Sunday, August 31, 2008

Pak Pandir...

Hari ni aku betul2 bengang bila baca Sunday Times. Bukan apa....berita ni betul2 buat teman hot..CAN'T pay off your loan? Welcome to the club. Full Story

Teman bukan tak bayar loan. Kisahnya teman ada satu akaun semasa dengan Bank Bumiputera yang tak aktif...biasanya akaun kalau tak aktif dia kira dormant..tapi BBMB sampai ke CIMB dok charge teman RM5.00 sebulan kununnya sebagai service fee ke amende...

Jadi bila teman pindah rumah...semua statement dia hantar kat rumah lama...sedangkan rumah lama tu teman sewa aje. Sehinggalah baru-baru ni teman pohon credit card tapi kena reject. Bila teman tanya dia kata teman ada hutang Rm300 (accumulated RM5.00 sebulan) lebih tak bayar. Jadi rekod teman kat Ctos ke amende ke tak bagus...

Ciput punya pasal nama teman buruk. Cheh...!! Che det guna duit Petronas bailout anak dia billion-billion ringgit tak pe? Perwaja tak bayar hutang tak pe...KTMB tak bayar hutang tak pe..Johor hutang tak pe...Selangor (Khir Toyo) hutang tak pe...Hempeh..

Ko orang tengok macam mana Malaysia buat investment? Baca ni...Auditor-General's Report:: Half billion spent, RM25m returns OVER half a billion ringgit was spent, but all the Malaysian government got in return from its investment in Columbia Aircraft Manufacturing Corporation in the United States was RM25 million. Full Story

Tengok ni...beli lembupun kena tipu...bodoh...Auditor-General's Report: RM3.19 million for only nine studs OVER RM3 million was spent, but the Veterinary Services Department only got nine fit animals for its cattle stud farm project or the "Pengeluaran Bibit dan Baka Ternakan Lembu". Full Story

Banyak lagilah kisah-kisah Pak Pandir ni dalam laporan Auditor General. Tapi tulah...setakat laporan ajelah. Tak de tindakan. Kalau adapun hangat-hangat taik babi. Yang kena esok adalah beberapa mangkok yang jadi macai orang politik....Padanlah Malaysia menurut Anwar dah hilang daya saing...Budget 2009: We have lost our competitive edge, says Anwar

Nampaknya macam rating bola. Malaysia akan makin ketinggalan....HARI MERDEKA YANG MENAKUTKAN...

Selisih malaikat 44...

Hari ni teman balik kampong orang rumah di Changkat Jering. Hala ke Trong...tak jauh dari simpang ke Changkat Ibol, kubu PAS tegar. Saja ziarah pak mertua..tak berapa sihat..

Sepanjang jalan teman tak nampak satu kereta pun yang kibar bendera Malaysia sedangkan hari ni Malaysia merdeka. Hampeh betul dia orang ni. Sekurang-kurangnya teman kibarkan juga bendera Malaysia kat rumah (tapi terbaliklah)...bendera tu teman dapat minggu lepas ketika ke Putrajaya kat toll PLUS...ada orang bagi free..

Masa sampai Ipoh ke Kuala Kangsar teman sengaja slow down sikit...yelah..bukan apa...hari ni kan Tajol Rosli nak jadi MB perak. Tengok kalau ada apa-apa sambutan yang melimpah-limpah hingga ke jalanraya. Eh...tak de pulak.

Sesampai di rumah pak mertua teman...tak meyempat teman menanya samada MB dah tukar? Terkejut badak pak mertua teman..."Cek cakap apa ni?" Dia nampak bengong..."Tak da..kata Tajol Rosli nak ambil alih Perak hari ni...!!" Teman provoke. "Ehh..selisih malaikat 44..!" Mengurut-ngurut dada pak mertua teman. "Opps..sorry bah..!" Baru teringat pak mertua teman tak sihat...

Tapi menurut Radenjowo...majlis angkat sumpah masih berlangsung..dan dijangka tamat malam ni jam 12.43..he he..Hari ini UMNO tawan PERAK .... kah kah kah. Ezam dan Nalla pun ada katenye..Mana mau lari?

SMS teman pada Buyong pun tak berjawab...mungkin diapun ada sekali dalam majlis angkat sumpah tu..silap-silap jadi pegawai khas menteri besar kawan teman tu...

Bercerita pasal sms..teman dapat banyak sms hari ni..mengucapkan selamat berpuasa. Antara yang menarik dari Naza:

Get Vietnamese worker, DOG missing!
Get Bangla, Malay girls missing!
Get China maid, HUSBAND missing!
Get d police, EVIDENCE missing!
Call d witness, whole FAMILY missing!
Found medical report, DOCTOR missing!
Government changed, FUNDS and documents missing!
Choose Anwar as PM, Che Det missing!
Come Ramadhan, Syaitan missing!
Salam Ramadan...

Ada juga sms yang menyedihkan...antaranya dari Mee Panjang...

"Saya minta maaf banyak2 jikalau kata2, perbuatan saya menyebabkan tuan terasa. Selamat berpuasa lebih baik dari yg lepas.."

Cuma teman merasakan mesej ni patut dia hantar kat Hj. Ghani yang dia selalu usik (bergurau) tu...he he.

Teman mengambil kesempatan ini mengucapkan..

"AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN...Ya Allah jadikanlah puasa kali ni yang terbaik yang pernah hambamu ini lakukan. Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak..!!"

Saturday, August 30, 2008

Sesekali...

Sesekali teman baca juga blog dan laman web yang ada kena mengena dengan UMNO ni...bukan apa..saja nak tengok apa yang digundah gulanakan...kadang-kadang tu kesian juga tengok pengikut-pengikut setia UMNO totok ni....dalam opis teman ada sekor dua yang dah macam labi-labi...kura-kura ok lagi...ni labi-labi...serba tak kena. Nak jalan atas daratpun tak larat..He he.

Antara laman yang masih teman jengok ialah chedet, khir toyo, agenda daily, my kmu johor, kuda-kepang dan 2 3 kerat lagi. Tulisan dia orang ni biasalah...senget ke sebelah sana. Tapi yang dok hantar komen tu....kesian teman tengok dia orang. Ada lagi species macam tu....

Apa yang Pak Lah BACA semalam?

Pak Lah telah MEMBACA bajet semalam...Tak de lah teman nak tengok secara detail...cuma pak-pak pencen di SUA semalam dok cerita pasal pencen minimum yang telah dinaikkan bagi mereka yang berkhidmat lebih 20 tahun.

Dengar kata mana-mana rumah yang guna letrik kurang RM20.00 tak payah bayar. Hmm.. Fuad Zarkasi (MP Batu Pahat) tak cakap benda ni membazir ke? Dulu masa Selangor nak bagi air percuma dia kata membazir. Hampeh...

Pagi ni bila baca paper...teman tengok berjela-jelalah kununnya kebaikan bajet ni. Tahun lepaspun macam tu jugak tapi yang pasti hidup rakyat sekarang ni makin susah. Jadi teman dah lost interest kat bajet ni sejak 10 tahun kebelakangan ini...

Di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Singapura dan Jepun....bajet akan menentukan arah masa depan negara tersebut...Jadi ianya akan create excitement. Kenyataan Alan Greenspan (1987-2006) sebagai Chairman of US Federal Feserve Board merupakan saat yang ditunggu yang akan menentukan arah ekonomi dunia...

Kat Malaysia ni Pak Lah pulak dia cuma baca bajet. Tak de apa yang baru. Balik-balik bonus kakitangan awam, potong tax individu, bagi peruntukan Sabah Sarawak RM500 juta, public transport (ini tiap-tiap tahun punya isu ni..tak selesai2)....Ini bajet orang kampong. Bajet nak selamatkan tengkok yang dah nak kena pancung....poooorah.

Teman cuba melayari internet bagi melihat keseluruhan isi bajet...yang ada pendapat para pembodek yang berjela-jela. Teman malas nak baca tu semua kerana sesetengah pembodek yang buat ulasan pun tak boleh pakai.

Teman cuba cari bajet Singapura. Ini hasilnya...Singapore Budget 2008 Website. Cuba tengok negara dah maju. Lain bro. Dari situ semuanya jelas dan transparent. Siap dengan household benefits calculator.

Satu lagi teman tengok...ini kali ke berapa belanjawan deficit..? Teman pun tak tahu. Setuju benar dengan pendapat The Prime Minister In Waiting, "continuous deficit budgets an exception among oil-producing countries and the lack of competitiveness in our country would not attract foreign direct investment (FDI)." Bukan itu sahaja, kegagalan kerajaan BN bertindak terhadap amalan rasuah membuatkan foreign fund manager cabut ke negara lain. After all Anwar telah dijemput berucap di hadapan lebih 400 foreign fund managers di Hong Kong sebaik berakhirnya PRU12 yang lalu.

Couple with Pak-pak Arab yang hanya menunggu masa Anwar mengambilalih tampuk pemerintahan Malaysia untuk invest di negara ini, harapan untuk Malaysia berdaya saing dan ke hadapan nampaknya banyak bergantung kepada keputusan 40 orang MP yang nak cross ini. Siapa kata mereka pengkhianat? Merekalah sebenarnya penyelamat......


Friday, August 29, 2008

Kalau Akulah Salah Seorang 30 MP Tu...!!

Mike bayangkan ni....

Che Det cakap..."the Parti Keadilan Rakyat adviser might think he could “buy” MPs to jump to his camp but it would be impossible for him to “outbid the other bidders who have more money.”

Maknanya 30 MP ni semuanya (menurut Che Det) boleh dijual-beli beb. Dia cross pun sebab dia kena beli...dia stay pun sebab dia kena beli. Macam manapun MP2 ni kalah bro. Pada Che Det 30 MP ni kira gone case punya MP...tak de maruah.

Sedangkan mike tengok kenyataan Anifah Aman dan beberapa orang MP Sabah hari ni cakap..."We are not commodities to be bought and sold. We have our honour."

Dan teman percaya mereka ni. Che Det cuma nak bagi pressure kat dia orang ni...

Kalau mike dalam situasi ni macam mana? Kalau teman mudah aje. Teman negotiate dengan Anwar...OK kamek boleh join Dato' Seri...tapi dengan satu syarat. Tangkap orang tua sekor ni (Che Det) dan bicarakan dia di mahkamah atas semua salah laku dan salahguna kuasa yang dia lakukan selama 22 tahun jadi PM. Kalau ini boleh dilaksanakan...kamek semua akan masuk PR!!!

Habis cerita.

