
Beberapa hari yang lalu aku menjenguk facebook anak ku yang ketiga...Haniff...
Antara commentnya kepada tulisan kawannya ialah...
"McD GCB sedap tak?"
"Best! Kena cuba tu...!" Jawab kawannya...
"OKlah...nanti ayah aku dah gaji...aku cuba mintak!!" Haniff menulis lagi...
Kesian aku tengok dia. Masa tu dah larut malam...diapun dah berkeruh tidur...
Sehari sebelum tu dia ada pesan aku beli McD GCB tu...tapi poket aku dah surut tahap gaban. Jadi aku beli McSaver aje...satu untuk Haniff dan satu untuk Iman. Baru RM6.30...
Jadi semalam aku dapat gaji...Makanya aku teringatkan Haniff. Dalam perjalanan balik aku drive-thru kat Petronas Ampang tu. Kopak jugalah dekat RM20.00 untuk Haniff dan Iman.
Makanya aku call Haniff nak sampaikan berita gembira. Aku nak mintak dia jangan keluar main bola lagi takut GCB sejuk. Tapi dia tak angkat...
Dipendekkan cerita...sesampai sahaja aku di rumah apabila aku keluar dari kereta terdengar tapak kaki bergegas turun dari tangga...
Aku nampak kelibat Haniff. Lantas akupun sibuk mengeluarkan laptop dan McD dari kereta...
Haniff buka pintu pagar tanpa menoleh pada aku dan berjalan laju. Mukanya masam dan tension...
"Niff..Nak pergi mana? Ayah beli GCB ni..." Aku menyapa.
Dia tak memandang aku...langkahnya kian laju dengan beg sendeng yang biasa digunakan untuk pergi tuisyen.
"Niff...kenapa? Haniff nak pergi ke mana....?" Aku separuh menjerit...Aku mengulang2 memanggil namanya...
Dia terhenti dan menangis teresak2...
"Niff...mari balik...cakap dengan ayah kenapa? Gaduh dengan siapa? Siapa marah Haniff..??" Bertalu2 soalan aku tanyakan.
Dia berjalan perlahan ke arah ku...Aku mengusap2 kepalanya sambil bertanya...
"Kenapa Niff...masuk dulu cerita kat ayah.!" Aku cuba menenangkan dia.
Haniff masuk ke rumah dan terus meluru naik ke dalam biliknya di tingkat atas. Aku masih memegang McD GCBnya.
"Kenapa Haniff tu kak?" Aku menanya akak iparku yang agak stunt dengan keletah anak aku tu. Dia tak pernah berperangai begitu sebelum ini...
"Dia tidur...emak dia marah dia sebab tak belajar..!" Jawab akak ipar ku.
Aku terus ke atas dan mengetuk pintu bilik Haniff...cepat dia buka.
"Haniff cerita kat ayah kenapa?" Aku duduk di sebelah anak ku itu...
"Haniff penat...!!" Itu saja jawapan dia sambil mengesat air matanya.
"OKlah...tak pa...Haniff rehat...ini GCB yang Haniff nak hari tu. Pergilah makan...!!" Aku tak nak mengeruhkan suasana.
Dia mengambilnya sambil mengucapkan terima kasih.
"Tuisyen pukul berapa? 5 ke?" Aku bertanya...
"Malam macam biasa...!" Suaranya dah hampir pulih..
Kesian dia...panas sampai nak pergi tuisyen seawal 6 petang.
Akupun keluar dari biliknya dan membiarkan Haniff sendirian....
Apabila emaknya balik...mungkin report dari kakaknya sudah sampai tentang apa yang terjadi.
Aku buat macam biasa tanpa menyebut tentang peristiwa yang berlaku. Isteriku berpuasa dan dia memperlihatkan keletihannya. Aku tak mahu mengurangkan pahala puasanya...
Kemudian dia berleter panjang tentang anak ku yang memanjang tidur sejak balik dari sekolah.
"Periksa dah dekat, dia ayik tidur bla bla bla...makin kuat tidurnya bla bla bla!" Leteran ini bukan kali pertama aku dengar. Aku dah mangli dan anakku juga mungkin begitu...
"Budak tu merajuk menonong keluar menangis...apa awak dah buat?" Aku sekodor bertanya dengan suara yang aku sengaja rendahkan.
Fius isteriku hampir putus bila mendengar pertanyaan ku.
"Bla bla bla...saya rotan dengan hanger betis dia bla bla bla?" Isteriku menambah power leterannya...
