Sunday, September 30, 2012

Komen pengunjung blog Kopitiam Bang Nan tentang Bajet 2013...


Anonymous said...
Bajet yg Najib umumkan Jumaat lepas mengesahkan yg beliau memang tidak layak menjadi Menteri Kewangan...lebih2 lagi sbg PM..

Tahun lepas "kami" telah dikerah selama beberapa minggu utk menyiapkan plan/rancangan bagaimana utk meningkatkan peluang pekerjaan utk rakyat, GNI negara dan sebagainya..dan kos utk mencapai semua itu tidak sampai pun berbillion2 ringgit..tetapi kami diberitahu diakhir program tersebut..tiada peruntukan utk itu semua...sekurang2nya utk tahun 2012..buang masa saja rasanya masa tu...

Malah kami diberitahu..kalau boleh bajet yg telah diluluskan dulu pun cuba dikurangkan..

Hospital di mana isteri saya bekerja pun sudah dikenakan beberapa sekatan spt penggunaan komputer terhad hanya utk beberapa jam, tempoh aircond dipasangkan dikurangkan..yg mana boleh menyebabkan keadaan kurang selesa kpd pesakit, stock ubat yg terhad dan banyak lagi..alasannya..kerajaan dah kekurangan duit..kena berjimat cermat..

Rakan saya di dlm sebuah jabatan kerajaan juga merungut..bukan kerana tidak dpt gaji..tetapi mereka skrg tidak lagi melakukan tugas sebenar mereka..iaitu utk menolong rakyat di lapangan (field)..alasannya..kerajaan tiada peruntukan utk development expenditure DE..yg ada utk operating expenditure OE saja..maka beliau dan rakan2 cuma duduk di pejabat sahajalah..

Tiba2 Najib umumkan berbagai2 pemberian one-off yg menelan berbillion ringgit Jumaat lepas...saya tak kisah kalau itu dari duit dia dan Rosmah atau dari akaun UMNO dan BN...tetapi duit itu dari duit kerajaan di mana saya juga salah sorang pembayar cukai...

Saya tertanya2..bagaimana kerajaan tiba2 ada duit sebanyak ini...ada kemungkinan besar Petronas sekali lagi terpaksa menjadi penyumbang besar kpd "gula2" ini..

Mungkin..Najib terikut2 perangai UMNO/BN yg selalu memberi rasuah politik setiap kali pilihanraya...lebih teruk lagi "gula2" ini bukan dari poket sendiri..poket org lain...sebab itu tidak ada rasa bersalah pun semasa mereka ni berbelanja besar...bukan menjadi rahsia lagi..ramai businessmen kena "pow" oleh UMNO/BN tiap kali musim pilhanraya...

Malangnya saya termasuk dlm kumpulan yg tidak mendapat apa2 faedah pun dari bajet Jumaat lepas...cukai masih kena bayar kerana gaji melebihi RM5K sebulan..anak belum cukup umur utk dpt rebate "smartphone"..bonus bergantung pd CEO's discretion..kereta masih mahal..

Yg confirm saya kena bayar lebih utk beli gula nanti..

Semoga hayat UMNO dan BN berakhir dgn segera..Amin

Melayu takkan hilang di dunia... walaupun tanpa UMNO

Friday, September 28, 2012

Bajet Nasi Kangkang....


Mat Sabu pernah cakap lebih kurang macam ni. " Ini perangai Umno. Dia bela hantu raya. Tiap-tiap hari dia bagi makan telor. Satu hari nanti bila telor dah habis, telor tuan dia (Umno) dia makan!" Macam ni lah bajet kali ni...Bagi bagi bagi. Nanti bila tak bagi...Ngap!! Hehe...tersungkur di pilihan raya.

Tentang gelagat Najib masa nak tutup pembentangan bajet tadi aku boleh faham. Dia kat rumah kena buli. Jadi orang macam ni dia akan lepaskan geram kat tempat lain. Satu dunia orang perli dia kena control dan macam2. Jadi hari ni dia tunjuk ek sikitlah. Relax relax....

Bagi aku bajet ini tidak banyak ertinya. Gaji aku lebih dari 3k. Umur aku dah lebih 30 tahun. Aku bukan kerja dengan gomen. Anak aku semua umur bawah 21 tahun. Cuma dapatlah bantuan persekolahan RM100 untuk anak aku yang paling kecil. Itupun PIBG SK Taman Bukit Indah ambik balik RM100 tu. Cheh!!