Ayuh YB apa lagi? Kamek rakyat Malaysia semua sedang menunggu tindakan lanjut YB-YB semua....

Shafie Afdal Sorang Sign Aku Janji...

La...apa dah jadi ni? Dengo cerite ramai MP dari Sabah tak nak sign aku janji tu...camno ni? http://www.themalaysianinsider.com.my/index.php/malaysia/8276-sabah-mps-reject-loyalty-pledge. Habislah Shafie Afdal...mike sign sorang-sorang na...he he.

Major mu jangan bimbang....relax bro.

16 September....!!

Major balik dari Pahang marah-marah malam tadi...."Tak de apa-apa berlaku di Parlimen ke hari ni?" Teman tanya balik, "apa yang nak berlaku?" "Tak de yang cross over ke? 16 September ni tak jadilah?"...makin kuat suara Major. "Lepas PRU13...!!" Jawab teman selamba. "Hampeh.!" Major menyumpah...

"Mu silap Major....betullah Anwar cakap 16 September...tapi tahun tak tahu...mana Anwar ada sebut tahun bila..?? Ha ha!!" Teman saja mengusik. "Yang percaya 16 September ni hang dengan YB Zul aje....!" Saja teman naikkan darah Major...

Teringat teman masa zaman bujang-bujang dulu. Masa tu teman dah berkerja. Bila balik kampong..arwah emak teman tanya, "bila nak menikah?" Selamba aje teman jawab, "bulan 12!" "Ha! bulan 12...ni dah bulan 10?" Arwah ayah teman terkejut sakan....

"Ye lah bulan 12...tapi tahun teman tak tahu lagi...!!" Saat manis teman bergurau dengan ayahanda dan bonda.

Agaknya gitulah Dato' Seri Anwar kot. Saja bergurau dengan rakyat Malaysia. Hmmm..bergurau saja-sajapun dah menang. Ni belum betul-betul lagi ni...

Apa lagi la Che Det melalut ni..?

Semalam teman dengar dia cakap dalam TV....PKR tak menang..BN yang kalah. Pagi ni teman baca dalam dia punya blog...lain pulak...apa dia kata? Anwar menang, Barisan Nasional kalah...!! Baca ni...PERMATANG PAUH

Awat lagu ni Che Det Oiii...Sapa kata BN kalah? BN menang apa? Dia kalahkan AKIM. Yang dia kalah (kata Mee Panjang) cuma kat PKR aje no...

Yang lain tu dia dok putaq cerita lama. Pak Lah kena berhenti sekaranglah amendelah...biaq pi lah Pak Lah nak jadi PM lama manapun. Kami dalam PR ok je. Biarlah Pak Lah kasi runtuh punah habis UMNO tu...tak lama lagi...senang kerja kami. He he.

Cheerio Che Det..!! Senyum sikit.

BIAR KHIR TOYO JAWAB NI...

Seperti yang dilaporkan oleh The Sun hari ini di halaman utama mereka, PUBLIC LAND GONE...Tanah yang sepatutnya menjadi tapak untuk facilities bagi penduduk di Bandar Utama akhirnya jatuh ke tangan individu. Apa yang telah berlaku ialah, persetujuan barisan exco yang lama membenarkan MB to alienate tanah tersebut kepada beberapa individu, badan-badan dan syarikat dan parti politik...http://www.sun2surf.com/ maka teman menyeru Tan Sri Khalid Ibrahim supaya mengambil usaha untuk declassify minit mesyuarat yang deliberate dan mengesahkan tindakan tersebut...

Inilah masanya untuk kita bertindak dan nail in the coffin UMNO ni... We are not decisive enough...Hantar mereka ke penj...

Thursday, August 28, 2008

Apa ada pada budget??

Teman hari ni ke Alrausha. Bukan apa..kali ni dok pekena madghut dengan Alrausha grilled. Saja ajak kawan-kawan lama celebrate sekali. Semalam dah celebrate kat Cozy...hari ni kat restoran arab pulak. 16 September ni di mana ye? He he...

Dalam perjalanan balik tu...seperti biasalah teman dok dengar radio 24. Kali ni isunya, "apakah harapan anda untuk budget kali ini?"...cerita pasal budget yang akan dibacakan oleh Pak Lah esok. Teman sebut dibaca sebab Pak Lah esok tukang baca aje...dia bukan tau apapun isi budget tu...!! Dia 1+1=5...

Rata-rata memperlekehkan budget ni...ada setengah tu jawap..."Mana ada harapan lagi?"..ada yang suruh berhenti saja discuss pasal budget ni. Buang masa kata depa...ada yang kata budget tak bentang...tiket bas express akan kena surcharge 30% pada musim perayaan akan datang ni... gila!!

Teman cari nombor radio ni tak dapat. Kalu sapa-sapa ada tu bolehlah bagi tau teman. Bukan apa...teman nak suruh depa tukaq kerajaan saja...itu saja solutionnya. Tak payah bentang budgetpun tak pa...Malaysia mesti OK punya kalau mangkok BN dan UMNO ni kita tapau.

Hang tanya Pak Lah apa cerita budget yang dia bentangkan tahun lepas...? Apa yang telah dia jalankan? Aku boleh jamin sepatah harampun dia tak ingat....Ni nak bentang budget baru. Cerita gula-gula sajalah bro....




Jangan buat kami penin...!!

Inilah ceritanya yang teman tangguhkan posting nye hari tu...La ni pilihanraya Permatang Pauh dah berlalu...OKlah kot untuk teman mengungkit kisah lama...sekadar menjadi teladan.

Isnin, 25hb. Ogos, 2008: Kelmarin teman terkejut beruk gara-gara Najib. Malam tadi teman terkejut sotong. Kali ni gara-gara YB sensasi kita...Zulkifli Noordin. Dia datang untuk menyampaikan kuliah sejurus tiba dari Permatang Pauh dengan menunggang kapcai aje. Lepas kuliah...dia akan terus ke Permatang Pauh untuk menyambung kempen beliau....

Namun bukan itu yang membuat teman terkejut sotong. Isi kuliah dia tu yang buat teman dan rakan-rakan di Kopitiam pening-pening lalat. YB Zul masih dengan style dialah. Fiery dan penuh kontroversi.

Memulakan kuliah dengan peristiwa kejatuhan Masjid Al-Aqsa ke tangan musuh gara-gara umat islam tidak bersatu..dipetik dari buku-buku Peter O'Toole, John Collin dan Mathias Chang... entah apa-apa tajuknya teman tak berapa nak ingat...sampailah kepada kes menurut YB Zul dia macam keseorangan mempertahankan Islam di Malaysia ni...Nampaknya peristiwa forum anjuran Majlis Peguam benar-benar membuatkan dia hot.

So dia justify tindakan yang diambilnya bersama-sama rakan-rakan yang lain tu. Teman tak nak ulas panjang pasal ni...So OKlah pada teman.

Tapi shifting of stand yang dia buat malam tadi tu yang mengejutkan teman...aik..mudahnya dia buat keputusan. Tak payah bincang-bincang dengan boss dia (Anwar) dulu ke? Tak payah bermuzakarah dengan Tuan Guru Nik Aziz ke? Tetiba aje lontarkan idea nak mengkaji hubungan dengan tu dengan ni...tetiba aje 40 lebih MP dah tinggal 31. Tetiba aje dah tak berapa favour bentuk kerajaan memandangkan MP Islam kurang dari non-muslim?

Sedangkan YB Zullah yang paling bersemangat sekali nak bentuk kerajaan PR selepas PRU12 yang lalu. Dalam kuliah2 yang lepas...tak pernah lekang jemaah diingatkan tentang perubahan yang akan berlaku. Sensasi beb...sampai temanpun kekadang naik lemas kerana pengumuman demi pengumuman yang dibuat tak da pun yang jadi kenyataan. Tapi teman dan rakan-rakan dok telan begitu saja sebab memahami strategi berpolitik yang penuh dengan perang psychology. Kita mengambil sikap bagi chance lah...dan bersangka positif aje...

Tapi malam tadi lain bebeno gayenye....macam nak berkawin dengan UMNO aje lagaknye? Teori UMNO tu Islam dan DAP tu kafir harbi dah sarat dalam otak YB kita ni. Baca ni...DAP tolak dasar PAS? Biasa la...Maka mengutiplah dia kata-kata YB Nasharudin Mat Isa mengenai muzakarah tu....tak kisahlah teman itu semua. Pada teman itu telah diputuskan oleh Muktamar...Khalas...

Malah kununnya wujud perjanjian Pangkor (yang telah dinafikan oleh YAB Nizar) di Perak dan konsert Mawi di Kelantan (anjuran kerajaan negeri) juga diungkit kembali. Begitu juga cerita Lim Guan Eng bagi status kekal kepada pemilik tanah di Pulau Pinang. Malah dia mengutip tuduhan Ezam yang disiarkan dalam akhbar Sinar Harian bahawa 30% wang zakat hendak dibagi kepada bukan islam. Apa benda ni?

Cumenye teman nak ingatkan YB...50 tahun UMNO memerintah...ada kuasa....ada suara majoriti...apa ke hei tolak islam juga? YB juga cakap dulu puak-puak ni munafik. Sekurang-kurangnya kafir harbi tu kita faham stand dia tapi yang munafik ni lagi lah haru....sebab tu tempat golongan ni....ah malas teman nak ulas...

Yang ironiknya...dengan lontaran idea yang sedemikian..eh tergesa-gesa nak pergi Permatang Pauh pulak lepas tu...tertanya-tanya juga jemaah. Nak kempen untuk Anwar Ibrahim ke Arif Shah?

Kalau macam ni lah gayenye YB..hendak aje teman suggest YB join Ibrahim Ali. Sekurang-kurangnya tak lah dia keseorangan dalam Parlimen tu....Menjadi pemimpin perlu ada maturity.. perlu ada wawasan...perlu wala' pada pemimpin. Jangan dok jadi loose cannon... tak tentu hala. YB mungkin OK tapi kita dok di bawah ni tak kan nak jadi loose cannon sama? Cuba tengok sikit macamana YB Khalid Samad menangani isu...Menggempur Pemikiran Assobiyyah (Perkauman) dan Respon Kepada Pengunjung. Belajar dari dia.
Belajar dari YB Khalid Samad. Apa dia tulis..."Saya menjawab supaya menyumbang ke arah kefahaman yang jelas di kalangan ahli dan penyokong berhubung arah-tuju yang perlu kita harungi. Saya faham kekhuatiran dan ketakutan di kalangan ahli, penyokong, walhal sebahagian pemimpin PAS untuk mengharungi jalan ini. Melepaskan tongkat kebangsaan Melayu dan berpegang teguh kepada Islam semata-mata dalam berjuang untuk mencorakkan suasana politik baru Negara Malaysia merupakan satu cabaran hebat! Namun ianya perlu diharungi dan pada masa yang sama kita juga mendapat perlindungan Perlembagaan. Oleh itu ianya bukan satu pengembaraan politik tanpa apa-apa perlindungan. It is not a ‘foray into the wilderness without any form of protection’."