"Padanlah budak tu mengamuk...!!" Hati ku berkata2. Budak remaja 15 tahun dirotan kerana terlebih tidur....
Anak aku tu bukan mencuri...bukan melepak tepi jalan...bukan kena tangkap hisap rokok... bukan usik anak gadis sesiapa...tak ada perkara buruk yang dia lakukan. Aku beristighfar sambil menadah tangan mengucap syukur.
Aku faham sangat 'intention' isteri ku. Sudah tentu yang baik2. Ibu mana yang tak nak anaknya pandai dan berjaya. Lebih2 lagi Haniff kerana ketika dia melahirkan anak kami yang ini dia 'sign' mati. Uri lekat dan komplikasi. Naluri kasihnya terhadap Haniff begitu menebal.
Sementara Haniff pula adalah anak yang agak tinggi emosinya. Manjanya lebih kerana ketika umurnya mencecah 7 tahun baru Iman lahir. Lama dia dimanjakan sebagai anak 'bongsu' dan sehingga kini isteriku masih memanggil Haniff dengan panggilan 'adik'. Imanpun kadang2 confuse.
Bila maghrib menjelang...aku ajak Haniff ke masjid. Dia macam biasa memang ke masjid untuk sembahyang. Kadang2 dia lebih rajin dari aku. Hairan...macam mana isteriku tidak dapat mengambil kualiti ini untuk dipertimbangkan bagi menilai Haniff.? Mungkin KPI isteriku terlalu tinggi. Aku sekodor menggelengkan kepala.
Teringat ayah dan ibu ku yang agak liberal dan demokratik ketika mendidik dan mengasuh ku sejak kecil. Hmm...Ya Allah. Rahmatilah kedua ibu bapaku. Masukkanlah mereka dalam golongan orang2 soleh dan solehah. Kurniakanlah mereka taman2 syurga. Amin...Aku sempat berdoa.
Malamnya aku menyusul Haniff dari Pusat Tuisyen Seri Mawar Bistari. Nak aku ajak minum dia menolak. Kenyang sambil terbatuk2 dia menolak pelawaan ku dengan baik.
Sesampai di rumah dia buka pintu pagar...
"Kenapa lampu kereta emak tu hidup?" Haniff kehairanan...
"Emak lupa tutup agaknya.! Haniff tolong tutup ya.." Aku memberi tugasan kepadanya.
Pantas dia masuk ke rumah dan menyempurnakan tugasan yang aku beri dengan pantas.
Aku ke peti ais dan melihat2 apa yang aku boleh telan...
Haniff menuruti di balakang ku dan terus menjerang (masak) air...Dia mengambil segumpal ubat. Hmm...baru aku ingat Haniff selsema dan batuk beberapa hari ini. Pagi tadipun dia minta duit untuk beli strepsil dari ku.
"Padanlah dia mengantuk...rupa2nya dia makan ubat selsema dan ubat batuk?" Hati ku berbisik...
Macam manalah isteri ku tidak tau semua ini sedangkan dialah yang mengambil ubat itu di Klinik Wakaf An-Nur tempoh hari...? Mungkin letih berpuasa..Kesian Haniff...tak pasal2 kena...
Hmmm...nampaknya aku kena duduk santai dengan isteri ku dalam satu sessi yang panjang di ambang Ramadhan ini...mungkin inilah masanya yang terbaik untuk kami bermuhasabah.
Di bawah ini adalah satu artikel yang menarik tentang didikan untuk anak-anak. Mudah-mudahan aku dan isteri ku juga dapat sedikit kebaikan daripada tips yang diberikan.
Wallhu'alam.
PUNCA ANAK DERHAKASabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)"
Di mana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah...
"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah.
Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.
Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka".
Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka .
"Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.
"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup."
Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...
DOA ANAK-ANAK TERMAKBULLazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar.
Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa.
Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.
BERTAUBAT SEBELUM MELARATJika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.
Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini.
Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?
"Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."
HUBUNGAN DENGAN BAPALazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depanmereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."
USAH DERHAKA KEPADA MENTUAMentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.
Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.
"Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu.
Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi
Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan.
Nabi Ismail berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.
Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners.
Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers adalah mudah iaitu:-
Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri mereka dimkalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.Tips;
1.Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
2.Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk).
3.Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran).
4.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
5.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
6.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
7.Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
8.Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap).
9.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
10.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.
11.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
13.Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.
17.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
18.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.