-Quran dan Al-Hadis adalah jenayah.

Umat islam masa kini mengalami krisis keyakinan. Keyakinan terhadap Al-Quran telah terhakis. Sebab itu mereka mencari hukum yang lain daripada yang ditetapkan daripada Al-Quran. Kesannya, jenayah tidak dapat dibendung dan semakin hari semakin serius.

Penyelesaiannya. Kembali kepada Islam dan Al-Quran. Dalam konteks Pakatan Rakyat, PAS sebagai parti paling kecil sharenya dalam PR di Perak akan cuba mencari perkara-perkara yang sekata di antara berbilang agama untuk dilaksanakan. Antaranya Islam melarang judi, hindu tidak gemar kepada judi, begitu juga kristian dan budha. Ini adalah peluang untuk PAS memperjuangkan pengharaman judi di Perak. Begitu juga dalam kes penjualan arak.

Beliau juga menyeru kepada semua umat islam supaya menebus dosa lalu dengan mengembangkan syiar islam seluas-luasnya setelah diberi peluang untuk memerintah dan mengambil alih pentadbiran masjid dan suraru.

Ustaz Halim Din

Mendefinasikan jenayah yang meningkat dengan lebih fokus kepada masalah zina dan korupsi. Begitu juga dengan jenayah kolar putih dan biru. Memberi perangkaan-perangkaan tentang jenayah masa kini khususnya yang melibatkan orang melayu. Beliau juga bercakap lebih specific tentang perundangan islam.

Penyelesaiannya. Kembali kepada islam sebenar. Walaupun beliau dari PPZ tapi dia tibai juga timbalan mufti Selangor yang sibuk cakap pasal hukum fekah sahaja. Bab air aje dah 2 tahun tak selesai. Tumpuan harus lebih kepada perkara-perkara yang melibatkan akidah.

Perbandingan akhlak orang UK dan Malaysia dari segi vandalisma juga menjadi isi ceramah.

Ustaz Ridhuan Mohd. Nor

Moderator yang hebat ini juga seorang pendakwah dan aktivis dalam Yayasan Amal Malaysia. Hebat menceritakan pengalaman real beliau dalam mendekati pemuda-pemudi melayu islam yang rosak ini.

Akan ku pintal buih-buih di lautan untuk dijadikan ranjang mu.....antara bait-bait kata yang mencairkan hati anak-anak dara...begitulah Ust. Ridhuan mengupas apa yang berlaku di luar sana. Jaga-jaga anak perempuan anda dengan umpanan sebuah handphone free dengan top up dari lelaki-lelaki gersang...

Jika Ust. Halim Din sibuk ke kota London, Manchester hingga ke Scotland dengan misi dakwahnya (baru teman tahu Mat Sabu sekarang ceramahnya sampai ke London), Ust. Ridhuan bersama Ust. Azli sering berdakwah di perkampungan orang-orang asli di sekitar Gombak dan hutan Banding. Ada sapa-sapa nak join?


Malam tadi di Surau ulul Azmi, YB Zulkifli Noordin bercerita tentang isu minyak naik. Selain dari mainan yahudi dan promote buku Matthias Chang, Brainwashed For War Programmed To Kill dan Future Fast forward, lain-lain tu teman dah summarize dalam tulisan teman yang lalu.
Bercakap pasal Matthias Chang ni teman bukan berkenan sangat dengan mamat ni. Dia orang Mahathir yang sanggup mati kerana orang tua tu. Tapi mana-mana yang boleh pakai tu teman ambik jadi pedomanlah.
Belum sempat Mee Panjang hentam dia pasal program Anwar yang tak jadi di Sabah tu, YB awal-awal lagi dah minta maaf. Adalah cerita pasal Sabah dan Sarawak yang nak diannouncekan ...tapi mamat-mamat tu dah dibawa lari ke China. Tunggulah katanya.
Cuma satu benda teman nak komen tang orang PAS ni. Asyik jamu makan aje kerjanya. Teman dah tak larat dah. Di Fatimah Az-Zahra pekena kambing. Di SUA kena nasi minyak.... Bulan depan lawyer Mat Nor nak buat majlis makan-makan lagi...majlis masuk rumah...Tak kurus jugalah teman...he he..








Lagi Berita Sensasi Dari YB Zulkifli Noordin...

Dia minta maaf kerana adjustment kepada program Anwar yang dia announced hari tu...kali ni dia bagi lagi satu berita sensasi...tuan-tuan bacalah sendiri...

http://zul4kulim.blogspot.com/

Selamat bersensasi...!!

Friday, June 20, 2008

Macam-macam Hari ni...

Dari kisah Rolan Aziz minta maaf kat orang PAS: http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=15278&Itemid=1

Palanivel kata Mahathir sama bangsa dengan dia :http://www.malaysiakini.com/news/84786

Yong Tek Lee kena siasat oleh BPR sebab nak keluar BN: http://themalaysianinsider.com/index.php/home/42-lead-stories/795-aca-to-question-yong-over-rm5m-payment

Ezam tinggalkan Anwar kerana prinsip islam (yeakkk nak muntah teman) : http://klpos.com/v2/index.php?option=com_content&task=view&id=1689&Itemid=84

Hinggalah kalau cerita ni betul...rasanya Najib tak de chance jadi PM: http://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/06/20/is-this-statutory-declaration-true/

Anwar Ke Sabah Sabtu Ni (Esok)

Menurut YB Zulkifli Noordin, ada suatu pengumuman besar oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim lepas Zuhur esok. Stay tune...

http://zul4kulim.blogspot.com/2008/06/tsunami-kedua.html

Kalau tak de kita belasah dia masa dia datang surau kita Ahad ni...apa macam???

