Thursday, September 30, 2010

Gendang perang sudah dipalu...

Najib Vs Muhyiddin

Ini bukan satu benda baru. Beruk kat KDEpun tahu...

Muhyiddin bergantung kepada Mahathir/Perkasa dengan agenda melayunya walaupun sebenarnya melayu terus ketinggalan walau siapapun dalam Umno jadi PM Malaysia. Bila nak undi cari melayu...bila dah menang habis harta benda orang melayu mamat2 ni sapu. Bak kata TT...ini projek melayu tipu melayu.

Najib pulak bila2 masa boleh dijatuhkan. Macam telur di hujung tanduk. Banyak sangat baggagenya mamat ni. Baggagenya yang paling berat dan besar ialah Bik Mama. Semua orang cakap benda ni. Dr. Asripun dok perli...Saya Ingin Memuji Tun Siti..

Najibpun nampaknya tak berapa peduli dengan tanggapan2 negatif rakyat jelata mahupun orang2 Umno sendiri. Nak buat macam mana?

Lalu diheboh2kanlah seantero dunia bahawa PKR kelam kelibut. Parti anak beranaklah itulah inilah. Sebenarnya tidak lain dan tidak bukan ini semua adalah mainan Umno untuk menyembunyikan kelemahan mereka. Celako betul!!

MALAM INI DI MASJID BUKIT INDAH...


Majlis solat hajat dan bacaan yaasin anjuran bersama SMKBI dan MBI, insya'Allah akan diadakan di Masjid Bukit Indah, Ampang pada malam ini (selepas solat Maghrib).

Ianya khusus untuk pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM tidak lama lagi.

Semua pelajar, ibu bapa, guru-guru, muslimin dan muslimat sekelian dijemput untuk turut serta.

Umno memang jahat...teman tidak mudah lupa..!!

Ketua Dewan Ulamak PAS, Ustaz Harun Taib menyatakan pendapatnya di dalam NST agar PKR tidak menyalahkan UMNO dalam kemelut yang melanda pemilihan pucuk pimpinan PKR. Katanya lagi, PKR harus 'wise enough' untuk mengatasi masalah ini secara dalaman.

Betul ke UMNO tak terlibat? Lain orang lain pandangannya termasuklah di kalangan pemimpin -pemimpin PAS sendiri.

Namun satu yang pasti ialah, keributan dalam PAS beberapa tahun dan bulan yang lalu memang pastilah angkara UMNO. Dari kerja2 Khir Toyo dan Pak Lah yang cuba menghasut sesetengah pemimpin PAS untuk menubuh kerajaan PAS/Umno di Selangor hinggalah lahirnya idea UG dan kes blogger Umno. Kelam kabut tak tentu hala PAS dibuatnya.

Berantakan sehingga kita perlukan mesyuarat khas untuk mendepani masalah ini. Mungkin semua orang sudah lupa bagaimana Utusan Malaysia dan NST seronok spin cerita kekucar-kaciran dalam PAS. Mereka meraih hasil usaha menanam jarum-jarum halus dalam parti kita. Memang parti kita ni pun parti melayu juga nampaknya kerana 'melayu memang mudah lupa.'

Sepatutnya kita sebagai parti Islam mestilah dengan prinsip tidak dipatuk 2 kali di dalam lubang yang sama....

Kini PAS sudah agak reda dan sasaran Umno beralih kepada PKR. Dari senang2 kita memperlekehkan PKR adalah lebih baik kita bersimpati dengan parti yang menjadi rakan dalam PR kerana Umno memang jahat.

Tiada gunanya kita membela Umno sedangkan semua orang tau agenda Umno ialah nak kita berlawan dengan PKR dan DAP.

Namun semua itu cuma pandangan teman, orang kecil dalam Parti Islam SeMalaysia. Maaflah kalau tidak selari dengan pandangan pucuk pimpinan.

Gallas for Galas...

Terima sms dari seorang sahabat...
"Syeikh...calun DUN Galas dah dikenalpasti...bermukim di ENGLAND...beliau ialah...."William Gallas!!"

Kalu tak silap aku...William Gallas ialah pemain pertahanan Spurs...he he..

Calun untuk BN atau PAS tidak pula dinyatakan.

Menarik juga PRK Galas ni. Ku Li yang akan jadi saksi utama dalam tuntutan royalti minyak oleh Kerajaan Kelantan terhadap Petronas, kini dilantik pula oleh BN sebagai Pengarah Pilihanraya mereka untuk PRK Galas ni. Macam mana agaknya ya??

Sama2lah kita saksikan...

Wednesday, September 29, 2010

Harapan ibu bapa...nukilan Ustaz Farhan....

Nukilan ini teman petik dari web Masjid Assobirin, Taman Lembah Keramat. Ustaz Farhan ialah Timbalan Nazir masjid itu...

HARAPAN IBUBAPA


SATU HARI NANTI APABILA KAMU MELIHAT KAMI MENJADI TUA, LEMAH, BERKEDUT, PELUPA, HODOH, BURUK, TIDAK CERGAS,NANYUK DAN TIDAK BERMAYA BERSABARLAH WAHAI ANAKKU DAN CUBA MEMAHAMI DIRI KAMI.

JIKA KAMI MAKAN, BERSELERAK, MENGOTORKAN MEJA, MEMECAHKAN PINGGAN KERANA TIDAK MAMPU MEMEGANG PINGGAN LAGI, KAMI TIDAK MAMPU UNTUK MENYUAPKAN NASI KE MULUT KAMI, JANGANLAH MEMAKI HAMUN KAMI SEPERTI ANJING KURAP DAN INGATLAH KETIKA KAMU MASIH KECIL KAMI MENYUAPKAN MAKANAN KE MULUT KAMU DENGAN HARAPAN KAMU MENJADI ANAK YANG SIHAT DAN DAPAT MENERUSKAN KEHIDUPAN, BERBEZA DENGAN KAMU YANG MENYUAPKAN NASI KE MULUT KAMI YANG MENGHARAPKAN KAMI MATI SEGERA.

JIKA KAMI TIDAK MAMPU UNTUK MEMAKAI BAJU DAN MENYIKAT RAMBUT KAMI LAGI NANTI KERANA TERLALU LEMAH DAN SAKIT, JANGANLAH MENGHERDIK KAMI SEPERTI KANAK-KANAK KECIL DAN INGATLAH KETIKA KAMI MEMAKAIKAN KAMU BAJU DAN MENYISIR RAMBUT KAMU SEWAKTU KAMU MASIH KECIL DENGAN PENUH KASIH SAYANG.

JIKA KAMI BERCAKAP DENGAN KAMU, KAMI MENGULANGINYA LAGI CERITA DAN BENDA YANG SAMA, JANGANLAH TIDAK MEMPEDULIKAN KAMI TUMPUKAN PERHATIAN KEPADA KAMI KERANA KETIKA KAMU KECIL KAMI MEMBACA BUKU CERITA YANG SAMA SEHINGGA KAMU TERTIDUR TANPA RASA JEMU DAN BOSAN.

JIKA KAMI TIDAK MAHU MANDI DAN JANGANLAH MEMALUKAN KAMI DAN MEMARAHI KAMI. INGATLAH KETIKA KAMU KECIL KAMI MENYURUH KAMI MANDI DAN KAMU MEMBERIKAN PELBAGAI ALASAN. KAMI TETAP BERSABAR DENGAN KARENAHMU WAHAI ANAK-ANAKKU.

JIKA ADA BENDA-BENDA BARU YANG KAMI TIDAK TAHU, AJARLAH KAMI DENGAN LEMAH LEMBUT. INGATLAH KAMI TELAH BANYAK MENGAJAR PERKARA-PERKARA BARU KETIKA KAMU KECIL. MAKAN DENGAN BETUL, MEMAKAI BAJU DENGAN BETUL, BERSOLAT, MEMBACA AL-QURAN, MENUTUP AURAT, BERSABAR, JANGAN BAKHIL DAN JANGAN TAKUT BILA MEMPERJUANGKAN ISLAM.

JIKA KAMI TIDAK MAHU MAKAN, JANGANLAH TERLALU MEMAKSA KAMI. KAMI AKAN MAKAN BILA SAMPAI MASANYA. HULURKAN TANGAN SEWAKTU KAMI TIDAK MAMPU BERJALAN SEPERTI KAMU BARU MULA BELAJAR BERJALAN.

JIKA KAMI SELALU “ MEREPOTKAN ” KAMU ATAU MELECEHKAN KEHIDUPAN KAMU SEBAB KAMI SUDAH TIDAK PRODUKTIF LAGI JANGANLAH MENGHANTAR KAMI KE RUMAH ORANG TUA-TUA KERANA DI SITU MERUPAKAN TRANSIT KAMI YANG TERAKHIR SEBELUM KAMI BERPINDAH KE ALAM KUBUR, INGATLAH KETIKA KAMU KECIL KAMU SELALU “ MEREPOTKAN ” KAMI DAN KAMI SENTIASA BERJAGA MALAM UNTUK MEMASTIKAN KAMU SENTIASA SELESA DAN DAPAT TIDUR DENGAN NYENYAK.

JANGAN KAMU MARAH AKAN KEADAAN KAMI. JANGAN KAMU BENCI AKAN KEADAAN KAMI. JANGAN KAMU SESALI AKAN KEADAAN KAMI. JANGAN KAMU MALU AKAN KEADAAN KAMI. JANGAN KAMU MEMANDANG HINA AKAN KEADAAN KAMI. JANGAN KAMU MEMANDANG JIJIK AKAN KEADAAN KAMI. JANGAN KAMU PERLEKEHKAN KAMI. JANGAN KAMU CACI MAKI KAMI. JANGAN KAMU CERCA KAMI……………KERANA BILA KAMU SUDAH MENJADI SEPERTI KAMI, KAMU AKAN FAHAM AKAN KEADAAN KAMI.

HANYA YANG MENJADI HARAPAN KAMI WAHAI ANAKKU ………………………SEDEKAHKAN AL-FATIHAH SEKIRANYA KAMI TELAH BERPINDAH KE ALAM BARZAKH, DOAKAN KESEJAHTERAAN KAMI SETIAP KALI SELESAI MENUNAIKAN SOLAT SEPERTI YANG DIAJARKAN OLEH ALLAH S.W.T “ YA ALLAH AMPUNKAN DOSAKU DAN DOSA KEDUA IBU BAPAKU DAN RAHMATILAH KEDUA-DUANYA YA ALLAH KERANA KEDUA-DUANYA TELAH MENDIDIKKU SEMASA KECIL SEHINGGA AKU MENGENALIMU YA ALLAH ” DAN AKHIRNYA ANAKKU…….. JANGANLAH KAMU MELAKUKAN KEMAKSIATAN KEPADA ALLAH KERANA IANYA AKAN MENYEBABKAN KAMI AKAN DISIKSA OLEH MALAIKAT-MALAIKAT ALLAH LANTARAN DARI KEALPAAN DAN KELALAIAN KAMI MENDIDIK KAMU DAHULU.

“ YA ALLAH MANFAATKAN KAMI DI ATAS APA YANG ENGKAU AJAR KEPADA KAMI, AJARKANLAH KEPADA KAMI YA ALLAH DENGAN PERKARA-PERKARA YANG BERMANFAAT BAGI KAMI.

PANDANGLAH KAMI YA ALLAH DENGAN PANDANGAN RAHMAT DAN KASIH SAYANGMU DAN JANGANLAH ENGKAU PANDANG KAMI YA ALLAH DENGAN PANDANGAN KEMURKAANMU.

KAMI MERENDAHKAN DIRI KAMI YANG HINA DINA INI YA ALLAH, YANG JAHIL INI YA ALLAH, YANG LEMAH INI YA ALLAH, YANG BANYAK MELAKUKAN DOSA INI YA ALLAH.

AMPUNKAN DOSA KAMI YA ALLAH, SIAPAKAH YANG DAPAT MENGAMPUNKAN DOSA KAMI YANG BANYAK KALAU BUKAN ENGKAU YA ALLAH. AMPUNKAN DOSA KEDUA IBUBAPA KAMI YA ALLAH. AMPUNKAN DOSA AYAH KAMI YA ALLAH, AYAH YANG TELAH MEMBANTING TULANG EMPAT KERATNYA MEMBESARKAN KAMI SEHINGGA MENJADI MANUSIA YANG BERGUNA. AMPUNKAN DOSA IBU KAMI YA ALLAH,KERANA DARIPADA PERUTNYA YANG MULIA LAHIRLAH KAMI SEHINGGA KAMI MENJADI HAMBA YANG SUJUD KEPADAMU YA ALLAH.

AMPUNKAN DOSA ADIK-BERADIK KAMI YA ALLAH, KALAU MEREKA MASIH TIDAK MENYEMPURNAKAN KETAATAN MEREKA KEPADAMU YA ALLAH. AMPUNKAN DOSA SAUDARA-MARA KAMI YA ALLAH KERANA MASIH RAMAI DI KALANGAN SAUDARA-MARA KAMI YANG MASIH JAUH DARIPADA AGAMAMU YA ALLAH. AMPUNKANLAH DOSA TOK-TOK GURU KAMI, USTAZ-USTAZ KAMI, GURU-GURU KAMI YANG TIDAK PERNAH JEMU-JEMU MENDIDIK KAMI, MENTARBIYAH KAMI, MENEGUR KAMI DAN MEMPERBETULKAN KAMI.