Jangan kecik hati ye YB. Teman dan rakan-rakan tak pernah question YB punya struggle untuk Islam. No question about that. We will always support you forever tetapi kami juga ada pemimpin yang lebih besar (selaras dengan penutup kuliah YB yang menyarankan kami untuk terus istiqamah dengan panduan para ulamak) untuk kami wala' kepada arahan dan keputusan mereka.... Takbir!!

Professor Kangkong ke Professor Sotong...

Arakian terkentutlah seorang professor dari UKM mengeluarkan hujahnya di program Awani Channel 501 di malam bersejarah terkojolnya UMNO dan Barisan Nasional di Permatang Pauh Selasa lalu.

Maka katanya, "punca kekalahan UMNO dan BN adalah kerana HUJAN adanya..." Baca sini.. PROFESSOR KANG KUNG DAN KUNG KANG

Maka mencongaklah teman...kalau 20% yang tak mengundi tu semua datang mengundi BN...berapakah agaknya jumlah undian mereka. Maka setelah dikira 20% x 58,000 (jumlah semua pengundi di Permatang Pauh) = 11,600. Maka teman campurkan undi rasmi yang Ariff Shah dapat 15,524 dengan 11,600 itu..maka tersembullah jumlahnya cuma 27,124 sahaja. Maka masih kalahlah dia ditangan Anwar Ibrahim (yang mendapat 31,195 undi) adanya.

MAKANYA ITU BODOH 2 KALILAH PROFESSOR SOTONG ITU DI MALAM YANG HENING DAN PENUH BERKAT ITU. BERJAYALAH DIA MELETAKKAN TAHAPNYA SAMA MACAM NORDIN KORDI DAN IBRAHIM ABU SHAH....KAH KAH....!!

Wednesday, August 27, 2008

Menurut Che Det....

Che Det cakap...Anwar tak de chance nak dapat 30 BN MP masuk PR. Sebabnya...Anwar tak cukup duit nak beli dia orang...maknanya berapa Anwar sanggup bayar..the other side boleh bayar lebih...Dr M: Anwar won’t get 30 MPs - MALAYSIAKINI

Wah...Che Det pandang hina betul kat MP yang nak join Anwar ni. Kalau kita tengok dari kenyataan Che Det ni...samada 30 MP ni masuk ke tak masuk...dia orang ni memang kaki makan duit. Sapa bayar lebih aku ikut...!! Itu macam ka?

Satu benda yang menarik dari ulasan Che Det ni...perenggan yang ke dua bawah sekali tu...yang teman dok highlight tu..

“If changes are made two years from now, then Umno will face an uphill task to gain strength and the people’s confidence. If they fail to do so, then Barisan can expect defeat in the 13th general election,” he said, adding he was willing to come back to the party’s fold and work towards reviving it if Abdullah step down before the 2010 deadline

Che Det nak join UMNO kalau Pak Lah berhenti dan berkerja untuk memulihkan UMNO. Dah biol ke orang tua ni...? Macam gila talak pulak teman tengok. Dia nak berkerja macamana kalau nak jadi perwakilan Kubang Pasupun tak boleh.? Nak jadi presiden parti semula? Jangan mimpilah Che Det ooi....Hang pergi Argentinalah oi...

You don't like Pak Lah..just cross over!!

Apalah yang susah sangat puak-puak ni? Teman nak cakap ni...UMNO dan BN tu dah tak ada harapan dah. Tak guna nak ganti Pak Lah ke amende ke....nak ganti dengan sapa? Najib lagi teruk. Muhyidin tak dak teloq....Kuli...belum bertanding dah kojol kena cantas. Jangan buang masalah. Gerakanpun dah nak masuk PR...MCApun dan berura-ura nak tinggalkan BN. Kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang beb...

Kalau nak tunggu PRU13 pun tak guna dah...nanti silap-silap yang dikendong keciciran bro... cabut sebelum terlambat. Ehhh...Najibpun dah sibuk sms Anwar..DARIPADA NAJIB. Ni korang masih nak tunggu...biorle Ezam dengan Nalla jaga UMNO. After all duit Nalla RM60juta tu bukan untuk UMNO ke?

Mike bacalah tulisan A. Kadir Jasin pasal Permatang Pauh ni...Kesan Besar Kemenangan Anwar A Kadir Jasin [TOLO.... Tak cukup...baca tulisan Kuda Kepang ni pulak..TIBA SAATNYA ABDULLAH BERUNDUR SERTA-MERTA dan SIRIH PULANG KE GAGANG: PKR MENANG BN KECUNDANG. Teman siarkan tulisan dia orang ni bukan apa...mereka dua jurnalis Umno totokpun dah tak nampak potensi Umno....Mungkin Zainuddin Maidinpun dah tak sior kat dia orang ni..he he.

Apa-apa hei pun teman dah celebrate dengan kawan teman, Naza kat Cozy House Great Eastern Mall. Penuh sesak kat situ tengahari ni...Majoriti berbual, berwacana dan berbincang tentang kemenangan Anwar Ibrahim. Melayu, Cina dan India tak mengira bangsa dan keturunan begitu excited nak menyambut PM baru....he he. Hang masih nak bincang pasal ketuanan melayu ke? Ke tengah dok bincang nak salvage apa yang sempat dicapai?

Oh ya...teman nak komen sikit pasal Shabery Chik...apa dah jadi dengan TV 3 suku dan berita nasional di RTM? Tak de cerita pasal keputusan Permatang Pauh malam tadi? Dateline TV3 jam 12.00 tgh malam cuma sekalil lalu aje. Teman tukar Berita Bernama 502 pukul pun sekali lalu juga. Sehinggalah Manderin @ Bernama jam 12.30 dok siar macam-macam berita pasal Anwar Ibrahim. Padanlah orang melayu jadi bangang. Tak pasal-pasal teman tengok berita manderin tengah malam buta.

Mana janji-janji ko tu Shabery yang kununnya nak merobah polisi penyampaian maklumat kepada rakyat supaya lebih terbuka? Hello Malaysiapun dah jadi stereotype semula...macam zaman Zam juga. Hampeh ko rang semua ni...sebab tu teman kata...kerajaan ni kena tukar semua. Tak boleh tampal sana tampal sini. Yang ada ni campak ke laut aje....habis cerita.

Jom join Anwar...!!





Undi ahli PAS menangkan Anwar....

Jika dianalisa dari keputusan keseluruhan pilihanraya PP, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa PAS benar-benar deliver undi untuk Dato' Seri Anwar Ibrahim...

Kubu kuat PAS di Permatang Pasir memberikan hampir separuh majoriti yang dimenangi oleh ANWAR. Sila lihat analisa di bawah...

N10 - SEBERANG JAYA

PKR - 11,084
BN - 6,435
AKIM - 36
MAJORITI - 4,684

N11 - PERMATANG PASIR

PKR - 12,304
BN - 4,391
AKIM - 26
MAJORITI - 7,643

N12 - PENANTI

PKR - 8,064
BN - 4,229
AKIM - 27
MAJORITI - 3,834

Tahniah dan Takbir!!

Dah cakap dah..

Teman setuju bebeno dengan kenyataan Kuli ni..UMNO must change, says Razaleigh.Satu je teman nak tambah...

Teman rasa UMNO dah tak boleh nak repair. Kereta buruk model lama. Ganti enjin body karat. Repair body enjin jatuh....serba tak kena. Ganti driverpun tak guna. Speed pun dah tak de...Yang perlu dibuat ganti kereta. Sekarang ni banyak model baru. Jual je besi buruk tu kat Nalla Karupan. Atau...bagi je kat Ezam untuk dia simpan 6 kotak dia tu..

Tuesday, August 26, 2008

Syoknya...

Teman penin-penin syok...bukan apa. Macam-macam angka keluar...kejap 17k sekejap 16k...tapi yang penting Anwar menang. Teman dah cakap...kalau Anwar menang majoriti 2 undipun teman bersyukur...yang penting esok Anwar ke Parlimen..Insya'Allah.

Teman setuju bebeno dengan matcomot kalau Hari Raya tahun ni disambut dengan PM baru... sekurang-kurangnya save sikit duit boss teman. Tak payah bagi sampul green pau kat Pak Lah. Boleh bagi duit tu kat staf....he he.
Teman esok mungkin celebrate kat Alrausha kot. Pekena mandy kambing OK gak. Kalau takpun ke KIC (Kepala Ikan Cheras)..kat Jalan Peel tu. Kambing kat situ best bro...

Dengo-dengo dah ada yang nak melompat la ni...kalau tak melompat mesti terlompat-lompat punye. Macam berok dapat durian gayenye. Apa idaknye...di Permatang Pauh kena boo kena maki...balik KL Pak Mertua marah pulak...panas beb...

Esok khabonye Anwar nak mulakan negotiate dengan MP BN ni... harap-harap Malaysia akan bertambah maju, makmur, aman dan dirahmati Allah. Hai...manalah nak pergi geng2 teman yang tegar UMNOnya kat opis tu ye...? Syoknya..


















PM In Waiting Menang Besar Di Permatang Pauh...

KEPUTUSAN TIDAK RASMI:

ANWAR menang majoriti 17,652.

KEPUTUSAN PENUH:


ANWAR 31,949

BN 14,297

BEBAS 74


TAKBIR 3X

LAPORAN PENUH...

Sila lawati blog harismibrahim...

Laporan Mee Panjang...@ 7.55pm

DATO' SERI ANWAR IBRAHIM MENANG DI SEMUA TEMPAT. 'CONFIRM!!!" KATA DIA. "LEPAS NI TAK ADA LAPORAN LAGI DARI AKU....!! BADAN AKU DAH MELEKIT NI" ITULAH LAPORAN REPORTER TEMAN....MEE PANJANG...

Kalau sumpah gerenti settle ni...

Aku tabik betullah kat ACA la ni...pantang ada tuduhan kat Anwar ke..PKR ke...siasat terus. Hebat ko orang semua...ACA to quiz Nallakaruppan on his RM60m allegation.