Kisah Naik Minyak Dan Naik Gaji

Teman dapat email dari orang TNB. Menarik juga untuk dikongsi bersama...






dan petikan video klip di bawah ni...

video






Thursday, June 19, 2008

Rahim Thamby VS Che' Gu Bard Malam Ni..




Astro Awani (channel 501) jam 8.30 Malam Ni.

Sultan Johor Nak Dapatkan Semula Pulau Batu Puteh

Sultan Johor mahu ikhtiar dapat semula Pulau Batu Puteh

Jun 19, 08 2:37pm

Sultan Johor Sultan Iskandar bertitah baginda akan berikhtiar mencari jalan bagi mendapatkan semula hak kedaulatan Pulau Batu Puteh yang kini dimiliki Singapura.

Ketika merasmikan pembukaan persidangan Dewan Undangan Negeri Johor di Johor Bahru hari ini, baginda bertitah bahawa pulau berkenaan bukan milik republik itu sebaliknya hak milik kerajaan Johor.

"Suka beta ingatkan bahawa beta tidak lupa pada Pulau Batu Puteh. Pulau Batu Puteh bukan hak Singapura tetapi hak milik Johor. Sampai bila pun beta akan cari ikhtiar untuk mendapatkan semula pulau milik Johor itu," titah baginda.

Alahai Tuanku....baru bangkit dari beradu ke?

Apa kata kita claim Singapura balik?? Kita letak Pak Lah jadi penghulu Temasik..
Mahathir mamak bendahara kita suruh jaga KTM kat Woodland...Tak payahlah nak pakai passport untuk makan rojak Singapore atau murtabak di Arab Street tu...


Program Tazkirah/Ceramah Di Masjid Bukit Indah

Baru dapat message dari Tuan Hj. Ghani kita...mengumumkan siri tazkirah/khutbah Jumaat dan Ceramah Perdana di Masjid Bukit Indah:

Ceramah/Kuliah Maghrib

Tarikh : 3.7.08

YB Dato' Hassan Mohd. Ali
Exco Agama Negeri selangor

Tazkirah Dan Khutbah Jumaat

Tarikh : 4.7.08

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat
Mursyidul Am, PAS

Tarikh : 20.6.08
Ustaz Yusaini Bin Yahya

Sementara Pemuda Fakhrol pula minta teman sebar luaskan maklumat tentang Kuliah Maghrib Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat di Masjid Al-Azim, Pandan Indah pada 23.6.08 akan datang ni.

Kalau tak datang...ehem..jangan cari teman. Carilah orang yang minta teman tolong siarkan ni ye...he he

UNDI TAK PERCAYA = KELUAR BN

Ada kawan-kawan yang tak berapa puas hati kerana SAPP tak isytiharkan keluar BN semalam. Sebaliknya mereka akan membawa usul tak percaya kepada Pak Lah sebagai PM di Parlimen minggu depan.

Bagi teman usul tak percaya dengan keluar BN tu sama ajelah. Malah usul undi tak percaya ni lebih berat kesannya. Lebih panjang polemiknya dan BN akan terus bergolak tanpa henti-henti. Lepas ini macam-macam kenyataan akan dibuat oleh berbagai pihak termasuk UMNO sendiri.

Ku Li pun nampaknya dah nak bersatu dengan Muhyiddin Yasin. Isyaratnya jelas bila 25 cawangan di UMNO Bahagian Pagoh mencalunkan Ku Li-Muhyiddin sebagai regu untuk menentang Pak Lah-Najib November ni....

Anwar dan Azmin akan buat statement bila perlu untuk up-date kedudukan lompat ni. Pak Lah nak buat snap election tak berani dalam keadaan rakyat tengah marah dia sekarang...

Petang inipun BN akan bermesyuarat discuss pasal SAPP..dan teman percaya ada yang akan mengusulkan Pak Lah supaya letak jawatan dalam mesyuarat ini. Menurut Mahfuz ada kemungkinan besar Pak Lah akan letak jawatan dalam masa yang terdekat ini.

Tetapi apakah kemelut politik negara ini akan selesai dengan perletakan jawatan Pak Lah? Teman rasa tidak. Kemelut ini akan berakhir sekiranya PR take over federal government dan UMNO dikapankan...bilakah ini semua akan berlaku?...pada pendapat teman...tak lama lagi yop....Insya'Allah..!!

RAKYAT TERKORBAN

Hari ni teman agak sibuk sikit. Jadi tak banyak masa untuk berceloteh. Jadi teman siarkan beberapa artikel blogger yang menarik. Antaranya artikel di bawah ini yang dicilok dari KLpos

Minda Pembaca: Biarlah rakyat yang berkorban


Oleh M.F. Othman

Khamis, 19 Jun 2008

APABILA ada orang bertanya kepada saya tentang kenaikkan harga minyak baru-baru ini – saya berkata ianya memang bagus dan tepat pada masanya. Memang bagus kerana dengan pengurangan subsidi ini, maknanya kerajaan kita akan mempunyai lebihan wang sebanyak lebih kurang 14 billion setahun. Memang banyak nilai 14 billion. 1 billion bersamaan seribu juta. 1 juta bersamaan - senang cerita duit RM 100 sebanyak 10,000 keping.