Yang aku dok termenung ni macam mana aku masih masuk dalam golongan 1.7 juta orang yang masih kena bayor income tax dari 12 juta orang tenaga pekerja di negara ini? Lahabau betul...something wrong somewhere...

What a sad day bro... ada sapa2 nak belanja aku nescafe tarik malam ni? Kurang gula bro....


KUALA LUMPUR, 28 Sept — Datuk Seri Najib Razak menawarkan “gula-gula” dalam Bajet 2013 hari ini, menggunakan RM3 bilion wang pembayar cukai untuk pemberian wang tunai kepada keluarga berpendapatan kurang daripada RM3, 000 dan bonus 1.5 bulan untuk 1.4 juta penjawat awam dalam apa yang dilihat sebagai bajet pilihan raya sebelum pilihan raya akan datang, perlu diadakan menjelang pertengahan 2013.


Perdana menteri yang juga menteri kewangan juga memberikan RM250 bagi yang belum berkahwin dan berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang daripada RM2,000, yang membentuk seramai 3 juta pengundi baru dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Pelajar-pelajar sekolah juga akan mendapat RM100 setiap seorang dari Putrajaya tahun depan manakala RM1.2 bilion telah diperuntukkan untuk golongan tua, kanak-kanak, pekerja kurang upaya dan mereka yang mempunyai penyakit kronik di bawah Program Kebajikan 1Malaysia.

Najib juga mengurangkan satu peratus cukai pendapatan bagi yang berpendapatan RM50,000 pendapatan bercukai setahun, menyediakan bantuan kecil kepada 1.2 juta pembayar cukai dalam negara yang mempunyai rakyat seramai 28 juta.

Tetapi Barisan Nasional (BN) memotong subsidi gula sebanyak 20 sen/kg, meninggalkan subsidi sekarang pada 34 sen/kg, menurunkan bil subsidi gula kepada RM278 juta pada harga semasa.

Kerajaan juga akan membelanjakan RM1.9 bilion untuk membina 123,000 unit perumahan untuk mereka yang berpendapatan antara RM3,000 dan RM5,000.

Antara beberapa tajuk lain rancangan perbelanjaan kerajaan seperti:
— RM500 juta akan diperuntukkan untuk projek Kehidupan Sungai bagi membaikpulih Sungai Klang
— RM 9 billion untuk Mass Rapid Transit (MRT)
— RM 200 juta untuk Dana Industri Halal
— RM 1 billion untuk perusahaan kecil dan sederhana (SMEs) Bumiputera
— Pencen minimum ditingkatkan dari RM720 ke RM820 bagi yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun
— RM38.7 billion untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara dengan tambahan RM 500 juta untuk melatih guru bagi subjek penting seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Sains dan Matematik
— Geran dan insentif untuk memulakan tadika dan pusat jagaan kanak-kanak dengan RM1.2 billion peruntukan bagi pembangunan pendidikan pra sekolah
— RM1billion untuk membaik pulih sekolah — RM400 juta untuk sekolah kebangsaan dan RM100 juta untuk sekolah Cina, Tamil, agama, berasrama penuh dan MRSM

Monday, September 17, 2012

Sejarah akan ditulis semula selepas PRU13... Inilah yang paling menakutkan Che Det!!


 
Bekas polis kanan: Mahathir boleh disiasat kerana subahat
 
EKSKLUSIF Bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad, yang memainkan peranan penting dalam dalam pemecatan timbalannya pada masa itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mungkin boleh disiasat kerana bersubahat dengan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan atas dakwaan mereka dan menyembunyikan fakta material.

Melainkan, Mahathir boleh menunjukkan bukti bahawa beliau mengambil langkah perlu untuk menghalang Gani dan Musa daripada berbuat demikian, kata bekas ketua CID Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim, yang bertanggungjawab ke atas siasatan kes mata lebam Anwar.

Mat Zain berkata, beliau menyatakan demikian berdasarkan pengakuan Musa dalam satu wawancara dengan Malaysiakini bahawa bekas ketua polis itu mengambil sampel darah Anwar daripada siasatan mata lebam Mat Zain untuk ujian DNA bagi satu kes lain – melibatkan dakwaan liwat.