YA ALLAH JADIKANLAH ANAK ZURIAT KAMI ANAK-ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH. JADIKANLAH ANAK-ANAK KAMI, ANAK-ANAK YANG BOLEH MENGUSUNG KERANDA KAMI KE KUBUR KALAU KAMI MATI KELAK. JADIKAN ANAK-ANAK KAMI YA ALLAH, ANAK-ANAK YANG TAHU MEMBACA AL-FATIHAH SEBAGAI SURAH PENTING BILA BERLAKU KEMATIAN. JADIKAN ANAK-ANAK KAMI YA ALLAH, ANAK-ANAK YANG BOLEH MEMBACA SURAH YAASIN KETIKA KAMI SEDANG SAKRATUL MAUT. JADIKAN ANAK-ANAK KAMI YA ALLAH ANAK-ANAK YANG MAMPU MEMANDIKAN MAYAT KAMI DENGAN KELEMBUTAN DAN KASIH SAYANG. JADIKAN ANAK-ANAK KAMI YA ALLAH, ANAK-ANAK YANG TIDAK KEKOK UNTUK MENDIRIKAN SOLAT JENAZAH DENGAN EMPAT KALI TAKBIR JIKA KAMI MATI YA ALLAH. JADIKAN ANAK-ANAK KAMI YA ALLAH,ANAK-ANAK YANG TIDAK BAKHIL UNTUK MENDOAKAN KSEJAHTERAAN KAMI YA ALLAH JIKA KAMI BERPINDAH KE ALAM BARZAKH.

YA ALLAH, YA RAHMAN, YA RAHIM,YA TUHAN KAMI.

JANGAN ENGKAU UJI KAMI, KALAU ENGKAU UJI KAMI, ENGKAU AKAN BUKA KELEMAHAN KAMI, ENGKAU AKAN KOYAKKAN TABIR-TABIR KELEMAHAN KAMI DAN ENGKAU AKAN AZAB KAMI.

WAHAI ALLAH YANG MEMBALIK-BALIKKAN HATI, TETAPKANLAH HATI KAMI DI ATAS AGAMAMU, TETAPKAN HATI KAMI DI ATAS KETAATAN KEPADAMU DAN TETAPKANLAH HATI KAMI DI ATAS KETAATAN RASULMU.

BUAT KALI TERAKHIRNYA YA ALAH, SEKALI LAGI KAMI SEBAGAI HAMBA YANG HINA-DINA INI,YANG JAHIL MURAQAB INI, YANG TIDAK BERDAYA INI, YANG LEMAH INI………PANDANGLAH KAMI YA ALLAH DENGAN PANDANGAN RAHMATMU, DAN JANGANLAH ENGKAU PANDANG KAMI YA ALLAH DENGAN PANDANGAN KEMURKAANMU.KAMI MENGHARAPKAN KEAMPUNAN DAN KERIDHAANMU YA ALLAH. “

NUKILAN DAN DOA PENULIS DARI DIDIKAN ILLAHI YANG MENGASIHI, AJARAN NABI YANG MENYINARI, KESUNGGUHAN IBU BAPA YANG BERDEDIKASI, PENGAMATAN HATI SENDIRI, PENGALAMAN HIDUP YANG MENYAYATI HATI, AIR MATA KEINSAFAN YANG MEMBASAHI PIPI, PERKONGSIAN HARAPAN YANG TIDAK BERTEPI, KEPERITAN KEHIDUPAN YANG PERNAH DILALUI. BUAT TATAPAN KOTAK JIWA YANG SEPI DAN MELEMBUTKAN NAFSU YANG MASIH KELIRU DAN TERCARI-CARI MATLAMAT SEBENAR KEHIDUPAN INSANI.

IKHLAS,
KAMALULHYSHAM@FARHAN
DHUHA,KHAMIS (30 OGOS 2010/20 RAMADHAN 1431)

ET BUAT LAWAK...HE HE

Dari Malaysia Today....

ET CALLING EARTH...

ET calling Earth! ET calling Earth!

Earth here. Who am I speaking to?

We are ambassadors from the nation called Alfa-Gama. Who am I speaking to?

This is Dr Mazlan Othman speaking.

Are you the leader of the nation called Earth?

No, I am just the United Nation’s ambassador to coordinate responses to ET communications.

Are you authorised to speak on behalf of your nation Earth?

Well, actually we don’t have a nation called Earth. Earth is our planet and we have many nations on Earth, hundreds, in fact.

Hundreds? You mean Earth is not one nation like Alfa-Gama?

No, Earth comprises of many nations. And that is why we have an organisation called the United Nations. And I am representing this organisation called the United Nations.

Oh, I see, and what does your organisation do?

We unite the many nations so that there is peace here on Earth and the hundreds of nations do not go to war with each other.

That makes sense. So that means Earth is a peaceful planet and there are no wars on Earth. That is just the type of planet we are seeking to establish diplomatic relations with.

Well, not exactly. We still have wars. In fact, even as we speak there are wars being fought all over Earth.

Oh, so your organisation, the United Nations, has failed then?

Well, sort of.

So why do you still have an organisation called the United Nations then?

So that we can continue talking on how to prevent wars.

Why not just merge the hundreds of nations into one nation? Would that not be a good way to prevent wars among nations since you have only one nation instead of hundreds of nations?

That may not work?

Why? If you all live on one planet then can’t you all become one nation?

That will not work because even within nations we have wars. This is called civil wars, ethnic wars and religious wars. So, if we can’t live with each other even as a nation how can we unite so many nations into one nation?

Earth is very strange. What are religious wars?

It’s like this. We could be one nation, one race, or one ethnicity, but we are still divided by many religions. So we have wars between religions?

Religion? What is religion?

Religion is…how shall I describe it? Religion is the belief in God.

God? What is God?

God is our creator.

Creator? You mean people on Earth are created, like machines or robots? So Earth people are not living things?

Not quite like that. Earth people are living things. But many of us believe that there is an invisible creator and that we are all created by this creator that no one has ever seen.

And everyone on earth believes this?

Well, almost everyone. The thing is Earth people believe in God in different ways so we fight wars to kill each other because of these differences in how we believe in God.

You all believe in God yet you fight wars because you believe in God in different ways?

That sort of sums it up.

So Earth is a very hostile planet then. You fight wars for all sorts of reasons and you have hundreds of nations that are not at peace with each other and you have an organisation called the United Nations that was set up to prevent wars and all you do is talk about how to prevent wars but you still have wars and kill each other.

I suppose that describes perfectly what Earth is.

I don’t think Alfa-Gama would like to establish diplomatic relations with Earth. Good luck. We might come back in another few thousand years when you have all killed each other off and then we will colonise what is left of your planet.

PROGRAM REMAJA HUJUNG MINGGU INI DI MASJID BUKIT INDAH..


Insya'Allah pada hujung minggu ini @ Sabtu (2 Oktober, 2010), Masjid Bukit Indah (MBI) akan menjadi tuan rumah kepada program 'TRANSFORMASI MINDA MENJULANG JAYA' anjuran bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Pusat Tuisyen Seri Mawar Bestari (PTSMB).

Program bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.

Yuran paling minima dan berpatutan akan dikenakan.
Jamuan makan untuk pagi, tengahari dan petang akan disediakan.

Program ini memberi penekanan kepada para pelajar dalam proses untuk memantapkan kemahiran belajar dinamik dan proaktif. Melalui program ini juga, pelajar didedahkan dengan pengurusan stress yang mana merupakan aspek penting yang perlu dititikberatkan oleh seseorang pelajar.

Masalah pengurusan stress yang tidak betul akan menyebabkan seseorang sukar untuk mengawal diri sendiri. Dengan pengetahuan bagaimana untuk menguruskan stress maka motivasi dalam diri pelajar akan dapat ditingkatkan ke arah menjana pelajar sekolah menjadi insan yang cemerlang.

Penyertaan terhad hanya untuk 100 peserta dan sesiapa yang berminat silalah berhubung dengan Pusat Tuisyen Seri Mawar Bestari @ 03-4297 5504.

Tentatif Program adalah seperti berikut:

8.00 - 9.00 pagi - Pendaftaran peserta
9.00 - 9.30 pagi - Ice Breaking
9.30 - 10.15 pagi - Slot 1 (Kemahiran Belajar 1)
10.15 - 10.30 pagi - Rehat
10.30 - 1.00 petang : Kemahiran Belajar 2
1.00 - 2.00 petang - Rehat dan Solat Zuhur
2.00 -3.00 petang - Slot 2 (Pengurusan Stress
3.00 - 5.00 petang - Slot 3 (Kerjaya)
5.00 - 5.30 petang - Majlis Penutup

Satu dunia buat lawak pasal Malaysia ni yob!!

Agak2nya ini semua lanjutan dari kisah2 lucu dari Malaysia sendiri.

2019 - Bankrap
2020 - Status Negara Maju
2010 -2020 nak bankrap tapi ETP RM1.4 trillion
Lotus F1-Proton
Sodomy 2
Projek Angkasa Lepas
Bla bla bla...

Mungkin sebab tu akhbar The Guardian pilih Malaysia untuk terbit kisah Dr. Mazlan jadi Jurucakap ET...Saja nak mendajal. Cerita hantupun banyak kat TV3 la ni..he he!!

Mazlan: It is cool, but I’m no ET spokesman
By LEE YEN MUN
yenmun@thestar.com.my

PETALING JAYA: The rumoured appointment of the first earthling spokesman to visiting extra-terresterial life forms last week is a hoax, said National Space Agency Malaysia director-general Dr Mustafa Din Subari.

He said United Nations Office for Outer Space Affairs (Unoosa) head Datuk Mazlan Othman, who was rumoured to be the spokesman, had confirmed to him in an e-mail yesterday that there was no such appointment.

British newspaper The Guardian also quoted in its blog that Mazlan had refuted the purported appointment.

“It sounds really cool but I have to deny it,” Mazlan, an astrophysicist, was quoted as saying when responding to the rumours.

The Sunday Times of Britain had run a report claiming that Mazlan would be appointed by the United Nations as the earth’s official point-of-contact with aliens.

The article was later picked up by other media worldwide, including several local newspapers, which attracted much public interest in Mazlan’s “new role”.

Mazlan could not be contacted at her Vienna office yesterday.

Dr Mustafa, however, said that if any such appointment was to have been made, Mazlan would have been the best candidate for the job.

“You do not want a spokesman from just anywhere. Mazlan is in the highest position of outer space affairs.

“Coupled with her credentials as an astrophysicist, she would be the most appropriate candidate to take up such a role,” Dr Mustafa said of his predecessor, whose position he took over in 1999 after Mazlan left to assume her role in Unoosa.

Dr Mustafa added that scientists worldwide were still hopeful about communication with extra-terresterial life.

“Theoretically, scientists internationally are still confident in the existence of extra-terresterial life as we have found other solar systems, although we cannot yet ascertain whether there is life in those systems,” said Dr Mustafa, who also admitted that studies in the past 50 years had not produced concrete evidence of extra-terresterial life forms.

Masjid Bukit Indah terkini....

Malam tadi, selepas solat maghrib telah berlangsung majlis diskusi yang santai antara AJK Masjid Bukit Indah (teman sengaja panggil yang muda2), Major Ghazali dari SUA dan wakil STC (Saifulislam Training Consultancy) dan Sdra. Iskandar Shah Ismail dari Islamic Relief Malaysia untuk merencanakan program remaja di MBI yang bersifat istiqomah.

Menarik.

MBI berhasrat untuk menyediakan program pengisian khusus untuk remaja dan STC diminta untuk merangka module yang bersesuaian. Program ini kalau dipersetujui oleh semua AJK MBI, akan diadakan through out the year yang juga bakal melibatkan pihak sekolah dan ibu bapa di bawah kariah MBI.

Antaranya ialah dengan penubuhan Kelab Remaja Masjid yang mana aktivitinya akan dikendalikan oleh remaja itu sendiri dengan pantauan pihak STC dan MBI. Ini merupakan satu pilot project yang memerlukan iltizam yang tinggi untuk dilaksanakan.


Satu hari dalam seminggu khusus untuk remaja akan diperuntukkan di mana apa jua kegiatan yang dilakukan di MBI ianya adalah untuk remaja. Samada ianya motivational talk, ceramah, kuliah, ramah mesra or whatever...

Melalui Kelab Remaja Masjid, aktiviti luaran seperti sukan dan rekreasi akan disalurkan secara sistematik.

MBI bercadang untuk mendapatkan kerjasama dari Kerajaan Negeri terutamanya dari Y.B. Dr. Halimah Bt. Ali, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Modal Insan bagi merealisasikan program ini. Apabila kertas kerja sudah lengkap, satu representasi yang diketuai oleh Nazir Masjid akan mengadakan perjumpaan dengan wakil kerajaan negeri pada tahun ini juga.

Kita bercadang untuk memulakan program ini seawal Januari tahun depan. Maknanya, pada hari pendaftaran sessi persekolahan tahun hadapan, ibu bapa dan pelajar akan dibekalkan dengan maklumat tentang aktiviti2 yang bakal diselenggarakan di MBI. Insya'Allah.

Sementara Sdra. Iskandar Shah secara peribadi pula akan mengemukakan kertas cadangan dan seterusnya membantu pihak masjid untuk menubuhkan perpustakaan di MBI. Pengalaman beliau yang telah berjaya menubuhkan lebih 10 perpustakaan di rumah-rumah anak yatim di seluruh Malaysia akan dicurahkan pula di MBI.