Secara peribadi, dalam keadaan kerajaan kita yang begitu gigih melancarkan program untuk kesejahteraan rakyat melalui pelbagai koridor seperti ECER, NCER, WPI dan SCORE, saya merasakan kenaikkan petrol sehingga RM 2.70 masih terlalu rendah. Otak saya sentiasa berfikir, sudah cukupkah wang kerajaan dengan kenaikkan 78 sen ini?.

Saya cukup risau kalau-kalau kerajaan masih tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk mentadbir dan menguruskan negara ini dalam keadaan yang sedang cukup bermasalah sekarang samada dari segi ekonomi dan politik dan kewangan negara.

Saya juga risau, kalau-kalau pemimpin-pemimpin negara kita akan dipotong gaji dan elaun mereka lebih banyak selepas ini selepas pengumuman Pak Lah elaun para menteri, timbalan menteri, TPM malah PM sendiri akan dipotong sebanyak 10 peratus. Cukuplah dengan hanya rakyat sahaja yang perlu berkorban. Mereka sebagai pemimpin tidak seharusnya melakukan apa-apa pengorbanan.

Rakyat yang memilih mereka menjadi pemimpin, maka rakyatlah yang perlu berkorban. Saya juga cukup-cukup bimbang kalau-kalau pemimpin negara yang baru sahaja kita pilih ini akan menjalani hidup yang susah ekoran kenaikkan harga minyak yang khabarnya sedang menggila ekoran spekulasi negara kecil Israel akan menyerang Iran.

Bagi saya, biarlah rakyat berjalan kaki dengan selipar Jepun sekalipun, janji pemimpin yang kita pilih tadi dapat menaiki BMW, Mercedez ataupun paling-paling teruk pun AUDI keluaran terbaru. Malah, saya amat-amat takut kalau mereka terpaksa membuka tingkap kereta untuk mengurangkan kos penggunaan petrol kerana mereka tidak perlulah melakukan tindakan senekad itu.

Bukan apa, saya takut nanti kereta mewah yang mereka naiki akan cepat rosak sekiranya banyak terdedah kepada habuk apabila tingkap dibuka. Tambah-tambah lagi habuk-haprak dari baju atau seluar rakyat kebanyakkan yang bekerja buruh seperti saya.

Sudahlah selalu pakai selekeh, bau pula begitu semacam yang boleh mengakibatkan aksesori dalaman kereta mewah mereka akan cepat berkarat sekiranya selalu sangat berada berdekatan.
Sebab itulah saya berasa tidak gembira, gemar dan seronok kalau-kalau pemimpin yang sangat kita kasihi ini selalu bercampur-gaul dengan rakyat kebanyakkan kerana mungkin baju, seluar atau topi berjenama - yang berharga ribuan ringgit yang selalu mereka pakai akan sama berbau sebagaimana bau rakyat kebanyakkan.

Dan ini adalah amat bahaya sebenarnya kepada masa depan politik mereka kerana ianya secara langsung boleh menyebabkan mereka tidak lagi akan mendapat undi selepas ini terutamanya dalam menghadapi PRU ke 13 nanti.

Saya juga amat bimbang kalau-kalau isteri-isteri pemimpin kita selepas ini tidak lagi dapat membeli pokok-pokok bonsai yang berharga RM1 ribu setiap satu selepas kenaikkan harga minyak atau dapat membeli aksesori-aksesori rumah yang kosnya bersamaan dengan gaji selama berpuluh-puluh, malah beratus-ratus tahun bagi rakyat kebanyakkan atau rakyat biasa.

Sebab itulah RM 2.70 nilainya terlalu kecil sahaja. Malah saya merasakan nilai RM 5.55 sen seliter adalah paling berpatutan. Kenapa saya memilih angka 555?. Mudah sahaja kerana bunyinya kelihatan seperti buku 3-5. Maksudnya rakyat akan selama-lama nya hidup dalam keadaan yang sentiasa berhutang.

Kalau negara pengeluar Minyak seperti Venezuela boleh memberikan rakyatnya sebanyak 16 sen seliter, saya merasa amat kasihan dengan pemimpin mereka. Otak saya ligat berfikir ‘mungkinkah negara mereka akan bangkrap kerana memberikan rakyatnya 16 sen seliter?.

Mungkinkah pemimpin negara mereka akan menjadi miskin atau dapatkah nanti isteri-isteri mereka dapat membeli bonsai yang berharga RM 1 ribu atau lebih?. Mampukah negara mereka melaksanakan projek sebagaimana projek kebanggaan negara kita seperti ECER, NCER, WPI atau SCORE kalau mereka terus berdegil menjual minyak 16 sen seliter?

Saya menjadi begitu marah kepada negara Venezuela. Aparaaaa U ni Venezuela….Begitu juga dengan negara Iran yang menjual petrolnya sebanyak RM 0.29 sen seliter. Nigeria – RM 0.32 sen seliter. Arab Saudi RM 0.38 sen se liter. Kuwait RM 0.67 sense liter. UAE RM 1.19 sen seliter. Mesir RM 1.03 sen seliter. Brunei RM 2.03 sen seliter dan akhirnya Malaysia RM 2.70 sen se liter.