Tapi apa guna nak siasat siasat semua ni....tak payah. Zaman sekarang ni pakai sumpah aje. Suruh Nalla tu sumpah dengan Anwar sekali. Habis cerita. Tak tahulah teman macamana nak buat? Kalau ikut Tajol Rosli...sorang cara hindu dan sorang lagi cara Islamlah kot??

Inilah cara paling bagus. Jimat masa beb. Tak payah pakai peguam. Arah aje tok siak jadi saksi sumpah. Kira oklah tu...he he.

Tengok berita tadi?

Teman dok makan tengahari di Minang Sayong tengahari tadi...tertengok le berita RTM 1. Salah satu tu slot lintasan langsung dari Permatang Pauh....

Temuramah dengan Tok Jib kat salah sebuah pusat membuang undi. Nampak renyai-renyai hujan. Suasana suram sesuram Tok Jib. Tak banyak yang diperkatakan cuma gesaan hangat-hangat taik ayam agar pengundi keluar mengundi. "Jangan takut." katanya. Keadaan terkawal." Kata Tok Jib.

Cuma teman nak bagi tahu keadaan tak terkawal sebab benda-benda macam ni...GARA GARA KURANG AJAR .... Khairy dan Hisamuddin K... Jadi sendiri mahu ingatlah bro.

Sementara tu Mee Panjang melaporkan terus dari dalam masjid kat Permatang Pauh (masih dlm masjid)...DSAI masih di hadapan....80% pengundi cina mengundi DSAI... macamana dia tau jangan tanya teman.?

Orang gi kempen hang tidoq...

Malam tadi lepas Isya'...rakan-rakan dari SUA berlepas ke Permatang Pauh. Mee Panjang, Fakhrol, Shukri dan Abang Nan (tauke kopitiam). Jadi malam tadi teman, Major dan Razak cari tempat pot lain untuk pekena teh....

Pukul 2.25 pagi Mee Panjang hantar mesej kat teman, " Kami pengundi hantu telah sampai di Permatang Pauh jam 2 pagi." Amboi saja dok pekena teman. 2.25 pagi hantar sms saja nak bagitau tu aje....

Pagi ni teman call balik tak jawab. Saja teman mengusik dengan menghantar sms, " Macam mana hantu2 semua? Sudah mengundi? Make sure kalah..kalau tak Hj. Ghani kerjakan kau..."

Tak lama lepas tu Mee Panjang call balik. Dia di Kubang Semang. Dia suruh teman dengar...bunyi helekopter. True enough. Bukan helekopter aje...menurut Mee Panjang polis lengkap dengan senjata api bersepah. Oii..nak perang ke?

"Kau buat apa tu..berkempen ke?" teman bertanya. "Aku dalam masjid tidor." La orang suruh pergi sana kempen dan buat kerja..hang tidoq. "Mengantuk...malam tadi Hj. Nan cari rumah mertua dia tak jumpa." Hmmm....lawak betul dia orang ni... "3 orang lagi tu aku tak tahu mana?"
Yang pasti Major miss semua ni. Dari hari Anwar umum nak bertanding dia pun dah umum nak perg ke Permatang Pauhi. Tapi sampai Anwar dah nak menang dia masih kat KL....Apalah ko Major....?

Latest news...

Menurut anilnetto Anwar boleh menang 20-30,000 majoriti. Bagi teman mudah aje. Kalau Anwar menang majoriti 2 undipun teman bersyukur. Takbir...!!

Bila ditanya pada Mee Panjang...ini jawapan dia.."Dari segi politik mmg ye. Dari segi teknikal mkn lebih...!!"

Antara Polisi Dan Fitnah...

Sah sekarang Joseph Biden (alah anak Pak Bidin tu) telah dipilih sebagai running mate kepada Barack Obama dalam pemilihan Presiden Amerika hujung tahun ini. Sebagaimana yang diperkatakan sebelum ini, Obama menetapkan 2 kriteria utama dalam memilih calun Naib Presiden http://kopitiam-bang-nan.blogspot.com/2008/06/nilai-kita.html dan beliau mengenepikan perselisihan peribadi untuk mencari yang terbaik.

The Democratic nominee is said to have been impressed by his running mate's straight talking loyalty and ability to "get things done". Joe Biden, "a leader who is ready to step in and be president."

It reflected a critical strategic choice by Mr. Obama: To go with a running mate who could reassure voters about gaps in his résumé, rather than to pick someone who could deliver a state or reinforce Mr. Obama’s message of change.

There you are...lihat macam mana negara bertamadun memilih pemimpin. Ya mereka jahat kepada kita tetapi dari segi kualiti kepimpinan mereka memilih yang terbaik. Berbeza dengan kita.

Kita ada yang terbaik tapi cuba dibunuh karektornya dengan fitnah dan tuduhan jahat. Sewajarnya kita berhujah mengenai polisi parti dan kerajaan bukannya mengada-adakan sesuatu yang tidak ada dan tiada faedah kepada rakyat. Bila agaknya kita akan sampai ke tahap ini?

Monday, August 25, 2008

Kekusutan sumpah menyumpah di Malaysia...

Saranan SS Mufti Perlis agar Anwar dan Saiful bersumpah mubahalah menjadikan Malaysia dan orang melayu khususnya menjadi bahan lawak nombor satu dunia. Lebih lawak dari David Lettermen show atau Jay Leno show pun kalah...Kucar kacir Malaysia ni jadinya.

Bayangkan semua benda nak disumpahnya sekarang. Paling kelakar Tajol Rosli suruh YB Ngeh sumpah potong leher ayam kat pasar...bengong betul. Gilo ko Tajul....

Orang melayu majoritinya masih lemah akidah dan samar pengetahuannya terhadap Islam. Dan sumpah menyumpah dan seranah ni dah jadi mainan hidup orang melayu. Sikit-sikit sumpah... sikit-sikit sumpah....Itulah teman dah cakap dulu lagi...http://kopitiam-bang-nan.blogspot.com/2008/07/sumpah-sumpah.html



Bagi Mufti Perlis suka teman ingatkan...ada ketikanya adalah lebih baik kita diam dari mengutarakan pendapat yang bukan semua ulamak bersetuju. Tujuannya baik tapi bila tak kena gaya...kesannya begitu buruk sekali. Sekarang nak buat camno?

Zulkifli Noordin

YB Zul hari ini @ jam 10.24 mlm telah menafikan sekeras-kerasnya yang dia telah meninggalkan PKR. Sila lihat ni...KARUT: KELUAR PKR . Syukur...


Namun pagi tadi teman ada post satu artikel mengenai YB kita ni sekitar ceramah di Surau SUA Bukit Indah pada malam semalam atas tajuk "Jangan buat teman penin....". Tetapi teman tarik balik sebab tak mahu jadi bahan kempen BN di Permatang Pauh pulak.


Nantilah...lepas-lepas pilihan raya ni teman post balik....


Selamat mengundi bro....!!

Sunday, August 24, 2008

Kenapa Najib Marah-marah...?

Malam tadi teman dok tengok berita...Berita Bernama @ 502 jam 12.00 malam. Terkejut beruk teman tengok Najib marah-marah. Ini semua gara-gara rakyat tak puas hati harga petrol cuma turun 15 sen se liter...tambah bengkak dia bila orang perli harga petrol yang sepatutnya turun 1 September ni disegerakan tarikh turunnya...ha ha...gara-gara pilihanraya Permatang Pauh.

Maka tambah poyo lagilah mat bibir merah ni bila ada pulak rakyat kata...Anwar tak menang lagi dah turun harga...kalau Anwar jadi PM macam mana agaknye ye...he he...? Itulah teman dah kata...pasal ekonomi pemimpin2 BN ni zero (0)....tak tahu mende.

Teman baru-baru ada tulis pasal ni...Kecuh bro...kecuh..!! Jadi teman malas nak mengulas benda yang sama. Cumanya gelak berguling-guling teman bila dok tengok Najib nak ugut rakyat. Apa katanya... Government may relook fuel rebate scheme, says Najib. Hah...bila dah tak tahu nak buat apa...dah panik...biasalah bro. Rakyat jadi mangsa.

Tapi tu lah...kita orang PAS dan PR ni biasalah...kita dah tahu semua tu. Cuma yang masih dok pangkah BN...ha itulah balasan yang ko dapat. Tang ni pun teman pernah tulis dulu-dulu. Masa harga minyak baru naik. http://kopitiam-bang-nan.blogspot.com/2008/06/tahniah-warga-malaysia.html... padanlah muka dema...he he..!!


Saturday, August 23, 2008

Ezam ada 6 kotak...Nalla ada apa?

“After his tennis sessions with me I know where he went, that is why I am not shocked,” he said.

He added that he had kept five tape recordings abroad and if anything were to happen to him, they would be exposed.

Haaa...Nalla ada 5 tape recording you....tape recording ape? Kisah Sivaji ke he dey tambi?

Jangan jadi cam Ezam udah le....bila teruk kena asak apa dia kata? "Kotak tu ada pada Anwar!!" Hampeh gila babi mamat ni....he he.

Ular dalam semak...

KJ also challenged Anwar (again) to swear upon the life of his generation according to Islam (on the Quran). He was unfazed that his detractors asked “Who are you, KJ, you are not an ulama, you are only the SON-in-LAW”.

“It’s okay if they look down on me. I may not be an ulama, but I am the SON-IN-LAW of an ulama!”.

Petikan di atas teman ambil dari blog Susan Loone...teman tak berapa minat dengan benda-benda lain yang dia cakap dalam ceramah di PP yang dihadir lebih kurang 500 orang termasuk pekerja PKR tu tapi...pengakuannya sebagai menantu ulamak tu yang teman rasa nak terkentut tu...

Cabaran bersumpah terhadap Anwar ni hanya menunjukkan kecetekan ilmu islam masing-masing. Najib ko suruh dia sumpah tak pernah jumpa Saifulpun dia akan buat. Apa nak heran? Suruh Khairy sumpah dia tak terlibat dengan ECM Libra...teman rasa dia sumpah...jadi tu semua teman malas nak layan.

Cumanya pengakuan Khairy dia menantu Ulamak tu yang teman nak ulas sikit. Sikit je. Teman nak tunjuk sikit gambar ulamak tu di bawah ni...kadang-kadang gambar tu boleh menceritakan segala-galanya...tak payah nak susah-susah...


















We are not decisive enough...Hantar mereka ke penjara....