MBI memerlukan dana sebanyak RM20-30 ribu untuk merealisasikan projek perpustakaan ini. Selain dari penyediaan buku, rak buku, sofa dan pemasangan dinding cermin (see thru), MBI juga bercadang untuk memasang TV dan vcd player bagi menayangkan kuliah-kuliah terpilih untuk ditonton oleh jemaah dan remaja di sekitar Taman Bukit Indah.

Walau bagaimanapun ini semua masih di peringkat cadangan dan memerlukan endorsement dari AJK masjid semua.

Namun apa yang pasti, MBI akan menyediakan perkhidmatan wi-fi secara percuma pada sedikit masa lagi. Macam Coffee Bean, macam Restoran Hidayah....Sapa2 boleh bawak laptop ke MBI tapi... kalau hilang tanggung sendiri.

Yang penting sokongan dari segenap lapisan masyarakat amatlah diperlukan agar usaha ini tidak tinggal sebagai angan2 sahaja. Anaspun nampaknya dah free sikit...Alhamdulillah.

Teman suka mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Hasrizal, Sdra. Danial dan Sdra. Shakir dari STC dan Sdra Iskandar Syah Ismail dari IRM yang sudi meluangkan masa bersama di MBI malam tadi dan seterusnya akan kembali dengan paper work masing2 dalam masa yang terdekat ini. Mudah2an usaha tuan-tuan semua dirahmati dan diberkati Allah.

Wallahu'alam.

Tuesday, September 28, 2010

BILA AMPANG NAK ANJURKAN WACANA SEBEGINI???

Baik PAS ke...PKR ka...DAP ka???? Balik2 Kelantan....

Buatlah kat DePalma ka...Flamingo ka??


Makin lama aku tengok...makin bangang Muhyiddin ni...!!

Hello Din...aku nak bagitau kau macam ni lah...

1. Kes buat2 macam ni memang tak baik. Bukan sebab mat saleh ni cakap tak baik ... baru benda ni jadi tak baik. Memang benda fitnah ni Allah dah larang. Kau kata kau anak kiai... bior bebeno??

2. Masuk pulak dalam court yang macam kanggaroo...beruk mat yeh pun termenung...apa lagi mat saleh?

3. Kalau court dah macam sial sapa nak melabur dalam negara ni Din oiii???

4. Kalau kau tak faham jugak....kau berhenti jadi TPMlah...baik kau berniaga mini cooper lama macam kawan2. Dapat juga beli banglo kat Country Height...he he

5. Jangan marah...nanti kena jual!!

DPM agrees Sodomy II trial bad for business
By Yow Hong ChiehSeptember 28, 2010

Muhyiddin: If you ask me, personally, would you like this case to be in the Malaysian court? I wouldn’t like this case to be in the Malaysian court.
KUALA LUMPUR, Sept 28 — Tan Sri Muhyiddin Yassin today admitted that Datuk Seri Anwar Ibrahim’s sodomy trial was bad for the country’s image and said that the sooner the case was disposed of, the better.

“If you ask me, personally, would you like this case to be in the Malaysian court? I wouldn’t like this case to be in the Malaysian court,” the Deputy Prime Minister said.

“Of course, it’s true that... if there’s no any cases of such that is high profile, then Malaysia will be much better positioned.

“The sooner this matter is resolved, the better for us.”

Virgin Group founder Sir Richard Branson yesterday said the ongoing Sodomy II trial was “a thorn” in Malaysia’s otherwise good reputation, and urged the prime minister to intervene in the matter.

“If you’re a bold leader, you should get rid of things like this which are damaging your reputation,” he had said.

Despite Branson’s outspoken remarks, Muhyiddin said he did not think the British entrepreneur was intervening in the country’s internal affairs but rather making a “genuine” comment in the best interest of Malaysia.

“His remarks are in the context of how to help Malaysia further move forward and draw the bigger investment that we need,” the deputy prime minister said.

“His comment is taken in light of how to support Malaysia’s initiative, and I want to take that sort of angle as to what he is saying.”

Muhyiddin also stressed that Anwar’s trial was not a government conspiracy, as alleged by some, pointing out that the case did not fall under the jurisdiction of the government but Malaysia’s “very established” judicial system.

“It is a case which is... not being brought by any parties except [an] individual who felt that he has the right to be... judged and, of course, the right to be protected by whatever law in the country, as far as the sodomy case is concerned,” he said.

Anwar, the 62-year-old PKR de facto leader, is charged with sodomising his former aide, Mohd Saiful Bukhari Azlan, at Unit 11-5-1 of the Desa Damansara Condominium in Jalan Setiakasih, Bukit Damansara here between 3.01pm and 4.30pm on June 26, 2008.

The former deputy prime minister has denied the charge, describing it as “evil, frivolous lies by those in power” when the charge was read out to him. He is charged under section 377B of the Penal Code and can be sentenced to a maximum of 20 years’ jail and whipping upon conviction. The trial is taking place 18 months after Anwar was charged in court in August 2008.

Anwar was charged with sodomy and corruption in 1998 after he was sacked from the Cabinet and was later convicted and jailed for both offences.

He was freed in September 2004 and later resurrected his political career by winning back his Permatang Pauh parliamentary seat in a by-election in 2008, which had been held in the interim by his wife.

He had earlier led the opposition coalition, Pakatan Rakyat, to a historic sweep of five states and 82 parliamentary seats in Election 2008.

Anwar’s Sodomy II trial will resume on October 14.

Bagi Peluang Brahing Bertanding Di Galas...

Petikan dari Malaysian Insider...

Ibrahim (gambar) yang juga Presiden Perkasa berkata, Kelantan akan menjadi lebih baik sekiranya beliau menjadi menteri besar.

“Kalau nak Kelantan maju, saya adalah orangnya kerana saya boleh membawa perubahan kepada negeri ini.

“PAS selama ini tidak buat apa-apa. Perubahan terbesar yang pemimpin mereka lakukan adalah ceramah perdana, itu sahaja.

“Jadi kalau nak Kelantan maju, ikut saya,” katanya di hadapan kira-kira 5,000 orang yang hadir di program itu.

Nota: Inilah masanya untuk Umno menguji kepopularan Brahing. Lagipun secara tradisinya, DUN Galas adalah milik BN...

Dalam pujian...baik sungguh kalau kita bermuhasabah...!!

Kalau pemilihan pucuk pimpinan parti aku macam yang dilaksanakan oleh PKR...aku ada list pemimpin yang bakal aku pilih...isk isk!!

Terima kasih Dr. Abdul Aziz Bari...

Pas dan Perlembagaan
Oleh - Abdul Aziz Bari

Hujung Ramadan yang lalu saya diminta melancarkan dua buku karangan Ahli Jawatankuasa Agung Pas dan Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusuf Rawa. Pada mulanya saya berasa hairan mengapa anak bekas Presiden Pas Datuk Yusuf Rawa itu memilih saya. Apa pun, dalam ucapan dan perbualannya dengan saya selepas itu Mujahid, yang juga Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional Pas yang menjadi penggerak penting di belakang Dewan Himpunan Penyokong Pas - sayap bukan Islam parti itu - memberitahu sebab-sebabnya, antaranya kepercayaan beliau yang kerangka perlembagaan negara hari ini boleh digunakan untuk melaksanakan cita-cita perjuangan partinya.

Saya berasa terharu; bukan sangat kerana beliau mengakui kepentingan perlembagaan tetapi kerana kesediaan beliau untuk memahami dan menerima kenyataan yang ada di negara kita. Pada saya ini amat penting dalam memastikan proses demokrasi – yang mahu tidak mahu menentukan keberkesanan perjalanan perlembagaan – berjalan dengan baik dan Pas, sebagai salah satu parti tertua dan utama dalam sistem politik kita, mempunyai sumbangan dan peranan tidak kecil. Sejak 1990 Pas memainkan peranan penting dalam percubaan membentuk sistem dua parti; dari Angkatan Perpaduan Ummah (APU) kemudian Barisan Alternatif (BA) dan sekarang Pakatan Rakyat (PR).

Beberapa bulan lalu seorang penganalisis India dalam sebuah harian berbahasa Inggeris menyatakan, Pas adalah komponen utama berbanding DAP dan PKR. Ini dikatakan berdasarkan kedudukan Pas sebagai parti tertua – wujud sejak 1951 – dan terbesar. Setakat ini Pas dianggarkan mempunyai hampir sejuta ahli. Selain itu Pas dilihat sebagai parti berdisiplin: ia masih belum mengalami penyakit melompat sebagaimana DAP dan PKR. Pas juga mempunyai organisasi dan logistik yang mantap. Bekas Setiausaha Agung Pas, Datuk Kamarudin Jaffar, malah mendakwa dalam soal itu Pas lebih baik dari UMNO. Sebagai bekas pemimpin UMNO saya fikir Kamarudin mempunyai sebab kukuh untuk berkata begitu. Katanya UMNO kuat kerana ia menguasai kerajaan ditambah dengan perangainya yang suka menyalahgunakan agensi dan kemudahan kerajaan.

Berbalik kepada apa yang dikatakan Mujahid tentang perlembagaan tadi, sebenarnya ia mengungkapkan tanggapan Pas terhadap sistem dan suasana politik yang ada sekarang. Begitu jelas Pas menerima sistem yang ada, selain mula menguasai permainan dan rentak politik semasa. Ini jelas dalam kesungguhan Pas menyantuni kedudukan dan masalah bukan Melayu yang kelihatan dalam kesediaannya meletakkan calon bukan Melayu dan bukan Islam, selain menerima mereka sebagai ahli dan sayap parti. Beberapa minggu lalu saya menyinggung kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad tentang pendekatan Pas dalam pelaksanaan hudud di Malaysia.

Itu semua membuat UMNO menuduh Pas menjual prinsip kerana kuasa. Pada saya ini tidak perlu dipedulikan. Hakikatnya ialah semua parti mengatur strategi mengikut keperluan dan senario semasa. 20 tahun dulu Pas lain kerana ketika itu ia berhadapan dengan isu hidup mati. Sekarang ia berada dalam posisi kerajaan alternatif. UMNO sebaliknya berhadapan dengan senario hidup mati. Sebab itu UMNO makin rasis dan kadangkala Islamik.

Bagaimanapun Pas masih ada masalah dan ini agak jelas apabila ia kelihatan dipimpin oleh dua naib presiden; yakni Datuk Mahfuz Omar dan Sallahudin Ayub. Selain mereka ada beberapa pemimpin barisan kedua seperti Khalid Samad dan Dr Dzulkefly Ahmad yang sering kelihatan dan kedengaran. Apa yang saya maksudkan dengan memimpin di sini ialah suara dan inisiatif parti dalam isu-isu nasional; contohnya isu Felda, kempen saman ekor dan insurans kereta. Selepas ini mungkin ada orang Pas, khususnya yang taksub dengan pemimpin tertentu, menuduh saya masih berdendam dengan Pas. Saya tak kisah kerana saya bukan orang politik. Saya hanya mahu melihat politik Malaysia lebih beradab dan ini hanya boleh dicapai sekiranya kita ada dua barisan parti yang kukuh dan bersedia untuk memerintah bila-bila masa. Ini tidak akan berlaku jika Pas dipimpin oleh mereka yang asyik menunggu mimpi dan banyak keluar negara.

Salah satu soalan yang dikemukakan wartawan kepada Mujahid selepas pelancaran buku itu ialah apakah projek tersebut ada kaitan dengan pemilihan parti tahun depan. Sebagai ahli politik Mujahid hanya tersenyum. Tetapi ia tetap mempunyai makna.

Selain perspektif yang betul tadi, Mujahid mempunyai kelebihan tersendiri dengan kedudukannya sebagai anak seorang pemimpin tertinggi parti. Tetapi apa yang lebih penting ialah kelebihan ini tidak digunakan untuk diri sendiri, sebaliknya untuk memperkasa parti sebagaimana yang dilakukan dalam pembentukan sayap non-muslim itu. Mujahid turut mempunyai kelebihan untuk diterima lebih daripada satu pihak. Ini kerana kemampuannya berbahasa Arab – beliau graduan Al-Azhar – selain Melayu dan Inggeris. Tetapi ini sahaja tidak memadai kerana kalau hanya kemampuan berbahasa yang menjadi kriteria, lebih baik beliau buat bisnes macam Datuk Mahadzir Lokman. Apa pun dalam Pas sudah ada contoh orang yang dinaikkan atas kekuatan itu dan berakhir dengan kegagalan.

* Profesor Dr Abdul Aziz Bari telah mengajar undang-undang hampir 21 tahun

Monday, September 27, 2010

Hang komen sikit Dr. Asri ni Zul...Aku tak tau!! He he..

Hang kan Pejuang Islam Sejati...ini kira taraf hang ni...

Dr Asri: Bantuan k'jaan Pulau Pinang tidak haram
Sep 27, 10 2:34pm

Kongsi 0Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata wang yang diterima daripada bantuan kewangan kerajaan yang hasilnya diperolehi dari sumber perjudian adalah tidak haram.
“Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram. Sebabnya mereka bukan berjudi, mereka mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi,” katanya dalam pesanan SMS kepada Malaysiakini dari Beijing, China.

Menurut Dr Asri, kesalahan ditanggung oleh kerajaan dan syarikat judi.