Yang menariknya –semua negara ini adalah pengeluar minyak yang aktif dan bukan sebagaimana Thailand, Indonesia ataupun Singapura yang bukan merupakan negara pengeluar minyak. Namun ketiga-tiga negara ini terpaksa menjadi ‘kambing hitam’ apabila selalu sahaja dijadikan perbandingan oleh Pak Lah dan konco-konconya setiap kali harga minyak dinaikkan.

Sebab itulah pada hemat saya, biarlah rakyat sahaja yang pecah kepala otak berfikir bagaimanakah caranya, bukan sahaja untuk menjimatkan petrol malah jimat segala-galanya.

Kisah Al-Sultan Dan Pemuda PAS Selangor

Satu artikel yang menarik untuk tatapan kita bersama. Kali ini dari Blogger Penarik Beca.

http://penarikbeca.blogspot.com/2008/06/nasib-baik-bukan-planet-hollywood.html

Jangan lupa click artikel-artikel yang berkaitan seperti Planet Hollywood dll untuk informasi terkini. He he..

Anwar Ibrahim, The Energizer Bunny

Satu artikel menarik mengenai Dato' Seri Anwar Ibrahim dipetik dari The Malaysian Insider.

Memang tepatlah kalau Anwar menjadi pemimpin negara ini dengan karisma, daya tahan dan daya saing yang hebat, kefahaman mengenai Islam dan hubungan baik beliau dengan semua negara luar.

He is the most hardworking politician, menurut The Malaysian Insider. Saya tak pernah lihat lagi beliau tidur di kala mesyuarat sedang berlangsung....


http://themalaysianinsider.com/index.php/home/42-lead-stories/661-anwar-malaysias-hardest-working-politician

Wednesday, June 18, 2008

Sanglang: Pilihanraya Semula....

Dipetik dari Malaysiakini..

BN's Sanglang state seat win 'invalid'

Jun 18, 08 1:15pm

The Sanglang state seat in Perlis, which was won by Umno, has been declared vacant by the Election Court in Kangar, paving way for a possible by-election.

MCPXJustice Zainal Adzam Abdul Ghani today ruled that Barisan Nasional's victory in Sanglang in the March 8 general election was invalid.He however disagreed to allow an application by the losing candidate, Hashim Jasin (right) from PAS - who had held the seat for two terms - be automatically installed as the winner.Umno's candidate Abdullah Hassan won the seat with a majority of 149 votes, bagging 3,384 votes as opposed to Hashim's 3,235.Hashim, who is Perlis PAS commissioner, claimed that he should have won Sanglang based on initial Election Commission records.

He said that he should be declared the winner as the vote tallied from all counting centres showed that he had polled 3,333 votes against Abdullah's 3,286 and had thus won by a 47-vote majority.

Apart from Abdullah, Hashim also named returning officer Muhamad Daud Abdull Hamid and the Election Commission as defendants.Hashim was the incumbent of this state seat which he first won in 1999 but failed to retain in March this year.

In 2004, he managed to retain the seat with a razor-thin 45 votes.The defendants can appeal against the decision to the Federal Court.In the last polls, BN won 14 out of 15 state seats and all three parliamentary seats. It lost the neighbouring Simpang Empat state seat to PAS.

SAPP tak jadi belah yet!!

Yes. Oh no...not yet. But watch this..June 23, 08.

Who is this 6 Umno MPs anyway?

The ball start rolling ... What an interesting life in Malaysia??

Anyhow..me and Naza dah celebrate kat Al-Rawsha....Emm..Enjoy life mate!!

Lagi mengenai minyak oleh Kickdefella

Pada siapa yang rasa tertipu dengan program bersama Hassan Merican malam tadi, bolehlah membaca artikel oleh blogger Kickdefella ini...

http://kickdefella.wordpress.com/2008/06/18/hassan-husam-and-the-truth-about-fuel-subsidy/

DYMM Sultan Selangor Dan Ella Marah PAS

The Star hari ini melaporkan kemarahan Sultan Selangor dan Ella terhadap PAS kerana ura-ura protes Pemuda PAS Selangor terhadap konsert Ella dan Mas Idayu sempena perlawanan bola (Piala Selangor) antara pilihan Selangor dan Singapura. Nampak ngam lah pandangan DYMM Sultan yang menjaga agama Islam dengan Ella, Ratu Rock kita ni.

Betul jugalah pandangan DYMM Sultan bahawa di Selangor ni bukan terdiri dari PAS dan Islam sahaja. Tak ada cacat celanya pandangan DYMM Sultan itu. Cuma teman nak ingatkan, di Selangor ni bukan ada PKR, UMNO, DAP, MCA, MIC dan kristian, budha, singh dan free thinker sahaja, PAS dan Islampun ada juga haknya. Sedikit sebanyak teman sebagai ahli PAS dan beragama Islam nipun terasa juga api (tuanku's rage) kemarahan DYMM Sultan kita ini.

'They (PAS lah tu) are judging me and making baseless accusations. No one can ever judge anybody. Only God (Allah lah tu) can judge us', kata Ella. Ya lah cik Ella ooi...betullah Allah aje yang boleh judge hang...tapi ingat...Allah jugalah yang turunkan al-Quran dan telah meletakkan garis panduan apa yang boleh dan apa yang tak boleh dalam dunia ni...buat semua manusia. Tak kiralah apa darjat kome. Aurat perempuan macam mana? Aurat lelaki macam mana? Halal haram.