Teman dok berborak dengan rakan-rakan di Kopitiam malam tadi..perbualan sekitar pilihanraya di Permatang Pauh dan tidak ketinggalan aksi pantas ACA dalam kes 2 exco PKR Perak. Kita semua dah tahu apa sebenarnya kisah "rasuah" ni seperti yang dinyatakan oleh Mat Saman Kati.

Kesimpulannya (ada pendapat yang mengatakan) selagi kita tak ambil alih kerajaan pusat..tak banyak yang boleh kita lakukan. Kisah ini bukan yang pertama dan yang terakhir. We have to brace ourselves towards unknown territory....tetapi teman ada pandangan yang sedikit berbeza...

Kita sebebenonya kena lebih decisive bila berdepan dengan puak-puak ni...kita kena dedahkan penyelewengan puak-puak BN ni (semasa pemerintahan mereka) seluas-luasnya. Teman pasti ada macam-macam cerita kotor (rasuah) puak-puak ni terutama si Mat Taib, Khir Toyo dan bekas exco dan MB Perak...tapi teman tengok kita relax aje. Memanglah tak baik dedahkan aib orang tapi...soal-soal yang bersangkutan dengan penyelewengan, salahguna kuasa dan rasuah yang melibatkan harta benda dan hak rakyat..mana boleh diamkan.

Terengganu di bawah PAS telah menubuhkan Jawatankuasa Hisbah di bawah Tun Salleh Abas...tetapi teman tengok tak berperanan apa-apa. Tak de tindakan yang diambil terhadap penyelewengan kerajaan terdahulu sebagaimana yang dihebohkan...itu yang teman dok tercengang tu...Mungkinkan BN masa Wan Mokhtar bersih? Ataupun kita mengambil sikap yang lepas tu lepaslah....?

Sekarang kita ada 5 negeri yang kita perintah. Kita privy kepada banyak dokumen dan penyelewengan yang dilakukan oleh pihak ini. OKlah... kalau BPR tak nak berkerjasama dengan kita...apa kita patut buat? Kita perlu wujudkan channel lain untuk mendedahkan penyelewengan mereka ini secara komprehensif. Jangan dok duduk diam dan doing nothing... cumanya kita mestilah bersikap professional dan jangan mengada-adakan tuduhan palsu. We must be very sure dari semua segi sebelum pendedahan dibuat...untuk itu Jawatankuasa Hisbah adalah perlu dan wajib bertindak.

Sekiranya Anwar berjaya membentuk kerajaan selepas pilihanraya Permatang Pauh, teman benar-benar berharap beliau akan dapat membersihkan Malaysia sebersih-bersihnya dari rasuah dan penyelewengan kuasa. Without fear or favour should be his new motto....please be decisive and hantar mereka yang korup ke penjara....!!



Friday, August 22, 2008

Thursday, August 21, 2008

Bangang...!!


Teman baru balik makan di Bellamy. Dok makan ikan bakar kat Istana Negara. Nampak makin merosotlah mutu ikan bakar kat sana. Tapi orang masih ramai...harga makin naik macam biasa.

Tapi bukan kisah ikan bakar yang teman nak paparkan di sini. Nak cerita masa dalam perjalanan pergi dan balik tu teman dok dengar siaran radio 93.9 (Berita 24). Hari ni dok fokus pasal Pak Lah kata seorang blogger (Kickdefella) yang gesa supaya bendera dikibar terbalik sebagai jahat.

Respon dari pendengar hebat. Dari yang ramai-ramai dok sms dan talipon semua setuju dengan Pak Lah yang blogger ni jahat. Macam-macam alasanlah. Yang hebatnya mereka nak blogger ni dihukum. Masuk ISA, campak ke laut, bakar dia, lucutkan taraf kerakyatan dan berbagai2lah. 99% yang respon tu melayu...wallawei...nak terkentut teman.

Ada ramai juga yang kata blogger ni tak patriotik. Kepala hotak depa. Kalau nak bandingkan blogger ni dengan teman...jauhlah patriotik si Kickdefella ni. Sekurang-kurangnya dia ni nak juga kibarkan bendera Malaysia terbalik...teman langsung tak rasa nak kibarkan bendera Malaysia....Selama ni teman dok kibar bendera PAS sahaja.

Bukan apa bro....Apalah guna kalau kita dok kibar bendera kalau kita rasuah? Apalah guna kita kibar bendera kalau kita salahguna kuasa? Apalah guna kibar bendera kalau kita memfitnah? Apalah guna kibar bendera kalau kita merompak harta rakyat? Apalah guna kita kibar bendera kalau tak reti nak urus negara? Apalah guna kibar bendera kalau tak kisah maksiat berleluasa? Apalah..apalah...apalah? Teman boleh tulis 1001 sebab kenapa setengah-setengah orang tak berhak kibar bendera Malaysia sebab mereka ni penjenayah dan perosak nama negara sahaja. Oii orang melayu...bangkitlah dan berhentilah jadi orang bangang....

Teman lihat Kickdefella ni adalah rasa tanggungjawab terhadap negara. Ada concern terhadap apa yang terjadi pada negara ketika ini. Teman dapat menyelami hati dan perasaan blogger seperti Kickdefella ni...dia orang bijak dan punya kesedaran. Mengibar bendera terbalik cuma menggambarkan perasaan dia bahawa sesuatu is bloody wrong with this nation. Tak kan itupun tak boleh.

Dia bukan menentang hukum hudud. Dia bukan raba bahu Michelle Yeoh. Dia bukan memfitnah Anwar Ibrahim. Dia bukan tidur masa berkerja. Dia bukan berpesta guna wang rakyat di Putrajaya. Dia bukan orang yang ada kaitan dengan Altantuya. Dia bukan orang yang terima komisyen Sukhoi dan scorphene. Dia bukan orang yang ada skandal ECM Libra. Dia bukan orang yang bagi projek pada menantu. Dia bukan itu dan bukan ini....

Malaysia selalu nak menghukum orang yang baik. Yang tak salah dipenjarakan. Yang tak salah ditelanjangkan. Yang tak salah dipukul dalam penjara. Yang tak salah dimalukan. Yang tak salah difitnah kali ke..tah ke berapa? Yang setan merata pulak tu boleh berjalan. Oii orang melayu... apa ke hei teruk sangat ni?







Kouch kouch AUTA hei...


Malam tadi rakan teman, Si Buyong (dari Batu Gajah) yang yang betul-betul
totok UMNOnye really had a field day...ini semua gara-gara tindakan ACA menahan 2 exco PKR Perak untuk disiasat atas kesalahan rasuah. Masa muktamar PAS di Ipoh baru-baru ni dia sibuk hentam teman...tapi habis teman kilas dia upside down. Jadi kunun-kununnya kes rasuah ni sedaplah dia nak hentam teman....kesian ko Buyong.


Namun..tulah apabila datang kebenaran maka yang batil akan musnah....Biasalah teman... dengan menggunakan bahasa-bahasa kiasan teman permainkan si Buyong ni. Teman usik-usik dia. Teman katakan ACA tu ambil tindakan tengok keadaan. Kalu PKR ke PAS ke...macam kilat Aca bergerak. Macamana dengan kes Pak Lah dan Najib seperti yang dilaporkan oleh Mazlan Dato' Harun? Macamana dengan kes Isa Samad yang rasuah politik (politik wang?) dalam pemilihan UMNO? Sekadar memberi 2 contoh tu pun si Buyong dah tercungap-cungap nak jawap....

Hari ni teman terbaca kisah rasuah ni oleh blogger Tulang Besi...Entrapment in Perak and Relation to Permatang PAuh Menarik dan terperinci kisah yang dikupas oleh Tulang Besi ni. Cuma teman nak tambah sikit...itulah..apa mamat dua ekor ni boleh buat untuk meluluskan projek perumahan? Macam kita nak pergi perang dengan Singapura tapi pakai JKR...tak pakai askar.. macam tulah lebih kurang...
Tambahan lagi menurut YAB MB Nizar...projek tu tak wujudpun...macamana nak diluluskan? MB Perak : Yang benar tetap benar Tak terkata teman.

Itu satu hal. Dok sibuk sangat UMNO nak perangi rasuah oleh PKR ni...teman kadang-kadang nak tergelak juga. Apa idaknye. Bayangkan ni. Perdana Menteri Malaysia tu ialah Presiden UMNO. Presiden UMNO tu sapa pilih? Tentulah perwakilan UMNO bahagian seluruh Malaysia. Kita orang PAS orang PKR orang DAP tak pilih. Nak pilih jadi perwakilan tu ada pemilihan. Setiap pemilihan kena pakai duit. Tu yang timbul politik wang tu. Jadi politik wang tu apa? Rasuahlah..baca ni...Lee Kuan Yew Perli Malaysia... dan ini UMNO dalam bahaya jika politik wang berleluasa MalaysiaTod

Yang hebatnya bukan Presiden aje yang dipilih oleh kaki rasuah ni. Malah keseluruhan pimpinan tertinggi parti tersebut juga dipilih oleh perwakilan yang sama. Mak datok. Jadi macamana pimpinan negara ini nak membenteras rasuah? Janganlah haraplah ye...berangan2 mat jeninlah kita adanya.

Yang sayunya...kisah seseorang dalam BPR yang menjadikan Rafidah Aziz idolanya yang mengetuai operasi mencegah rasuah ni...SINI. Tak dapek eden nak menolong...betul ke bahasa teman tu Z? Sama-samalah kita lihat samada cita-cita Tajol Rosli dengan bantuan Mat Ezam untuk menguasai Perak tercapai 31 Ogos ni...he he.




Wednesday, August 20, 2008

Walowei...ACA mengganas....

Ni yang depa dok kata ni....nak perintah Perak 31 Ogos ni....

Two PKR Perak Exco Arrested For Corruption...as reported by The Malaysian Insider

berita penuh boleh dibaca di sini...Malaysian Insider

Oooch...mak dah biasa you...!!!

Mak yang hitam macam bontot kuali ni...tak kan tak kenai kot. Amboiii...kalau tak kenai jugak..bacalah ni na... Rocky Bru




Tuesday, August 19, 2008

Si Fool Di JAWI..

Dengo cerita Si Fool tu pergi JAWI hari ni. 3 jam bagi keterangan. Bila keluar dari lepas kena soal JAWI...khabonye marah-marah. Masam aje muka. Kenapa ye? Saiful’s Legal Problems

Teman ni tang JAWI bukan buleh nak percaya sangat. Dengo khabonye JAWI tu kuat cengkaman UMNOnye. Tapi takat Dato' Che Mat Che Ali ajelah. Ketua Pengarahnya yang turut serta dalam upacara sumpah keramat dan laknat Si Fool di Masjid Wilayah tempoh hari...Saiful: Saya diliwat tanpa rela

Teman percaya budak-budak JAWI yang lain tak sekoro Che Mat ni. http://kopitiam-bang-nan.blogspot.com/2008/06/jabatan-agam-islam-macam-pak-lawak.html

Kita ketinggalan lagi....