“Sama dengan mereka yang mendapat gaji dari kerajaan atau penjual yang menjual makanan lalu dibayar dengan wang judi. Wang itu halal kerana dia tidak berjudi tetapi berniaga makanan.”
Beliau mengulas laporan akhbar yang mendakwa kerajaan Pulau Pinang menggunakan wang sumbangan daripada Kelab Lumba Kuda negeri itu untuk disalurkan ke program membasmi kemiskinannya.

Ketua Menterinya, Lim Guan Eng bagaimanapun menafikan laporan berkenaan dan berkata wang sumbangan daripada Kelab Lumba Kuda itu diasingkan dan dikhususkan kepada orang bukan Islam dan tidaknya kepada orang Islam.

Judi hendaklah dicegah

Menurut Dr Asri, hakikatnya di Malaysia, wang judi digunakan bukan sahaja oleh kerajaan negeri Pulau Pinang tetapi juga oleh kerajaan persekutuan. Sumber itu diperolehi menerusi bentuk cukai judi, arak, hiburan dan lain-lain lagi.

“Pendapatan kerajaan itu juga digunakan untuk pelbagai keperluan rakyat. Kakitangan kerajaan yang mendapat gaji juga dari pelbagai sumber,” katanya.

Sehubungan itu, kata Dr Asri, segala aktiviti yang menggalakkan judi hendaklah dicegah oleh semua kerajaan kerana judi adalah haram dan merosakkan masyarakat.

Dalam perkembangan yang sama, Lim hari ini berkata Umno cuba meneruskan fitnah dan tohmahan terhadap kerajaan negeri pimpinannya.

“Selepas gagal membuktikan program penghargaan warga emas terbabit dengan hasil judi haram, Umno pula cuba mengalihkan perhatian daripada fitnah mereka dengan menyatakan program rakan anti-kemiskinan (RAK) membasmi miskin tegar datangnya dari sumber judi haram. Bukti Umno adalah derma RM2 juta daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang,” kata Lim dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, wang derma RM2 juta itu telah disahkan oleh pegawai kewangan negeri, Datuk Farizan Darus bahawa ia telah diasingkan dan dikhususkan kepada orang bukan Islam dan tidaknya kepada orang Islam.

Ada juga bukan Islam miskin tegar

“Perlu diingati bahawa ada juga orang bukan Islam yang miskin tegar, bukan semua bukan Islam kaya macam pemimpin BN. Adakah salah untuk menyalurkan wang derma ini kepada orang bukan Islam?” soal Lim.

Katanya lagi, bantuan RAK kepada keluarga miskin tegar Islam dibiayai daripada hasil kerajaan negeri menerusi lebihan belanjawan.

Program penghargaan warga emas yang menjadi isu kontroversial itu membayar RM100 setiap tahun kepada semua yang melebihi 60 tahun.

Sehingga sekarang, hampir 110,000 warga emas di Pulau Pinang telah mendaftarkan diri dan mendapat RM100 setiap tahun. Di samping itu, waris warga emas yang mendaftarkan diri akan menerima RM1,000 sekali sahaja bila warga emas meninggal dunia.

“Urustadbir CAT dan langkah anti-rasuah telah membolehkan Pulau Pinang mencatatkan lebihan belanjawan yang paling besar dalam sejarah sebanyak RM88 juta pada 2008 dan RM77 juta pada 2009.

“Oleh itu, tidak wujud langsung program ini dibiayai oleh sumber luar. Keseluruhan kos program ini dibiayai sepenuhnya oleh hasil lebihan Belanjawan. Dengan kata lain, program penghargaan warga emas adalah dividen 'anti-rasuah' yang dapat dinikmati oleh rakyat kerana mempunyai sebuah kerajaan negeri yang bersih dan tidak makan duit,” katanya lagi.

Mahathir kutip tol...

Sultan Mansur Shah menaiki tahta kerajaan negeri pada tahun 1458. Ini aku baca dari Portal Rasmi Kerajaan Negeri Melaka.

Di zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah inilah Hang Tuah dan 4 sahabatnya yang lain menaburkan bakti sebagai panglima. Tak percaya baca Wikipedia Hikayat Hang Tuah.

Maknanya, Sebelum Portugis masuk Melaka iaitu pada tahun 1511, Hang Tuah dan sahabat2nya mungkin telah kembali ke Rahmatullah.

Macam mana datangnya slogan 'tidak melayu hilang di dunia' akupun tak tahu. Portugispun tak masuk Malaya lagi masa tu...Hang Tuah dah sibuk cerita melayu takkan hilang.

Masa aku dilahirkan pada tahun 1964, kalau Hang Tuah masih hidup, usianya mungkin sekitar 500 tahun. 2-3 tahun lepas masa aku pergi ke PD...aku terserempak dengan Hang Tuah. Dia kerja kutip toll di Plaza Toll PD. Aku sempat menyapa beliau...

"Bila pindah dari Melaka?"

"Saya memang asal sini bang...!!" Jawab dia selamba.

"Hang Lekiu apa khabor?" Aku saja mendajal...

Hang Tuah hanya senyum aje....

Sebelum aku beredar...aku sempat mengusik lagi.

"Tak melayu hilang di dunia!!" Sambil aku mengangkat tangan...anak2 dan isteri aku gelak mengekek.

Selepas lebih 500 tahun...muncul pulak seorang mamak bendahara yang lebih melayu dari melayu. Gagah bebeno gamaknya dia...susah hati teramat sangat dengan kemunculan PAS dan PKR. Maka keluarlah pulak slogan melayu barunya....

"Tak kan kekal melayu di Malaysia...!!"

Alahai. Maka hebuhlah seantero dunia Utusan Malaysia seperti burung kakak tua. Hendak juga aku bertanya? Siapalah agaknya empunya angkara sehinggakan Utusan Melayu (sedara kembar sepusat sepusing Utusan Malaysia) sudah lenyap dari mukabumi ini? PAS kah? PKR kah? DAP kah?

Maka tertanya2lah rakyat jelata semua, semasa mamak bendahara bersemayam di tahta... ke manakah perginya tanah-tanah orang melayu, saham-saham orang melayu, harta pusaka orang melayu, bahasa ibunda orang melayu?????

Semasa Pekembar sedang berkuasa macam mana Tanah Melayu boleh hilang Singapura dan Pulau Batu Putih? Angkara siapa 2 blok minyak di Laut Cina Selatan diserah kepada Brunei???

Mungkin 500 tahun dari sekarang, ada yang menulis dalam media apa tentang kisah Melayu dalam Lipatan Sejarah? Wallhu'alam.

Masa tu mamak bendahara dah tak ada akupun dah tak ada. Mungkin ada di tol mana-mana budak nama Mahathir dok kutip duit tol...mana aku tau? He he

Sunday, September 26, 2010

SAMBUTAN HARI RAYA DUN LEMBAH JAYA...



Sambutan hari raya YB Khasim di Dewan Ahmad Razali malam tadi meriah.

Teman turut serta kira-kira jam 9.00 malam bersama Hj. Wan, Loyar Md. Noh, YB (Datuk) WIWA, Tahir dan Xxx. Rombongan kami disambut mesra oleh YB Khasim sendiri.

Diminta duduk di meja utama dan diserve personally oleh Hj. Aziz (JKP Zon 11) dan Ketua Cawangan Bukit Indah. Terima kasih banyak.

Ramai sekali yang datang dari berbilang bangsa dan agama...all walks of life...kata orang kampong teman.

"Kalau macam ni ada harapan lagi PR dlm PRU akan datang...!!!" Kata Xxx.

"Jangan terlalu confident Xxx...hang undi pos..he he!!" Teman saja mengusik. Xxx hanya tersengih..

'Dengar cerita SPR dan JPN dok bertungkus lumus dalam gelap la ni....diam tak diam dah beratus ribu pengundi dipindahkan...!!" Hj. Wan mencelah...

"Ha ah lah...askar sekarangpun dah pakai E-Card. Sajalah tu nak monitor kita orang undi sapa. Dulu pakai kad manual ajer...!!" Tambah Xxx.

Lebih kurang 30 minit menikmati hidangan, kamipun berlepas pulang. Nak bagi peluang orang lain yang berbaris menunggu.

Terima kasih YB kerana menjemput dan memberi layanan yang terbaik. Kambing Pak Tam memang class..!!

Friday, September 24, 2010

Berhati2 guna payung tu...Itu payung bini puaka!!


Begitulah pesan aku pada isteri ku....

"Jangan sampai kena tangkap polis pulak!!" Aku mengingatkan isteri ku lagi...

"Kenapa pulak?" Isteri ku kehairanan.

"Malaysia ni mana boleh ada gurau-senda....lukis kartunpun kena tangkap!! This is a bloody serious nation..." Aku membebel lagi..

Ini semua gara2 isteri aku nak gi ke sekolah ambil anak guna payung yang aku beli dari Zunar ketika PRK Hulu Selangor baru2 ni. Payung tu penuh kartun skandal....

Ghupe2nye betul2 terjadi...hari ni Zunar kena tangkap polis gara2 menerbitkan kompilasi kartunnya...Cartoon-O-Phobia...sama2lah kita doakan semoga dia cepat dibebaskan. Labun Kulup Sakah..kau ok ke??

Zunar ditangkap polis, buku terbaru dirampas
Sep 24, 10 4:42pm

Kartunis popular Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque hari ditahan polis mengikut seksyen 4 (1) Akta Hasutan.

Beliau kini dilaporkan dibawa kepada ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya.

Sebelum itu, pada sekitar jam 4 petang tadi, polis menggelidah premis Sepakat Efektif Sdn Bhd yang dimiliki Zunar dan merampas kira-kira 67 naskhah terbaru buku Cartoon-O-Phobia yang dijadualkan dilancarkan malam ini.

Menurut Zunar yang sempat menghubungi Malaysiakini dan bercakap secara tergesa-gesa memberitahu pejabatnya yang juga menempatkan Kafe Kartun diserbu oleh sepuluh anggota polis yang diketuai oleh ASP Ari Krishna daripada balai polis Brickfields.

"Kami diberitahu bahawa laporan polis telah dibuat berhubung penerbitan buku itu,” katanya kepada Malaysiakini.

Zunar berkata selain buku terbarunya itu, turut dirampas adalah beberapa lukisan kartunnya.

“Saya sedang cuba melenggah-lenggah masa sehingga peguam saya tiba,” katanya.
[Berita penuh menyusul]

UMNO JUARA PERTAHANKAN ISLAM DAN MELAYU...

Teman cilok bulat2 dari blog Dr. MAZA...
Baik jugalah kalu kisah sedih ini, PEJUANG ISLAM SEJATI bawak2 bercakap dengan teman2 barunya di seberang sana. Datin Masnah Rais yang selalu anjur kelas agama tu mungkin boleh nasihatkan suaminya tentang hukum hakam....he he...
Alahai yob oii...

SHANGHAI, ISLAM, MELAYU DAN 1 MALAYSIA
Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Ketika saya menulis rencana ini, saya sedang berada di Shanghai dan menuju ke Xian dan Beijing. Beberapa hari lepas, pada 21hb September 2010, saya menyertai satu rombongan VVIP melawat Shanghai World Expo 2010. Satu expo yang teramat besar bermula dari Mei sehingga Oktober 2010. Hampir 200 negara menyertainya. Kos keseluruhan expo ini mungkin puluhan billion ringgit.

Setiap negara membina astaka atau pavilion mereka sendiri untuk memperkenalkan negara mereka kepada dunia. Setiap negara membelanjakan puluhan, bahkan ratusan juta untuk itu. Saya difahamkan, Malaysia sendiri membelanjakan tidak kurang dari RM 20 juta untuk membina Malaysia Pavilion di expo tersebut.
Di sebabkan terlalu luas kawasan expo ini, jika anda melawatnya, dalam sehari anda mungkin hanya dapat melawat sekitar belasan astaka sahaja. Terlalu luas dan terlalu ramai pengunjungnya. Target 70 juta pelawat ke expo tersebut mungkin tercapai dengan mudahnya. Bayangkan 70 juta pengunjung, melebihi dua kali penduduk Malaysia.

Tinjauan

Terlebih dahulu, walaupun saya datang menyertai rombongan VVIP, tulisan saya ini hanya mewakili pemerhatian saya secara peribadi. Secara umumnya, saya rasa rakyat Malaysia tahu bahawa pandangan-pandangan sebelum –insya Allah- bebas dari unsur perkauman dan fanatik. Saya berusaha bersikap adil, itulah titah agama yang luhur. Maka saya harap rencana ini dibaca dengan semangat kenegaraan dan hakikat sebuah negara bernama Malaysia.

Pertamanya, saya mengucapkan jutaan terima kasih yang teramat sangat kepada pihak Kementerian Pelancongan Malaysia yang menyambut kedatangan rombongan kami dengan penuh layanan mesra. Budi baik amat dikenang. Saya juga rasa patut berterima kasih atas usaha kementerian berkenaan memperkenalkan Malaysia di expo berprestij tersebut.

Atas usaha pihak kosulat Malaysia di Shanghai dan Kementerian Pelancongan, kami mendapat layanan istimewa di setiap pavilion negara-negara yang kami lawati. Alhamdulillah, dan terima kasih!