Hadis riwayat Nu`man bin Basyir ra., ia berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda (Nu`man menggerakkan jari-jemari ke telinganya): Sesungguhnya perkara yang halal itu telah jelas dan perkara yang haram itu pun telah jelas dan di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (tidak jelas hukumnya) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Oleh karena itu, barang siapa menghindari perkara syubhat, ia telah membebaskan agama dan kehormatannya.

Dan orang yang terjerumus ke dalam syubhat, bererti telah terjerumus ke dalam perkara haram, seperti penggembala yang menggembalakan di sekitar tempat terlarang, maka kemungkinan besar gembalaannya akan masuk ke tempat terlarang itu.

Ketahuilah! Sesungguhnya setiap penguasa itu memiliki daerah terlarang. Ketahuilah! Sesungguhnya daerah terlarang milik Allah adalah apa-apa yang diharamkan-Nya. Ketahuilah! Sesungguhnya di dalam tubuh itu terdapat segumpal daging, apabila ia baik, maka akan baik pula seluruh tubuh, dan jika ia rusak, maka akan rusak pula seluruh tubuh, ketahuilah itu adalah hati.


Khalifah Umar bin Abdul Aziz

Pemerintah selalunya melantik pegawai untuk mengawasi rakyatnya. Aku melantik kamu untuk mengawasi diriku dan kelakuanku. Jika kamu mendapati aku melakukan kesalahan, bimbinglah aku atau halanglah aku daripada melakukannya.
- Umar ibni Abd al-Aziz.


Teman petik kisah di bawah ini dari blog Al-Banjari Online untuk menjadi panduan kita bersama.



Khalifah Umar bin Abdul Aziz



Fatimah binti Abdul Malik bin Marwan dibesarkan dalam sekolah Islam dan terdidik dengan ilmu Al-Qur’an. Ayahnya adalah seorang khalifah. Abdul Malik bin Marwan dan suaminya juga seorang khalifah, yakni Umar bin Abdul Aziz. Keempat saudaranya pun semua khalifah, yaitu Al Walid Sulaiman, Al Yazid, dan Hisyam.



Ketika Fatimah dipinang untuk Umar bin Abdul Aziz, pada waktu itu Umar masih layaknya orang kebanyakan bukan sebagai calon pemangku jabatan khalifah. Sebagai putera dan saudari para khalifah, perkawinan Fatimah dirayakan dengan resmi dan besar-besaran, dan ditata dengan perhiasan emas manikam yang tiada ternilai indah dan harganya. Namun sesudah perkahwinannya matang, sesudah Umar bin Abdul Aziz diangkat menjadi khalifah dan Amirul Mukminin, Umar langsung mengajukan pilihan kepada Fatimah, isteri tercinta.



Umar berkata kepadanya, “Isteriku sayang, aku harap engkau memilih satu di antara dua.” Fatimah bertanya kepada suaminya, “Memilih apa, kakanda?” Umar bin Abdul Aziz menerangkan, “Memilih antara perhiasan emas berlian yang kau pakai dengan Umar bin Abdul Aziz yang mendampingimu.” “Demi Allah,” kata Fatimah, “Aku tidak memilih pendamping lebih mulia daripadamu, ya Amirul Mukminin. Inilah emas permata dan seluruh perhiasanku.”



Kemudian Khalifah Umar bin Abdul Aziz menerima semua perhiasan itu dan menyerahkannya ke Baitulmal, Tabung Negara untuk kaum muslimin. Sementara Umar bin Abdul Aziz dan keluarganya makan makanan rakyat biasa, iaitu roti dan garam sedikit. Pada suatu hari raya puteri-puterinya datang kepadanya, “Ya Ayah, besok hari raya. Kami tidak punya baju baru…” Mendengar keluhan puteri-puterinya itu, khalifah Umar berkata kepada mereka. “Wahai puteri-puteriku sayang, hari raya itu bukan bagi orang yang berbaju baru, akan tetapi bagi yang takut kepada ancaman Allah.”



Mengetahui hal tersebut, pengelola baitulmal berusaha menegahi, “Ya Amirul Mukminin, kiranya tidak akan menimbulkan masalah kalau untuk baginda diberikan gaji di muka setiap bulan.” Umar bin Abdul Aziz sangat marah mendengar perkataan pengurus Baitulmal. Ia berkata, “Celaka engkau! Apakah kau tahu ilmu ghaib bahawa aku akan hidup hingga esok hari!?” Ketika ajalnya hampir tiba, beliau meninggalkan 15 orang anak lelaki dan perempuan. Banyak keluarganya yang datang menanyakan apa yang ditinggalkannya pada keluarganya. Jawaban Umar bin Abdul Aziz ialah, “Aku tinggalkan untuk mereka ketaqwaan pada Allah. Kalau mereka tergolong orang yang soleh, maka Allah telah menjamin akan mengayomi mereka.



Tetapi kalau mereka tergolong orang yang tidak soleh, aku tidak akan meninggalkan apa pun yang bisa mereka gunakan untuk bermaksiat pada Allah.” Kemudian Umar bin Abdul Aziz memerintahkan kerabat karib dan isterinya, Fatimah agar meninggalkannya seorang diri. Ujarnya, “Fatimah isteriku, keluarlah dan tinggalkan aku sendiri menyambut kedatangan makhluk asing yang sedang memasuki kamarku ini. Mereka bertubuh nurani, beraneka ragam sayapnya. Ada yang bersayap dua, tiga, dan empat. Tinggalkanlah aku sendirian wahai sayangku. Rohku sudah siap menyertai para pengawal itu menjadi tamu agung Allah ArRahman.”