Dalam Malaysia kelam kabut dengan skandal PKFZ bernilai RM4.6b nya, Singapura mencatitkan sejarah setiap tahun dalam industri perkapalan mereka. Singapore crosses one billion shipping tonnage mark early. Ini adalah kali 5 berturut-turur Singapura mencatatkan satu billion gross tonne shipping tonnage mark awal dari tarikh pencapaian yang sama bagi tahun-tahun yang terdahulu.

Nampak gayenye kita ketinggalan lagi. Dan yang malangnya penyelewengan yang bersifat skandal tersebut telah senyap dan disapu ke bawah permaidani. SPECIAL REPORT: Poser over mega 'ghost town'

Sudah sampai masanya kita ajar kerajaan yang corrupt ini. Sebab itu manifestasi keputusan undi di Permatang Pauh ini amat penting. Satu era baru perlu dilaksanakan bagi membolehkan segala kucing corrupt ini diletakkan di tempat yang sewajarnya untuk mereka. Che Det hang nak pergi mana?

Ni Ke Puteri UMNO Yang Kena Raba Tuuuu?













Anak sapa lah ni? Siapa raba siapa?
Oii sopan gila penyokong BN...

Husam Musa Jadi PM....

Lee Kuan Yew jadi PM Singapura dalam usia 35 tahun. Teman masa umur 35 tahun masih tak stabil. Melilau cari kerja yang lebih baik...Kawan teman...si Buyong dah 45 tahun masih membujang. Begitu juga si Sani...he he.

Jadi, (bagi orang politik) faktor usia sebebenonya bukanlah kriteria utama untuk jadi PM. Di Malaysia bila di sentuh pasal PM ada beberapa nama sahaja yang dianggap layak dan sesuai. Teman tak nak sentuh pasal BN. Pada teman BN is something yang telah berlalu. Something in the pass. Teman nak discuss pasal future. Jadi bila cerita pasal PM ni interesting.

Antara nama-nama yang disebut bakal jadi PM ialah Anwar dan Hj. Hadi. Pada teman dua-dua tu memang ada credential nak jadi PM. Masing-masing teman boleh terima... Tak de masalah... tapi samada orang lain boleh terima ke tidak tu soal lain...

Tapi katalah dua-dua ni tak jadi PM...siapa yang layak? Maksud teman dari 2 parti ini? PAS dan PKR. DAP jangan ceritalah. Agak mustahil setakat ini kalau ditengok realiti dan komposisi kaum di negara kita...bukan teman racist. Tapi wakil DAP payah kita nak terima jadi PM...Kalau adapun minister material dalam DAP cuma Tan Seng Giew...MP for Kepong.

Jadi dalam PAS siapa dia? Husam Musa? Mat Sabu? Kamarudin Jaffar? Khalid Samad? Mohd. Hatta Ramli? Mahfuz Omar?

Bagaimana dengan PKR? Azmin Ali? Saifuddin Nasution? Khalid Ibrahim? Nurul Izzah Anwar? Yusmadi Mohd Yusoff?

Agak limited jugalah nampaknya. Namun kita tak tahu kebolehan seseorang sehinggalah kita bagi peluang kat dia. Tengok macam MB Perak. Tak pernah teman dengo nama dia...tup tup jadi MB. Hebat dia ni. Tuhan bagi kemuliaan kepada seseorang yang Dia kehendaki dan Tuhan beri kehinaan pada seseorang yang Dia kehendaki. Semuanya ada sebab musabab.

4 tokoh muda ini menarik perhatian teman. Kalau tak jadi PMpun teman rasa masa depan mereka ni cerah. Sekurang-kurangnya mereka ini layak jadi menteri. Mereka ialah Husam Musa, Khalid Samad, Azmin Ali dan Saifuddin Nasution. Tapi itu semua pandangan teman aje...

Monday, August 18, 2008

Kita Zalim...

Che Det...sejak Si Fool bersumpah ni...bukan main lagi teman tengok. Diapun nak tumpang sekaki. Macam pakar sumpah pulak dia. Udahlah tu Che Det, cukup-cukuplah tu...Hang tu... cakap hang bukan ada orang nak dengo sangat. Si Buyong kawan teman kat Batu Gajah tu pun dah tinggalkan hang...

Masalah orang-orang ni sebebenonya ialah mereka menzalimi diri mereka sendiri....bila kita meletakkan sesuatu tak kena pada tempatnya ia adalah zalim. Begitulah Che Det. Dia bukan tak tahu benda-benda ni semua tak betul. Kes 1998 dulupun dia tahu tak betul. Baca tulisan Kim Quek ni..- MAHATHIR MENGAKU WUJUDNYA KONSPIRASI PADA 1998 DALAM TUDUHAN ...

Begitu jugalah orang yang mempercayai dan menurut (macam burung kakak tua sahaja) pemimpin fasik dan munafik.. mentafsirkan sumpah yang dia tidak faham sebagai bahan untuk berpolitik adalah kerja orang zalim. Dan Che Det kita telah kenal akan kezaliman beliau selama 22 tahun memerintah Malaysia.

Teman bersetuju (dengan mengambil jalan selamat) dengan semua Ulamak Muktabar seperti Hj. Hadi, Nik Aziz dan Dr. Harun Din dalam kes sumpah Si Fool ni berbanding dengan pendapat Che Det, Pak Lah, Najib, Mat Taib (after all Mat Taib pun pernah bersumpah tak kahwin dengan anak Sultan) dan mat-mat kelabu asap ni semua...Bukan apa...teman cuma nak meletakkan sesuatu pada tempatnya maka teman tidak bersama dengan orang zalim. Dengan itu teman juga telah berlaku adil.

Samalah juga bila kita meletakkan orang yang tak faham agama, tak lulus statistik, tak faham ekonomi, rasuah dan mengamalkan kronisma sebagai pemimpin...maka sebebenonya kita telah melakukan kezaliman ke atas diri kita sendiri. Kesannya...apa yang berlaku di negara kita adalah kesan dari perlakuan kita yang zalim tersebut.

Maknanya...you deserve it. This is your choice. Kita ada pilihan lain tapi kita letak mangkok ayun ni sebagai pemimpin kita...tidakkah kita berlaku zalim terhadap diri kita sendiri? Namun kita di atas tak termasuklah teman sebab teman tak pernah pangkah dacing sepanjang hayat teman....












Ezam Tenggelam....

Setelah gagal meyakinkan Pak Lah walaupun dah melobi bagai nak rak...Ezam kembali ke Permatang Pauh dalam laungan boooooo penyokong PKR. Tersipu-sipu khabonye...padanlah muka mike.


Kesian mengenangkan pernah masuk penjara dan sebagainya. Tetapi begitulah kisah pembelut...sama macam Si Fool tu...belum bersumpah sudah dilaknat.

















Nampaknya segala lobi melobi telah gagal...gila-gila gagal punya gagal. Mahaguru silatpun tak boleh nak tolong. Tu lah manusia. Makhluk kena minta dengan Allah bukan berminta-minta dengan sesama makhluk juga. Bilalah nak belajar untuk lari dari kekufuran dan kekhurafatan ini.
Maka ke Permatang Pauhlah Ezam seperti melukut di tepi gantang. Apa idaknye...tak pergi karang kena kutuk dek kaum...pergi pulak terpecahlah segala temberang. Apa idaknye...di sebalik kegemparan dan cabaran terhadap Anwar...ghupe-ghupenye...benda alah di bawah ni aje cabaran dan isikandungan ceramahnya (seperti yang disiarkan dalam blog Jilfityan:

1. Kenapa dia tinggalkan Anwar Ibrahim dan perjuangannya
2. Perihal Anwar Ibrahim kritik Dasar Ekonomi Baru
3. Bab Anwar Ibrahim melampau menuduh Pak Lah terbabit konspirasi Sodomy II
4. Pak Lah pemimpin paling komited menghapus rasuah
5. Undilah dot dot dot.

Tang kotak tu ghupe-ghupenya kotak tu tak de pada dia. Dia kata kotak tu ada pada Anwar pulak. Lahabau betul mamat ni. Jadi salah Anwarlah isu kotak ni...Apa kelas ko Ezam.?

Saturday, August 16, 2008

WHAT A CONTRADICTION??

Teman tak jadi ke Permatang Pauh hari ni....cita-citanya begitu tetapi mengambil kira apa yang akan terjadi di hari penamaan calun yang pastinya terlalu meriah...teman ambil keputusan untuk tidak menambahkan kesesakan yang bakal terjadi. True enough....menurut Anas...di pihak PR sahaja lebih 50,000 penyokong yang hadir. Jalan tersangkut lebih 10km.




Tapi kita jangan terlalu yakin....50,000 yang hadir bukan semua boleh mengundi. Mesti kerja kuat bro. Musuhpun kerja kuat juga. Musuh yang teratur..berdisiplin (walaupun mungkar) boleh mengalahkan kita kalau kita lintang pukang (walaupun kita benar)....ini pesan Saidina Ali.



Namun teman bersyukur...di sebalik sumpah si Sayfool semalam....rata-rata rakyat menolak tektik kotor BN ni. Malah kalau diteliti sumpah mamat ni ianya lebih menjelaskan segala konspirasi yang diperkatakan selama ini...



Kawan teman, saudara Akal Budi summarized it nicely..."Si fool bersumpah dirogol...Dr sahkan dia masih dara...Anwar didakwa zina. WHAT A CONTRADICTION." Teman tidak berhajat untuk menambah...



Update: Seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini...Hj. Hadi menganggap perlakuan sumpah oleh si fool ni adalah kerja bodoh. Padanlah muka ko...Hadi: Saiful's swearing a stupid act

Friday, August 15, 2008

Lee Kuan Yew Perli Malaysia...

Kuan Yew: Money politics root cause of problems

SINGAPORE (14 August, 2008):

The political problems faced by many countries in Asia are due to money politics but the problem did not take root in Singapore because "we have a Division One team in charge", said former Singapore Prime Minister Lee Kuan Yew.

He said that in many Asian countries, money politics was simply the "code word" for buying votes to gain power and, after that was done, "to recover your expenses plus some profit for the next round of vote-buying".