Islam

Namun, atas hak sebagai seorang rakyat Malaysia, saya sedikit ingin memberikan pandangan peribadi di sini. Ada beberapa gambaran yang saya rasa kurang kemas dalam expo tersebut. Saya tidak pasti ia berlaku secara sengaja, atau tidak sengaja. Bagi saya, sebagai rakyat Malaysia kita wajar mengakui beberapa hakikat negara kita. Antaranya, kita berbilang agama dan bangsa. Islam adalah agama rasmi dan mempunyai penganut yang paling besar. Agama-agama lain juga wujud secara aman. Orang melayu adalah majoriti terbesar. Kaum-kaum lain juga hidup secara aman. Kita semua sepatutnya berusaha ke arah kedamaian dan keharmonian. Jika kita ingin menceritakan negara kita ini kepada dunia, inilah hakikatnya. Ia bukan soal perkauman atau fanatik agama, tetapi itulah realiti negara kita. Tiada cacatnya menceritakan realiti itu kepada dunia.

Namun saya rasa, jika saya tidak tahu tentang Malaysia, saya datang ke Malaysia Pavilion di Shanghai World Expo 2010, saya mungkin akan mengagak bahawa agama Kristian adalah agama majoriti rakyat Malaysia. Tempat-tempat ibadat yang di paparkan hanyalah dua buah gereja. Itu pun bangunan binaan tinggalan penjajah Portugis, bukan binaan rakyat Malaysia. Ini seperti gambar yang saya sertakan. Entah berapa banyak masjid dan seni binanya yang cantik, namun tidak ditonjolkan. Lojiknya, tonjollah secara seimbang dengan menggambarkan kepelbagaian agama. Sudah pasti Islam sebagai agama rasmi, tidak boleh dinafikan kedudukannya, kerana itulah realiti kita.

Hanya inilah dua pusat ibadat yang tertonjol di Malaysia Pavilion di Shanghai. Penulis berdiri di hadapan dua gambar tersebut yang terpapar ketika memasuki ke Malaysia Pavilion.

Mungkin ada pihak berfikir, menggambarkan Islam sebagai agama yang terbesar di Malaysia kurang menarik bagi masyarakat antarabangsa. Jika itulah fikiran mereka, bererti kita cuba menafikan realiti nagara kita, dan amat tidak adil untuk penganut Islam di Malaysia. Negara-negara Islam lain tidak menafikan pun hakikat mereka. Bahkan di China sendiri, ada province (wilayah) yang majoriti penganutnya beragama Islam, iaitu Wilayah Ningxia. Dalam expo Shanghai ini, China Pavilion menonjolkan wilayah tersebut dan kehidupan penduduknya. Agama dan budaya mereka. Saya merakam beberapa gambar yang saya ambil ketika melawat pameran Wilayah Ningxia di China Pavilion. China menggambarkan kepelbagaian mereka atas konsep ‘hidup di bawah satu bumbung’.

Penulis bersama dengan lelaki Ningxia yang berpakaian menunjukkan kesan Islam dalam kehidupan mereka.

Bahkan lebih daripada itu, pavilion yang paling mewah dan mendapat sambutan besar adalah Arab Saudi Pavilion. Dikatakan mereka membelanjakan lebih US 200 juta untuk expo tersebut. Arab Saudi cuba menonjolkan kehebatan Islam yang menjadi teras kehidupan rakyat mereka, bahkan umat Islam keseluruhannya. Kecanggihan teknologi digunakan. Mereka mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Orang ramai sanggup beratur berjam-jam untuk memasuki pavilion mereka.

Begitu juga kebanyakan negara-negara Arab Teluk yang lain, tetap mengakui Islam mempunyai akar umbi dalam kehidupan mereka. Iran yang sering dituduh dengan keganasan itupun, tetap menonjolkan unsur Islam dalam kehidupan rakyat mereka. Maka, di expo yang berprestij ini, saya tidak rasa rendah diri dengan unsur Islam.

Maka bagi saya, ketidak tonjolan Islam sebagai sebuah agama besar di Malaysia, amatlah tidak adil kepada penduduk majoriti sebuah negara bernama Malaysia. Jika tidak banyak, sedikit pun tetap perlu dinyatakan.

Seni

Begitu juga di sudut seni. Kita tidak boleh menafikan bahawa orang melayu juga mempunyai pelbagai karya seni. Sepatutnya, wajar sedikit sebanyak ditonjolkan. Ini seperti yang ditunjukkan Morocco pavilion yang menggambarkan kehalusan seni tempatan mereka. Bahkan, jika saya tidak tahu apa-apa tentang Malaysia, gambar seni lukisan yang paling besar di pavilion kita menggambarkan kaum India dan agama Hindu. Ini seperti gambar yang saya sertakan. Tidak adakah sedikit untuk kaum majoriti dan agama majoriti? Gambar-gambar lain amatlah abstrak, di samping kecil, ia boleh ditafsirkan dengan pelbagai maksud.

Gambar seni yang terbesar yang dipaparkan di Astaka Malaysia, Shanghai World Expo 2010.

Putrajaya

Saya rasa kita patut berbangga dengan keindahan Bandar Putrajaya. Di sudut seni bina dan keindahan, ia adalah salah satu kejayaan. Patut ditonjolkan kepada dunia. Demikian juga binaan-binaan canggih lain dalam negara kita. Cumanya, saya gagal menemui gambaran keindahan Putrajaya di Malaysia Pavilion, Shanghai World Expo. Lebih mengejutkan, gambar pusat perjudian dan peranginan Genting terpapar di sana. Sebagai seorang muslim, saya tentu rasa rendah diri jika saya ditanya oleh pelawat asing mengenai hal perjudian itu kepada saya. Memang kita tidak nafikan ia wujud, dan saya sebagai muslim tidak pernah meredhai perkara itu. Tetapi, untuk tatapan dunia, tidakkah kita mempunyai banyak pilihan yang lain. Saya makin bingung dengan konsep 1 Malaysia ini!


Gambar Genting yang ditonjolkan di Pavilion Malaysia.

Kaum

Negara kita mempunyai pelbagai kaum. Inilah salah satu keunikan kita. Orang melayu adalah majoriti, seterusnya diikuti kaum lain. Jika kita ingin menceritakan kepada dunia, maka ceritalah sedemikian rupa. Namun, jika saya tidak tahu apa-apa tentang Malaysia dan mengunjungi Malaysia Pavilion di Shanghai, saya akan kata kaum utama adalah kaum peranakan baba dan nyonya. Itulah gambar utama yang tertonjol. Kaum-kaum lain tidak ditonjolkan. Jika adapun, pakaian para penari yang mewakili pelbagai kaum. Itupun, hanya orang tahu dan pernah ke Malaysia mungkin akan faham. Orang luar, mereka memahami apa yang terpapar sahaja.

Salah satu gambar utama semasa pintu masuk ke Malaysia Pavilion di Shanghai.

Sebuah Catatan

Banyak persoalan berligar di kepala saya selepas mengunjungi Shanghai World Expo ini. Di mana saya sebagai seorang muslim melayu Malaysia. Saya tidak perkauman. Sama sekali tidak. Para pembaca dapat membaca pandangan-pandangan saya sebelum yang amat anti sikap fanatik kaum atau agama. Namun, saya rakyat Malaysia yang pasti enggan haknya dinafikan. Saya tidak ingin bertanya kepada pihak yang menguruskan, tetapi saya ingin bertanya Kerajaan Malaysia yang membelanja wang rakyat melebihi RM 20 juta untuk expo ini. Di Shanghai World Expo 2010, di manakah saya sebagai rakyat muslim di bawah konsep 1 Malaysia?

I will be with you Nurul Izzah...Hm...ehem..!!

Maksud teman...kalu orang tua kerepot tu berani menyambut cabaran YB... teman akan menyaksikan debat itu secara live...he he!!

Nurul Izzah dares Tun M to a debate
NEWS/COMMENTARIES
Friday, 24 September 2010
by Aidil Syukri, Malaysian Digest

“Irresponsible and desperate attempt to destabilise the nation,” said Nurul Izzah Anwar in her response to former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad’s warning that Malays would lose power if Pakatan Rakyat (PR) came to power.

According to the Lembah Pantai MP, not only has the race card being used to incite but also to perpetuate the only approach that UMNO and its leaders (past and present) have used with impunity which is the ‘Politics of Fear’.

.“The ‘politics of fear’ uses Article 153 as a political instrument of deceit and despair. The Malays are indoctrinated through all means available including using NGOs to continue to ‘act’ out a victim mentality narrative that degrades, confuses and paralyses a community to remain enslaved intellectually and emotionally first by the colonial masters and now by its new reincarnation, UMNO,” said Izzah.

The ‘Princess of Reformasi’ also added that the aim of this is none other to maintain political hegemony by the ruling Malay elite few who have enriched themselves through corruption, abuse of power and undermining the constitution relentlessly. Sadly, they have been assisted by MCA, MIC, Gerakan and the other BN component parties by their silence and omission to act responsibly.

“We must fight back by emphasising on the ‘Politics of Hope and Liberation’, which will transform the Malay Mind from the false fear of losing their identity and economical development to a positive force that will create a confident and liberated community,” urged her.

“Therefore, with the aim for a constructive engagement to build a ‘Better Malaysia for All Malaysians’, I humbly offer to debate with Tun Dr. Mahathir to clarify if his ‘fear’ for the Malays is really about loss of power or in reality loss of wealth for the chosen few (Takut Melayu Hilang Kuasa atau Hilang Harta)?” she added.

Utusan Malaysia has today reported Mahathir’s statement that Malays would lose power if PR came to power. He implied that a Chinese or an Indian could become prime minister if PR took federal power because there was no constitutional restriction on race for the position.

Jawab jangan tak jawab....he he!!

“YB zulnordin. Hang tak payah dok komenlah usaha aku nak buat utk negeri aku. Aku jauh bukan mcm hang. Duit org sumbang utk pilihanraya hang sapu kat hang. Hang pi Dubai kutip duit utk org miskin d KBB berapa byk tak tahu tapi berapa yg hang serah. Gaji pekerja pusat khidmat hang tak bayar sampai kereta depa kena tarik. Hutang aku buat profile hang masa pilihan raya dulu hang tak bayar satu senpun. Satu lagi tok guru tu kalau nak pi belanja sendiri pun tak apa depa bkn tak pernah pi pun tapi hang jangan pikit kepala otak dia orang mcm hang kaki penipu dan pembelit.” – sms Hj Zulaimi kepada Jiwo Kelate....

Malaysia Negara Menopause...Semua Bocor!!

Bila Mr. Hong Hao, director-general of the Bureau of Shanghai World Expo Coordination membuat promotion tentang World Expo ni beberapa tahun yang lalu' teman dijemput hadir (jadi wakil boss lah). Rasanya anjuran CIDB dan MITI dengan tujuan untuk menarik private sector untuk turut serta.

Private Sector...ya key wordnya ialah Private Sector. Begitu juga bila Idris Jala membentangkan gigantic Economic Transformasion Programme (ETP) nya beberapa hari yang lalu. "Private Sector."

Bila cerita pasal private sector ni, bagi mereka yang tak duduk dalam private sector tu janganlah dok syok sangat. Yang ok..ok...tapi yang mangkokpun berlambak. Yang private sector macam gomenpun bersepah. He he...

Bila tengok bumbung bocor di pavilion kita di Shanghai ni...rasa senak perut juga kita di sini. Memalukan betul. Semua nak bocor kita ni....negara dah tua dipimpin pula oleh parti tua yang dah ganyut. What the heck...??? Semuanya sudah ketinggalan.

Bak kata pengarang article di bawah ni....

"It is like asking a heart sergeon to overhaul a lorry engine...!!" Spot on bro.

Pavilion of shame
By: (Fri, 24 Sep 2010)





TAKE a look at the picture on the right. Notice the bucket? It was taken at the Malaysian Pavilion at the Shanghai World Expo on Sept 13. Apart from Ogawa massage chairs, 3-in-1 coffee and orang utan soft toys at the foot of a two-storey replica of the Twin Towers, visitors to the pavilion were also given a glimpse of another facet of Malaysia – leaking roofs.

Like home ... The leaking roof at our pavilion at the Shanghai World Expo on Sept 13.
Yes, not only do we have such wet scenes at court houses, the National Registration Department’s headquarters and Parliament, we have now showcased our questionable construction standards to the world.

One would think that at a cost of RM19.5 million (though according to estimates it has shot up to RM40 million), we could have done a better job in showcasing what Malaysia has to offer. It is bad enough that the pavilion was akin to an exhibition put up by schoolchildren at an open day, now visitors to the pavilion also have a taste of what to expect during wet days in this country.

I am made to understand that the leak is being fixed but the embarrassment to the country will take a longer time to repair. This is what happens when pharmaceutical companies decide to be building contractors. It is like asking a heart surgeon to overhaul a lorry engine.

I am made to understand that the construction of the 3,000 sq m pavilion was supervised by government officials instead of civil engineers.

Speaking of which, one cannot fault the people running the pavilion as they were merely taking orders from the powers that be in Kuala Lumpur. They were attentive and displayed hospitality that is quintessential Malaysian. But seriously what is a talk on the Peranakans compared to the robots at the Japan Pavilion? When the Spanish have flamenco dancers and an awesome sound and light show with realistic tidal waves, we offer information kiosks on our golf courses and beaches.