Musa merupakan penyiasat untuk kes dakwaan liwat tersebut.

Friday, September 14, 2012

Harga Kereta: Sinar Bakal Anjur Debat Antara Anak Bapak dan Rafizi...Ada Berani????


ANSWERING MUKHRIZ MAHATHIR: CAR PRICES 101

I am glad that Datuk Mukhriz Mahathir has finally decided to respond to our campaign # turunkan harga kereta especially when he is primarily tasked with the national automotive policies.
Rafizi Ramli turunkan harga kereta
  Isu Politik M'sia di sini. Kisah persundalan Umno BN di sini.
He is also expected to win the next Umno Youth head contest easily, so his views on issues affecting the younger population are a glimpse of what life under another 5-year term of BN rule will be. Among the many daily economic woes experienced by the younger population, exorbitantly high car prices easily occupy the top three concerns of this group.

Datuk Mukhriz asked me a simple question: how does auctioning approver permit (permit to import cars) can lower down car prices?

Geng2 macam ni kita nak kerjasama ka?? Kahkahkah....

Saturday, September 8, 2012

Oghe2 PAS, dengar nasihat Tok Guru Nik Aziz ni...Jangan gedebe!! Hehe!!



Walaupun klip ni hasil kreativiti si Hanief blogger tu...tapi mesejnya betul2 setepek kena kat batang hidung Umno. Tapi orang PASpun kena dengar juga...Janganlah pulak ada yang sibuk dok bagi nyawa kat Umno yang tinggal nyawa2 ikan tu. Hajer Nyer....

Ucapan Perdana Menteri Singapura Dalam Bahasa Melayu...!!



Ucapan yang jauh lebih baik dari ucapan kebanyakan pemimpin politik melayu Malaysia. Never mind Ibrahim Ali Perkasa, Hasan Kulop Jati atau Zul (apa nama?)....

Friday, September 7, 2012

Thursday, September 6, 2012

Marilah Kita Merdeka Dari Mahathirsm....!!

To me being independent will always be something I will cherish. As a Malaysian I don’t have to call foreigners “Master” or Tuan. We don’t have to fear foreigners in our country. We will not have our heads chopped off. We will not be kicked by foreigners in our own country ~ Che Det

Bebaskanlarrrr diri kita dari dikongkong oleh Mahathir... Elakkan diri kita disepak terajang ikut suka hati dia.

Ingatlah satu2nya pesan Che Det (yang boleh dipakai) ni baik2 .... Umno is rotten to the core!!

Hehe..!!


Ayuh! Sama-samalah kita doakan pemimpin2 negara kita agar lebih kaya raya...depa susah ooo!!


Kahkahkah!!

Tuesday, September 4, 2012

Biasalarrr...Mula2 keluar poster. Lepas tu bagi pressure...Hehe!!


Poster 'mahu Muhyiddin jadi PM' muncul di Johor

  • Kuek Ser Kuang Keng
  • 2:12PM Sep 4 2012
Poster misteri menyokong Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13), telah diedarkan di Johor.

Bagaimanapun, Umno Johor menafikan bahawa poster itu dicetak oleh parti tersebut dan telah membuat laporan polis berhubung perkara itu.

NONEImej pada poster itu, bersama dengan potret Muhyiddin dan
bendera Malaysia, telah disebarkan secara meluas di Internet.

Poster itu berbunyi'Kami Mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin Sebagai PM sebelum PRU 13'di bahagian bawah dan 'Selamatkan Barisan Nasional' di atas.

Ia juga memaparkan logo BN dan Umno, serta tulisan 'Terbitan Barisan Nasional Negeri Johor'.

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Tan berkata, mereka mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan kepada para pengunjung, sambil mengedarkan poster tersebut.

Tan, seorang peniaga telefon bimbit, berkata, pemuda berkenaan memakai pakaian biasa dan tidak nampak seperti ada kaitan dengan mana-mana parti politik.

Semalam, Pemuda Umno Johor membuat laporan polis berhubung penyebaran poster tersebut di Johor Baru dan Kulaijaya, dengan mendakwa ia perbuatan untuk mencetuskan perselisihan antara pemimpin negara menjelang pilihan raya umum.

Teruk si kulop ni kena perli...!!



Masalah larrr bila cakap tak serupa bikin....selurrrruuuhhhhhnya!!