"One of the big problems they now face, in other countries, is the people in power want to reserve the money, keep it for themselves. So, they exclude young able people who want to join their team.

Hmm tak malu ke kita baca kenyataan Lee Kuan Yew kat atas tu? Lee Kuan Yew guna istilah money politic nak gambarkan politik Malaysia yang penuh rasuah. Istilah di tempat lain biasanya mudah sahaja, RASUAH. Tapi Lee Kuan Yew guna istilah money politic sebab Malaysia aje yang guna istilah tu menggantikan rasuah. Kalau tak faham lagi memang banganglah...

"The result is, there is no talent inside the existing parties," Lee, who is Minister Mentor, was quoted by the local Today newspaper as saying at a gathering of his Tanjong Pagar constituents last night in celebration of Singapore's 43rd National Day which was last Saturday.

Ahh itulah apa yang terjadi dalam UMNO dan BN....Orang yang ada integriti tak kan nak duduk dalam parti penuh kudis tu. Orang yang bersih biasa kena tendang keluar. Tinggallah Mat Taib, Rahim Thambi Chik, Ali Rustam, Shahidan Kassim, Syed Hamid, Khairy Jamaluddin, Najib, Rosmah...Ezam...Pak Lah..hempeh..!!

"In other countries, elections do not put up a Division One team. They are a Division Three, either a B team or a C team in charge. In Singapore, we carefully select our candidates," the newspaper quoted him as saying.

Peh..! Kena lagi. Division 3 bro pemimpin Malaysia ni....Habislah Pulau Pisang... Wilayah Iskandar...he he.

"Over the years, with each election, we see the quality of the MPs, their education levels, their competence, their abilities, their energy. Their youthfulness is renewed and we have a leadership thats able to meet the rising standards of the population," Lee said

Itulah Singapura yang kita perlu tahu. It is all about quality, integrity and credibility. Tak hairan mereka sekarang jauh di depan. Kita...kriteria kita lu sapa...lu menantu sapa..lu anak sapa...jadi rule no 1. Lu pandai sangat nanti wa susah ho....!!

You vote in a Division Three government, not a Division One government, and the whole economy will just subside within three, four years. Finished!" he said.

Ni yang teman tak tahan ni....Inilah realitinya kat Malaysia sekarang ni. Sebab tak de quality, tak de integrity dan tak de credibility...Malaysia semuanya hampir nak terlungkup. Teman rasa kita tak payah tunggu 3 atau 4 tahun lagi...

Thursday, August 14, 2008

Penduduk Bukit Indah: Jangan Lupa Ahad Ini....

Ahad ni (17.8.08) Masjid Bukit Indah akan adakan AGM kali yang ke berapa ??? Agendanya kali ni membentangkan Penyata Akaun 2007 (tak lebih tak kurang). Pemilihan AJK baru tara....

Kariah berbagai surau di bawah kelolaan masjid ni telah bermesyuarat untuk scrutinize penyata akaun tersebut. Kitapun telah mendapatkan pandangan dan ulasan dari ahli PAS yang berkerja dengan BDO Binder (M) dan beliau mendapati 33 findings yang perlu AJK clarify. Hmm...sampai malam nampaknya persidangan kita kali ni. He he.

Hj. Zul akan mengetuai jamaah untuk bersoal jawab dengan AJK masjid. Harap usaha ini tidak sia-sia untuk kepentingan awam. Zaman untuk menyapu debu-debu ke bawah permaidani telah berakhir. Ini zaman transparency bro...

Jadi for those...what so call AJKs in waiting kena ingat....ini kerja berat. Jangan dok seronok sangat. Semua orang kena accountable atas tanggungjawab masing-masing... Nasib baik nama teman dah terkeluar..he he. Pastikan jamaah datang beramai-ramai. Selamat bersidang.

Hang Buka Restoran Nasi Kandaq Sudahlah...

Teman telah meninggalkan UITM (dulu ITM) pada tahun 1986. Masa tu Pak Rashid jadi Vice Chancellor...kira OK jugalah. Ramai kawan-kawan teman dah jadi somebody dalam lapangan kewartawanan. Manja tu senior teman setahun. Lain-lain macam Camp, Saiful Azhar, Rashid Gergak (kerja dengan KJ sekarang), Roy (nama singkat boroi) dan Lee Kau tu semua satu batch dengan teman tapi lain kursus. Teman ambil course building...he he. Sebab tu tulisan teman tak prolific macam dema tu...

Di antara ramai rakan-rakan di ITM course mass comm tu teman admire sorang ni. LanH. Sekarang ni dia salah seorang kolumnis Harakah. Di ITM teman selalu bercampur dengan dia. Kita orang panggil dia Rock. Menarik tentang LanH ni ialah kehidupannya yang serba sederhana. Teman masih ingat dalam locker dia cuma ada 2 3 helai baju dan seluar...dan yang pasti satu set baju melayu warna hitam. Bila ditanya, "buat apa baju melayu cantik siap dengan samping tergantung rapi?"....dengan selamba dia jawab..."Bila grad nanti aku pakailah."

Dia memang betul-betul Rock...lepas ITM dengar khabonya dia terus berkerja dengan Berita Harian...berulang dari Semabok tiap-tiap hari dengan bas...kemudian ke luar negara cover berita luar negeri...tahu-tahu dia dah berhenti dan join Harakah. Teman dapat tahu dari anak saudara teman dia berhenti BH sebab tak setuju BH published keputusan nombor ekor... Hebat kawan teman ni...

Sebagai bekas penuntut ITM teman agak tersentak bila tengok reaksi Vice Chencellor, Ibrahim Abu Shah terhadap jolokan Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor. "Hmm nasib baiklah masa aku kat sana dulu bukan mamat ni jadi Vice Chancellor...." Kata hati teman. Buat malu kaum aje....

Tak jauh beza Ibrahim ni dengan si Nordin Kordi. Macam Labu Labi saja. Teman dok melayari website 20 Top University in The world http://www.topuniversities.in/ dan membaca tiap-tiap satu biography head honcho mereka dan mendapati taraf mereka ni jauhlah dari peneraju universiti kita terutama sekali UITM dan UUM. Baca ni sebagai contoh... http://www.president.harvard.edu/, http://www.mcgill.ca/principal/munroe-blum/, http://www.u-tokyo.ac.jp/gen01/b01_01_e.html

Teman ambil satu petikan bertajuk Reviving the importance of knowledge yang menjadi tema mesej President of The University of Tokyo.

With its large population and limited land area, Japan has had to face many problems that other countries are now confronting in the twenty-first century: limited natural and energy resources, waste and environmental problems, population aging and so on. The challenge for the University of Tokyo today is to transform that experience into knowledge that can be used by the whole of humanity, and to nurture individuals with a cosmopolitan outlook able to transmit that knowledge to the world.

As President of the University of Tokyo, it is an honor to lead this global institution at such an exciting and challenging time. I hope that you will join us in our mission of reviving the importance of knowledge, bridging the divisions of knowledge that hinder modern society, and creating a truly global learning and research environment for the next generation.

Sementara Ibrahim masih dengan mentaliti 'hak ketuanan melayu' yang tidak berkesudahan, Hiroshi Komiyama mempunyai visi yang lebih jelas bagi universiti yang dipimpinnya iaitu "to transform that experience into knowledge that can be used by the whole of humanity, and to nurture individuals with a cosmopolitan outlook able to transmit that knowledge to the world."

Sedangkan isu yang Ibrahim cuba pertahan dan perjuangkan telah dikhianati oleh tuan beliau sendiri iaitu UMNO sejak sekian lama lagi. MRSM telah terbuka untuk bukan bumiputera untuk kesekian tahun, JPA telah 40% terbuka untuk bukan melayu...kontrak-kontrak yang dianugerahkan kepada bumiputera telah dialibabakan oleh kontraktor UMNO, biasiswa telah ditiadakan, tanah reserve melayu telah berkurangan dan macam-macam lagi....Apa Ibrahim buat?

Hang Ibrahim kena pikiaq...bila students hang keluaq besok depa tu nak kerja dengan kompani melayu saja ka? Chek nak tanya berapa banyaklah kompani melayu kat Malaysia ni yang besaq dan berjaya. Yang lain tu semua hak Cina..hak India....hak Mat Salleh...student hang macamana?

Teman rasa Ibrahim lebih baik hang bukak restoran nasi kandar. 'Nasi Kandar Ibramshah hang punya ka?'


Wednesday, August 13, 2008

Kecuh bro...kecuh..!!

Semalam harga minyak turun lagi di pasaran dunia. Turun USD1.44 kepada USD113.01 satu tong. Pakar-pakar ekonomi dari India meramalkan ianya akan turun ke bawah paras USD100.00 setong dalam bulan September depan. Ini pasaran spekulatif. Bila dia mula menurun ada pihak buat duit. Bila naikpun buat duit.

Singapura telah 6 kali turun harga petrol dan disel di pump station mereka. Malaysia masih berdialog, bermuzakarah dan bermuqalabah samada nak diadjust setiap dua minggu sekali atau sebulan sekali. Padanlah Malaysia jadi macam ni. Nak buat keputusan macam nipun susah.

Yang bestnya teman tengok muka-muka yang jaga minyak ni. Antaranya yang paling prominent ialah Pak Lah, Najib dan Shahrir Samad. Nampak sangatlah tak tau ekonomi.

Sekarang apa jadi? Akibat naikkan harga minyak (petrol dan disel) semua harga barangan naik. Apa bendapunlah...plastik bungkus dadihpun naik bro. Susu budak-budak, susu mak bapak budak, plastik sampah, ubat gigi, tayar basikal, dadih Bang Nan, tambang bas, yuran sekolah tadika...tuala wanita..apa bendapunlah....

Barang naik rakyatpun mengamuk. Oiii macam mana ni....? Panik? Bagi subsidi. Subsidi teksi, subsidi kereta, subsidi motor, subsidi nelayan, subsidi beras....dan apa ke jadah subsidi semua bagi.

Tup-tup harga minyak dunia turun. Haaa panik lagi. Bila harga minyak turun rakyat tuntut harga petrol dan disel juga kena turun...Keuntungan Petronas pula mula berkurangan sebab keadaan ni....haa panik lagi. Subsidi macam-macam subsidi dah janji nak bagi. Macamana ni....?
Turunkan jugalah harga September ni....tapi harga barang tak kan turun punya. The damage has been done bro....Rakyat masih marah. Anwar pulak tu menang di Permatang Pauh. Satu satu MP BN masuk PR. 5 di Sabah...3 di Sarawak...3 MP UMNO menyeberang. UMNO pulak tu tengah adakan party election...Syed Hamid kalah di Kota Tinggi...pencalunan untuk Ku Li bertambah banyak....Oiii kecuh ni.