While Singapore has a musical fountain and rooftop garden that embodies its garden city reputation, we have a cut-and-paste jungle façade complete with orang utans (at least there’s a waterfall feature) and a Jacuzzi. Yes, a glimpse of Malaysian furniture and bathroom fixtures. With all the handbags and mannequins clad in made-in-Malaysia outfits, one cannot be faulted for thinking he had just walked into a shopping mall – which is essentially what the pavilion is.

One would like to attribute the non-functioning LED screens to the thunderstorm, but according to pavilion staff, they had been out of order for awhile. At least the golf simulator had been fixed.

Even our durian had been hijacked by the Singapore mascot, while we were making do with toyol-like mannequins illustrating our cocoa industry.

This brings us to the food. To be truthful, I had not sampled it but the consensus from those who had visited the pavilion is that it was not authentic. Perhaps this is explained by the fact that a Hongkong-based company had been appointed caterers.

What is glaring is that there was no participation from the private sector, with freight cost being an excuse, among others. Even the national car was a no-show. It seems like the pavilion is only a showpiece for the likes of Matrade.

The Malaysia Pavilion, however, boasts of 4.7 million visitors since the World Expo was launched in May. It still commands long queues (not as long as the four-hour wait at the Japan Pavilion) but the turnaround is quick, according to pavilion staff.

Its red batik designed Minangkabau roof can be easily spotted from afar, though it may be mistaken for a temple with its pagoda-like façade. Surely the fact that we are promoting Indonesian architecture should be a factor in thawing relations between us and our neighbour.

But let me not be a wet blanket. After all, Malaysia had set itself apart at the expo. While other nations are telling the world about their future via design, concept and content, we seem to be the only one delving into the past. But in our case, we don’t seem to learn from history.

Comments: terence@thesundaily.com

Thursday, September 23, 2010

Di bawah Mahathir, pengusaan melayu dalam BSKL bertambah 70%, tanah simpanan melayu double, bahasa melayu dinobatkan dan digunakan di PBB....

3/4 premis perniagaan di KL, Penang dan Ipoh kepunyaan melayu, melayu kuasai Berjaya Group, SP Setia, IOI, Maxis, YTL, Genting dll....

Kau ingat kita orang semua bodoh????

Mahathir dakwa Melayu akan hilang kuasa jika Pakatan ganti BN

KUALA LUMPUR, 23 Sept – Sambil berkata beliau bukannya rasis, Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi, orang Melayu akan kehilangan kuasa jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pemerintahan negara ini.

Bekas perdana menteri mendakwa apa yang dinyatakan itu bukan satu igauan tetapi telah menjadi kenyataan kerana perkara itu sudah pun berlaku di negeri diterajui PR walaupun ketua pentadbiran di negeri itu di ketuai orang Melayu.

Sebelum ini Dr Mahathir pernah mengatakan bahawa orang Melayu akan menjadi kaum minoriti dari segi politik jika PR berkuasa.

Melahirkan pandangannya kepada Umno Online hari ini, bekas presiden Umno ini merujuk kepada bekas menteri besar Perak Datuk Ser Ir Mohd Nizar Jamaluddin selepas pilihan raya umum ke-12.

“Kita lihat Nizar di Perak, walaupun dia Menteri Besar tapi dia ikut arahan dari DAP sehingga dia jatuh. Orang Cina mendakwa ini adalah usaha BN (Barisan Nasional) menjatuhkan kerajaan Cina.

“Jadi mereka panggil kerajaan Cina, tak mungkin kita juga akan dapat perdana menteri yang semacam Nizar, namanya Melayu, agama Islam tetapi dia bukan sebenarnya bebas, dia adalah alat pada orang lain dan ini boleh berlaku,” katanya.

Dr Mahathir berkata walaupun Nizar itu mewakili PAS yang kononnya memperjuangkan Islam tetapi mereka sebenarnya menggunakan Islam sebagai alat untuk mendapat sokongan.

Menurutnya, menjadi Perdana Menteri negara ini tidak tertakluk kepada orang Melayu atau mereka yang beragama Islam, jawatan berkenaan terbuka kepada sesiapa sahaja, yang utama ialah mendapat sokongan di parlimen.

“Tidak ada sekatan dalam undang-undang negara, dalam kita punya perlembagaan tiada yang menghalang orang Cina atau India jadi perdana menteri, apa yang perlu sokongan dari majoriti, kalau majoriti dah setuju, kita tak boleh buat apa-apa,” katanya.

Dr Mahathir berkata, apa yang dilakukan oleh PKR bukan untuk memperjuangkan orang Melayu tetapi lebih kepada untuk merealisasikan cita-cita peribadi seseorang pemimpin mereka untuk menjadi perdana menteri.

“Malangnya Umno telah gugur orang ini, dalam perasaan marah peluang dia sudah terputus, dia tubuh parti lain, perjuangannya hanya satu sahaja bukannya untuk bangsa, agama dan negara tapi untuk jadi perdana menteri.

“Trend itu tidak lagi menjadi tumpuan, tetapi kepada apa saya dapat, apa kau dapat, lebih kepada peribadi, itunya terbentuk keadilan, keadilan itu nama sahaja. Tubuh Keadilan (PKR) seolah-olah negara ini tidak ada keadilan,” katanya.

Beliau mengingatkan supaya tidak terpedaya dengan apa yang dilakukan oleh PR, mereka itu hanya untuk mengejar cita-cita menjatuhkan BN dari tampuk pemerintahan negara.

Menurutnya apa yang diperkatakan itu bukannya bersifat perkauman, tetapi kepada kestabilan, sedangkan DAP sering membangkit pelbagai perkara berunsur perkauman sejak dahulu lagi.

Pemindahan 3500 pengundi ke DUN Pasir Panjang....

Dengar cerita pengundi2 yang pindah ke Kelantan dalam PRU12 dah balik Selangor...macam2.

Bersih 2.0: Betulkan lokaliti mengundi, pindah pengundi tidak sah

KUALA LUMPUR, 23 Sept — Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) Datuk Ambiga Sreenevasan menyifatkan langkah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan pembetulan lokaliti mengundi dan disusuli dengan pemindahan pengundi terbabit sebagai proses yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

SPR melaksanakan proses ini secara meluas ekoran penggunaan sistem maklumat geografi elektronik (EGIS) sejak 2004 di seluruh negara iaitu dua tahun selepas urusan persempadanan bahagian pilihan raya terakhir dilaksanakan.

Proses itu membawa kepada pertambahan kerusi Parlimen kepada 222.

Menurut SPR, ia menjalankan proses ini selaras dengan peruntukan Subseksyen 7(2) dan 7(4) Akta Pilihan Raya 1958 dan Subseksyen 25(3) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.

Ambiga berpendapat bahawa walaupun SPR mengesan kewujudan kesilapan dalam sempadan bahagian pilihan raya sama ada DUN ataupun Parlimen, ia tidak harus mengganggu sempadan sedia ada.

“Walaupun SPR mengesan ada kesilapan lokaliti mengundi, SPR tidak boleh melakukan pembetulan sehingga urusan persempadanan baru dilakukan iaitu dalam keadaan semasa (dijangka) akan dijalankan selepas Mac 2011,” kata Ambiga ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Ambiga berkata jika proses itu dilaksanakan, ia boleh dianggap sebagai satu urusan persempadanan ‘kecil’ antara proses persempadanan terdahulu dan yang akan datang.

Beliau dikemukakan persoalan mengenai proses ini ekoran dakwaan beberapa pihak dalam blog dab ruangan Twitter baru-baru ini bahawa tindakan SPR itu tidak sah kerana seolah-olah SPR mengadakan urusan persempadanan ‘mini’.

Perkara itu turut diakui oleh Naib Pengerusi DAP M. Kulasegaran yang menyifatkannya sebagai “urusan persempadanan semula kecil”, yang tidak sewajarnya dilakukan.

Ahli Parlimen Ipoh Barat ini juga mengakui pernah mengalami tindakan seumpama di bahagian Parlimen Ipoh Barat tiga tahun lalu melibatkan pemindahan kira-kira 2,000 pengundi.

Pembetulan lokaliti mengundi membabitkan pengundi-pengundi itu dipindahkan dari Ipoh Barat ke kawasan Parlimen Batu Gajah.

Kedua-duanya terletak di Perak.

SPR yang masih dalam proses pelaksanaan belum dapat memberikan jumlah sebenar kawasan yang terlibat di seluruh negara.

Wakil rakyat itu mengesyaki ada yang tidak kena dengan proses sedemikian.

“Seolah-olah ada kerja muslihat di pihak SPR untuk memindahkan pengundi dari satu kawasan ke kawasan atas nama pembentulan lokaliti,” katanya lagi.

Pada pilihan raya umum 2004 Kulasegaran menang dengan majoriti 598 undi tetapi empat tahun kemudian majoritinya meningkat kepada lebih 15,000 undi.

Keseluruhannya menurut beliau, pihaknya menganggarkan ia melibatkan kira-kira 200,000 pengundi di seluruh negara.

“Kami anggarkan sekitar 200,000 pengundi terlibat dalam proses ini, tetapi kami masih mengadakan penelitian mendalam untuk mendapatkan angka sebenar pengundi dan bahagian Parlimen yang terlibat,” katanya.

Ambiga yang juga bekas Presiden Majlis Peguam berkata, langkah memindahkan lokaliti, yang menjadi tumpuan ketika pilihan raya kecil kerusi Hulu Selangor April lalu, sebenarnya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Pada pandangan saya ia satu proses yang bercanggah dengan Perlembagaan di mana SPR tidak boleh membetulkan sempadan pilihan raya dan memindahkan pengundi tanpa pengetahuan mereka,” kata beliau.

Ambiga menambah, isu ini merupakan salah satu perkara yang dibangkitkan dalam memorandum yang dikemukakan kepada SPR Julai lalu.

Pertemuan SPR dan Bersih 2.0 telah dijadual untuk diadakan pada 27 Ogos lalu tetapi suruhanjaya tersebut memaklumkan NGO itu bahawa ia ditangguhkan sehingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian selepas Aidilfitri.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memberitahu The Malaysian Insider pihaknya akan menemui Bersih 2.0 selepas sambutan Aidilfitri.

Ketika pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor April lalu Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh mempertikaikan ketelusan perjalanan pilihan raya kecil itu ekoran dakwaan Pakatan Rakyat bahawa tindakan SPR telah memindahkan 228 pengundi dari Kampung Tanjung di DUN Batang Kali dalam bahagian Hulu Selangor ke kerusi Parlimen jiran — Selayang.

Fuziah mendakwa ia sebagai satu tindakan tidak sah, memindahkan pengundi dari satu bahagian ke bahagian lain.

Bagaimanapun dalam reaksi ketika itu, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata tindakan itu tidak salah dari segi undang-undang.

“Proses ini sudah dijalankan sejak selepas pilihan raya umum 2004. Jadi kami mendapati ada kawasan yang termasuk dalam bahagian pilihan raya yang lain tetapi hakikat pengundi kena mengundi di tempat lain.

“Jadi SPR sedang mengambil tindakan membetulkan lokaliti tempatan mengundi dengan memindahkan pengundi kawasan terbabit ke bahagian-bahagian lain... salah satu bahagian terbabit ialah Hulu Selangor dan Selayang,” katanya.

Kata beliau pada masa lalu proses menentukan sempadan dibuat secara manual tetapi SPR menggunakan EGIS sejak 2004.

Dalam kes terbaru, SPR membuat pembetulan lokaliti mengundi Lapangan Terbang di kawasan Parlimen Bukit Bintang ke bahagian Parlimen Cheras membabitkan kira-kira 150 pengundi.

Kedua-dua bahagian itu terletak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya DAP Tan Kok Wai berkata SPR memaklumkan pihaknya bahawa pembetulan lokaliti mengundi Lapangan Terbang di kawasan Parlimen Bukit Bintang dilakukan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

“Saya dan Ahli Parlimen Bukit Bintang (Fong Kui Lun juga dari DAP) tidak kisah proses ini dilakukan kerana kami menganggap ia dilakukan dengan alasan yang tulen ekoran perbezaan alamat tempat tinggal bagi penduduk yang tinggal di PPRT Lapangan Terbang,” katanya.

Walaupun tinggal di pangsapuri yang sama ada pengundi yang menggunakan alamat membolehkan mereka mengundi di kawasan Bukit Bintang manakala sesetengah pula di kawasan Cheras sedangkan kesemua mereka wajar diwakili oleh kerusi Parlimen Cheras.

“Keputusan ini kami terima. Tetapi apa yang kami hendak menekankan di sini ialah SPR sewajarnya melakukan dengan terbuka dan telus... memberikan peluang kepada pengundi berkenaan membantah atau sebaliknya apabila mereka dipindahkan,” katanya.

Misalnya kata beliau, pengundi-pengundi terbabit sewajarnya diberikan peluang untuk mendengar proses pemindahan ke bahagian pilihan raya lain.

Di bawah urusan persempadanan semula bahagian pilihan raya terdapat sesi pameran, tuntutan dan bantahan serta siasatan awam jika ada bantahan.

Ahli Parlimen Cheras itu menambah, pembetulan lokaliti mengundi juga melibatkan bahagian Parlimen Lembah Pantai dan Seputeh.

“Sebahagian penempatan apartmen dari kawasan Kampung Muhibah di kerusi Parlimen Lembah Pantai telah dipindahkan ke bahagian Seputeh. Di sini, yang dipindahkan cuma pengundi sebuah apartmen, bukannya keseluruhan Kampung Muhibah,” kata beliau yang menimbulkan kemusykilan dengan kaedah itu.