Menjelang rohnya menginggalkan jasadnya, beliau mengulang-ulang firman Allah swt :


“Negeri akhirat itu Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerusakan di bumi. Dan kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.” (Al-Qashash 83)


Kekuasaan Khalifah Umar bin Abdul Aziz hanya berusia tiga puluh bulan, tetapi kekuasaannya yang singkat itu bagi Allah Ta’ala bernilai lebih dari tiga puluh abad. Beliau meninggalkan dunia fana ini dalam usia muda, yakni pada usia empat puluh tahun. Pada zaman pemerintahan Umar bin Abdul Aziz ra., pasukan kaum muslimin sudah mencapai pintu kota Paris di sebelah barat dan negeri Cina di sebelah timur. Pada waktu itu kekausaan pemerintahan di Portugal dan Spanyol berada di bawah kekuasaannya. Subhanallah.



Demikianlah Umar bin Abdul Aziz menginggalkan dunia yang fana ini. Dia digantikan oleh iparnya, Yazid bin Abdul Malik. Pada suatu hari Yazid memanggil saudarinya, Fatimah seraya berkata, “Fatimah, aku tahu suamimu, Umar bin Abdul Aziz telah merampas semua perhiasanmu dan memasukkannya ke Baitulmal. Kalau engkau mau, maka akan kukembalikan lagi perhiasan itu kepadamu.” Dengan tegas Fatimah menjawab, “Ya Yazid, apakah kau hendak memaksaku mengambil apa yang oleh Amirul Mukminin Umar bin Abdul Aziz telah diberikan kepada Baitulmal? Demi Allah yang tiada Tuhan selain Dia, aku tidak akan menaatinya pada waktu hidup dan menggusarkannya sesudah beliau menginggal dunia walaupun hanya sedikit.”

Di bawah ini adalah petikan-petikan dan pengiktirafan terhadap Khalifah Umar Abdul Aziz

Hadis Nabi S.A.W
"Allah akan mengirimkan seorang
mujaddid (orang yang memperbaharui urusan agamanya) setiap seratus tahun"

Ijtima' ulama bersepakat mengatakan bahawa untuk kurun pertama Hijrah, Umar ibn Abd Aziz merupakan mujaddid pada kurun tersebut.

Hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Adi ibn Hatim sebelum beliau menjadi Muslim

"Adi ibn Hatim. Barangkali yang menghalangi engkau memasuki Islam adalah dengan kemelaratan kaum muslimin. Akan tiba masanya nanti di suatu zaman di mana seluruh umat Islam tidak layak menerima zakat lantaran kekayaan yang telah mereka miliki"

Berkata Adi ibn Hatim setelah dia menjadi seorang Muslim

"Aku telah melihat dua perkara yang dinyatakan oleh Nabi dan aku bersumpah perkara ketiga mengenai kekayaan umat Islam pasti berlaku"

Yahya ibn Said (salah seorang gabenor ketika pemerintahan Umar ibn Abd Aziz) menceritakan pengalamannya

"Umar ibn Abd Aziz telah mengutus aku ke Afrika Utara untuk membahagi zakat. Lalu kucari fakir miskin di sana tetapi tiada seorang pun yang layak digelar fakir miskin. Khalifah Umar benar-benar telah menjadikan rakyatnya kaya"

Pemimpin Bani Abbasiyyah mengatakan

"Kami dapat menandingi kerajaan Bani Ummaiyyah dalam semua hal kecuali 4 perkara. Salah satunya ialah tiada orang seperti Umar ibn Abd Aziz dari kalangan kami buat selama-lamanya"

SAPP Keluar BN?

Press Conference 2.00 pm oleh Yong Teck Lee. Dengar cerita BN big guns semua berkampung di Sabah sejak semalam. Raja judi...Adnan Mansor, Nor Mohamed Yakcop, budak KJ (version Zulkifli Nordin), Mat Taib dan lain-lain semua tak tidur malam cuba nak sekat domino effect ni...Oooi..mesti banyak duit bawak kan....Mahu 50 kilogram.

Menurut Oriental Daily News semalam bukan Yong Teck Lee aje nak keluar, Pairin dan Bernard Dompok pun keluar sekali. Hmm jadi PM juga ko Anwar...

Antara Mahfuz dan Hassan Merican

Teman baru tengok tv9.com.my. Hebat Bekas Ketua Pemuda kita. Itulah YB Sallehudin Ayub kena banyak belajar dari YB Mahfuz kita. Penyampaian bagus dan kebolehan mematikan hujah lawan, excellent. Ya lah lawan dia tu pun lulus darjah 6 aje..Teman kenallah dia ni...dulu dia Pegawai Kemas kat kampong teman di Air Hitam, Johor....


Yang menarik ialah tentang windfall tax yang dicadangkan oleh Mahfuz. Walaupun ini idea Barack Obama dalam siri kempen dia dengan McCain...sekurang-kurangnya Mahfuz membuat kajian atas topic yang dibincangkan. Dia tahu apa yang dia cakap...Itu amat penting.

Sementara Mohamad Hj. Aziz melambangkan boss beliau, Pak Lah. Merepek dan merapu. Itupun yang orang kampung teman suka, pemimpin merapu. Sebab tu lah teman berhijrah ke Selangor ni....he he.