Tapi tulah...Pak Lah tidurrrrrrr terus...he he. Lain-lain tu bayangkan sendiri ya...!!

Kisah Ezam Dan Ghani Haroon....

Hasil nukilan Hishamuddin Rais.. Poyoo betul Cheruk Tok Kun He he

Best.

Insan Hebat: As-Sheikh Muhammad Idris Al-Marbawi

Teman sering mendengar kuliah Ustaz Shamsuri Hj. Ahmad melalui CD yang dibekalkan oleh Tauke Kopitiam, Hj. Nan. Antara sumber kitab yang dikupas oleh Ustaz Shamsuri ialah kitab Bahrul Mazi karangan As-Sheikh Muhammad Idris Al-Marbawi, seorang tokoh ulamak kelahiran Lubuk Merbau.

Diperkenalkan oleh Ustaz Shamsuri sebagai seorang insan yang hebat, mengarang kitab Bahrul Mazi setelah khatam tafsir Sohih Bukhari sebanyak 3 kali.

Di bawah ini teman siarkan tulisan mengenai beliau oleh Mohd. Shukki Othman (Ustaz Shauqi) yang dipetik dari Majalah Milenia Muslim Edisi Mac 2007) untuk tatapan saudara dan saudari sekelian.



Sheikh al-Marbawi – Tokoh Persuratan Arab Melayu

Oleh: Mohd Sukki Othman (Ustaz Shauqi)(Artikel ini telah disiarkan di majalah Milenia Muslim edisi Mac 2007)

Allahyarham Syeikh Mohd Idris bin Abdul Rauf al-Marbawi adalah seorang ulamak besar yang tidak asing lagi bukan saja di Nusantara malahan di Mesir dan Makkah terutamanya dalam bidang Bahasa Arab, Ilmu Hadis, Tafsir dan Fiqah.


Beliau telah dilahirkan pada tahun 1893 dan secara tepatnya pada tahun 28 Zulkaedah 1313 Hijrah di Makkah. Setelah lama berada di Makkah, keluarganya mengambil keputusan untuk kembali ke Malaysia iaitu pada tahun 1913 bersamaan tahun 1333 Hijrah. Sekembalinya ke Tanah Melayu, Allahyarham Syeikh Mohd Idris al-Marbawi mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Lubuk Merbau, Perak. Seterusnya beliau melanjutkan pengajian di beberapa buah sekolah pondok di Kuala Kangsar, Kedah, Bukit Mertajam dan Kelantan.


Sejak dari kecil lagi, al-Marbawi telah menunjukkan kemampuan akademiknya yang memberangsangkan. Ketika berusia sepuluh tahun, beliau telah menamatkan pengajian hafalan al-Quran. Ketika berusia 10 tahun juga, beliau telah mampu menghafaz sebanyak 10 juzuk Al Quran di samping beberapa buah kitab lain.


Kecenderungan ilmiah yang tertambat kukuh dalam jiwanya telah mendorong beliau menuntut ilmu di pondok-pondok yang merupakan institusi pendidikan Islam yang terpenting di alam Melayu pada ketika itu. Antaranya Pondok Syeikh Wan Muhammad di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Pondok Tuan Hussain Al-Masudi, di Kedah, Pondok Syeikh Ahmad Fatani di Bukit Mertajam dan Pondok Tok Kenali di Kelantan.


Melihat kepada kemampuan akademik dan minatnya kepada ilmu Islam, ayahanda beliau mengesyorkannya agar menyambung pengajian ke timur tengah sama ada ke Mesir ataupun kembali semula ke Mekah. Lalu, pada tahun 1924, beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar, Mesir. Beliau sempat bertugas sebagai guru agama di Perak sebelum menyambung pengajiannya ke Universiti al-Azhar.


Al-Marbawi di Mesir


Di Mesir, beliau menggondol kejayaan yang membanggakan dengan memperoleh ijazah 'Aliyah (tertinggi) dari universiti al-Azhar. Sebenarnya al-Marbawi merupakan anak kelahiran Perak yang pertama meneroka pengajian Islam di Mesir.


Sebagai angkatan pertama yang baru mengenal suasana di sana, al-Marbawi mendapati masalah komunikasi dengan bahasa Arab menjadi masalah utama dalam kalangan anak Melayu. Bermula dari sinilah timbul idea untuk menyusun sebuah kamus Arab-Melayu dan usaha tersebut telah dimulakan secara kolektif bersama lima orang lagi rakannya. Tetapi usaha tersebut terpaksa disiapkan bersendirian lantaran penarikan diri rakan-rakannya. Walaupun bersendirian, beliau tetap nekad untuk menyiapkan kamus tersebut.


Akhirnya, kamus Arab-Melayu tersebut yang terkenal sebagai 'Kamus al-Marbawi' itu, berjaya disiapkan pada tahun 1927. Kamus itu diulang cetak berpuluh-puluh kali kerana sambutan yang amat menggalakkan dalam kalangan pelajar Asia Tenggara. Kamus al-Marbawi menjadi terkenal sehingga ke hari ini. Kejayaan menyusun kamus ini telah menjadi langkah pertama kepada al-Marbawi untuk mengorak langkah seterusnya dalam penghasilan karya Islam yang lain.


Sumbangan Karya al-Marbawi


Karya-karya al-Marbawi yang dihasilkan adalah melebihi 20 buah buah dalam pelbagai disiplin ilmu Islam. Ini sekaligus membuktikan al-Marbawi dalam pengajian ilmu-ilmu Islam.Walau bagaimanapun, kemasyhurannya lebih ditonjolkan dalam dunia persuratan Arab-Melayu berbanding disiplin ilmu yang lain. Apatah lagi, beliau pernah dianugerah Ijazah Kehormatan Doktor Persuratan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1980. Anugerah yang diterima ini sebagai mengenang jasa yang diberikan oleh beliau dalam bidang persuratan Arab-Melayu.


Selain kamus Arab-Melayu, al-Marbawi juga telah menghasilkan karya yang penting dalam bidang hadith. Antara tulisan beliau dalam bidang ini ialah Bahr al-Madhi yang merupakan ringkasan dan ulasan kepada sunan al-Tirmidhi. al-Marbawi juga turut menterjemahkan ke dalam bahasa Melayu kitab Bulugh al-Maram iaitu sebuah karya hadith yang disusun berdasarkan bidang Fiqh oleh seorang tokoh Hadith tersohor iaitu Ibn Hajar al-Asqalany. Dua karya dalam bidang hadith berbahasa Melayu ini ialah antara karya yang penting, sulung, dan terbesar pernah dihasilkan oleh seorang ulama’ Nusantara.


Dalam bidang Tafsir al-Quran pula, beliau telah menulis tafsir Surah Yasin, Tafsir al-Quran al-Marbawi, Tafsir al-Quran Nur al-Yakin, Terjemahan Tafsir Fath al-Qadir, Tafsir Juz Amma, Tafsir Al-Fatihah, dan sebuah karya berjudul Quran Bergantung Makna.


Selain bidang tersebut, al-Marbawi juga telah menghasilkan tulisannya dalam bidang Fiqh, Aqidah, dan Falsafah. Antara tulisan beliau ialah kitab Asas Islam, Kitab Nizam al-Hayah, Kitab Pati Hukum-hukum Ibadah, Kitab Usul Islam Pada Membicarakan Mengambil Air Sembahyang, sebuah ensiklopedia yang dinamakan sebagai Kamus Segala Ilmu, karya berjudul Punca Agama, Perbendaharaan Ilmu, dan banyak lagi.


Kamus al-Marbawi dan Bahrul Mazi


Kitab yang paling tersohor yang telah dihasilkan oleh al-Marbawi ialah Kamus Arab-Melayu dan kitab Bahrul Mazi. Kedua-dua kitab ini digunakan sehingga ke hari ini. Antara keistimewaan kedua-dua hasil karya beliau ini adalah seperti berikut:-


Kamus al-Marbawi


Kamus ini merupakan kamus dwibahasa Bahasa Arab –Bahasa Melayu. Ia disusun dalam 2 jilid, iaitu jilid yang pertama bermula daripada huruf alif sehingga za'. Manakala jilid yang kedua bermula daripada huruf `ain sehingga ya'. Kamus ini mengandungi 18, 000 kata entri Arab dan 700 gambar. Ianya dicetak oleh Matba`ah Mustafa al-Babiy al-Halbi Wa Awladihi di Mesir. Kamus ini menjadi rujukan pelajar di Malaysia bagi setiap peringkat sama ada peringkat rendah, menengah mahu pun universiti.

2. Kitab Bahrul Mazi



Kitab Bahr al-Mazi merupakan salah satu sumbangan terpenting beliau dalam pengajian Hadith di Malaysia. Bahr al-Mazi ialah kitab hadith bertulisan jawi terbesar dan antara yang terawal pernah wujud di alam Melayu. Karya ini amat padat dan mendalam, bahkan dikatakan telah menampung kekosongan karya asli dalam bidang ilmu hadith di rantau ini. Karya ini memuatkan ulasan dan huraian hadith dalam bentuk fikah, aqidah, tasawuf, dan muamalat.


Kelainan dan keistimewaan kitab ini amat jelas, apatah lagi ulasan al-Marbawi mengikut acuan dan suasana masyarakat Malaysia. Karya ini memberikan nafas baru kepada pemahaman hadith-fiqh secara mendalam di samping mendidik masyarakat Malaysia tentang hubungan yang earat antara kedua-duanya.


Anugerah Yang Diterima Oleh al-Marbawi


Atas sumbangan dan jasanya yang besar dalam bidang keagamaan dan persuratan, maka pada tanggal 5 Julai 1980, Allahyarham dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada enam tahun berikutnya iaitu pada pada 1 Muharram 1408H beliau dinobatkan pula sebagai tokoh Maal Hijrah Malaysia yang pertama iaitu pada tahun 1408 Hijrah.


Tanggal 13 Oktober 1989 bersamaan 13 Rabiul Awal 1409 Hijrah telah meninggalkan kesedihan kepada rakyat Malaysia yang dahagakan ilmu dan sumbangan al-Marbawi apabila beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Besar Ipoh pada jam 8.40 pagi. Pemergiannya pada usia 96 tahun itu telah disemadikan di pusara Kampung Lubuk Merbau, Perak.