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar juga mengakui beliau tidak menyedari perkembangan tersebut.

“Sekurang-kurangnya kami sebagai wakil rakyat harus dimaklumkan secara bertulis,” kata beliau.

Wednesday, September 22, 2010

Agak2nyalah...kalau "pejuang Islam Sejati" tau cerita ni...pastilah mengamuk dia!!

Ehsan Blog YB Khalid Samad...

Queen Elizabeth II ketika dibawa meninjau ke ruang utama Dewan Solat Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah dari pinggir pintu utama dewan solat.

Najib TPM (Najib tak pernah muktamad...)...!!

Melihat di dada2 (dada akhbarlah bro) hari ni...terpampang cerita ETP Idris Jala. RM1.3T... pergh...berpusing2 biji mata teman. Bior bebeno ni?? Bukan ke negara pasir 2 butir ni dah nak bankrap 9 tahun lagi?

Teman cuba sedaya upaya nak bersikap positif...pusing kanan positif...pusing kiri positif... cuba juga ingat2kan kisah 2 Idris (Jala dan Jusoh) ketika menghadiri seminar "The Besut Mind Centre" beberapa purnama dulu...cuba juga mempositifkan Idris Jala dengan menegatifkan Idris Jusoh....tapi tak berupaya juga.

Nasib baiklah Idris dan BN bakal dijala dalam PRU13 akan datang...knocking some sense into my head...ini semua hanya mimpi. Nasib baik jugalah ada orang UMNO sendiri yang mengencing dan membakul-sampahkan kerajaan Najib. Cheh...tak habis2....

Di bawah ini ialah tulisan Sakmongkol AK47 untuk direnungi.

P/s...makna Najib TPM (Najib tak pernah muktamad)...he he..

The Idris Jala show — Sakmongkol AK47

SEPT 22 — I am tired of this overused excuse by anyone telling everyone that Datuk Seri Idris Jala is not a politician. So? That caveat is supposed to confer on Idris Jala some sort of extraordinary quality that sets him apart from the thieving politicians? Or worse, to provide Idris Jala an immunity for his next faux pas?

My blood pressure goes up a few notches when I can already see some sycophantic writers and bloggers sing like drunk canaries waxing lyrical over the latest government initiatives in perking up the economy.

Something like Johan Jaafar, who is now somewhere up in Media Prima, years ago who looked at Datuk Seri Anwar Ibrahim’s speeches and rendering of the Budget as something revolutionary. So, too, people will see the current prime minister, in terms of dishing out projects greater and grander than previous PMs, will be regarded as most revolutionary.

Some people do indeed get wet dreams watching PowerPoint presentations. But then, maybe I shouldn’t be too harsh on the many guests at the Idrs Jala show. I guess many of them are government civil servants and I pity them, if Idris Jala and his other co-presenters spoke in English. I hope no one asks for a glass of cock, I mean coke.

But these are the people (civil servants and wage earners) who, in the scheme of Jala’s things, are the vanguard to turbo drive our economy to trillion level GNI and thus make us have a per capita income of US$15,000 (RM46,500). Hurrah!

What do we see as the driving catalysts for our economic transformation? A huge casino in Sabah. Maybe that’s because there so many rich people in Sabah. Then, mostly real estate projects — new KL city, Sungai Besi land, MRT, etc — these will be cash cows for the private sector. The oil and gas industry, biotechnology, etc.

Maybe I have been an outsider in the economics profession for so long so as not to appreciate that investments in real estate are the driving force of the economy. Maybe I am old school, still believing that the driver for economic growth will be our productive capacity, our competitiveness, our competencies and hard work.

But Idris Jala and his co-drivers have succeeded in enthralling the PM and his economics-challenged leaders with grandiose plans involving billion ringgit MRT, beautifying the KL city, cleaning up the river, constructing a bullet train linking Lim Guan Eng’s Country, through Putrajaya, to Lee Kuan Yew’s Singapore. It’s all the property bubble, baby, which sooner or later will burst.

Of course the businessmen in attendance are already salivating when it’s stated that private sector will provide the impetus. Heck, I too can do all the highways and MRT’s if I am given soft loans from the EPF. See the road in front of MidValley? It’s all EPF’s money.

Just you wait, apply some pressure and I am sure, the PM says that all these are still at laboratory stage, affirming the moniker of the PM that is fast gaining popularity — Najib TPM, Najib Tak Pernah Muktamad.

Don’t care if you are or are not a politician. That does not excuse anyone from suffocating us with stupidity and banalities.

I thought sometime ago, this was the same fellow who warned Malaysians that if they don’t buck up, this country will go bankrupt. How will it go bankrupt? If we carry on spending like nobody’s business such as spending indiscriminately on welfare and subsidies and so forth. In short it means any spending on unproductive enterprise or spending on welfare beneficiaries is leading this country to bankruptcy.

Now, if we go along this line of argument, accepting it as general rule that the biggest recipient of benefits in our country are the Malays, then the policies that could bring down this country are the NEPish policies. Might as well if Jala had said that our country will be bankrupt if we follow Malay-centric affirmative policies. We must spend wisely only on productive and competitive agents.

Why can’t Datuki Seri Najib Razak go to the people to say, look we can’t operate on current policies. If we do, we will become this and this. We want to implement new economics. This is what people must do and Malays must do. We keep a look out for the poor and the infirmed and less endowed. The way out is for Malays to become more competent, more productive. We will help out these economic agents. Malays have nothing to fear. We are still the majority in this country. We have our constitution and we have our historical validation. Give something back to the Malays who feel far too much has been taken from them.

The problem is, as I have said in many articles, Najib hasn’t communicated well to the masses. He has only spoken to the banquet room crowd, full of smoked salmon socialites.

Can the slew of high-profile projects be the answer to raising our competitiveness and productivity? Spending on unproductive enterprise yields no return and represents leakages to the economy. But equally so is reckless spending, spending not based on fundamentals.

Everyone is euphoric over the announcement of the same minister now. We are now suffocated with all sorts of grandiose ideas that, wait a second, not call for prudent and disciplined spending, but spending without a care in the world. Where is the money coming from?

We are inundated with all sorts of ideas coming out from labs. How does it all fit together? As it stands, there is now the Government Transformation Programme (GTP), the 10th Malaysia Plan (10MP), the Economic Transformation Programme (ETP), the National Key Result Areas (NKRAs), the National Key Economic Areas (NKEAs), the New Economic Model (NEM), and the Strategic Reform Initiatives (SRIs), leading to concerns that the various initiatives risk becoming a confusing rojak of acronyms.

Are we addressing the quality and needs based educational requirements? Is our education system ready to supply the 3.3 million competent and knowledgeable workers to fill the jobs that have been PROJECTED to be created by the EPPs and BOs?

Maybe Perkasa should look into this. The core element of the NEM and the ETP is to make the private sector the main driving force of the economy. Funds of US$444 billion will be required for the EPPs and BOs, 92 per cent of which is targeted to come from the private sector including GLCs. Do the GLCs have the money and will the private sector be enticed to spend?

They will, I think, if cheap funds are available. Right now the cheapest and easiest source of soft loans is the EPF. That’s our money. So, we tell Jala, just as spending on the things he mentioned can bankrupt this country, reckless application of OUR money can also do the job even more devastatingly. — sakmongkol.blogspot.com

Terima kasih Syed Husin Ali...

Sekarang kita boleh mendapat gambaran yang jelas tentang DSAI, Ku Li, Azmin, Zaid dll terus dari mulut Syed Husin Ali...orang perjuangan.

Syed Husin Ali: Anwar berbeza daripada Razaleigh
Lim Hong Siang Sep 21, 2010 07:54:08 pm

Dalam politik, musuh kepada musuh adalah kawan. Semua puak dan sekta akan disatu-padukan sebaik mungkin untuk menentang musuh yang utama. Pendekatan sedemikian menjadi salah satu pilihan kepada politik berhaluan kiri, yang sering dilabel sebagai fahaman anti-agama dalam politik tanahair.

Jika diimbas zaman pasca penjajahan Jepun, konsep "kerjasama" ini terjelma dalam bentuk draft Perlembagaan Rakyat, yang dikemukakan oleh gabungan Putera-AMCJA. Kemudian, usaha disusuli dengan cubaan untuk menggabungkan pengikut tiga orang tokoh Ahmad Boestaman (dari Parti Rakyat), Burhanuddin Helmi (dari PAS) dan Ishak Haji Muhammad (Pak Sako, dari Parti Buruh Malaya).

Bagaimanapun ia berakhir dengan ketidakhadiran PAS, apabila Parti Rakyat dan Parti Buruh membentuk Barisan Sosialis (Socialist Front, SF) pada tahun 1958. Kuku besi regim Perikatan (dan Barisan Nasional kemudiannya) terus mencengkam perluasan pengaruh sosialis - untuk beberapa dekad perjuangan sosialis disamakan dengan pengorbanan, seolah-olah perjuangan yang tidak menemui kemenangan...

Apa kata jikalau gerakan Reformasi tidak tercetus pada tahun 1998? "Tidak tahulah..." jawab Syed Husin Ali (gambar kanan), bekas Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang mengambil keputusan penting pada zaman yang bergelora itu.

Sesungguhnya, tiada "jikalau" dalam sejarah. Tiada sesiapa yang dapat menjangkakan apa yang bakal berlaku "jikalau" sejarah berlaku sebegini dan bukan sebegitu pada detik saat tertentu. Dalam satu wawancara bersama MerdekaReview, Syed Husin Ali mengimbas faktor yang mencantumkan PRM dengan Parti KeADILan Nasional; dan berkongsi penilaian dan pandangannya terhadap Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), sebelum beliau berundur dari jawatan Timbalan Presiden yang disandang sejak tahun 2003.

Anwar nyatakan hasrat dalam surat

Dalam negara seperti Malaysia, ruang demokrasi kadang-kala hanya berkembang di celah-celah retakan parti pemerintah. Pembangkang melalui zaman paling sukar untuknya setelah berlakunya tragedi 13 Mei 1969. Bukan sahaja Barisan Sosialis berpecah dan terbubar, malah PAS menyertai Barisan Nasional pada awal tahun 1970-an.

Harapan pembangkang akhirnya muncul dari celah retakan UMNO pada tahun 1987. Tengku Razaleigh Hamzah pada ketika itu keluar dari UMNO, dan menubuhkan parti Semangat 46, yang seterusnya menjuruskan pembentukan Gagasan Rakyat, satu perikatan politik yang turut melibatkan PRM.

Belum genap 10 tahun kemudian, sejarah yang agak mirip dengan babak ini berulang. Anwar Ibrahim (gambar kiri) dipecat dari UMNO Baru. Parti KeADILan Nasional ditubuhkan, menjurus kepada pembentukan Barisan Alternatif (BA). Bagaimanapun, seperti tahun 1990, UMNO-BN berjaya mempertahankan majoriti dua pertiga dalam parlimen pada PRU ke-10 tahun 1999, tetapi...

Sesuatu yang luar biasa berlaku. BA biarpun tidak terelak daripada nasib keretakan, tetapi menyaksikan percantuman antara Parti KeADILan Nasional dengan PRM untuk membentuk Parti Keadilan Rakyat pada 3 Ogos 2003.

Siapakah sebenarnya yang mula-mula mengutarakan cadangan ini? Soalan yang menjangkakan hanya dua kemungkinan jawapannya, iaitu Anwar Ibrahim atau Syed Husin Ali.

"Tidak pasti," jawab Syed Husin Ali, "Tetapi dalam satu surat Anwar sebut..." Beliau mula menceritakan bagaimana Anwar menyatakan hasratnya dalam surat yang diseludup keluar dari penjara.

"Jadi, pada Dr. Syed (gambar kanan), apakah pertimbangan Anwar ketika mencadangkan pencantuman ini?" tanya wartawan MerdekaReview.

"Sebenarnya dia (Anwar) jelaskan, lebih kurang beginilah. Dia melihat bahawa kebanyakan anggota dalam PKN, bukan tak ada, tetapi kebanyakan anggota biasa, terdiri daripada pelbagai golongan..."

Syed Husin Ali bersambung, "Satu golongan UMNO, satu golongan ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia ), satu golongan JIM (Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia ), satu golongan NGO. Dan kebanyakan anggota biasa ini masih belum ada pengalaman politik, belum ada pandangan politik yang jelas, dan beliau mengharapkan kerjasama daripada Parti Rakyat untuk memberikan misalnya, sedikit... pendirian yang lebih bermakna."

PRM pula, pada ketika itu berdepan dengan masalah perkembangan organisasi yang terbantut, bilangan ahli aktif yang berkurang, meskipun mencatat bilangan 30,000 ahli yang mendaftar pada waktu itu. Syed Husin Ali mengakui realiti bahawa kekuatan PRM semakin menyusut jikalau dibandingkan dengan zaman Barisan Sosialis.

Oleh yang demikian, PRM melihat cadangan pencantuman ini sebagai satu peluang untuk mengembangkan idea kepada massa. Untuk tiga tahun berturut-turut kongres PRM membincangkan agenda ini, dan akhirnya kongres meluluskan usul agar PRM dibubarkan dan bercantum dengan Parti Keadilan Nasional, dengan sokongan majoriti dua pertiga, kata Syed Husin Ali.