Bagi sesiapa yang tertinggal tu...bolehlah tengok di bawah ni...

http://www.tv9.com.my/Shows/Episodes.aspx?MasterID=80&ShowID=312&MenuID=2&SubMenuID=1&TemplateID=1&EpID=12919&VideoID=6320
Teman juga sempat tengok Hassan Merican berceloteh dalam TV3 jam 11mlm tadi (rancangan tertunda TV1). Bila teman tengok rancangan yang hambar ni...teman boleh umpamakan macam nilah... kalau kita dah masuk universiti...sesekali kita balik ke sekolah lama kita tengok budak-budak sekolah tu berbahas atau bercerita.

Mike faham-faham ajelah kalau moderatornya Johan Jaafar. Yang dok bertanya pulak pemberita cabuk. Skrip dah preparepun cakap tergagap-gagap. Bayangkanlah kita yang biasa tengok program Hard Talk, BBC News, CNN, CNBC ni...bila tengok mamat-mamat ni bercakap...alahai...

Hasan Merican cakap dalam skop Petronas yang kecil. Nak salahkan diapun tak boleh. Dia ni alat kerajaan BN aje. Dari RM570 billion keuntungan Petronas, RM356 billion dipulangkan balik kepada kerajaan dalam bentuk cukai, dividen dan sebagainya. Pendek kata, dia cerita benda yang kita dah tahu..tu yang boring tu. Dan moderator serta pemberita-pemberita cabuk tu dok tanya soalan akademik yang lay man selalu tanya...

Soalan-soalan seperti, apakah Petronas menjadi alat kepada PM untuk bail out syarikat bermasalah seperti KPB diutarakan agak minimum. Apakah kebocoran berlaku? Apa perlunya Petronas Dagangan mengadakan majlis sambutan hari raya di hotel-hotel 5 bintang (tahun lalu di Hotel Renaissance)? Apa rasionalnya Petronas membelanjakan RM3.5 juta sebulan untuk Philharmonic Orchestra? Tanya juga faedah Petronas sponsor team Sauber Petronas dalam F1?

Soal exploration...soal venture into a new business sebagai value added atau synergize kepada business yang sedia ada...itu tak ada sesiapa nak pertikai. Cumanya kos produce minyak satu tong tidak dinyatakan. Mengikut Che' det tak naik pun. Memang itulah yang patut dilakukan oleh syarikat konglomerat besar seperti Petronas. Tetapi soal dia menjadi alat kepada kerajaan bagi projek-projek yang tak ada value kepada rakyat...menjadi kuda tunggangan kepada Perdana Menteri untuk bail out syarikat sakit itu yang menjadi kemusykilan kita.

Itu Petronas...ni teman nak tambah cerita sikit...di saat kita dihimpit kesempitan ni...diberitakan semua GLC bos (CEO dan CFO) dinaikkan gaji 100%. Kalau CEO sekarang dapat RM50K sebulan, gaji dia orang akan naik ke RM100k sebulan.

Kalau betullah Lembaga Pengarah TNB dah approved kenaikan ini, semua cakap-cakap kerajaan nak cut cost dan tukar lifestyle ni adalah cakap-cakap kosong sahaja. Bayangkan rakyat terpaksa menghadapi kenaikan kadar tariff letrik, bos TNB naik gaji.

Bernama juga melaporkan, Azman Mokhtar (bos Khazanah) kata...oklah tu gaji dia orang naik kerana kenaikkan gaji mereka adalah berdasarkan kepada 'performance-based, incentive-driven and self-funding'. Self-funding? TNB self-funding? Bukankah kita yang fund dia orang dengan kenaikan kadar tariff ni? 'We are not taking money away from anybody but we are creating more value'. Kata brother ni. What a bloody joker?

Tuesday, June 17, 2008

MAHFUZ OMAR DI TV9 MALAM NI


Dengar cerita Mahfuz Omar akan muncul dalam rancangan Hujah malam ni di TV9, jam 9.30 mlm. Kisah minyak.


Selamat menonton.

Naik Minyak

Bagi sesiapa yang masih agak sukar memahami mengapa sebenonye harga minyak kat Malaysia TIDAK WAJAR dinaikkan....sila baca apa yang ditulis oleh blogger kickdefella DI BAWAH INI:


Fahamilah istilah net importer, net exporter dan replacement ratio....

Baca juga temuramah dengan Husam Musa dalam Harakah keluaran terbaru yang akhirnya memaksa Hassan Merican membuat kenyataan akhbar mengenainya. Nampaknya Najib dah tak boleh nak menipu kita lagi.

Selama ini Petronas dan kerajaan menyembunyikan kedudukan sebenar minyak negara. Baca juga bagaimana Malaysia sebenarnya mempunyai stock simpanan minyak yang lebih banyak dari Mesir dan Turkeministan. Bukan itu sahaja...Malaysia mempunyai simpanan gas yang teramat besar untuk export dan kegunaan domestik...Cuma NGV station aje yang tak ade???


Monday, June 16, 2008

Kisah Mat Saman Kati...

Ini satu blog yang baik untuk kita bermuhasabah diri...luangkan masa untuk dilayari.

http://matsamankati.blogspot.com/

Jangan kita syok menghentam aje...

Bantahan Awal Zulkifli Nordin Ditolak...

Emm...mungkinkah DSAI akan bertanding di Parlimen Kulim Bandar Baru?

http://www.suarakeadilan.com/sk/berita-utama/2008/06/1001

Harap-harap dapat bertanding di Kuala Kangsar........Kalau lawan Opah Fidah lagi best..!!