Tentangan dalaman kedua-dua parti

Bagaimanapun, pertikaian tidak berhenti di situ. Percantuman ini berdepan dengan tentangan segolongan kecil anggota, termasuk beberapa orang pemimpin dari ABIM. Dalam satu warkah dari penjara berjudul "Pakatan Pembangkang Digeruni Kerajaan" pada Ogos 2003, Anwar sengaja mengungkap lembaran sejarah perjuangan PRM menentang penjajahan dan imperialisme, "untuk memperlihatkan aspek relevan dalam perjuangan kini terutama dalam konteks penggabungan KeADILan dan PRM".

Untuk beberapa tahun yang berikutnya, Anwar perlu mempertahankan bekas gurunya daripada prejudis dan tanggapan negatif terhadap "orang kiri", malah menyatakan kesanggupan untuk berkempen mempertahankan Syed Husin Ali sebagai Timbalan Presiden dalam PKR, kerana menganggap ia sesuatu yang tidak beretika untuk menendang Presiden PRM selepas pencantuman, dengan bilangan ahli yang majoriti.

Sementara itu, keputusan Syed Husin Ali dan parti untuk mengambil risiko dengan membubarkan PRM dan bercantum dengan PKN, turut dipertikaikan oleh beberapa orang rakan seperjuangan dalam partinya. Sesetengah pemimpin PRM tetap meragui keikhlasan Anwar, yang dijangkakannya akan kembali ke pangkuan UMNO.

"Saya pasti dia (Anwar) tak masuk UMNO," tegas Syed Husin Ali dengan yakin, biarpun pendirian Anwar agak "kabur" untuk seketika, sebaik dibebaskan dari penjara pada tahun 2004. Apakah punca keyakinan bekas profesor Universiti Malaya terhadap anak muridnya ini? Soalan ini diajukan kerana Syed Husin Ali memaklumkan kepada wartawan, bahawa Rafidah Aziz (bekas Ketua Wanita UMNO) juga salah seorang anak muridnya.

"Pertama, komunikasi saya dengan dia (Anwar, gambar kiri). Sesetengah surat dia masih saya simpan..." Syed Husin Ali meneruskan, "Kedua, mereka (UMNO) sudah begitu menghina dia dengan keluarga dia, tak mungkin dia kembali ke situ."

"Saya kenal dia dah lama, sebagai student (pelajar), sebagai kawan, sebagai orang tahanan sama, sebagai orang yang sama-sama berjuang..." Dengan kata lain, hubungan yang merentasi kira-kira empat dekad inilah yang menjadi benteng kepercayaan Syed Husin Ali terhadap Anwar.

Razaleigh bersifat feudal

Malah, beliau sendiri menyebut nama Tengku Razaleigh Hamzah sebagai perbandingan. "Saya bekerjasama rapat dengan Tengku Razaleigh (bekas Presiden Semangat 46) dulu, saya tak begitu yakin dengan perjuangan Tengku Razaleigh (gambar kanan bawah). Tak begitu yakin..."
Beliau turut ketawa dengan luahan dirinya yang berterus-terang, "Ada dua sebab, satu dia bersifat feudal yang kuat. Anda boleh jadi Tengku tetapi pada masa yang sama tak feudal sangat. Misalnya, dalam mesyuarat, orang selalu tunjukkan penghormatan feudal kepadanya. Dan dia macam tak ada benda. Kadang-kadang macam biasa sahaja. Kalau orang yang ada sikit sifat yang tak feudal, dia tak mahu menerima cara-cara begini."

"Dan bezanya dengan Anwar. Anwar you boleh kritik dia. Anggota biasa boleh kritik dia. Dia akan dengar. Terutama sekali seperti sekarang," kata Syed Husin Ali.

"Yang keduanya, Semangat 46 dengan Tengku Razaleigh, mereka tak pernah mahu mengakui diri sebagai pembangkang. Tak pernah mahu menentang kuat pihak polis atau pihak kerajaan. Kalau misalnya dia pergi ceramah, polis datang suruh henti, terus henti. Tak ada lawan tak ada apa... Kalau misalnya sebelum ceramah, tak ada permit, dia tak pergi."

"Anwar tidak, orang-orang PKR tidak. Kalau lagi disekat, lagi mereka lawan. Kalau tak lama pun sekejap (mereka lawan). Tetapi ini semangat yang saya anggap berbeza dengan Semangat 46." Jiwa inilah sebenarnya yang dihayati Syed Husin Ali, yang mungkin ramai di kalangan anggota PKR tidak menyedarinya. Beliau seterusnya mendedahkan, "Tengku Razaleigh pernah minta PRM bersama (Semangat) 46, saya terus tolak."

Anwar berjiwa kerakyatan

Sememangnya, Anwar Ibrahim seorang pemimpin politik yang kontroversial, sepanjang perjuangannya menggunakan wadah ABIM, UMNO dan kini PKR. Tetapi, Syed Husin Ali menemui unsur "kerakyatan" yang sebati dalam jiwanya.

"Saya tahu dia prihatin terhadap orang yang miskin, setinggan. Dalam tahanan, saya nampak dia memang tak ada prejudis terhadap orang Tionghua, atau orang bukan Melayu. Bahkan kadang-kadang, mereka menganggap dalam beberapa aspek, saya lebih melayu (bersifat kemelayuan) daripada dia," katanya sambil ketawa.

"Saya rasa dia seorang yang ikhlas, dan tidak berdendam." Demikianlah jawapannya ketika diminta untuk menilai Anwar Ibrahim. Beliau mengamati perubahan yang berlaku dalam diri anak muridnya ini, "Saya sendiri sangka dia akan masuk PAS waktu itu (selepas dibebaskan dari tahanan ISA tahun 1970-an). Tapi hubungannya dengan Mahathir cukup rapat. Terutama sekali selepas 13 Mei...bila Mahathir dikeluarkan (disingkirkan) daripada UMNO. Dia memang rapat dengan Mahathir. Dan saya percaya Mahathir lebih kuat pengaruhnya ke atasnya."

Bagaimanapun, Syed Husin Ali mengakui, "Dari segi perwatakan, bila dia (Anwar) jadi menteri, ada sifat orang besar sikitlah. Tapi pada hakikatnya saya tahu, pendirian politiknya tak berubah. Sebab tu mudah saja bagi dia kembali kepada yang asal, sekarang ini."

Sejauh mana unsur "kerakyatan" diterapkan?

Penilaian Syed Husin Ali terhadap pencantuman ini setelah tujuh tahun merumuskan bahawa PKR telah memulakan satu tradisi yang amat penting untuk menjadi sebuah parti yang multi-etnik. Pemimpin Melayu telah berani untuk mengetengahkan dasar parti yang bukan bercorakkan kemelayuan dan keagamaan, tetapi kerakyatan.

Wartawan menyusul dengan menyenaraikan Agenda Ekonomi Baru, konsep "Ketuanan Rakyat", slogan "Merakyatkan ekonomi", yang diterapkan ke dalam pentadbiran PKR-Pakatan Rakyat selepas tsunami politik. Syed Husin Ali yang rendah diri bagaimanapun enggan mengundang jasa dalam hal ini. Namun, wartawan melanjutkan persoalan dengan merujuk kepada orang-orang di keliling Anwar, yang kebanyakannya berhaluan kanan, atau liberal.

Sejauh manakah unsur "kerakyatan" ini diterapkan dalam dasar parti pada masa depan, apabila Syed Husin Ali tidak berada pada tempat nombor dua ini?

"Saya yakin dari dua segi. Satu, dasar parti sudah jelas. Keduanya, kalau kita perhatikan, ucapan dan kenyataan pemimpin utama kita, terutama sekali Anwar, juga Wan Azizah, dan Khalid Ibrahim misalnya, mereka menekankan aspek-aspek kerakyatan ini. Dan Khalid Ibrahim, walaupun dia seorang dari latar belakang korporat, tetapi sentimennya untuk menolong rakyat, walaupun pada mula-mulanya, rakyat Melayu terutama sekali, adalah sangat kuat."

Beliau menambah, "Jadi saya yakin, mereka tidak akan lari dari teras perjuangan." Namun, siapakah "pengganti" Syed Husin Ali yang bukan sahaja mewarisi jiwa "kepedulian rakyat"-nya, tetapi memiliki kewibawaan untuk mengetengahkan pandangan dalam Majlis Pimpinan Pusat pada masa depan?

"Saya nak tegaskan bahawa, perubahan dalam parti, dasar dalam parti, masa depan parti, tidak ditentukan oleh satu orang. Tetapi ditentukan oleh organisasi seluruhnya," tekannya, setelah enggan menyebut nama khusus pemimpin baru yang berkongsi idealisme bersamanya, seperti yang diminta wartawan.

Zaid, Azmin...

Syed Husin Ali pada mulanya enggan mengulas secara spesifik calon Timbalan Presiden yang bakal menggantikannya. Tetapi apabila wawancara menyentuh beberapa kenyataan yang dibuat Zaid Ibrahim baru-baru ini, beliau kelihatan terpanggil untuk menjawab beberapa tuduhan.

Biarpun bersetuju bahawa "musuh parti" seharusnya dirujuk kepada "musuh yang lebih besar", iaitu "segelintir perompak yang merampas harta negara di luar parti", tetapi beliau jelas terusik apabila nama Soh Chee Wen dikaitkan dengan Anwar, oleh Zaid Ibrahim. Perbualan kemudian dilanjutkan kepada Zaid Ibrahim...

"Tidak semua jawatan yang disebut media, yang kononnya dipegang oleh Zaid, benar. Sebenarnya dasar Pakatan (Rakyat) dibuat satu kumpulan, bukan seorang. Memang dia ditugaskan untuk daftarkan Pakatan (Rakyat), tapi tidak bererti dia coordinator for Pakatan," Syed Husin Ali cuba memperbetulkan.

Berhubung dasar Pakatan Rakyat, Syed Husin Ali berkata, "Dia (Zaid) ada buat first draft. Akan tetapi bila dia berada di luar negara, dasar pakatan itu telah disiapkan oleh sebuah jawatankuasa yg terdiri daripada wakil ketiga-tiga parti. Apa yang disiapkan oleh jawatankuasa inilah yang dikemukakan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat dan diterima sebagai agenda perubahan Pakatan Rakyat."

Syed Husin Ali secara jujur mengakui bahawa dirinya mungkin menyimpan prejudis terhadap Zaid (gambar kanan, tengah), calon PRU yang nyaris ditentang oleh dirinya ketika PRU ke-10 pada tahun 2004 di kawasan parlimen Kota Bahru. Beliau mengungkit zaman Zaid ketika menjadi Presiden Persatuan Peguam Islam, apabila wartawan mengajukan pandangan bahawa "Zaid dilihat lebih kuat dari segi idea untuk memimpin".

"Nak katakan sarat dengan idea, tidak juga..." Pemimpin veteran ini bagaimanapun memberi nasihatnya, "Dia perlu jadi team player. Ketika beliau dilantik masuk Biro Politik, bila suka datang (hadir mesyuarat). Bila tak suka, tak datang. Macam mana anda menjadi pemimpin seperti itu?"

Bagaimana pula dengan Azmin Ali (gambar kanan)? "Azmin Ali ada juga kekurangan... Misalnya dia dilihat sombong dan berpuak-puak oleh sesetengah orang..." Beliau enggan mengulas lanjut, "Tapi secara ikhlas daripada saya, orang yang memimpin parti haruslah orang yang komited kepada asas-asas perjuangan Parti seperti termaktub dalam Perlembagaannya, menghormati disiplin organisasi Parti, sudah teruji merentas duri dan ranjau perjuangan, bergerak secara pemain berpasukan (team player), menentang amalan korupsi dalam segala bentuk dan mendukung nilai akhlak yang tinggi."

Adakah Azmin Ali memenuhi syarat tersebut? "Ada dia penuhi, ada tidak..." Wartawan menyusul dengan soalan bahawa Azmin dilihat kurang menyentuh soal dasar. "Dari segi idea, dia ada idea. Dia harus lebih cakap pasal dasar, mulai sekarang..." katanya.

Wartawan terus menguji, menyebut nama Sivarasa Rasiah, Naib Presiden sekarang. "Dari politik, dia matang sebenarnya...."

Tian Chua? "Tian Chua (gambar kanan) saya rasa dia lebih efektif on the street (ketawa), imej dia di situ. Tapi dia disiplin juga...dia datang mesyuarat, taklah bersikap 'suka datang, tak suka tak datang'. Lagipun dia tak condemn (mempersalahkan) parti di luar..." Syed Husin Ali, menambah "Nak condemn, datang dan condemn dalam mesyuarat..."

Syed Husin Ali melihat secara positif generasi pemimpin muda dalam PKR, meskipun mengakui bahawa sayap pemuda, iaitu Angkatan Muda Keadilan ini lemah dari segi organisasi. Beliau mempersalahkan pengaruh yang ditinggalkan bekas Ketua AMK, yang disifatnya sebagai "self-centered" (berpusatkan diri).

Syed Husin Ali secara terus-terang dengan kritikannya terhadap budaya tidak menepati masa dalam parti, "Perpaduan organisasi tak begitu mantap, kerana disiplin tak kuat." (Bahagian kedua, bersambung)

*Wawancara ini dijalankan oleh Lim Hong Siang dan Wong Shu Qi dari MerdekaReview, di pejabat Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali pada 16 September 2010.