JABATAN AGAMA ISLAM MACAM PAK LAWAK

Hari Sabtu lepas teman bersama orang rumah menghadiri mesyuarat PIBG SMAWP (Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan)... Selepas lebih 1 1/2 tahun ditubuhkan barulah diadakan mesyuarat PIBG yang pertama. Anak teman jadi pelajar dalam pengambilan sulong sekolah ini tahun lepas.
Majlis patut bermula jam 10.00 pagi tetapi 10.30 baru jemputan khas menunjukkan muka. Temanpun datang tepat jam 10.30 pagi. Bukan apa....teman dah faham sangatlah kalau program yang dianjurkan JAWI ni..selalu lewat. Dulu masa nak daftarkan anak teman ni punyalah kelam kabut. Jadual patut mula jam 8.00 tapi pukul 10.00 tak mula lagi.... Masya'Allah...

Dimulakan dengan ucapan alu-aluan guru besar dan diikuti oleh celoteh Dato' Che Mat Che Ali..Ketua Pengarah JAWI. Teman rasa macam berada di dalam program Raja Lawak pulak. Merepek tak tentu hala. Cuma yang menarik Dato' ni nak cerita bagus dialah...kata beliau cadangan untuk mewujudkan sekolah menengah agama ni telah disuarakan oleh Tan Sri Yusuf Nor, menteri masa tulah..tahun 1987.

Selepas 18 tahun...selepas menteri berganti menteri dan memorandum demi meorandum dihantar barulah kata sepakat tercapai untuk mewujudkan sekolah ini pada tahun 2005. Kemudian dia orang ambil masa 2 tahun lagi untuk merealisasikan kesepakatan tersebut dengan pengambilan lebih kurang 200 pelajar pada tahun 2007. Lebih tepat lagi 22 Januari, 2007.

Jadi sekolah inipun diwujudkan tanpa infrastruktur yang lengkap. Sekolahpun menumpang di SKAWP di Masjid Saidina Othman Al-Affan, Bandar Tun Razak. Syllabus ikut JAIS. Masa ditawarkan belajar di sekolah tersebut, ibu bapa telah diconvincekan dengan rancangan persekolahan yang menarik juga di mana kami dijanjikan yang sekolah yang serba lengkap akan dibina dalam masa 2 tahun, pemberian biasiswa dan sebagainya.

Dah lebih 1 1/2 tahun masih cakap pasal benda yang sama...sekolah RM100 juta akan dibina atas tanah seluas 8.4 ekar. Wah lagi besar pulak. Ada kawan-kawan yang jumpa JAWI sebelum ni lain pulak ceritanya. Tanah cuma 5 ekar dan kos tak sampai RM30 juta. Nampak sangat Dato' Che' Mat JAWI ni cakap politik aje. Kalau nak jadi ahli politik berhenti jadi pengara JAWI tu...

Teman dah angin semacam aje hari tu...bukan apa. Dalam sessi perbincangan...Che' Mat ni masih mampu buat lawak lagi. Ada ibu bapa yang cadangkan (memandangkan prestasi anak-anak merosot) agar masa persekolahan dipanjangkan (walaupun teman tak berapa setuju yang ni) ...tapi apa Dato' ni cakap..."kita boleh panjangkan sampai waktu Subuh!!" Apabila ada ibu yang cadangkan mata pelajaran sivik dihapus atau dipendekkan...Dato' ni boleh cakap begini..."Puan boleh buat sekolah sendiri!!"...Nadanya nak jadi hero..nak buat lawak...tapi ianya LAWAK BODOH!!...

Apabila dibangkitkan soal infrastruktur yang tidak lengkap...Dato' ni pusing kot lain..."Kita membelanjakan hampir sejuta setahun untuk menyediakan perkhidmatan bas kepada pelajar-pelajar berulang alik dari sekolah ke asrama dan sebaliknya...!! Ini tak masuk kos minyak yang naik baru-baru ni" Yang ko bodoh buat sekolah tak de perancangan tu buat apa? Ko cakaplah kat Menteri kau yang bersekongkol dengan Pak Lah naikkan harga minyak tu....

Ada juga ibubapa yang cadangkan agar JAWI menggaji guru-guru berpengalaman dan memberi elaun khas kepada guru yang ada kepakaran....apa Dato' ni cakap..."Ha!! Saya setuju tu. Kalau tuan-tuan kenal guru-guru yang macam ni...bagi tahu saya...!" Dalam hati teman habislah anak aku....

Kebetulan teman jumpa Hj. Radhi dari Fasa 1 yang anak diapun masuk sekolah ni. Menyesal tak sudah brother kita ni. Tambahan lagi anak dia lelaki...nun di Darul Hasanah, Gombak...Dia dah buat keputusan nak keluarkan anak dia dari situ...

Teman tengoklah sampai pertengahan tahun ni. Kalau macam tu juga keadaannya... terpaksalah teman bawak keluar anak teman. Sedih teman bila fikir-fikirkan agensi kerajaan yang jaga pasal agama ni. Dia buat main-main aje tentang perkara-perkara yang serius macam ni.
Ada orang kata JAKIM jual sijil halal. JAWI asyik syok sendiri. Majlis Agama Islam Pulau Pinang hampeh dalam kes Siti Fatimah Tan Abdullah. Apa nak jadi ko orang ni semua. ??Nampaknya Zahid Hamidi tak lama lagi gulung tikarlah.... JAIS jadi alat UMNO....